27 Ogos 2013

‘Bird watching’ di Kenyir; Setelah syurga burung jadi ‘neraka’?

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/Haji%20Muhyuddin.jpgHULU TERENGGANU – PAS ragu dengan program terbaru ‘bird watching’ yang dilancarkan kerajaan negeri Terengganu di Tasik Kenyir setelah berjuta-juta ringgit wang dihabiskan bagi membangunkan Pulau Burung dan membeli 101 ekor burung pelbagai spesis bagi projek pembangunan tasik buatan manusia tersebut.

“kita di gemparkan dengan Taman (Pulau) Burung yang menerima nasib yang sangat malang. Taman burung yang sepatutnya menjadi syurga burung-burung telah menjadi ‘neraka’ burung.

26 Ogos 2013

Masa berpolitik tamat, tumpukan usaha bantu rakyat?

20130712_173415BESUT – Pemimpin Umno dan Barisan Nasioanl (BN) di semua peringkat diingatkan, agar menghentikan politik yang merugikan rakyat dan menumpukan sepenuhnya kepada perkhidmatan dan menyampaikan kebajikan kepada rakyat.

Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, pihaknya menerima aduan bahawa orang ramai yang sepatutnya layak menerima bantuan Dana Khas Hari Raya baru-baru ini telah dinafikan hak mereka, kerana politik semata-mata.

25 Ogos 2013

Kezaliman golongan sekular di Malaysia umpama ‘al-Sisi’

mohd nor hamzahMARANG – PAS memberi amaran dan peringatan kepada semua umat Islam, golongan sekular di negara ini juga zalim dan jahat umpama Jeneral Fattah al-Sisi yang telah membunuh umat Islam di Mesir.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, PAS telah mencuba sedaya upaya untuk melaksanakan syariat Islam ketika memerintah negeri Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004.

Khidmat Malaysia Kuala Terengganu Bantu Golongan Terkesan PKP

  KUALA TERENGGANU- Khidmat Malaysia Kawasan Kuala Terengganu telah mewujudkan lima pusat pengumpulan sumbangan barangan dan kewangan bagi m...