20 Ogos 2011

Pemimpin mesti integrasikan ilmu dan tegas amalkan Islam

KUALA NERUS - Para pemimpin Islam di peringklat mana sekalipun, mestilah berupaya mengintegrasikan ilmu dan diamalkan dalam bidang masing-masing

Pengarah Open University Malaysia (Terengganu), Tuan Haji Khairuddin Dato' Haji Zakaria berkata sistem 'dualisme' yang wujud adalah berpunca dari kegagalan pemimpin mengamalkan ilmu dalam kehidupan.

"Apa yang diajar di sekola-sekolah, tidak sama dengan apa yang diamalkan oleh murid dan guru di luar sekolah, di sekolah (pelajar perempuan) memakai tudung, tetapi tidak memakai tudung di luar sekolah,"katanya

JK pilihan khas Parlimen 'kosmetik', Sidang DUN hanya untuk lulus bajet tambahan

- Bajet Terengganu 2011 menokok menjadi RM2.03 bilion
KUALA TERENGGANU
- PAS Terengganu masih berkeyakinan pilihanraya umum ke-13 (PRU ke-13) akan tetap diadakan menjelang akhir tahun ini.

Pesuruhjayanya, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional mengumumkan penubuhan pembentukan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya hanyalah bersifat 'kosmetik'.

"ia hanya 'kosmetik', solekan semata-mata, cuba mengalihkan isu kerana tak lepas nak jawab pendedahan demi pendedahan yang dibuat berkenaan daftar pemilih yang tidak bersih, tidak telus,"ujarnya

19 Ogos 2011

Generasi 709 Batu Enam agih bubur lambuk





Dana Raya: Diskriminasi Ramadhan!

-  lafaz sumpah janji setia akan mengundi Umno/BN PRU ke-13 sebelum terima wang
KUALA TERENGGANU -  Sambutan Hari Raya Idulfitri bakal menjelang tiba dan kerajaan Umno-Barisan Nasional Terengganu kini sedang sibuk mengagihkan peruntukan wang ehsan berjumlah RM60 juta bagi tahun 2011.

Menteri Besarnya, Dato’ Seri Ahmad Said mengumumkan jumlah peruntukan 'gula-gula raya' tersebut akan diberikan kepada rakyat miskin, berpendapatan rendah, warga emas termasuk golongan belia remaja.

Malangnya, pengagihan dana raya itu yang 'sedang rancak berlangsung' masakini, telah berlaku diskriminasi terutama oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Penyelaras Dun masing-masing.

Sumber Skuad Buletin memaklumkan setiap penerima dana raya tersebut dikehendaki melafazkan ‘sumpah’ janji setia akan menyokong Umno-BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang.

18 Ogos 2011

Ambil kaedah Syaidina Omar, ziarah rumah penduduk susah waktu malam.

KUALA NERUS - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak, mengambil pendekatan berbeza dalam menyampaikan bantuan kepada penduduk dalam kawasannya.

Setiap hari, selepas solat tarawikh pada bulan Ramadhan, beliau bersama Jawatankuasa Kebajikan DUN Bukit Tunggal akan turun menziarahi rumah penduduk yang tidak berkemampuan untuk diberikan sumbangan barangan dapur.

Beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kula Nerus ketika ditemui berkata, beliau akan berjalan pada setiap malam sebanyak habis 20 buah rumah sebagi sasaran yang telah ditetapkan.

Hentikan kezaliman Umno dengan undi

KUALA TERENGGANU - Rakyat digesa menghentikan kezaliman dan pengkhianatan yang dilakukan oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Ridhuan Hasyim berkata Islam mengajar umatnya agar membantu orang yang melakukan kezaliman dan yang kena zalim.

Katanya, membantu pihak yang zalim dengan cara menghalang dari terus melakukan kezaliman tersebut.

17 Ogos 2011

Kunjungan Haji Wahid ke bazar Ramadhan Setiu disambut 'panas'


SETIU - Kunjungan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang turut di sertai Timbalan Pesuruhjaya 2 Haji Muhyiddin Rashid dan Timbalan Pesuruhjaya 3, Dr Alias Razak ke kawsan Setiu disambut 'panas' wa;aupun cuaca hujan.

Ia adalah kerana, selain ahli-ahli dan penyokong PAS yang menunggu-nunggu kedatangan pemimpin baru Badan Perhubungan PAS Terengganu itu, mereka telah mengambil kesempatan untuk menyampaikan maklumat dan laporan.

Pilihanraya yang BERSIH dan Adil; PAS akan terus beri tekanan kepada SPR dan kerajaan

KUALA TERENGGANU - Usaha Umno dengan kerjasama pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan  pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah dilakukan di TM Resort Cherating Pahang.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali mendedahkan, PAS telah mengesan perkara tersebut sejak berbulan-bulan yang lalu.

"kita (PAS) dah dapat kesan lama sebenarnya, bukan baru sehari dua ini, dah berbulan-bulan sebenarnya, suatu usaha yang dilakukan oleh pihak KDN, mungkin kerjasama orang tertentu daripada SPR,

16 Ogos 2011

Pesuruhjaya PAS kunjungi Bazr Ramadhan Sg Tong & Sg Tarung di Setiu

Aqidah adalah dasar dan pejuangan PAS; tidak kompromi!

KUALA TERENGGANU - Dasar dan perjuangan PAS sejak dahulu hingga sekarang tidak melindungi sesiapa pun yang berusaha memurtadkan orang Islam.

Malah, kata Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, sejarah lalu dalam beberapa isu sensitif seumpama itu dijuarai oleh PAS termasuk kes murtad.

Oleh itu beliau menegaskan, PAS tidak akan berkompromi dalam isu menjaga aqidah umat Islam.

15 Ogos 2011

Umno berperanan dalam operasi JAIS pada 3 Ogos

KUALA TERENGGANU - Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali memaklumkan perjumpaan PAS dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dijadualkan berlangsung pada hari ini 15 Ogos, tidak dapat diadakan.

Menurutnya, dalam surat yang dihantar oleh pihak JAIS yang dihantar kepada PAS menyatakan ia adalah atas nasihat 'Tuanku Sultan Selangor'.

Beliau turut mendedahkan, maklumat dalaman JAIS menyatakan bahawa ada elemen dan peranan Umno dalam operasi JAIS, pada 3 Ogos terhadap majlis yang diadakan di kawasan gereja Methodist Petaling Jaya.

Jadilah umpama ahli Badr, bukan umpama Bani Israel

KUALA NERUS - Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus, Ustaz Ridzuan Hashim menggesa para pemuda supaya mencontohi para sahabat Nabi Muhammad SAW yang berperang dalam perang Badr.

Pada masa yang sama, beliau meminta para pemuda menjauhi perangai Bani Israel yang mementingkan diri sendiri.

Sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran, menurut Ustaz Ridzuan, para sahabat Nabi telah memberi jaminan akan berjuang bersama-sama Nabi di masa senang atau pun susah.

14 Ogos 2011

Isu pendatang jadi pengundi ke Sidang DUN

KEMAMAN – PAS Terengganu mempunyai fakta kukuh bagi menyokong dakwaan mereka yang berjaya mengesan kira-kira 5,006 warga asing mendaftar sebagai pengundi di negeri ini, dengan 43 daripadanya turut dikesan tiada rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tetapi tersenarai dalam daftar pemilih.

Pesuruhjayanya, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, pendedahan itu bersandarkan fakta dan bukti serta bukan omongan kosong.

Justeru, beliau berkata, isu berkenaan juga akan dibangkitkan dalam Sidang Dun Terengganu yang akan bersidang pada 22 dan 23 Ogos ini.

Khidmat Malaysia Kuala Terengganu Bantu Golongan Terkesan PKP

  KUALA TERENGGANU- Khidmat Malaysia Kawasan Kuala Terengganu telah mewujudkan lima pusat pengumpulan sumbangan barangan dan kewangan bagi m...