KUALA TERENGGANU
- Bumbung masjid Kampung Binjai Kertas di Kuala Berang yang runtuh
semalam, Isnin 20 Mei, mengingatkan kita kepada peristiwa zalim yang
dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan nasional (BN) Terengganu, pada
lapan tahun yang lalu.
Ramai pihak juga yang mengaitkan, rentetan binaan dan bangunan
yang roboh dan runtuh, sejak perobohan masjid Bujal pada tahun 2008 itu,
adalah kejadian 'bala' yang menimpa, kerana Umno-BN telah mengkhianati
rumah Allah, masjid Bujal yang menjadi tempat ibadat, tempat rukuk dan
sujud penduduk RTB Bujal kepada Allah SWT.