22 Disember 2012

RM500 Bilion Hutang Najib kepada Pakatan Rakyat

SETIU - Kerajaan Pakatan Rakyat bakal menanggung bebanan hutang melebihi 500 bilion jika Umno dan Barisan Nasional (BN) kehilangan kuasanya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata kerajaan Pakatan Rakyat dapat Putrajaya pun tidak seronok sebab negara ini diambang bankrap.

PRU13; Jika Tidak Berubah Negara Akan Parah

Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang politik sosial dan ekonomi, wajib merubah kerajaan di dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan datang kerana BN sudah tidak mampu untuk mengurus negara dan rakyat.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, terbaru Hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari Malaysia pada tahun 2010 yang meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China.

Israel Guna Senjata Luar Biasa

BANDARAYA GAZA - Ketua Bahagian Kecemasan Hospital al-Shifa Dr Ayman berkata, hospital tersebut telah menerima keseluruhannya seramai 1500 orang yang telah mengalami kemalangan akibat serangan Israel selama 8 hari bermula 14 November lalu.

Menurutnya, dari jumlah itu, seramai 190 telah gugur sebagai syuhada dan yang paling menyedihkan adalah 50 orang daripadanya adalah kanak-kanak.

21 Disember 2012

Pengasuh Terengganu Desak Kerajaan Kecualikan Gaji Minima

KUALA TERENGGANU - Presiden Persatuan Pengasuh Negeri Terengganu, Noraini Mustafa  berkata seramai 80 orang pengusaha Taska  dan pengusaha Taska negeri Terengganu bersetuju dengan sebulat suara mendesak pengecualian gaji minima.

Menurutnya, pengumuman Pardana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengenakan kadar gaji minima RM900 sebulan mendapat tentangan dari Pengusaha Taska dan Tadika Swasta di Terengganu.

Palestin dan Warga Gaza Yakin Rakyat Mesir Menyokong 'Referundum'

BANDARAYA GAZA - Rakyat Palestin khususnya warga Gaza ingin melihat negara jiran mereka Mesir dapat meneruskan kestabilan pemerintahan di bawah Presiden barunya, Muhammad Morsi, walaupun mengambil bersikap tidak mahu campur tangan dalam krisis yang melanda Mesir sekarang.

Menurut Kementerian Luar Palestin di Gaza menyifatkan rakyat dan pemerintah Mesir adalah saudara bagi warga Palestn dan Gaza.

"kita tidak campurtangan isu dalaman Mesir,  sebab orang-orang Mesir adalah saudara-saudara kami dan Mesir adalah negara yang besar dan penting bagi Palestin,

20 Disember 2012

Penangguhan Perlaksanaan AES, GST Dan Lain-lain Kerana Pilihanraya

Rakyat diingatkan penggantungan beberapa keputusan besar kerajaan hanyalah bersifat sementara, menjelang PRU13 sahaja. Terkini keputusan menggantung semua saman AES dibuat kerana bantahan orang ramai dan usaha gigih Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang diterajui PAS terhadap peraturan yang menindas rakyat.

Walaupun Menteri Pengangkutan serta anggota kabinet telah berulang kali menyatakan AES tetap akan dilaksanakan, namun terkini ia ditangguhkan oleh Jabatan Peguam Negara.

Timbalan Exco Agama Gagal Menjawab Soalan Ketua Cawangan PAS

KUALA NERUS - Timbalan Exco Agama kerajaan Umno dan Barisan Nasional negeri Terengganu YB Ramli Nuh gagal menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ketua Cawangan PAS Bukit Berangan, Haji Awang Yaakub.

Pada 11 Disember lalau, Haji Aang yang dikenali sebagai 'Pak Zar' telah menyoal Ramli Nuh secara langsung ketika Ramli Nuh sedang berucap pada satu Majlis pemberian baucer 'Wang Ehsan' di kampung terbabit.

19 Disember 2012

Pemimpin Ikhwan al-Muslimi Doakan Kejayaan PAS Pada PRU-13

KAHERAH - Kemenangan kepada Islam hanya akan tiba apabila seseorang muslim itu menepati ciri-ciri seorang hamba dan menjadi menjadi hamba Allah dalam konteks yang sebenarnya.

"Jadilah seorang hamba Allah yang sebenar-benarnya, bila kita telah menepati ciri-ciri seorang hamba, Allah akan mengurniakan kemenangan kepada kita,"ujar Mantan Mursyidul Am Ikhwan al-Muslimin Sheikh Mehdi Akif.

Rakyat tiada pilihan kecuali tolak Umno-BN

DUNGUN - Rakyat diingatkan, mereka tidak mempunyai pilihan melainkan mesti menukarkan Umno dan Barisan Nasional (BN) kepada kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang.

Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata PAS dan Pakatan Rakyat boleh memerintah negara ini dengan lebih baik dan cekap dari Umno-BN.

Yayasan Amal DiTawar Mengendali Sebuah Pusat Kesihatan

BANDARAYA GAZA - Yayasan Amal Malaysia (Yayasan Amal) ditawarkan oleh Pihak Berkuasa Palestin mengendalikan sebuah pusat kesihatan yang terletak di Timur semenanjung Gaza berhampiran khemah pelarian Khan Younis dan pintu Rafah.

Menteri Kesihatan Palestin, Dr. Mofed M. Mokhallati menyampaikan hasrat warga Gaza dan penduduk Palestin itu kepada

Ketua Delegasi Yayasan Amal Dr. Suhazeli Abdullah, yang sedang berada di wilayah tersebut dalam Misi Perubatan dan Rehabilitasi.

Umno-BN Sudah tergelincir, Kata Tokoh Korporat Mokhtar Hamid

DUNGUN - Perjuangan Umno dan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) wajar ditinggal oleh orang Melayu kerana telah tergelincir dari landasannya yang sebenar.

Tokoh korporat, Encik Mokhtar Hamid, 68, yang baru menyertai PAS serta menyerahkan boring keahlian parti kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata demikian pada Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU) 6.0 di Dataran PGU Paka, Simpang Santong, Dungun pada 15 Disember lalu.

'Amanat Haji Hadi': Umno Perlu Jawab Banyak Isu Lain

UMNO yang dilihat seperti kelemasan menggunakan teknik bertahan bagi menyelamatkan kedudukannya sehingga sanggup menggunakan isu lapuk demi menghidupkan sisa-sisa survival politik mereka.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Ustaz Riduan Mohd Nor, kali ini isu amanat Haji Hadi tahun 1981 diolah kembali supaya ianya bermain dibibir umat Islam di negara ini.

18 Disember 2012

Pluralisme Tidak Salah Kepada Bukan Islam

KUALA TERENGGANU - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak kisah dengan gambaran DAP berhubung kerjasama antara kedua-dua parti itu termasuk menyifatkan hubungan mereka berdasarkan atas prinsip pluralisme atau kepelbagaian agama.

Ini kerana, katanya, pluralisme merupakan satu bentuk fahaman yang tidak boleh dipaksa terhadap orang bukan Islam.

Namun, Ustaz Abudl Hadi menegaskan bahawa orang Islam mesti berpendirian tegas terhadap agama sendiri serta tidak terpengaruh dengan pluralisme.

Misi Yayasan Amal ke Gaza; Rm50,000 Ubat-ubatan Berjaya Dihantar

KAHERAH– Misi Perubatan dan Rehabilitasi Yayasan Amal Malaysia berjaya menghantar ubat-ubatan bernilai RM50,000 ke wilayah Gaza dengan kerjasama Perastuan Doktor-doktor Seluruh Mesir (Egyptian Medical Syndicate - EMS).

Ubat-ubatan yang diangkut dengan sebuah lori itu masuk ke Gaza melepasi pintu Rafah di sempadan Gaza pada kira-kira jam 2 petang waktu tempatan, Isnin 17 Disember.

17 Disember 2012

Perjuangan Kebangsaan dan slogan 'Hidup Melayu' Tidak Ada Nilai Kemanusiaan

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan perjuangan berorentasikan kebangsaan apa pun tidak ada nilai langsung disisi Tuhan pada hari akhirat kelak.

Malah, katanya, Nabi Muhammad SAW sendiri menggunakan pendekatan agama bagi memikat hati manusia kepada Allah SWT.

Menurutnya, dalam al-Quran sendiri dari mula hingga akhir tidak ada sepatah ayat pun yang menyokong perjuangan kebangsaan.

Referendum Mesir - Majoriti Kecil Pusingan Pertama Yang Memberangsangkan

KAHERAH - Majoriti kecil rakyat Mesir menyokong satu perlembagaan baru yang dipertikaikan tetapi disokong oleh Presiden Mohamed Mursi dan sekutu-sekutu parti Islamnya dalam pusingan pertama pungutan suara di negara itu, kata parti-parti Islam dan sekumpulan pembangkang, semalam, sambil memetik keputusan tidak rasmi.

Undian pungutan suara di 10 wilayah Mesir, termasuk di Kahirah, kelmarin, diadakan selepas berlakunya protes besar-besaran yang dianjurkan oleh sebuah pakatan pembangkang yang pada mulanya bertujuan membatalkan pungutan suara itu, sebelum ia mengeluarkan gesaan pada detik-detik terakhir menolak draf perlembagaan itu.

16 Disember 2012

Referendum Perlembagaan Baru Mesir; Sokongan Memihak Kepada Perubahan

KAHERAH - Suruhanjaya Pilihanraya Mesir di sini membuat pengumuman pada kira-kira jam 8 .07 malam waktu tempatan, proses pengundian bagi pungutan suara (referendum) perlembagaan baru Mesi dilanjutkan sehingga jam 11 malam.

Menurut laporan beberapa rangkaian televisyen di sini, penambahan masa pengundian tersebut adalah bagi membuka peluang seluas-luasnya kepada rakyat Mesir, ekoran pusat-pusat pengundian yang masih dipenuhi para pengundi.

Lebih 50,000 Memeriahkan HKR-PGU6.0 Malam Pertama

DUNGUN - Kehadiran lebih 50,000 rakyat berbilang bangsa dan agama di tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Terengganu, Paka, Dungun Terengganu hari ini telah membuktikan kejayaan pakatan rakyat berjaya memikat hati rakyat dengan pelbagai isu negeri dan negara tengah malam semalam.

Biden Tandatangani Tindakan Eksekutif ‘Menterbalikkan’ Dasar Trump Pada Hari Pertama

  Beberapa jam selepas mengangkat sumpah sebagai presiden A.S. ke-46 pada hari Rabu, Joe Biden menandatangani serangkaian tindakan eksekutif...