24 Mac 2012

Empat YB Kawasan Parlimen Besut ‘Baham Tanah’ Di Dendong dan Seorang di Batu Rakit


KUALA TERENGGANU – Sebagaimana yang dijanjikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut, seperti yang dicabar oleh Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said, hari ini Sabtu 24 Mac, Haji Wahid mendedahkan nama-nama YB Umno yang ‘baham tanah’.
Empat dari mereka adalah dari kawasan Parlimen Besut yang terdiri daripada Ahli Parlimen Besut sendiri, Abdullah Md. Zain, ADUN Jerteh Dato’ Seri Idris Jusoh,  ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad dan ADUN Kota Putera Muhamad Pehimi Yusof.

23 Mac 2012

Wahid Akan Dedah Nama-nama ADUN dan AP ‘Baham Tanah’ Esok 24 Mac


SETIU – Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut memuji sikap Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira dan Wang Negara (PAC) Dato’ Seri Azmi Khalid yang bertegas mahu Jawatankuasa Parlimen itu menyiasat Dana Awam yang digunakan oleh Syarikat Lembu dan Daging Negara (National Fidlot Corporation – NFC).

HAMTU; Pemuda DUN Chukai Ajak Pengundi Muda Tolak Umno


KEMAMAN – Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai sudah bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) dan mengajak seluruh pengundi muda di seluruh negara, menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) apabila Parlimen dibubarkan pada bila- bila masa.

Penganjuran Himpunan Anak Muda Tolak Umno (Hamtu) yang akan diadakan pada 4 hingga 7hb April, menurut Setiausahanya Wan Muhammad Zawawi, membuktikan kesiapsiagaan mereka menghadapi Umno dan Barisan Nasional (BN).

21 Mac 2012

Balai Raya Jadi Markas Pilihanraya Umno/BN


KUALA NERUS - Pemimpin Umno setempat terutamanya Ketua Penerangan Umnno Terengganu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dikecam kerana menjadikan sebuah balai raya di Kampung Seberang Takir sebagai Markas Pilihan Raya Barisan Nasional (BN).
Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang menyifatkan tindakan Umno menjadikan sebuah balai raya sebagai markas parti tidak wajar kerana balai raya merupakan bangunan awam bagi kegunaan orang ramai tanpa mengira fahaman parti politik.

20 Mac 2012

PAS Gesa DiKembalikan Pinjaman Kepada Pelajar Mesir


KUALA TERENGGANU – PAS menggesa kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) serta Yayasan Terengganu bertindak adil dan mengembalikan pinjaman pelajaran sembilan pelajar Mesir yang ditamatkan melalui surat yang dihantar Yayasan Terengganu pada 22 Februari baru-baru ini.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat kerajaan patut menilai semula tindakan penamatan tersebut kerana Himpunan BERSIH bukan himpunan politik dan pelajar tersebut sebagai mahasiswa mempunyai hak menyuarakan suara dan hasrat mereka.

19 Mac 2012

Mendepani PRU-13; Manfaatkan Isu Penyelewengan Pemimpin Umno


KEMAMAN – Bagaimana pendapatan seorang Penyelia Kemas sekitar RM2000 sebulan, boleh mampu membina rumah berharga RM1 juta, sekaligus memiliki dua kereta mewah yang baru dibeli? Namun begitu maklumat ‘jahat’ pemimpin Umno tidak sampai kepada rakyat.
Ia adalah kerana isu penyelewengan dan salah laku pemimpin Umno tidak dimanfaatkan oleh jentera PAS.

Khidmat Malaysia Kuala Terengganu Bantu Golongan Terkesan PKP

  KUALA TERENGGANU- Khidmat Malaysia Kawasan Kuala Terengganu telah mewujudkan lima pusat pengumpulan sumbangan barangan dan kewangan bagi m...