KUALA NERUS –
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas Haji
Salleh Embong kesal dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Teluk Pasu yang menggelar dirinya sebagai ‘dajjal’ kerana mempertahankan
hak dan menuntut keadilan.
“Saya kesal, dia yang digelar ‘Yang Berhormat’ sanggup menggelar
saya sebagai dajjal kerana saya berjuang mempetahankan hak tanah air
saya,
“saya tidak bersetuju dengan pembinaan jalan dan
bersama-sama 18 orang penduduk kampung menuntut keadilan dan tidak
pernah menyakiti mana-mana pihak,”ujarnya ketika ditemui pada hari ini
Selasa, 3 April.
Haji Salleh yang juga bekas Ahli Jawatankuasa
Umno Bahagian Kuala Nerus berkata demikian dalam satu sidang media yang
diadakan dirumahnya.
Menurutnya, beliau telah membuat laporan
kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada bulan
Jun tahun lalu kerana pembinaan Jalan dan Jambatan Kampung Jeram dari
Banggol Tuan Muda Ke Kampung Bukit Guntong tidak mengikut prosedur.

Katanya, jalan tersebut yang melintasi Kampung Banggol Donas tidak sepatutnya dibina kerana ia belum diwartakan.
[Gambar
bawah - haji salleh menunjukkan pelan pembinaan jalan yang sepatutnya
boleh dielakkan sekiranya kerajaan membina jajaran yang telah
dicadangkannnya]“Siapa suruh buat (jalan), kalau awak buat
awak tanggung sendiri tanpa kebenaran daripada JKR jangan melibatkan
orang kampung, kalau kata kerajaan suruh buat kerajaan lah tanggung,
buat apa nak susah, tak ada masalah pun,