04 April 2009

Hari Keluarga & Sukaneka UPU Pengakalan Aur DUN Changkat Jering


Pembebasan Tahanan ISA; Permainan Politik Najib Meraih Undi Menjelang 7 April.

Bukit Gantang – Janji Perdana Menteri yang baru, mengisytiharkan pembebasan tahanan ISA adalah untuk meraih simpati pengundi menjelang hari pengundian pilihanraya kecil Bukit Gantang pada Selasa ini, 7 April.

Pengarah Pilihanraya PAS Dato’ Mustafa Ali berkata ia adalah permainan politik Dato’ Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Markaz Operasi PRK Bukit Gantang, Air Kuning, pagi tadi.

Dalam perkembangan yang sama, Calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Nizar Jamaludin telah berkesempatan mengunjungi Kem Tahanan Kamunting tengahari ini.

Beliau kesana untuk bersama-sama ahli keluarga dan sanak saudara tahanan yang menunggu pembebasan tersebut sejak semalam.

Namun para tahanan yang dijanjikan pembebasan itu, sehingga tengahari ini, masih belum dibebaskan lagi.

“Saya dalam perjalanan dari Kem Tahanan tadi, bersama-sama dengan keluarga tahanan, yang ayah-ayah mereka dan suami-suami mereka yang dijanjikan oleh Perdana Menteri semalam, tapi malangnya merek masih belum dibebaskan sehingga hari ini,”katanya ketika berucap pada majlis Hari Keluarga dan Sukaneka UPU Pengkalan Aur dekat sini.

Katanya beliau mengambil kesempatan berbicara dan memohon para pegawai Kem tersebut supaya membebaskan para tahanan itu.

Beliau berkata demikian kerana menurutnya keluarga dan isteri-isteri tahanan yang teraniya telah datang dari jauh, dari serata pelusuk tanahair sejak petang semalam ataupun pagi tadi untuk melihat suami atau anak-anak mereka yang telah dizalimi.

Mengulas perkembangan pilihanraya kecil Bukit Gantang, beliau berkata pilihanraya kecil ini adalah perlawanan antara ‘hak’ dan ‘batil’.

“P.059 ini adalah satu pertarungan yang hebat diantara hak dan batil. ‘Hak’ diwakili oleh Pakatan Rakyat dan ‘Batil’ diwakili oleh UMNO dan Barisan Nasional,

“kita telah 51 tahun dibawah kebatilan UMNO dan kemuncak kebatilan mereka adalah merampas hak rakyat,”jelasnya.


Pemimpin PAS Terengganu 'Menyingsing Lengan' Berkempen di Bukit Gantang

Bukit Gantang – Pemimpin PAS Terengganu yang berkampung di parlimen Bukit Gantang giat berkempen untuk memenangkan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' Wan Mutalib Embong, Bendahari Hj Mohd Abdul Wahid Endut dan ADUN Ladang Dato' Tengku Hassan Omar adalah di antara mereka yang duduk di saf hadapan bersama ratusan petugas lain.

Ketiga-tiga mereka telah menyampaikan ucapan dalam Majlis Hi-Tea di Taman Molek, Simpang, dalam UPU Pengkalan Aur, disini, semalam.

Dato' Wan Mutalib berkata Barisan Nasional (BN) sering menabur janji setiap kali apabila tiba musim pilihanraya.

Namun katanya, apabila pilihanraya selesai semua janji-janji tersebut tidak ditunaikan.

Antaranya kata beliau ialah kampung baru di Bukit Berangan Kuala Terengganu yang telah didiami sejak 55 tahun dahulu.

“setiap kali pilihanraya dijanjikan untuk diberikan tanah, rumah dah ada beranak dan bercucu tetapi tanah terus tidak dapat,

“bila kita (PAS) menang (dan memerintah) Terengganu kita bagi geran kekal kepada mereka,”ujar beliau dalam Majlis Hi-Tea di Taman Molek, Simpang, dalam UPU Pengkalan Aur, disini, semalam.

Katanya perkara tersebut sama seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak.

Dalam majlis yang sama, Hj Mohd Abdul Wahid berkata rakyat tidak mendapat agihan kekayaan negara kerana ia di bolot oleh pemimpin UMNO/BN

“Saya tengok, orang (negeri) Perak, orang Cina, orang India, orang Melayu, saya ingat kaya-kaya (tapi) tak ade juga, serupa macam Terengganu,

“kekayaan (negara) semua diangkut oleh mereka (pemimpin UMNO/BN), mereka tidak fikir soal rakyat susah, mereka tidak fikir sangat soal masalah rakyat,

“yang mereka fikir mau jadi Perdana Menteri, mereka fikir untuk ambil projek untuk kroni-kroni mereka sahaja,”jelasnya dihadapan hadirin yang terdiri dari kaum Cina dan India.

Katanya pemimpin UMNO/BN hanya fikir dan buat kerja untuk kepentingan golongan dan puak-puak mereka sahaja.

Justeru beliau berkata, penduduk Bukit Gantang mesti memberi pengajaran kepada UMNO/BN sebagaimana penduduk Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

“Itu sebabnya saya datang dari Kuala Terengganu, saya mahu beritahu yang kita sudah ajar Barisan Nasional di Kuala Terengganu,

“sekarang adalah masanya dimana kita mahu ajar itu UMNO/BN di Bukit Gantang,”tambahnya.

31 Mac 2009

Memperkasa Politik Baru


Kuala Terengganu – Pengarah Pilihanraya PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata tema penuh kempen PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang adalah “Kekalkan Kemenangan Rakyat Dengan Memperkasa Politik Baru”.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Markaz PAS Air Kuning semalam.

“Tema kempen adalah ‘Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat Dengan Memperkasa Politik Baru,

“Kita dah buat politik baru, kita nak perkasakan lagi, kita dah politik baru artinya nak menyatupadukan seluruh rakyat tak ada sentimen perkauman sebagaimana yang ditiupkan sekarang ini oleh UMNO/BN,” kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu.

Beliau berkata, ia adalah kesinambungan dari pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh dan pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.

Katanya UMNO tidak berubah kepada yang lebih baik, malah kepada yang lebih buruk, itu politik lama.

“Dalam beberapa ulasan dan pandangan beberapa pimipinan BN tidak berubah, contohnya Dr.Zamry mengatakan Nizar calon DAP, cakap-cakap macam ini bukan politik baru, politik baru mesti lebih terbuka dan lebih jantan,”kata Mustafa.

Beliau turut mendedahkan beberapa kempen dari penyokong Barisan Nasional yang mengamalkan politik lama dengan membuat ugutan dan kempen yang mengancam keselamatan calon PAS.

“Ini permainan yang melampau, …… kill Nizar…… sepatutnya cara begini tidak… ini jelas bukan dari penyokong Pakatan Rakyat,

“saya minta perkara begini dihentikan, kita berhadap secara jantan, kita harap ppimpinan UMNO/BN betul-betul menghormati sistem demokrasi,”tambahnya

Himpunan Hari Penamaan Calon

Perutusan Dato' Seri Nizar, Calon PAS mewakili Pakatan Rakta di PRK Parlimen Bukit Gantang




30 Mac 2009

Nizar Tak Rampas Kuasa Di Masjid, UMNO Menjadikan Masjid Tempat Kempen Politik


Bukit Gantang - Calon PAS pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan, beliau ‘tidak merampas kuasa’ atau ‘merampas mikrofon, di Masjid Simpang dekat sini

Sebaliknya, kata Nizar, beliau telah diundang oleh imam masjid tersebut untuk menyampaikan tazkirah dan menjelaskan ayat-ayat yang dibacakan semasa mengimamkan solat Maghrib.

"Saya dijemput oleh imam supaya mentafsirkan ayat-ayat yang saya bacakan selama 20 minit sebelum itu... saya juga sejak awal telah diminta supaya tidak menyelitkan elemen politik sebab masjid bebas politik.

"Jadi, saya diminta membuat tafsiran ayat-ayat yang saya bacakan sebelum itu... ketika takzirah... jadi saya tidak merampas mikrofon untuk berucap, cuma memenuhi kehendak imam," kata beliau yang ditemui hari ini.

Beliau berkata, apabila beliau meminta mikrofon untuk menyampaikan ucapan tafsiran ada pihak yang membantah dengan alasan ia bukan tempat untuk berpolitik.

"Bagi mengelakkan suasana kecoh, saya memutuskan untuk tidak meneruskannya dan kemudian meninggalkan masjid... apa terjadi selepas itu saya tidak tahu," katanya.

Mengulas perkara yang sama, Pengarah Pilihan Raya PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata, sekiranya dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh UMNO itu, jelas UMNO telah menggunakan masjid untuk tujuan kempen politik.

"Saya sudah mendapat laporan kejadian tersebut, laporan kita sangat terkini, perkara tersebut berlaku di masjid Simpang,

“Ini satu gambaran kalau BN mengatakan Nizar merampas program BN, artinya BN berkempen di masjid, sudah menggunakan masjid untuk berkempen,”tegas Mustafa dalam sidang di Markaz Air Kuning hari ini.

Namun menurutnya, beliau dimaklumkan ada jamaah disana, yang menjadi kebiasaan selaku Menteri Besar, Imam akan menyerahkan mikrofon kepada Nizar, bukan Nizar yang merampas mikrofon.

Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin ketika dihubungi mStar Online mengakui BN menggunakan masjid.

Beliau berkata Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid dan terus mengimamkan solat Maghrib.

Namun Rosli tidak mengakui peranan Imam masjid yang dilantik dan melabel Imam sebagai ‘orang-orang Nizar’ kerana Imam masjid yang memberikan beliau mikrofon kepada Nizar untuk berucap.

Walaupun Rosli mengakui BN telah menggunakan masjid untuk tujuan poltik, namun beliau tetap berniat jahat menuduh Nizar membuat kacau !

Kumutha Rahman memang sentiasa mengejutkan !


Bukit Gantang - Anak gadis berbangsa India yang mengejutkan dunia politik tanahair pada pilihanraya umum yang ke 12 Mac, 2008, turut bersama dalam kempen pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang.

Semalam, Kumutha A/P Rahman telah berucap dalam Majlis Hi-Tea anjuran UPU Pengkalan Aur di Taman Indah, Simpang, disini.

Beliau merupakan calon PAS yang pertama dari kaum India dan juga calon perempuan pertama dari kaum India yang bertanding atas tiket PAS.

Kumutha bukanlah calang-calang wanita kerana beliau adalah seorang peguam yang memiliki ijazah undang-undang United Kingdom.

Dalam ucapannya semalam beliau memberitahu sebab apa beliau tertarik dengan PAS dan menjadi ahli Kelab Pnyokong PAS.

Katanya tak ada dalam perlembagaan PAS orang-orang bukan Islam mesti masuk Islam untuk menyokong dan mengundi PAS.

Beliau sekaligus menyelar UMNO, katanya, UMNO ‘tak faham bahasa’.

"dalam buku (perlembagaan PAS) tu satu perkataan pun tidak mengatakan yang (orang) India atau Cina kena (convert) masuk Islam,

"tapi UMNO yang tak faham bahasa, dia (UMNO) cakap yang bukan-bukan, (kata pemimpin UMNO) kalau orang Cina dan orang India pilih PAS, kena masuk PAS, memang tak ada"katanya dalam majlis Hi-Tea semalam

Menurutnya itulah fitnah yang diberitahu oleh UMNO kepada rakyat Johor, terutamanya kepada orang-orang bukan Islam.

Beliau berkata pemerintahan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz, seorang ulama' memang baik dan bagus.

Beliau berkata demikian setelah melawat negeri Kelantan dan melihat perbezaan dasar kerajaan Kelantan terhadap ugama Hindu.

"bagi kaum India, kuil itu satu tempat yang suci untuk bersembahyang, tapi Sammy Velly boleh robohkan,

"kalau tanya kepadanya (sammy), dia jawab Khir Toyo yang robohkan,"katanya yang mengkritik Ptresiden MIC itu sebagai orang yang tidak berugama.

Beliau menambah, katanya, Kelantan berbeza dengan negeri lain dan menjadi satu negeri sahaja di Malaysia yang mempunyai Kuil berhawa dingin.

Beliau turut menyarankan ahli-ahli UMNO dinegeri lain supaya mengadakan lawatan ke negeri Kelantan supaya dapat melihat sendiri sebuah kerajaan yang ditadbir oleh PAS.

Beliau juga berkata perpaduan sebenar dikalangan masyarakat Malaysia dewasa ini adalah apa yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat dimana semua bangsa dapat bersama dalam satu majlis seperti Majlis Hi-Tea yang diadakan semalam.

Kumutha yang bertanding di Dun Tiram atas tiket PAS, menentang calon BN, Maulizan Bujang.

Beliau memperolehi 8827 undi berbanding Maulizan, 17,006 undi.

Bagaimana pun Kumutha berjaya mencatatkan peningkatan lebih 3000 undi berbanding undi diperolehi calon PAS, Roslani Sharif, pada PRU 2004.



Nizar Simbol Perjuangan PAS Untuk Kesejahteraan Rakyat - Dato Mustafa Ali


Bukit Gantang – Pemilihan Dato’ Seri Nizar Jamaludin sebagai calon PAS adalah kerana beliau merupakan simbol ‘cakna dan prihatin’ PAS kepada rakyat dalam perjuangan untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali berkata, Nizar telah membuktikan perkara tersebut dalam tempoh tidak sampai setahun menerajui pemerintahan negeri Perak.

Katanya, sebagai Menteri Besar, Nizar telah berjaya menyatukan seluruh rakyat walaupun kepimpinan UMNO dan Barisan gagal melaksanakannya setelah puluhan tahun memerintah negeri Perak.

“Beliau berjaya mendekatkan masyarakat Cina, India dan Melayu bersama-sama, sebab itu kita (PAS) memilih beliau sebagai calon,

“untuk membuktikan kita berlawan dengan UMNO lawan sungguh-sungguh, lawan habis-habis, supaya dia terlingkup, Insyaallah,”katanya dalam Majlis Hi-Tea anjuran UPU Pengkalan Aur, di Taman Indah,disini, petang semalam.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS berkata beliau yakin dengan sokongan rakyat kepada calon PAS berdasarkan fakta dan kehadiran puluhan ribu rakyat dalam majlis perisytiharan Nizar sebagai calon PAS dan perarakan penamaan calon yang diadakan semalam.

“Pengumuman yang kita buat puluhan ribu yang hadir, pengumuman yang Najib buat tak berapa ramai orang UMNO/ BN yang hadir,

“yang kedua besar adalah pagi tadi, saya sendiri tidak sampai kedalam (tempat penamaan calon), tetapi saya dapat laporan, puluhan ibu yang hadir,

“itu menggambarkan suatu kemenangan semangat, kemenangan moral kepada kita,”tegasnya.

Mengulas perkembangan tiga pilihnaraya kecil yang akan diadakan seretntak pada 7 April akan datang, beliau yakin Pakatan Rakyat akan menang tiga pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, sekaligus.

Katanya, berdasarkan pertemuannya dengan pengundi, beliau mendapat pengakuan dari pengundi BN sebelum ini akan turut memilih calon Pakatan Rakyat pada pilihantraya kecil kali ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Johor Professor Datuk Dr Mahfodz Bin Mohamad, Bendahari PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali dan bekas calon PAS kawasan Tiram Johor, Kumutha Rahman



29 Mac 2009

PRK Bukit Gantang Satu Referendum Rakyat Perak kata Nizar


Taiping - Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang (PRK) adalah pilihanraya untuk seluruh rakyat Malaysia kerana ia merupakan satu pungutan suara atau ‘referendum’ rakyat negeri Perak.

“Rakyat Bukit Gantang dan negeri Perak tidak mahu satu pengurusan da pentadbiran parti yang mengurus dan mentadbir dengan mengenepikan undang-undang,”kata calon PAS bagi PRK Bukit Gantang, Dato’ Seri Nizar Jamaludin.

Beliau berkata rakyat akan menolak mana-mana parti yang tidak menghargai atau menghormati undang-undang dan menafikan masyarakat Madani.

Katanya masyarakat Malaysia harus menghormati sistem Pengasingan Kuasa, Raja Perberlembagaan dan Demokrasi Berparlimen sebagaimana yang termaktub dalam perlembagan Malaysia.

“Jika semua rakyat Malaysia menghormati perlembagaan negara, pentadbiran tidak ada apa-apa negatif, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan,

“jadi, kita harap pilihanraya P.059 ini akan melahirkan melahirkan natijah tersebut,” katanya dalam sidang media, selepas penamaan calon pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, disini, hari ini.


Khidmat Malaysia Kuala Terengganu Bantu Golongan Terkesan PKP

  KUALA TERENGGANU- Khidmat Malaysia Kawasan Kuala Terengganu telah mewujudkan lima pusat pengumpulan sumbangan barangan dan kewangan bagi m...