23 Ogos 2014

PAS Setiu Azam Tingkat Prestasi Dengan ‘Rangkaian Ta’awun’


Screenshot (79) (1024x576)SETIU – PAS Kawasan Setiu berazam untuk meningkatkan prestasi kerja-kerja kebajikan dan cakna orang muda dengan strategi ‘Rangkaian Ta’awun’ yang akan lebih mengutamakan khidmat fizikal dan spiritual, berbanding agihan kebendaan.
Yang DiPertua PAS Setiu, Ustaz Saharizukirnain Abdul Kadir meletakkan sasaran menguasai sekurang-kurangnua dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihanraya akan datang.

22 Ogos 2014

Tarbiyah dan Penerangan Agenda Utama Muslimat


20140821_112155 (1024x587)KUALA TERENGGANU – Undi wanita amat penting bagi membantu kemenangan PAS di negeri Terengganu dan Malaysia. Oleh sebab itu menjadi suatu tanggungjawab yang hebat untuk Dewan Muslimat serta sayap muda dewan iaitu Ameerah untuk terus bekerja dalam membantu kemenangan Islam di Terengganu.
Ketua Muslimat PAS Terengganu Safinah Jusoh berkata, Dewan Muslimat PAS sudah mencapai umur 51 tahun dan telah melalui banyak siri pilihanraya.

PR Perlu Terbuka, Jika Sultan Titah Mahu Calon MB Dari PAS


IMG_7423 (1024x683)KUALA TERENGGANU – Pakatan Rakyat diharap bersikap terbuka menerima pemimpin PAS sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Shah bertitah untuk berbuat demikian.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, keputusan itu lebih baik berbanding mengadakan pilihan raya semula.

21 Ogos 2014

Kakitangan Jabatan Perhutanan ‘Sesat’, Pulang Sendiri

IMG-20140819-WA0069DUNGUN – Selepas saja selesai solat Isyak, Selasa 19 Ogos, sekumpulan ahli jamaah masjid Kampung Pinang Merah yang diketuai oleh Ketua Cawangan PAS Che Wan Mustafa Che Wan Kaman, menziarahi ahli qaryah yang hilang di hutan Hulu Dungun.
Menurutnya, Rani @ Yahya bin Jusoh, 56, atau dikenali dengan panggilan ‘Yayar’ telah sesat dan dikhuatiri hilang selama sehari sejak jam 9.00 pagi, hari Isnin.

19 Ogos 2014

Majlis Raya Bersama Warga Tionghua Tingkatkan Perpaduan Antara Kaum

raya tionghua chukaiChukai, KEMAMAN – Pertemuan antara warga Tionghua pada Majlis Rumah Terbuka Sempena Hari Raya yang dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai Haji Hanafiah Mat, dapat meningkatkan perpaduan antara rakyat berbilang kaum di negara ini.
Menurut seorang pengunjung, jurang perkauman semakin luas ekoran isu-isu perkauman yang sering ‘dimainkan’ oleh Barisan Nasional (BN).
“program hari ini dapat menyatukan hati-hati kami yang semakin hari semakin luas jurang perkauman yang dimainkan oleh BN……,

18 Ogos 2014

Sultan Mizan Harap Kerajaan Negeri Penuhi janji dan Tanggungjawab


83156259-tuanku-mizan (2)Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru rakyat supaya sentiasa berwaspada dengan unsur-unsur cuba untuk mengubah landskap yang harmoni yang sedia ada dengan menaikkan isu-isu yang berkaitan dengan Islam, kedaulatan raja-raja Melayu dan kedudukan Bahasa Melayu.
Sultan juga menyeru kepada semua pihak untuk menghentikan semua tindakan provokasi yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan di negeri itu supaya tenang yang dinikmati selama ini boleh terus diguna pakai.

Kerajaan Umno-BN Menyelewengkan Sejarah Perjuangan Kemerdekaan


20140817_131410HULU TERENGGANU – PAS kesal kerana masih ramai pejuang kemerdekaan yang menentang penjajahan Inggeris di Negara ini masih digelar sebagai pemberontak, sedangkan mereka adala pencetus kebangkitan rakyat sehinggan British dihalau dari Tanah Melayu.
Antara mereka adalah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong yang berjuang menegakkan undang-undang Islam dan menentang sistem cukai tanah diperkenalkan oleh penjajah di negeri Terengganu.

Khidmat Malaysia Kuala Terengganu Bantu Golongan Terkesan PKP

  KUALA TERENGGANU- Khidmat Malaysia Kawasan Kuala Terengganu telah mewujudkan lima pusat pengumpulan sumbangan barangan dan kewangan bagi m...