20 Februari 2010

Hala Tuju Pemuda Umno Semakin Kabur; Pemimpin Kaya Raya Jual Projek

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/fariz.jpgFariz cabar Ketua Pemuda Umno Terengganu Berdebat

KUALA TERENGGANU
– Halatuju Pemuda UMNO negeri Terengganu semakin kabur kerana didakwa semakin hilang sokongan dari anak-anak muda negeri ini.
Manakala pemimpinnya sibuk meraih laba jutaan ringgit dengan melobi tender kerajaan, dan menjual tender tersebut
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu, Fariz Musa berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Terengganu, Saiful Bahari Baharudin.

19 Februari 2010

“Politik Suku Ugama Suku” – Jalan Terbuka Untuk Menjadi Murtad

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/IMG_3408.JPGKUALA TERENGGANU – Timbalan Ketua Dewan ulamak PAS Terengganu berkata, mereka yang mempunyai keyakinan “politik suku ugama suku” adalah membuka jalan untuk menjadi murtad.
Menurutnya, Mufti kerajaan Mesir, As-Sheikh Mustafa Sobri pernah mengeluarkan fatwa demikian terhadap ajaran sekular tersebut.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan DUN seberang Takir semalam.

”Dulu kata ‘politik suku ugama suku’, (sekarang) baru (nak) sedar, sudah berapa puluh tahun, baru nak sedar,

17 Februari 2010

Presiden PAS Menyelamatkan Mangsa Lemas

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/SNC00029.jpg Rusila, MARANG - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarga serta beberapa penduduk kampong, telah menyelamatkan Ahamad Mat Zin, 58, dari di pantai Rusila dari menjadi mangsa lemas.
Ahamad bercadang untuk beriadah dan mandi dibelakang rumahnya di Kampung Rusila, Marang.

(Gambar - Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi (kanan) dan mangsa lemas, Ahamad Mat Zin, keletihan setelah dilambung ombak)

Namun rancangannya untuk bersantai bertukar menjadi tragedi yang hampir meragut nyawanya.

Umno Sekadar Berarak Mengingati Tarikh Lahir Nabi

- Bermuka-muka menyambut MaulidurRasul
KUALA TERENGGANU
– Pemimpin Umno dan pengikutnya sebenarnya tidak faham bagaimana sebenarnya amalan menghayati sambutan Maulidur Rasul SAW.


Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Mohammad Zawawi Nik Salleh berkata apa yang Umno buat setiap kali kedatangan bulan Rabiulawal sekadar ‘bermuka-muka’.
Katanya, Umno gagal mendidik pemimpin dan ahli-ahlinya dengan berkesan melalui penghayatan Maulidur Rasul.

16 Februari 2010

Syaitan Pun Gunakan Kalimah Allah!

DUNGUN – Umno dan Barisan Nasional (BN) berlagak menjadi hero dan menjadi jaguh, mengadakan demonstrasi dan mengangkat sepanduk, kononya merekalah golongan yang mempertahankan kalimah Allah dan kesucian Islam.

Sebaliknya, merekalah sebenarnya golongan yang menghalang perlaksanaan hukum hakam Allah dalam negara ini.

”Bila kita hendak laksanakan hukum hudud, hukum qisas, bermacam-macam alasan yang dibeikan oleh mereka, bila kita nak laksanakan syariat Islam, mereka halang (dan) mereka sekat,”kata Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi.

Tidak Cukup Dengan Sambutan dan Perarakan Maulidur Rasul

- Perjuangan RasuluLlah adalah Untuk Memenangkan IslamTepoh, KUALA NERUS – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tidak cukup dengan sambut MaulidurRasul setahun sekali, berarak dan mengangkat sepanduk serta bersalawat, dalam masa yang sama perintah Allah tidak diamalkan.

Beliau berkata, Allah mengutuskan Nabi Muhammad SAW dengan agama Islam dan petunjuk dari Allah supaya memenangkan agama Islam.

15 Februari 2010

Sketsa Menyedihkan Tahun 2006 Berulang Kembali




- Orang Melayu Menadah Tangan di depan To’ Kong

KUALA TERENGGANU – Setelah dua tahun Kuala Terengganu diisytihar sebagai Bandaraya, tidak banyak perubahan yang dapat mewarnai kehidupan warga ‘Bandaraya Warisan Pesisir Air’ itu.

Ramai yang terus hidup miskin lagi dhaif , sehingga terpaksa ‘melupakan’ perasaan malu dan ‘tidak kesah’ tentang maruah dan harga diri akibat kehidupan yang semakin tersepit.



Satu sketsa ‘kesempitan hidup’ yang menyedihkan khususnya kepada orang Melayu,  pernah hangat diperkatakan berlaku pada tahun 2006, berulang kembali pada malam menjelang Tahun Baru Cina, 13 Februari, 2010.

Malangnya Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang awal ke Kuala Lumpur selepas merasmikan dua proram ‘Umno Juara Rakyat’ di Besut dan Kuala Terenggan.

Sekiranya Tan Sri Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri 1Malaysia bermalam di Kuala Terengganu, nescaya beliau boleh melihat senario kehidupan yang pasti mempersoalkan, apakah Umno benar-benar juara kepada orang-orang Melayu.

Pada 31 Januari, 2006, sebuah akhbar media perdana dipetik, memaparkan kesah sekumpulan ibu tunggal sanggup ‘berselepoh’ dari pagi hingga malam sambil menadah tangan di depan sebuah To’kong di Kampung Cina, Kuala Terengganu sehari sebelum sambutan Tahun Baru Cina pada tahun itu.

Kejadian yang sama berlaku pada malam Tahun Baru Cina dua hari yang lalu, di To’ Kong yang sama dan Kampung Cina yang juga sama.

Kamera wartawan Buletin merakamkan beberapa foto, betapa ketika orang ramai lalu lalang, ‘orang Melayu’ berkenaan duduk atas jalanraya menunggu-nunggu umpama ‘peminta sedekah’.

14 Februari 2010

Iklan ‘Kopitiam’ dalam Laman MPK Mengelirukan Orang Ramai

KUALA TERENGGANU – Tindakan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) mempromosikan sebuah kedai ‘kopitiam’ didaerah tersebut yang diusahakan oleh bukan Islam dalam laman web rasminya, menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Ia adalah kerana sehingga kini hanya satu sahaja kedai seumpama itu yang merujuk dan memohon sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Ismail Dagang berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jakim, berkaitan perkara tersebut.

”Iklan tersebut dalam laman web kerajaan, mengelirukan terutamanya kepada umat Islam, mungkin ada yang faham ia disahkan oleh kerajaan Terengganu, sebab itu dipaparkan dalam laman web rasmi,”katanya ketika dihubungi Buletinonline.

Penduduk Kampung Paya Bunga Dizalimi


- Menteri Besar Dan Kerajaan Negeri Terengganu Wajib Tangani Segera
KUALA TERENGGANU - Angkatan Muda Keadilan (AMK ) Negeri Terengganu menyifatkan tindakan kerajaan negeri ’mengusir’ penduduk Kampung Paya Bunga sebagai satu tindakan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Ketuanya, Fariz Musa berkata Menteri Besar Dato’ Ahmad Said menganiyai mereka dengan memberikan tempoh sehingga 28 Febuari 2010, untuk mereka berpindah



Menurutnya, rata-rata penduduk kampung tersebut yang miskin lagi ’dhaif’, merintih supaya kerajaan negeri memberi pembelaan dan menyelesaikan masalah mereka dengan segera dan bijaksana.

Khidmat Malaysia Kuala Terengganu Bantu Golongan Terkesan PKP

  KUALA TERENGGANU- Khidmat Malaysia Kawasan Kuala Terengganu telah mewujudkan lima pusat pengumpulan sumbangan barangan dan kewangan bagi m...