13 Mac 2010

Pencapaian PAS Cemerlang di Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang

- Berdepan dengan BN yang menggunakan jentera dua kerajaan
Rhu Rendang, MARANG – Pencapaian PAS Marang setelah 25 tahun penubuhannya di Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang cukup cemerlang, dengan hanya mengalami dua kali kekalahan setelah 12 kali pilihanraya umum diadakan.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata (Parlimen) Marang yang berasal dari Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi PAS sejak tahun 1959.

12 Mac 2010

Laporan Ahmad DiPertikai

KUALA TERENGGANU - Pihak-pihak yang terlibat dengan pembinaan atap Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang runtuh mempersoalkan kenyataan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berhubung laporan kejadian runtuh atap tersebut.

Rabu lalu, Ahmad telah mendakwa
kegagalan semua pihak yang dilantik untuk membina SSMZA mengikut spesifikasi yang ditetapkan di dalam kontrak menjadi punca kejadian bumbung stadium itu runtuh pada 2 Jun tahun lepas.
Ahmad berkata, berdasarkan laporan kertas siasatan berhubung kejadian tersebut mendapati semua pihak menyumbang kepada keruntuhan bumbung stadium SSMZA itu.

"Tidak ada satu pihak pun yang ditunjukkan benar-benar paling bersalah. Semua bahagian pun ada (salah). Semua pihak menyumbang ke arah runtuhnya bumbung stadium itu," katanya ketika mendedahkan laporan kertas siasatan kejadian itu.

Sidang DUN Terengganu pada 5, 6, 7 & 8 April Depan


-Apa kandungan SMS mendesak MB Letak Jawatan
KUALA TERENGGANU
– Mesyuarat Pertama bagi Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Terengganu (Sidang DUN) akan diadakan selama empat hari pada 5hb, 6hb, 7hb dan 8hb April depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, sidang tersebut akan dirasmikan pada 5hb April oleh Pengerusi Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Seri Panglima Raja, Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

11 Mac 2010

PAS Ucap Takziah Kepada Keluarga ‘Pak Su Li’


- Di Kenang Sebagai Tokoh Yang Banyak Menyumbang Kepada Pembangunan PAS Marang.

Pengkalan Berangan, MARANG
– PAS mengucapkan takziah atas ‘pemergian’ Allahyarham Ghazali Mohd, 63, dikenali ramai sebagai ‘Pak Su Li’, seorang aktivis dan ‘orang lama’ yang menggerakkan PAS Kawasan Marang, bermula sejak tahun 60-an lagi.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan takziah tersebut ketika menziarahi keluarganya di sini, hari ini, Khamis, 11 Mac.

Panduria 2010; Bukan Setakat 'Merempit'


Sura, DUNGUN - Orang-orang Muda sekitar bandar ini, bukan hanya setakat 'merempit' mengelilingi bandar Dungun, namun Panduria 2010 menjanjikan acara-acara yang lebih menarik, bermaklumat dan ceria.

‘Explorace Bermotor Panduria Dun Sura 2010’
yang ditunda dua minggu dari tarikh asal pada 27 Februari lalu akan menjadi program yang memberi peluang kepada penduduk sekitar Dungun bersama-sama memeriahkannya dengan mengunjungi pameran motosikal yang terdiri dari Kelab Vespa Dungun, motosikal klasik dan juga berkuasa tinggi.

’Motorshow’ sempena Panduria 2010 tersebut akan diadakan pada Sabtu 13 Mac 2010 yang bertempat di Dataran Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate bermula jam 9 pagi.
Menurut laman blog pemuda bersamamu, pada pagi tersebut juga, satu sesi taklimat keselamatan jalanraya oleh Polis Trafik Dungun kepada para peserta Panduria.

Setelah 10 Tahun Royalti Petroleum di Rompak


- Wang Ehsan lebih mendatangkan keburukan dari kebaikan.
KUALA TERENGGANU – Apabila royalti petroleum dirompak oleh kerajaan pusat dan digantikan dengan wang ehsan 10 tahun lalu, orang Umno yang mencadangkan perkara tersebut mungkin gembira ketika itu.


Cadangan Awang Jabar, orang kuat Umno Dungun s ewaktu perhimpunan agung umno adalah semata-mata mahu mengkhianati kerajaan PAS Terengganu yang berjaya memenangi pilihanraya umum ke 10, 1999.

Lalu pada 5 September, 2000, pembayaran royalti telah ditukar kepada 'pembiayaan wang ehsan, dengan hanya satu siaran akhbar yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri Kewangan (klik untuk lihat siaran akhbar itu; ms1, ms2)

Kini, setelah 10 tahun ‘wang pengkhianatan’ tersebut di agih-agihkan, pelbagai kesan negatif yang timbul baik dari sudut politik, ekonomi dan juga sosial peringkat nasional serta dalam negeri Terengganu.

10 Mac 2010

Satu Dekad Penafian Hak Royalti Terengganu

- Mampat anjur Kempen Mengingati Tindakan Zalim Kerajaan Persekutuan
KUALA TERENGGANU - Pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat),
Mohamad Fauzi Abu Samah berkata pada bulan ini, genaplah sedekad (10 tahun) pembayaran royalti petroleum rakyat Terengganu telah dinodai oleh mereka yang rakus dan serakah.

Menurutnya, rakyat Terengganu telah dinafikan hak menerima pembayaran tunai oleh Kerajaan Persekutuan setelah hampir 20 tahun menikmatinya.

09 Mac 2010

Umno/BN Silap Polisi Dan Salah Urus


- Dalam Mentadbir Kerajaan Negeri Terengganu
KUALA TERENGGANU
– Umno dan Barisan Nasional (BN) menghadapi pelbagai masalah dalam melaksanakan tadbir urus kerajaan yang
baik kerana meletakkan polisi yang tidak betul dan melakukan banyak kesalahan dalam pengurusan.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut merumuskan demikian ketika menutup bicaranya dalam majlis dialog bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina (DPPCT) Terengganu di sini semalam.

08 Mac 2010

NGO Cina Juga Bersetuju ‘Monsun Cup’ Kurang Berjaya


KUALA TERENGGANU – Tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) membawa sukan lumba perahu layar ‘Monsoon Cup’ dianggap sebagai tidak menggunakan kekuatan sendiri dan mengimpot kekuatan luar.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kaum Cina yang berpengaruh, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu (DPPCT), juga berpandangan, Monsoon Cup adalah satu acara pelancongan yang tidak berjaya.

PAS Ulangi Kesediaan Menjadi Kerajaan

Chukai, KEMAMAN - PAS Terengganu mengulangi kesediaannya memimpin serta mengambil-alih kerajaan negeri dari Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

Penolong Setiausaha Badan Pe rhubungan P AS Terengganu, Hanafiah Mat berkata,
kesediaan itu dilihat berdasarkan ‘mood’ rakyat yang semakin bosan dengan corak pentadbiran serta krisis kepimpinan dalaman Umno Terengganu.

07 Mac 2010

Demi Projek Dan Kroni, Kerajaan Umno Terengganu Menganiyai Ahli Sendiri

KUALA TERENGGANU – Perjuangan Umno hanyalah untuk projek dan Kroni, bagi mengumpulkan kekayaan peribadi, bukan untuk pembangunan dan rakyat.

Manakala, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) adalah badan pelaksana hasrat pemimpin Umno bagi mengumpulkan seberapa banyak laba yang mungkin.

“JKKK yang menjadi dalang,”kata Faeezal, 25, apabila ditanya dimanakah peranan JKKK dalam menghadapi perobohan Kampung Paya Bunga baru-baru ini.

Khidmat Malaysia Kuala Terengganu Bantu Golongan Terkesan PKP

  KUALA TERENGGANU- Khidmat Malaysia Kawasan Kuala Terengganu telah mewujudkan lima pusat pengumpulan sumbangan barangan dan kewangan bagi m...