07 Mac 2008

Selamat Kembali Ustaz Latif


Besut, 5 Mac – Satu majlis yang istimewa lagi bersejarah telah diadakan di Kampung Gong Kemuntong, Jerteh, dekat sini semalam Majlis ‘Selamat Tinggal UMNO’ adalah majlis yang diadakan sendiri oleh Ustaz Abd Latif Mohamad, bekas Yang Dipertua

PAS Kawasan Besut diperkarangan rumahnya. Majlis yang menyaksikan himpunan lebih 8,000 orang ahli dan penyokong PAS adalah amat istimewa kerana Ustaz Abd Latif Mohamad mengisytiharkan dirinya meninggalkan UMNO walaupun tidak pernah mengisi borang dan menyertai UMNO.

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Mustafa Ali menyatakan majlis yang diadakan pada malam ini adalah majlis yang besar ertinya kepada beliau.

“Saya menunggu lebih dari 10 tahun untuk kembali berceramah bersama-sama Ustaz Abd Latiff diatas satu platform semula,

“saya kira 10 tahun dulu adalah kali terakhir saya berceramah dengan beliau,” Kata Dato’ Mustafa.

Ustaz Abd Latiff Mohamad telah ‘renggang’ dengan PAS bermula sekitar tahun 1997. Beliau kemudiannya berceramah diatas pentas UMNO walaupun membuat pengakuan tidak pernah masuk menjadi keahlian UMNO.

Sehubungan dengan itu, Dato’ Mustafa Ali yakin dengan pulangnya Ustaz Latif ke pangkuan PAS akan memberikan peluang yang lebih cerah kepada PAS untuk menawan negeri Terengganu dalam PRU ke 12 kali ini.

Munurut Dato’ Mustafa lagi, perkembangan terbaru tentang kebangkitan rakyat bukan sahaja berlaku di negeri Terengganu, malah dinegeri-negeri pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Sekiranya perkembangan yang baik ini berterusan sehingga hari pengundian pada 8hb Mac akan datang, PAS bukan sahaja akan mengekalkan pemerintahan di Kelantan, menawan semula Terengganu, malah akan dapat menguasai dua pertiga parlimen Malaysia.

Didalam mendedahkan isu semasa yang sedang berlaku dalam kempen PRU 12, Dato’ Musatafa mengatakan bahawa UMNO/BN dalam keadaan yang cukup lemah sekarang.

Menurut Dato’ Mustafa beliau mendapat maklumat satu taklimat telah diadakan kelmarin oleh Idris Jusoh dengan pimpinan dan petugas utama UMNO/BN di Kuala Terengganu.

Didalam taklimat tersebut, kebanyakkan yang hadir meluahkan perasaan bahawa mereka sedang melihat kebangkitan dan kekuatan PAS dan mereka bimbang sekiranya UMNO/BN tidak lagi berupaya untuk mempertahan kerajaan Terengganu.

“Idris Jusoh jawab, jangan bimbang, dia boleh tidur lena kerana dia ada dua projek besar yang boleh mempertahankan kerajaan daripada jatuh,

“Projek besar tersebut adalah kad pengenalan palsu dan pengundi-pengundi luar(hantu), jelas Dato Mustafa Ali.

Justeru, Dato’ Mustafa Ali menyeru seluruh ahli-ahli dan penyokong PAS yang hadir mengambil tindakan perlu bagi memastikan tidak ada penyelewengan yang berlaku dan tidak ada pengundi hantu yang mengundi pada 8hb Mac ini.

Turut hadir di majlis malam ini adalah semua calon-calon PAS bagi DUN-DUN di Parlimen Besut dan Dato’ Hussin Awang, calon PAS bagi Parlimen Besut merangkap Yang Dipertua PAS bagi Kawasan Besut

Selamat Tinggal UMNO (STU)




Ahli-ahli UMNO protes calon ‘perampas’, bertindak keluar UMNO


Kemaman, 4 Mac
- Peluang PAS untuk menang di Dewan Undangan Negeri(DUN) Kemasik cerah apabila jentera PAS berjaya menembusi kubu kuat UMNO/BN di Kemaman berikutan pertelingkahan dikalangan ahli UMNO dalam pemilihan calon bagi DUN Kemasik

Deris Jusoh mengumumkan calon pilihannya Radilah Abdul Abdul Wahab pada 20 Februari 2008 lalu, setelah diperkenankan Presiden UMNO, Pak Lah Badawi


Namun begitu, sehari sebelum hari penamaan calon, nama Radilah Abdul Wahab tiba-tiba ‘gugur’ dan diganti dengan Rosli Othman, seorang ‘budak’ suruhan bekas ADUN Kemasik, CikguAbu Bakar Ali.


Pada 23 Mac, Cikgu Abu Bakar telah bertindak membawa Rosli Othman untuk mengisi borang penamaan calon dan menolak calon yang dicadangkan oleh Deris dan Pak Lah. Cikgu Bakar dan Rosli telah hadir lebih awal dan kemudian menghalang Radilah masuk ketempat mengisi borang, Kemudian telah menelefon Radilah dan mengatakan Radilah tida perlu mengisi borang kerana tempatnya telah digantikan dengan Rosli.

Konspirasi Cikgu Bakar dan Rosli Othman diketahui oleh para pengundi di Kemasik. Walaupun pada 23 Februari lalu, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan Radilah Abdul Wahab, menarik diri dari menjadi calon bagi Dun Kemasik, manakala, sebuah akhbar harian pula melaporkan pertukaran calon BN itu daripada Radilah kepada Rosli kerana berlaku kesilapan teknikal UMNO Terengganu.

Apabila rahsia terbongkar, berlaku protes besar-besaran di kalangan ahli-ahli UMNO/BN di DUN Kemasik . Tinjauan Buletin Online mendapati peluang calon PAS semakin baik walau pun Kemasik adalah terkenal sebagai senuah kubu kuat UMNO/BN..

Kemarahan ahli-ahli UMNO telah meniupkan gelombang protes yang lebih besar, akibatnya ahli-ahli UMNO serta para penyokong Radilah telah bertindak meninggalkan UMNO dan menyertai PAS secara beramai-ramai

Antaranya adalah bekas AJK Umno Bahagian Kemaman, Haji Abu Bakar Muda, 73, dari Kampung Baru Tok Kaya Kiri. Katanya, pemimpin Umno yang ‘mendewa-dewakan’ Islam Hadhari telah melakukan pengkhianat sesama sendiri kerana berebut kuasa.


“Kita fikirlah sendiri mana yang betul, mana yang salah, mana yang halal dan mana yang haram.

“Jika ‘benda’ (perkara) yang jadi hak orang tiba-tiba kita rampas dan ambil kepada kita sendiri atau beri kepada kroni kita baikkah.

“Hak calon BN Dun Kemasik ini sebenarnya untuk Radilah tetapi dirampas dan diberi kepada Rosli di saat akhir pencalonan,” jelasnya dengan nada marah.


Beliau merujuk kepada tindakan bekas ADUN Kemasik , Cikgu Abu Bakar Ali mendakwa kononnya dia tidak mengenali Radilah Abdul Wahab yang diumumkan namanya oleh Idris Jusoh dan direstui oleh PM

Katanya, terserah kepada pengundi sendiri sama ada mahu memilih calon yang baik atau masih mahukan calon ‘konspirasi atau perampas’ hak orang lain.

Satu ceramah perdana sempena peyerahan borang keahlian PAS akan diadakan di Kemasik pada hari ini, Rabu, 5 Mac di Kemasik, Kemaman Terengganu

Pemuda UMNO Panggil Tok Guru Ceramah

Jabi, 3 Mac
– Salleh Husin yang menurunkan bendera besar UMNO dihadapan Bilik Gerakan UMNO DUN Jabi telah menjemput Tuan Guru Dato’ Seri Abd Hadi Awang, Prsiden Pas berceramah di ‘pos’ PAS yang bari dibukanya, setelah merobohkan pos UMNO

Beliau yang seorang kontraktor, masih merupakan ahli UMNO, yang memprotes pencalonan semula Cikgu Ramlan sebagai calon UMNO di DUN Jabi. Sejak Ramlan di sahkan untuk menajdi calon semula bagi DUN Jabi, beliau telah menrahkan pengikut-pengikutnya untuk merobohkan dia buah ‘pos’ UMNO yang dibinanya berhampiran dewan Sivik Jabi.

Sumber Buletin Online memberitahu bahawa Salleh tidak puas hati dengan prestasi kerja Ramlan terutama dari segi ber’kecek kira’ terhadap penyokong-penyokong UMNO yang telah mengundi Ramlan pada pilihanraya yang lalu.

Selain dari mulut yang celupar Ramlah juga dilihat sebagai seorang yang sombong dan tidak mengenang budi.

Husin telah mengeluarkan perbelanjaannya dari duit poketnya sendiri. Selain dari mendirikan dan menghias pos, beliau juga telah menyembelih seekor lembu untuk jamuan orang ramai sempena kedatangan Tok Guru.

Orang lama PAS DUN Jabi, Tengku Nawawi Tengku Abd Kadir berkata kepada Buletin Online disini hari ini, salleh juga telah meminta maaf kepada beliau diatas keterlanjurannya ‘menumbuk’ Tengku Nawawi dalam peristiwa yang agak tegak disebuah masjid beberapa tahun lalu.

“Kini hatinya telah terbuka untuk berbaik dengan orang PAS dan menyokong PAS,

“Saya telah memafkan beliau dan berdoa supaya beliau diberikan hidayah untuk terus kekal perjuangkan Islam” kata Tengku Nawawi.

Pada PRU 11, tahun 2004, Salleh adalah orang yang paling kuat memusuhi PAS. Pada pilihanraya tersebut, Salleh sentiasa mengekori perayu undi muslimat PAS didalam program ziarah rumah ke rumah, dan bertindak naik kerumah penyokong UMNO yang dinaiki oleh muslimat PAS sebaik sahaj muslimat turun.

“Dia(Salleh) juga mengaku bahawa beliaulah yang membawa pengundi-pengundi hantu untuk keluar mengundi dari rumah-rumah penempatan didalam kampung” jelas Tengku Nawawi



Pemuda UMNO Sertai PAS

Kuala Nerus, 27 Feb – Peluang PAS untuk menang di Parlimen Kuala Nerus amnya dan DUN Tepoh khususnya, semakin cerah berikutan sokongan ahli-ahli UMNO, yang beralih kepada PAS

Diantara mereka adalah Tiga Belas orang pemuda UMNO dari Kampung Padang Hangus dalam DUN Tepoh yang menyerahkan borang keahlian PAS mereka kepada Dato’ Seri Presiden PAS dalam satu majlis ceramah yang diadakan Kampung Bukit Nanas dekat sini, semalam.

Wakil atau Ketua kumpulan bekas pemuda UMNO, Asmani Mohd Nor, 35, menyatakan kepada Buletin Online bahawa mereka meninggalkan UMNO dengan kesedaran bahawa kerajaan UMNO/BN yang ada pada hari gagal menyelesaikan masalah rakyat terutamanya masalah kenaikkan harga barang keperluan.

Menurutnya, di bawah pemerintahan BN harga barangan keperluan sentiasa naik termasuk minyak dan gas.

“Saya sertai PAS ini atas kesedaran dengan rela hati dan saya juga tidak tahan melihat semua jenis harga barang naik mendadak,” ujarnya ketika ditemui Harakah selepas majlis tersebut.

Katanya, kenaikan harga barang terutama di negeri Terengganu antara punca utama meninggalkan UMNO dengan menyertai PAS.

Katanya, rakyat kini menaruh harapan kepada PAS dan Parti KaADILan Rakyat (PKR) dan akan membuat perhitungan pada hari mengundi 8 Mac 2008 ini.

Menurut beliau, sebelum ini Kampung Padang Hangus merupakan ‘kubu’ kuat Umno/BN tetapi kini tidak lagi.

Khidmat Malaysia Kuala Terengganu Bantu Golongan Terkesan PKP

  KUALA TERENGGANU- Khidmat Malaysia Kawasan Kuala Terengganu telah mewujudkan lima pusat pengumpulan sumbangan barangan dan kewangan bagi m...