17 Mac 2012

Sidang DUN Terakhir Sebelum PRU-13 Lebih Panas!


KUALA TERENGGANU - Persidangan dewan Undangan Negeri Terengganu (sidang DUN) akan diadakan bermula pada Isnin 23 April dan berakhir pada Khamis 26 April, 2012, sekiranya parlimen tidak dibubarkan dalam tempoh terdekat.

Menurut Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut pihak Dewan undangan Negeri telah pun menghantar surat dan meminta para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menghantar soalan-soalan untuk dikemukan pada sidang tersebut.

16 Mac 2012

Satu Undi Kepada Umno Bermakna Satu Undi Menyokong Kezaliman.


DUNGUN – Rakyat Terengganu khususnya warga DUN Paka tidak wajar memberi undi kepada Umno dan Barisan Nasional pada pilihanraya ketiga belas (PTU-13) akan datang kerana tindakan Umno yang zalim merampas tanah sekolah Agama.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata Umno khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka dalam keadaan tertekan akibat tindakan merampas tanah Sekolah Rendah Islam daru Bayan (SRIDB)

“dia (Umno) dalam keadaan ‘defensif’ sekarang, maklumat terbaru Pak Ya (ADUN Paka) sendiri ambil kesempatan (majlis) perasmian mesyuarat agung (PIBG) sekolah-sekolah,

“sepatutnya dia tak hadir tapi dia (minta) untuk hadir dan isu yang dia jawab tidak ada isu lain, isu Sekolah (Rendah Islam Darul Bayan),”jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN Paka berkata demikian dalam majlis taklimat kepada para petugas DUN Paka sempena Lawatan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdil Wahid Endut dan Anggota Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Terengganu ke DUN Paka pada Khamis 15 Mac.

Beliau mengarahkan ahli-ahli PAS agar dapat menyampaikan maklumat pelbagai kezaliman Umno khususnya merampas tanah SRIDB yang diberikan kepada lima Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamtan Kampung (JKKK) Kaampung Limbong.

Katanya, setiap rumah harus diberi ingatan bahawa memberikan satu undi kepada Umno bermakna memberi satu sokongan kepada kezaliman.

“ingatan harus diberikan kepada setiap rakyat, tak sewajarnya mereka memberikan undi kepada Umno dan Barisan Nasional (pada PRU akan datang),

15 Mac 2012

Anak-anak Muda Diseru Hapus Kemungkaran ‘Besar’


KUALA TERENGGANU – Tujuan PAS mengadakan konsert-konsert kesenian dan hiburan bukan untuk berhibur semata-mata, tetapi adalah untuk mengajak orang ramai mendengar segala kata-kata nasyid dan lagu yang disampaikan.

PAS dengan itu berharap, ia dapat membuka hati-hati manusia untuk memahami agama dan memahami perjungan Islam itu adalah sangat indah serta penyelesaian melalui Islam adalah yang terbaik.

14 Mac 2012

Dari Mana Sumber Membina Bangunan Baru Umno Kemaman?


KUALA TERENGGANU – Pembinaan bangunan baru Umno bahagian Kemaman telah mencetuskan persoalan yang tidak terjawab, dari manakah sumber wang yang diperolehi bagi menyiapkan lima unit kedai setinggi tiga tingkat itu?

Bangunan baru yang sedang dalam pembinaan diatas Lot PT 510 – 516 adalah tapak bangunan lama Umno bahagian Kemaman yang dirobohkan.

13 Mac 2012

Piala Monsun Gagal; Tamparan kepada Umno/BN Terengganu

KUALA TERENGGANU - Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek yang mendedahkan sebenarnya penganjuran Piala Monsun sejak tujuh tahun lalu gagal meraih pulangan memberi tamparan kepada pemimpin kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Sekaligus, kenyataan terbuka Shabery menolak dakwaan kerajaan Umno/BN Terengganu bahawa Piala Monsun tidak membazir.

12 Mac 2012

Bantuan ‘One-Off’ DiBeri Untuk Menyambung ‘Nyawa’ Umno


DUNGUN – Rakyat dapat mengecapi nikmat yang banyak pada hari ini adalah kerana kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak mendapat sokongan rakyat dan gagal mendapat majoriti dua pertiga di parlimen sejak pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008 yang lalu.

Sebaliknya, menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, rakyat tidak mempunyai nilai dan harga sekiranya Umno dan BN kuat.

11 Mac 2012

Pengerusi Anak Terengganu dakwa Felda kini ‘umpama Ceti’


- Anak Terengganu akan Serah Memorandum Kepada Ahmad Said
DUNGUN
– Pengerusi Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Negeri Terengganu,Shalahuddin Jaafar,  berikrar akan berjuang habis-habisan membela nasib dan masa depan yang lebih baik bagi  anak-anak peneroka generasi kedua dan ketiga.

Katanya, nasib 112, 000 peneroka  seluruh negara kini terancam akibat tindakan-tindakan Felda, khususnya tindakan terbaru, mahu menyenaraikan Felda ke bursa saham.

Biden Tandatangani Tindakan Eksekutif ‘Menterbalikkan’ Dasar Trump Pada Hari Pertama

  Beberapa jam selepas mengangkat sumpah sebagai presiden A.S. ke-46 pada hari Rabu, Joe Biden menandatangani serangkaian tindakan eksekutif...