03 Ogos 2013

160 Anak Yatim Terima Sumbangan

adun sura sumbang1DUNGUN – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, YB Wan Hapandi Wan Nik meneruskan aktiviti kebajikan tahunan bagi Dun Sura yang telah dirintis ADUN Sura terdahulu, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Beliau telah meraikan dengan memberi sumbangan kepada anak-anak yatim sempena hari raya Eidilfitri yang akan menjelang tiba dalam masa seminggu sahaja lagi.

02 Ogos 2013

PAS Dukacita Dengan Pengendalian Petisyen Pilihanraya

cikgu solah taklimat petisyenKUALA TERENGGANU – PAS kesal dengan pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang mewakili kerajaan, kerana berulang kali menyarankan agar-agar parti-parti politik membuat ‘petisyen’ sekiranya tidak berpuashati dengan keputusan pilihanraya umum ke-13 lalu.

Namun, apabila petisyen dibuat, pihak mahkamah menolak petisyen tersebut dengan alasan teknikal dan didakwa menyekat bukti-bukti dibentangkan di mahkamah.

01 Ogos 2013

PAS Sabah sasar 25 institusi pendidikan sepanjang 10 tahun

sekolah endah islam tuaran2
KUALA TERENGGANU – PAS negeri Sabah melalui Lujnah Pendidikan PAS negeri Sabah telah merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Islam negeri Sabah yang bermula pada tahun 2010 sehingga tahun 2010.

Timbalan Pesuruhjayanya Cikgu Anuar Md Ali berkata, pelan yang memakan tempoh sepuluh tahun itu mensasarkan penubuhan 25 buah institusi pendidikan termasuk dari peringkat rendah, menengah, pondok dan madrasah serta perkampungan saudara baru bagi seluruh negeri.

Pengarah Kesihatan jangan berlagak seperti Pengerusi Perhubungan Umno

Dr Azman IbrahimKUALA TERENGGANU – PAS melahirkan rasa simpati dan dukacita yang mendalam terhadap jururawat yang menerima surat tunjuk sebab, hanya kerana mereka telah menerima pemberian kek tanda pengiktirafan sumbangan mereka, sempena Hari Jururawat baru-baru ini.

Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu Dr Azman Ibrahim [Gambar] menasihatkan Pengarah Kesihatan Negeri supaya bersikap profesional dan jangan berlagak umpama Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu.

31 Julai 2013

Ulamak sokong tentera ‘ditanam’ semasa rejim Mubarak


abu bakar chik ust
KUALA NERUS – Umat Islam diseru supaya mengambil pendapat terbanyak di kalangan ulamak bagi memutuskan sesuatu hukum dan jangan sesekali hanya menuruti pendapat seorang tokoh agamawan tertentu sahaja.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata, tindakan beberapa orang ‘ulamak’ yang dilaporkan menyokong tentera Mesir merampas kuasa dan menggulingkan Presiden Mohamad Morsi dari tampuk kuasa, mengelirukan umat secara umumnya.

30 Julai 2013

Wakil Kuala Besut perlu selami keperitan hidup rakyat!

KUALA TERENGGANU – Pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan mahasiswa menyeru wakil Kuala Besut yang diisytiharkan menang pada pilihanraya kecil minggu lalu supaya turun ke bawah dan merasai denyut nadi masyarakat yang dikekang kemiskinan.

Setiausaha Kerja ‘R’ Terengganu Syed Hussain Solahuddin menyeru Tengku Zaihan menjelajah rumah-rumah rakyat dalam kedinginan malam-malam Ramadhan yang masih berbaki untuk melihat sendiri, samada dapur mereka ‘berasap’ atau tidak.

29 Julai 2013

577 terima sumbangan MTD Paka

sumbangan paka2DUNGUN – Seramai 577 orang penduduk Dewan Undangan Negeri (Dun) Paka yang terdiri daripada fakir miskin, orang kelainan upaya (OKU), anak yatim, nelayan dan guru Pasti menerima sumbangan berupa wang tunai RM 100 dan sekampit beras seberat 10 kilogram dari pihak Majlis Tindakan Dun (MTD) Paka.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Adun Paka Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly pada Ahad 27 Julai di Dataran PGU Paka dekat sini.

28 Julai 2013

Masjid PAS tidak ada masalah anjur program derma darah

derma darah batu enam2KUALA NERUS – Pada tahun ini genaplah tempoh tujuh tahun berturut-turut masjid Taqwa di pekan Batu Enam dekat sini menganjurkan program menderma darah dengan kerjasama Yayasan Amal terengganu dan Tabung Darah, Hospital Tuanku NurZahirah.

Menurut Ahli Jawatankuasa Masjid Taqwa Mustaffa Ismail, walaupun masjid tersebut dikenali sebagai ‘masjid PAS’, tetapi tidak ada masalah bagi melaksanakan program kebajikan dengan mana-mana pihak.

Khidmat Malaysia Kuala Terengganu Bantu Golongan Terkesan PKP

  KUALA TERENGGANU- Khidmat Malaysia Kawasan Kuala Terengganu telah mewujudkan lima pusat pengumpulan sumbangan barangan dan kewangan bagi m...