17 September 2011

Berjuang bukan kerana calon

MARANG - Ahli PAS diingatkan agar berjuang dalam Islam kerana Allah dan bukan bermatlamatkan menjadi calon dalam pilihan raya.

Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Harun Taib berkata demikian ketika merasmikan Ijtima’ Pilihan Raya PAS Kawasan Marang, di Masjid Rusila, 16 September lalu.

Katanya, orang yang berjuang Islam mesti sanggup melakukan pengorbanan apa sahaja dalam keadaan murah atau mahal.

22 Pelajar ke Mesir meninggalkan bumi Malaysia dengan rasa kecewa, terkilan

KUALA TERENGGANU - Seramai 22 orang pelajar yang melanjutkan pengajian Isam ke negara Mesir, meninggalkan bumi Malaysia dengan perasaan kecewa dan terkilan kerana permohonan mereka mendapatkan bantuan dari kerajaan Terengganu ditolak.

Mereka yang menghubungi Buletinonline sejurus sebelum berangkat pada dinihari Jumaat 16 September dari KLIA memaklumkan perkara tersebut.

Menurut wakil pelajar terbabit, Naseh Ulwan Zakaria, 20, mereka memohon bantuan dari Yayasan Terengganu (YT) dan berasa amat gembira apabila dipanggil untuk ditemuduga.

16 September 2011

28 lampu isyarat sepanjang 40 kilometer

- Umno/BN gagal menangani masalah rakyat
HULU TERENGGANU - “Saya tidak nafikan kemungkinan ada pihak tertentu sengaja mengambil kesempatan mengaut keuntungan, saya difahamkan, harga bagi satu set lampu isyarat RM150,000 setiap unit bayangkan kalau ada 28 set,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Muhyiddin Abdul Rashid.

Beliau menyelar pihak parti yang memerintah, Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana gagal mengambil perhatian terhadap masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

Hapus ISA; 'buah' dari tuntutan PAS sekian lama

KUALA TERENGGANU - Perkembangan dunia semasa masakini telah menampakkan beberapa siri pembebasan kepada rakyat terutamanya di Timur Tengah.

Selari dengan arus itu, beberapa tuntutan terhadap hak-hak rakyat di negara kita yag diperjuangkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat telah berjaya.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata, beliau bersyukur kepada Allah kerana undang-undang zalim ISA telah dihapuskan.

15 September 2011

Lebih 2,000 hadir ke Majlis Hari Raya PAS DUN Kuala Berang

KUALA BERANG - Lebih 2,000 orang hadir ke Majlis Hari Raya yang dianjurkan oleh PAS DUN Kuala Berang di Pusat Khidmat Dewan Undangan Ngegeri Kuala Berang disini pada Rabu 14 September.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Rashid pelbagai lapisan masyarakat termasuk bukan Islam dan para pegawai kerajaan hadir.

Wakil rakyat Umno/BN berbohong, jadikan tanah 'umpan' menjelang PRU ke-13

Wakil rakyat Umno/BN berbohong apabila beliau mengatakan bahawa tanah yang dirampas dari rakyat oleh
kerajaan Umno dan BN di kampong Batu13 dan Tenang sejak 2004 telah diberi kepada pemohon asal.
Sebenarnya tanah terbabit yang diluluskan permohonannya pada zaman pemerintahan kerajaan PAS.

Iamelibatkan beberapa lot tanah di kampung berkenaan yang diusahakan oleh peneroka asal. Mereka telah
membuka sendiri tanah-tanah tersebut berpuluh tahun dahulu tetapi tidak pernah diberi kelulusan di zaman pemerintahan Umno.

Apabila PAS memenangi Pilihanraya pada tahun 1999 banyak permohonan lama telah diperoses dan diluluskan untuk diberi hak milik. Majlis penyerahan Jadual 5A telah diadakan di Perkarangan masjid Felda Tenang pada awal tahun 2004 oleh Menteri Besar YAB Dato Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang.

14 September 2011

Sekitar Majlis Hari Raya PAS DUN Kuala Berang





Menjaga keturunan lebih utama dan penting daripada menjaga emosi

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Teerngganu diberi ingatan supaya mengutamakan hukum Allah daripada soal menjaga emosi anak dalam cadangan membolehkan nama anak tidak sah taraf 'dibinkan atau dibintikan' kepada bapanya.

Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah menegaskan tidak boleh 'dibinkan atau bintikan' samasekali anak tidak saf taraf atau anak zina kepada nama bapanya yang melakukakan zina.

Katanya, ia tidak sah dari segi hukum syarak.

12 September 2011

Sekat Pelajar berpolitik; Umno-BN bimbang kebangkitan pelajar

MARANG - Kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said yang memberi amaran kepada pelajar supaya jangan melibatkan diri dengan politik disifatkan berunsur 'ugutan' dan bersifat jahat.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, sepatutnya seorang pemimpin sebuah negeri tidak berhak mengugut rakyatnya.

"Kenyataan Dato' Seri Menteri Besar Terengganu meminta pelajar khususnya luiar negara agar jangan terlibat dengan politik adalah berunsur ugutan dan bersifat jahat,

Sekitar Majlis Rumah Terbuka PAS DUN Bukit Payong






Biden Tandatangani Tindakan Eksekutif ‘Menterbalikkan’ Dasar Trump Pada Hari Pertama

  Beberapa jam selepas mengangkat sumpah sebagai presiden A.S. ke-46 pada hari Rabu, Joe Biden menandatangani serangkaian tindakan eksekutif...