29 Januari 2011

Liputan PRK DUN Tenang

Menjelang 24 jam, para pengundi DUN Tenang akan membuat keputusan, siapakah yang akan mereka pilih sebagai wakil yang akan mewakili mereka sebagai yang berhormat.

Buletinonline telah membuat liputan langsung dari DUN Tenang sepanjang pilihanraya kecil yang ke-14 sejak 2008 itu.

Walaupun menempuhi pelbagai kesukaran, namun skuad Buletinonline dengan bantuan blogger-blogger Independent dapat membuat liputan yang baik.

Ikuti liputan tersebut melalui buletinonline.net dan lihat serta dengar video klip melalui buletinonline channel

Makkal Sakhti yakin 60% pengundi India sokong Cikgu Mala
Serang Cikgu Mala Dengan Cuti Sakit Makrof
'Samseng Cemplak' kecoh lagi
Blogger pula cadang debat antara Cikgu Mala dan Mohd Azahar
PAS bersama ANAK dahului Umno; menuntut hak generasi kedua
Umno/BN gagal memilih calon yang baik

BN memperkayakan penjana kroni dan menyakiti rakyat

Wanita Umno dinasihatkan jangan hampiri Soi Lek
BN kurang mendapat sokongan pengundi muda dan tionghua
Penamaan clon PRK Tenang; 5 ceramah mega pada hari pertama
Perarakan Penamaan Calon PRK Tenang 


25 Januari 2011

Sibuk kempen 'E-Book', Tak Sedar Sekolah Reput!


http://buletinonline.net/images/stories/berita40/IMG0108Aa.jpgKUALA NERUS - Dua buah bilik darjah sebuah sekolah kebangsaan dekat sini terpaksa ditutup berikutan kejadian kipas syiling terjatuh di dalam kelas berkenaan.

Sumber Buletin memberitahu, setelah kejadian yang dilaporkan berlaku pada minggu lalu, pihak pentadbiran sekolah berkenaan telah memeriksa keadaan syiling tempat kipas yang jatuh itu bergantung.

Apabila pemeriksaan dilakukan keatas bangunan Blok 'E' itu,  didapati bukan sahaja kayu syiling kelas terbabit telah reput, bahkan kayu syiling bilik darjah bersebelahan turut rosak.

(Gambar - dua bilik darjah bangunan 'Blok E' telh ditutup untuk pembaikian)

Bagaimana pun kejadian yang telah menyebabkan seorang murid tahun 4 dalam kelas berkenaan mengalami kecederaan itu, tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

24 Januari 2011

Habis Elaun Untuk Berkhidmat Kepada Masyarakat

http://buletinonline.net/images/stories/berita40/IMG_9764.JPG- hanya RM1000 untuk keperluan peribadi
KUALA DUNGUN -  Elaun wakil rakyat sebanyak RM5000 kesemuanya dibelanjakan untuk berkhidmat kepada rakyat kecuali RM1000 untuk keperluan peribadi rumah tangga beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata beliau terpaksa berbuat demikian kerana kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak memperuntukkan sebarang dana untuk wakil rakyat PAS.

"Untuk keperluan rumah RM1000, kenderaan rasmi RM1000, RM3,000 untuk program DUN, (daripada jumlah itu) RM1000 untuk pentadbiran (pejabat wakil rakyat) yang lain untuk program kemasyarakatan,

23 Januari 2011

Pusat Aquatik masih belum dibuka, ada sesiapa yang didakwa?

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/geraisisikolamrenang.jpg- Ahmad Said juga pernah memberikan 'fakta bohong' kepada media
KUALA TERENGGANU - Beberapa hari selepas rakyat negeri Terengganu dikejutkan dengan tragedi bumbung, Buletinonline (BO) telah
dihubungi oleh seorang rakan 'jurugambar' bebas, memaklumkan tentang suatu bahaya yang akan menimpa rakyat Terengganu selepas daripada tragedi stadium.

Katanya, beliau telah pergi membuat tinjauan di kolam renang Batu Burok dan mendapati ada kebocoran yang berlaku, air meresap dan membanjiri bahagian belakang gerai yang terletak disisi kolam renang itu.

Wartawan BO, pada 4 Jun, 2009 telah membuat liputan tentang 'kolam renang Batu Burok bocor' dan mendedahkannya dalam laman Buletinonline pada hari yang sama.

Biden Tandatangani Tindakan Eksekutif ‘Menterbalikkan’ Dasar Trump Pada Hari Pertama

  Beberapa jam selepas mengangkat sumpah sebagai presiden A.S. ke-46 pada hari Rabu, Joe Biden menandatangani serangkaian tindakan eksekutif...