HULU TERENGGANU - Pengerusi Lujnah (biro) Pengguna dan Alam Sekitar, Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr. Alias Razak menggesa lesen pembalakan dalam air di kawasan Taman Negara yang diluluskan kerajaan negeri Terengganu kepada syarikat Wargasuria Holding Sdn Bhd, dihentikan serta merta.
Menurutnya, oleh kerana lesen membalak di kawasan tersebut dikeluarkan oleh kerajaan, adalah wajar lesen dan kebenaran tersebut dihentikan kerana ia menjadi kawasan habitat ikan yang merupakan sumber utama ikan di Tasik Kenyir.
"(terdapat) tompok-tompok minyak, mungkin (disebabkan) tumpahan minyak diesel (yang berlaku) semasa operasi menebang balak, ini (ia) akan menyebabkan habitat ikan yang selama ini hidup disini akan pupus,"katanya ketika ditemui sewaktu melawat kawasan pembalakan dalam air tersebut, di sekeliling Gua Bewah, Taman Negara Tasik Kenyir, disini, semalam Khamis 14 Oktober.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, ikan merupakan tarikan pelancong ke Tasik Kenyir dan pelancong datang untuk memancing dan melihatt habitat asli ikan-ikan yang sukar didapati ditempat-tempat lain.
Menurutnya, aktiviti pembalakan yang mencemarkan alam sekitar Taman Negara dan Tasik Kenyir akan menyebabkan tarikan pelancong itu hilang.
"pada pendapat (pandangan) kita (saya), kalau benda ini (aktiviti pembalakan) boleh menjejaskan tarikan pelancong di Tasik Kenyir, kerajaan (mesti) menghentikan dan tidak meneruskan pembeian lesen pembalakan di kawasan Taman Negara dan habitat ikan yang merupakan hasil (khazanah) yang sangat berharga,"tegasnya.
Berita sebelum ini;
Syarikat Mek Hawa cabul alam sekitar Tasik Kenyir
Langgan:
Catatan (Atom)
Khidmat Malaysia Kuala Terengganu Bantu Golongan Terkesan PKP
KUALA TERENGGANU- Khidmat Malaysia Kawasan Kuala Terengganu telah mewujudkan lima pusat pengumpulan sumbangan barangan dan kewangan bagi m...


-
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengikuti dengan rapat pengguguran kes ke atas 12 individu, termasuk 2 ADUN DAP, yang dituduh menyokong LT...
-
KUALA TERENGGANU - Tidak mustahil dan kemumgkinan PKP akan disambung legi selepas fasa ketiga yang akan berakhir pada 28 April depan. .
-
Naib Presiden PAS, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Oleh : Baity Abdul Latif DUNGUN - Parti Islam SeMalaysia(PAS) Negeri Ter...
