KUALA TERENGGANU
– Setiausaha PAS Kawasan Setiu, Aminuddin Umat berkata orang ramai
menterbalikkan kereta polis yang melanggar peserta Bersih 3.0 kerana
mahu menyelamatkan seorang mangsa yang tersepit.
Beliau yang berada di seberang jalan hadapan pasaraya Sogo sekitar
jam 4.15 petang pada Sabtu 28 April berkata kereta polis jenis proton
Waja itu berhenti dalam kumpulan peserta Bersih yang sedang bersurai
kerana disembur ‘water canon’ dan ditembak gas pemedih mata.
“Sekitar jam 4.15 petang, semasa kejadian tersebut saya berada seberang jalan hadapan pasaraya Sogo,
“saya
melihat kereta waja polis berhenti di dalam kumpulan peserta Bersih 3.0
yang bersurai akibat disembur dengan air water canon dan gas pemedih
mata,”jelasnya ketika ditemui semalam 29 April di dini.
Menurutnya,
ketika itu datang seorang lelaki tidak dikenali naik ke atas bonet
kereta tersebut dan memijak-mijak sehingga bonet kereta itu kemek.
Lima
minit kemudian, katanya, dalam keadaan kelam kabut itu, kereta waja
polis berkenaan tiba-tiba memecut sehingga terbabas lalu melanggar orang
awam yang berada di hadapan pasaraya Sogo

Katanya, akibat rempuhan kereta polis itu, seramai tiga orang awam telah menjadi mangsa, dilanggar kereta polis itu.
“(tiba-tiba)
kereta waja polis tersebut bertindak memecut, (kemudian) kereta
tersebut terbabas lalu melanggar orang awam yang berada di hadapan
pasaraya Sogo (menyebabkan) seramai 3 orang (menjadi mangsa),”jelasnya.