02 Julai 2011

PAS Terengganu 'panaskan badan' dengan dua demo pra-BERSIH

KUALA TERENGGANU - Walaupun terdapat tangkapan demi tangkapan dibuat berhubung penganjuran BERSIH 2.0, PAS Terengganu berjaya mengadanjurkan dua demo 'pemanas badan' (warming up).

Sekurang-kurangnya dua himpunan diadakan oleh PAS Terengganu bagi 'memanaskan badan' sebelum menyertai Himpunan Aman BERSIH 2.0  yang dijadualkan pada 9 Julai depan.

Provokasi menjelang BERSIH; PAS Beri amaran awal akan beli dengan 'cash''

Polis jangan bertindak kerana 'tekanan politik'
KUALA TERENGGANU
- Anggota polis diberi peringatan supaya melaksanan tugas-tugas mereka dengan lebih 'profesional' dan jangan bertindak kerana 'tekanan politik' oleh pihak tertentu.

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut memberi amaran, rakyat akan hilang rasa hormat terhadap anggota keselamatan itu sekiranya terus bertindak atas arahan politik.

[Gambar - Haji Wahid ketika bercakap dengan ahi dan penyokong PAS yang berhimpun untuk mempertahankan Pejabat PAS, apabila mendengar lhabar 'provokasi' yang cuba dilakukan oleh Umno)

30 Jun 2011

Ketua Pemuda Dungun ditahan polis

KUALA TERENGGANU - Ketua Pemuda PAS Dungun Sheikh Hanafi ditahan polis lewat petang ini doipercayai berkait dengan progarm pra Himpunan BERSIH yang dijangka diadakan di Pulau Serai esok.

Seorang penyokong Pakatan Rakyat, Yo Ann memaklumkan kepada Buletinonline sebentar tadi.

Sheikh Hanafi adalah juga Ketua Penerangan Pemuda Terengganu.
|
Berita lanjut menyusul>>

Bukan DAP ganti PAS, tetapi............

......PAP ganti Umno di Singapura dan Gerakan ganti Umno di Pulau Pinang
KUALA NERUS
- Pemimpin Umno tidak cukup televisyen, radio dan surat khabar untuk 'mengarut dan mencacai' sehingga berceramah merata tempat bagi menipu rakyat dengan fitnah kononnya 'DAP akan ganti PAS'.

Fakta-fakta sejarah dan realiti politik semasa, langsung tidak menunjukkan angka-angka yang munasabah perkara tersebut berlaku.

29 Jun 2011

130 orang peneroka gugusan Kerteh akan saman Felda

- menuntut kembalikan duit tanam semula berjumlah RM2.21 juta
KUALA TERENGGANU - Seramai 130 orang para peneroka dari gugusan Felda Kerteh, Dungun, akan memfailkan saman mereka menuntut Felda mengembalikan hak mereka.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata saman tersebut akan difailkan oleh peguam pada 1 Julai depan.

"peyerahan saman itu kita akan failkan pada 1 Julai, InsyaAllah, sekarang ni kita kumpul sudah ada 130 orang akan memfailkan saman,

28 Jun 2011

Menteri Besar hina pegawai, Imam dan Pejabat Agama

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said tidak sewajarnya menegur imam-imam secara terbuka dengan mengatakan imam-imam membaca khutbah secara 'acuh tidak acuh' dan tidak membuat persediaan.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah menyelar kenyataan YAB Menteri Besar itu yang disifatkan menghina pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan.

Menyindir, mempersendakan syariat Allah samada dengan tulisan atau lukisan membawa murtad

KUALA TERENGGANU - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memperingatkan seluruh umat Islam supaya tidak menyentuh undang-undang Allah SWT.

Menurutnya, adalah salah bagi seseorang Islam mempersenda, menghina dan memperlekehkan undang-undang syariah umpamanya melukis karakatur (kartun).

Katanya, merujuk kepada kitab Mustika Hadis Jilid Pertama, yang diterbitkan oleh Jabatan Perdana Menteri.perbuatan seumpama itu boleh membawa 'murtad'.

27 Jun 2011

Pemuda tegaskan keperluan 40% calon orang muda untuk PRU ke-13

KUALA TERENGGANU - Hampir separuh daripada pengundi dalam pilihanraya umum ke-13 (PRU 13) akan datang adalah dikalangan orang muda.

Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menegaskan keperluan meletakkan empat puluh peratus calon-calon yang bertanding dalam pilihanraya tersebut, mestilah datang dari golongan muda.

"orang muda dengan maksud berumur 40-an atau pun bawah 40-an, yang maba mereka ini boleh mencetus satu fenomena,

26 Jun 2011

Membotakkan pelatih wanita; menjatuhkan maruah wanita, mencemarkan agama Islam.

KUALA TERENGGANU - PAS menggesa pihak berkuasa Agama mengambil tindakan segera membetulkan kesilapan yang berlaku dalam kerajaan Umno dan Barisan Nasional agar menghormati batas-batas agama khususnya dasar-dasar yang berkaitan dengan wanita.

Menurut Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah, ia adalah satu keperluan membetulkan suasana yang berlaku bagi menghormati kaum 'Hawa' dan warga Malaysia seluruhnya.

Katanya, kes membotakkan kepala pelatih wanita dan menyamakannya dengan pelatih lelaki adalah tidak adil dan tidak menghormati keturunan.

"Tentang pelatih (wanita) di (Pusat Latihan Bomba) Wakaf Tapai (Terengganu), kes yang berlaku itu tidak menggambarkan sistem yang ada dalam negara ini tentang tidak menggambarkan keadilan dan menghormati keturunan,"jelasnya.

Tuntutan BERSIH jelas dan berasas

- ketidaktelusan SPR berlaku sewaktu PRK Kuala Terengganu
KUALA TERENGGANU
- Tuntutan BERSIH supaya diadakan pembaikian dalam sistem pilihanraya agar ia diadakan dengan lebih bersih dan adil adalah jelas dan berasas.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, PAS mempunyai banyak pengalaman bertanding dalam pilihanraya yang tidak berlaku atas 'padang permaianan yang sama rata'.

Biden Tandatangani Tindakan Eksekutif ‘Menterbalikkan’ Dasar Trump Pada Hari Pertama

  Beberapa jam selepas mengangkat sumpah sebagai presiden A.S. ke-46 pada hari Rabu, Joe Biden menandatangani serangkaian tindakan eksekutif...