31 Januari 2009

Seminggu Selepas PRK Kuala Terengganu - Menteri Jangan Buat Kenyataan Bodoh

Kuala Terengganu – Pengerusi Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) menasihatkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Shahrir Samad supaya jangan mengulangi kenyataan yang ‘tidak cerdik’ berkenaan harga barangan dan perkhidmatan.

Beliau berkata kenyataan Menteri tersebut tentang kenaikan harga gula kelmarin telah menimbulkan spekulasi dan pembelian panik di beberapa pasaraya di bandaraya ini.

“Tinjauan Mampat mendapati orang ramai berebut-rebut membeli gula, kerana kenyataan menteri berkenaan,

”lebih-lebih lagi menjelang tahun baru Cina, sepatutnya dia (Shahril) buat kenyataan yang lebih ’bijak’,”kata Cikgu Fauzi Abu Samah, ketika menghubungi Buletinonline pagi ini.

Katanya sebagai seorang Menteri yang bertanggugjawab seharusnya Shahril memilih waktu yang sesuai untuk mengumumkan sesuatu yang mengejutkan, bukan saat-sat rakyat sedang menghadapi ambang sambutan perayaan.

Apabila ditanya apakah kemungkinan yang mendorong Dato’ Shahril membuat pengumuman tersebut pada ketika ini, Fauzi menjawab “mungkin Shahril sndiri yang panik kerana Barisan Nasional mengalami kejutan kalah dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu”.

Mengulas lanjut perkara yang sama, beliau berkata, kesan yang paling teruk dari kenyataan Shahril adalah kekurangan gula di pasaran akibat kekurangan bekalan kerana para pemborong melambat-lambatkan atau memberhentikan pengedaran.

“Pemborong yang mementingkan keuntungan akan menyekat bekalan dengan melambat-lambatkan atau memberhentikan pengedaran,

“mereka menunggu harga naik di pasaran untuk mencapai untung yang lumayan,”katanya.

Oleh yang demikian, beliau menyeru supaya pengguna jangan panik dan berbelanja serta membeli barangan sekadar kegunaan bagi memastikan kecukupan gula di pasaran.

Kekurangan bekalan gula pada bulan Jun 2006 telah mencetuskan kekecohan di negeri Terengganu sehinggakan Menteri Besar ketika itu Dato’ Seri Idris Idris Jusoh telah mengambil kesempatan mengaut propaganda murahan dengan menjual gula kepada orang ramai.

Tindakan Idris itu telah mendapat bantahan dari para peniaga


Kalau Sebut Ketuanan Melayu, Cina Nak Letak Dimana? India Dimana ?


Kuala Terengganu – Mursyidul Am PAS Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Azizi Nik Mat menggesa orang-orang Melayu supaya mengubah perjuangan kepada membela Islam dariapada perjuangan membela Melayu.

Beliau berkata selepas pilihanraya Kecil Kuala Terengganu baru-baru ini, seorang Naib Presiden UMNO dari Melaka merasa hairan kerana PAS menang di Kuala Terengganu sedangkan katanya PAS tidak buat apa-apa.

”Dia kata, orang boleh sokong PAS kerana PAS janji nak masuk syurga, sedangkan PAS tak buat apa-apa, kalau ramai lagi UMNO berfiki macam itu, lagi baik, (lebih) mudah kita nak kempen pada masa depan,”kata Tok Guru sekaligus membidas kenyataan Dato’ Ali Rustam dengan berkata sekiranya nabi Muhammad masih hidup, pasti dia akan lawan nabi Muhammad.

Katanya Ali Rustam akan tanya Nabi Muhammad, berapa batang jalanraya yang nabi buat, berapa masid yang nabi buat dan lain-lain lagi kerana nabi diturunkan oleh Allah tidak membawa apa-apa.

Namun menurut Tok Guru, ramai manusia yang menyokong nabi walaupun nabi hanya membawa ajaran Islam keatas muka dunia ini.

Beliau berkata tindakan Ketua Menteri Melaka itu yang telah mengarahkan pegawai-pegawai kerajaan negeri Melaka supaya tidak melawat Kelntan suatu masa dulu adalah suatu pemikiran yang beku dan jumud.

”Macam komunis, komunis tak beri orang keluar dari negeri dia, betul-betul pemikiran otak, otak komunis,

”ada ke masuk akal, manusia, pegawai kerajaan (Melaka) dilarang datang ke Kelantan, tapi baru-baru ni tarik balik pula (benarkan orang datang ke Kelantan),”kata Tok Guru Nik Aziz dalam majlis ceramah perdana di Kampung Tanjung dekat sini, sempena kemenangan Pakatan Rakyat yang diwakili PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Terenggaju.

Tok Guru menyifatkan tindakan Ali Rustam tersebut adalah berpunca dari pemikiran ’maddiyat’ iaitu pemikiran materialis (dimana menganggap) apa yang ada diatas dunia ini hanyalah ’benda’ sahaja.

Oleh yang demikian kata Tok Guru, pemikiran ’maddiyat’ menyifatkan selain daripada benda yang dapat dilihat itu tak ada apa-apa, sehinggakan mengaggap tuhan tidak wujud kerana ia tidak boleh dilihat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menjelaskan bahawa dunia yang wujud hari ini bukan ciptaan sesiapa tetapi ciptaan Allah SWT.

Justeru beliau berkata sekiranya manusia diatas dunia masih bergantung kepada kejadian yang dicipta oleh Allah untuk hidup, manusia wajid mengikut Islam sebagai cara hidup.

”Dunia bukan kita buat, bukan ayah dan emak kita buat, bukan datuk kita buta, bukan syarikat kita buat, bukan kerajaan kita buat.

”Oksigen yang kita hirup atas dunia ini bukan kita buat, nitrogen bukan kita buat. Dengan ukuran oksigen dan nitrogennya yang begitu sekali teratur, kalau oksigen lebih sikit, akan hangus dunia, kalau kurang sikit akan sejuk dunia, siapa dia buat begitu ?

”Kalau selagi kita tidak buat dunia, tidak buat akhirat, maka kita kena turut Allah, kena ikut Islam,”jelas beliau.

Mengulas lebih lanjut, beliau mengkritik tindakan UMNO yang hanya memperjuangkan Melayu dan sering menggunakan slogan ’hidup Melayu’, sedangkan diakhirat kelak tidak ada nilai yang dikira atas bangsa.

”Membela (memperjuangkan) Melayu, berapa sen harga Melayu di akhirat? Allah tidak tanya diakhirat nanti awak Melayu atau Cina.

”tapi hendaklah membela Islam bukan memperjuangkan Melayu tapi memperjuangkan Islam.Orang Arab pun tak mesti masuk syurga, bapa saudara nabi bernama Abu Lahab adalah orang Arab, tapi dinyatakan dalam quran Abu Lahab akan masuk neraka kerana tidak memperjuangkan Islam.

”Jadi sebagai bapa saudara nabi, orang Arab yang faham bahasa Arab yang faham Quran pun tak masuk syurga, apa lagilah orang Melayu yang tak faham bahasa Arab dan Quran,

”Jadi, tak usah sebutlah ’ketuanan Melayu’, sebutlah ketuanan Islam. Selagi sebut ketuanan Melayu, hidup Melayu, hidup Melayu, Cina nak letak dimana, India nak letak dimana?

”Tapi kalau sebut ketuanan Islam ada juga Cina yang Islam ada juga India yang Islam.”katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah etiga-tiga pempinan utama parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum Parti Keadilan Nasional Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) YB Lim Kit Siang

Hj Mad Segar Semula

Kuala Terengganu – Seorang ahli veteran PAS dari cawangan Pasir Panjang yang sakit tua sebelum ini tiba-tiba menjadi ‘segar’ semula apabila mendapat berita kemenangan calon PAS Hj Mohd Abdul Wahid Endut dalam pilihnaraya kecil Sabtu lalu.

“Saya bergerak sejak tahun 1956, sejak PAS ditubuhkan, sama-sama dengan pilihanraya pertama Malaysia pada tahun 1959, dua tahun selepas merdeka,

“masa itu orang pandang rendah kepada PAS, kalau pergi Kuala Lumpur atau mana-mana tempat orang panggil PAS ‘Parti Pak Tani’,”katanya yang ditemui Buletinonline pada majlis kesyukuran meraikan kemenangan PAS disini kelmarin.

“masa itu orang pandang rendah kepada PAS, kalau pergi Kuala Lumpur atau mana-mana tempat orang panggil PAS ‘Parti Pak Tani’,”katanya yang ditemui Buletinonline pada majlis kesyukuran meraikan kemenangan PAS disini kelmarin.

Beliau turut menyumbangkan seekor lembu bagi dijadikan lauk untuk jamuan terbuka yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen yang baru dipilih, Mohd Abdul Wahid Endut dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong.

Dalam perkembangan yang sama, seorang 'orang lama' PAS Mohamad Abdullah, 60, (gambar kanan) dari Kampung Pulau Rusa DUN Wakaf Memepelam telah menyempurnakan nazarnya di hadapan Mohd Abdul Wahid.

Wahid telah diberi penghormatan mencukur rambut dan membotakkan kepala Mohamad di perkarangan rumahnya, di Kampung Serang Baruh, dekat sini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai ‘Ayah Teh’ berkata beliau telah bernazar sekiranya PAS yang mewakili Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya kecil pada 17 Januari lalu, beliau akan bercukur rambutnya.

“Alhamdulillah, saya bersyukur di atas kemenangan PAS itu dan ‘ayah teh’ pernah berniat nazar untuk bercukur rambut sampai botak jika PAS menang,” ujarnya.

Tiga Isu Besar Masih Belum Selesai


Kuala Terengganu
– Kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu memberikan isyarat yang jelas kepada perubahan politik namun terdapat tiga isu besar khususnya untuk negeri Terengganu yang belum selesai.

Pengarah Jentera Operasi PAS Pilihan raya Kecil Kuala Terengganu, Dato' Wan Mutalib Embong menyifatkan kemenangan PAS sebagai satu lambang kepada kata hati dan kebersamaan rakyat dengan PAS serta Pakatan Rakyat.

"kemenangan ini menunjukkan bahawa rakyat bersetuju dan menyokong saranan Pakatan Rakyat," katanya(Gambar - Dato' Wan Mutalib berucap pada Majlis Kesyukuran Meraikan Kemenangan di Pasir Panjang semalam) .

Namun menurutnya terdapat tiga isu besar yang masih lagi belum berjaya diselesaikan oleh BN.

"Isu pertama merupakan kes rampasan royalti yang menyebabkan rakyat hampa sejak lapan tahun lalu," ujarnya.

Selain itu katanya, isu kedua yang belum diselesaikan adalah menyentuh penderitaan rakyat Terengganu yang terbelenggu dengan kemiskinan akibat penyelewengan wang kerajaan negeri.

"Golongan miskin ini tidak mendapat pembelaan kerana wang royalti telah diselewengkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya lagi.

Dalam pada itu, Wan Mutalib berkata isu kemudahan awam juga menjadi fokus utama aspek kegagalan kerajaan BN Terengganu.

"Sebagai sebuah bandaraya, Kuala Terengganu tidak langsung mempunyai ciri-ciri sebuah bandar apabila kemudahan asas dan perhubungan tidak menepati kriteria sebuah bandaraya," ujarnya lagi

Sementara itu, kemenangan PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, akan menjadi penanda aras atau indikator pada pilihan raya umum akan datang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali berkata, indikator itu berdasarkan kepada beberapa perkara terutama berhubung kemungkinan berlaku pada pilihan raya umum akan datang.

“Yang kedua, ia menggambarkan Pakatan Rakyat (PR) adalah pakatan yang perlu dimantapkan,” katanya, semalam kepada Sinar Harian.

Berhubung kemenangan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut, beliau berkata, PAS akan melaksanakan analisis bagi mendapat laporan penuh berhubung perkara tersebut.

Selain itu, beliau turut menghargai peranan semua pemimpin pembangkang dalam memastikan gerak kerja menyeluruh dalam kempen parti sehingga membawa kejayaan dengan majoriti besar.

“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lebih-lebih lagi dapat menghubungi mereka secara terus sepanjang tempoh kempen,” katanya.

Presiden Ucapn Terima Kasih


Kuala Terengganu - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada kesemua jentera pilihanraya sama ada DUN Pembantu, negeri dan semua penyokong serta pendokong yang menyumbang kepada kemenangan calon PAS dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.

Bercakap dalam sidang media selepas pengisytiharan kemenangan PAS, beliau menyarankan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi agar tidak meneruskan rancangan bersara pada bulan Mac akan datang.

"Kita berharap beliau akan meneruskan khidmat beliau sebagai PM dan tidak menyerahkan kedudukan tersebut kepada timbalannya, Dato’ Seri Najib Razak," katanya di Stadium Negeri disini semalam.

Menurutnya Abdullah telah menunjukkan sikap yang terbuka dengan mengambil beberapa tindakan melaksanakan perubahan yang dijanjikan dalam pilihan raya umum lalu.

"sikap terbuka kerajaan pusat khasnya (kepada) pembangkang dan kewujudan kerjasama dalam Pakatan Rakyat merupakan satu perubahan besar," katanya

Ketika ditanya wartawan, beliau menafikan berlaku keretakan dalaman dalam Pakatan Rakyat bahkan katanya kerjasama parti-parti dalam Pakaran Rakyat telah dibuktikan dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Beliau menyifatkan tuduhan tersebut hanyalah satu tohmahan oleh mereka yang tidak senang dan benci kepadan Pakatan Rakyat.

Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Hadi masih tidak berpuas hati dengan peranan undi pos kerana ia melibatkan campurtangan SPR dalam urusan tersebut.


Selamat Pulang Perantau, Lain Kali Undi Lagi

Rusila – Seramai lebih 150 orang anak-anak Terengganu yang bekerja di Lembah Kelang Kuala Lumpur memulakan perjalanan kembali, setelah pulang ke Kuala Terengganu semalam untuk mengundi dalam Pilihanraya Kecil Parlimen (PRK) Kuala Terenganu.

Bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka, calon Pakatan Rakyat dari PAS yang menang PRK Kuala Terengganu hadir sendiri dan bersua muka dengan mereka sebelum berangkat.

Walaupun baru sehari mencapai kemenangan dan belum mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen, Mohd Abdul Wahid Endut telah menunaikan tanggungjawab berkhidmat untuk rakyat.

Beliau yang ditemui diperkarangan Masjid Rusila berkata beliau telah pun menerima jemputan beberapa Unit Peti Undi yang mengadakan majlis kesyukuran.

”Beberapa Peti Undi adakan majlis kesyukuran, antaranya Gong Tok Nasek buat jamuan tengahari ini,

”pagi tadi dah pergi ziarah orang meninggal di Losong, petang ni ada yang berhajat bercukur anak, hantar ’baby’ mereka kerumah,” katanya kepada Buletinonline.

25 Januari 2009

Khidmat Malaysia Kuala Terengganu Bantu Golongan Terkesan PKP

  KUALA TERENGGANU- Khidmat Malaysia Kawasan Kuala Terengganu telah mewujudkan lima pusat pengumpulan sumbangan barangan dan kewangan bagi m...