31 Januari 2020

Pelan Damai AS Penipu Besar

‘Penipu besar’ yang tidak dipercayai di negara sendiri mengemukakan pelan damai untuk Palestin. Tidak perlu disebut namanya kerana sudah terkenal, rakyat yang memilihnya sudah pun keluh kesah, bukan sahaja menipu rakyat yang sedang berusaha memecatnya, bahkan tindakannya menyusahkan negara sendiri.

Mesyuarat Kali Pertama MN Terengganu

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah pada 28 Januari telah berlangsung mesyuarat Jawatankuasa Muafakat Nasional (MN) Peringkat Negeri Terengganu

29 Januari 2020

Kerajaan PAS Salur Peruntukan Untuk Manfaat Rakyat

Oleh : Hidayah Azlin

SETIU - Penyaluran peruntukan kerajaan PAS di seluruh Negeri Terengganu adalah untuk dimanfaatkan dan dinikmati sepenuhnya oleh rakyat.

Ahli Jawatankuasa Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Dr Azman Ibrahim berkata kerana itulah dalam sektor pertanian, Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan kepada Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan untuk dilaksanakan program dan projek yang memanfaatkan rakyat.

Perlu Sapu Nyahjangkit Kuman?

Kita semua tahu, virus nCov baharu dikenali jenisnya akhir tahun lepas. Ianya satu keluarga dengan SARS dan MersCov yang pernah menggemparkan dunia satu masa dahulu [1].
.

Oleh kerana ianya baharu dikenali, zat, sifat dan perangai nCov itupun masih lagi dalam pemerhatian, kajian dan pemantauan.
.

28 Januari 2020

Jangkaan Pertumbuhan 2020 Sukar Untuk Dicapai

Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat berpandangan adalah sukar untuk Malaysia mencapai sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk tahun 2020 sebanyak 4.8%. Faktor utama yang menyokong jangkaan kami ini adalah krisis terbaharu penularan wabak koronavirus (2019-nCoV) yang semakin merebak.


Influenza Novel Coronavirus Wuhan (2019 n-COV)

Jangkitan influenza Wuhan merupakan penyakit salur pernafasan yang disebabkan oleh sejenis virus baru yang dikenali sebagai Coronavirus (2019-n-COV) yang kali pertama dikenalpasti di Wilayah Wuhan Cina.
Kes pertama jangkitan ini telah dilaporkan pada 30 hb Disember 2019 dan sehingga kini seramai 1316 orang telah disahkan dijangkiti penyakit ini dan menyebabkan 41 kematian. Sebahagian besar jangkitan ini berlaku di wilayah Wuhan Cina namun telah merebak ke 29 daripada 31 wilayah Cina yang lain. Di luar negara Cina pula, sehingga hari ini ia telah mula menular ke 14 buah negara termasuk Perancis, Malaysia, Singapura, Hong Kong, Japan, Macau, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Vietnam, Australia, Nepal, Taiwan, Brazil dan Mexico.

Novel Coronavirus: Hikmat Islam Haramkan Beberapa Perkara

Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Wabak Novel Coronavirus yang sedang mengancam penduduk dunia sekarang menggambarkan kebenaran ‘hikmat’ Islam mengharam dan menghalalkan beberapa perkara.

Senjata Baru Dalam Perjuangan

  Oleh : Suzie Hassan KEMAMAN -  Semua petugas dalam jentera dan organisasi PAS, perlu menguasai 'senjata baru' dalam mengatur langk...