25 Disember 2009

Sidang DUN Disember, 2009


Setiausaha Kerajaan Terengganu Tidak Tahu Tentang Kehilangan Kenderaan Milik Kerajaan


KUALA TERENGGANU
– Amat mengejutkan dan agak pelik ! Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu, Dato’ Mokhtar Nong tidak tahu menahu tentang kehilangan tiga buah kenderaan milik kerajaan negeri.


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, sepatutnya SUK lebih tahu kerana perkara tersebut telah di nyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara.


http://buletinonline.net/images/stories/berita17/hilangkenderaan1.jpg

”Saya kemukakan soalan dam sidang DUN, tentang kehilangan 3 buah Proton Perdana V6 sebagaimana dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara,

”SUK tak tahu apa-apa tentang kehilangan kenderaan milik kerajaan itu,”kata Haji Wahid ketika dihubungi Buletinonline semalam.

Selain kereta, katanya, sebuah jengkaut (excavator) milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu turut hilang.

Malah, sewaktu makan tengahari, beliau telah diberitahu oleh Pegawai Kewangan Negeri, bukan tiga buah kereta Proton Perdana yang hilang, tetapi empat.

”Saya juga dimaklumkan, waktu makan tengahari, Pegawai Kewangan beritahu, bukan tiga kereta yang hilang tetapi empat,

”Sebuah proton Perdana baru hilang awal tahun ini,”jelasnya.

Keadaan tersebut katanya menunjukkan ketidakcekapan pentadbiran kerajaan Umno/BN negeri Terengganu yang turut mendapat teguran oleh Ketua Audit Negara.

Malangnya, kata beliau, Laporan Ketua Audit Negara berkenaan Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2008 tidak diedarkan kepada wakil-wakil rakyat .

”Ia satu lagi kelemahan kerajaan, sepatutnya ia diedarkan, supaya perkara yang penting dalam Laporan tersebut dapat diketahui dan dibahaskan dalam siding DUN,”katanya.

Justeru beliau menyeru seluruh rakyat negeri Terengganu supaya membuat penilaian dan menolak kerajaan Umno/BN pada pilihanraya umum akan datang kerana tidak mengamalkan prinsip ‘Kerajaan Yang Baik, Telus dan Bertanggungjawab’ (Good Governance, Transperancy & Accountability)


PAS Sokong Terengganu Tuntut Royalti Sepenuhnya


KUALA TERENGGANU
– PAS menyokong penuh tindakan kerajaan negeri Terengganu menuntut sepenuhnya wang royalti petroleum supaya dikembalikan kepangkuan rakyat dan kerajaan.

http://buletinonline.net/images/stories/berita17/drsyed.JPGAhli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Burok) berkata, pihaknya berharap Kerajaan Persekutuan mengembalikan wang tersebut kepada Kerajaan Negeri secepat mungkin.

(Gambar - Dr Syed ketika bangun berucap dalam Sidang DUN semalam)

Beliau mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said yang telah memberikan jawapan secara terbuka berkenaan perkara tersebut dalam Sidang Dewan Undangan Negeri semalam.

Namun katanya, beliau agak terkejut dan kesal kerana ratusan juta ringgit wang tersebut telah dibelanjakan oleh kerajaan persekutuan.

“Penjelasan dibuat adalah sesuatu yang mengejutkan apabila wang dibelanjakan untuk pembangunan Persekutuan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menggunakan wang royalti lebih RM700 juta, ini amat kita kesal,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Sidang semalam.

Semalam, Ahmad ketika menjawab soalan Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Rhu Rendang) telah mengumumkan pihaknya masih berunding dengan Kerajaan Persekutuan dalam usaha penyelesaian pembayaran balik royalti petroleum kepada Terengganu.

Katanya, Kerajaan Negeri menuntut sebanyak RM2.792 bilion, namun Kementerian Kewangan masih tidak berganjak dengan keputusan awal untuk membayar balik RM1.686 bilion sahaja.

Syed Azman yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat berharap Kerajaan Negeri dapat mempertahankan pendirian dalam memastikan tuntutan tersebut dipenuhi Pusat.

“Kita mengharapkan ia dapat disegerakan Kerajaan Pusat terutama Perdana Menteri bersesuaian janji beliau pada 13 Disember 2008 bahawa wang royalti Terengganu akan dikembalikan dan dimasukkan terus dalam Perbendaharaan Negara setiap tiga atau empat bulan sekali,” katanya.



Kerajaan Negeri Disaran Bijak Cari Sumber Lain


KUALA TERENGGANU
– Kerajaan Negeri disaran lebih bijak mencari sumber lain yang mampu meningkatkan hasil pendapatan negeri tanpa terlalu mengharapkan dana daripada Kerajaan Pusat.

http://buletinonline.net/images/stories/berita17/sidangdun1209.JPGAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut (Gambar - dua dari kanan) berkata, ketika ini Kerajaan Negeri masih terlalu bergantung kepada Dana Khas Kerajaan Persekutuan (royalti minyak) sebagai hasil utama.

Menurutnya, dana daripada royalti minyak berjumlah RM1.731 bilion atau 92 peratus mewakili sebahagian besar peruntukan disediakan Kerajaan Negeri untuk Bajet 2010 keseluruhannya berjumlah RM1.881 bilion.


“Bakinya RM163 juta atau hanya lapan peratus datang daripada sumber Kerajaan Negeri dan ia menunjukkan ketidakupayaan Kerajaan Negeri menjana pendapatan sendiri setelah sekian lama.

“Dengan pendapatan berkenaan, nak bayar gaji pekerja di negeri ini pun tidak mencukupi,” katanya ketika sesi perbahasan pembentangan Bajet 2010 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) penggal ke-12, di sini, semalam.

Mohd Abdul Wahid berkata, sikap kebergantungan sangat tinggi terhadap royalti minyak adalah tidak selamat, apatah lagi Menteri Besar, Datuk Ahmad Said sendiri mengakui sumber minyak tidak akan kekal selamanya dan ia juga tertakluk kepada harga pasaran dunia.

Menurutnya, lebih membimbangkan apabila baru-baru ini, Petronas mengumumkan pendapatannya menguncup kurang RM57 bilion.

“Kita juga berhadapan dengan ketidakyakinan bahawa Kerajaan Negeri akan menerima sepenuhnya hasil royalti minyak ataupun pembayaran Dana Khas daripada Petronas ataupun Kerajaan Persekutuan seperti dalam anggaran bajet.

“Sebagai contoh, saya rujuk buku anggaran Bajet 2010, muka surat lapan berhubung royalti minyak pada 2009, hasil minyak dianggarkan berjumlah RM1.533 bilion tetapi berapa yang dibayar kepada kita," katanya.

Menurutnya, pada 2010 pula, hasil minyak dalam buku bajet dianggarkan RM1.629 bilion tetapi berapa yang diperoleh.

"Hal ini diakui sendiri Menteri Besar dalam ucapan bajet semalam. Kedudukan kewangan negeri iaitu akaun hasil disatukan telah mengalami defisit sebanyak RM424.69 juta pada 2008 berbanding defisit pada 2007 yang berjumlah RM278.42,” katanya - Sinar



Rundingan Royalti Terengganu Masih Belum Selesai – Satu Lagi Bukti Najib Berbohong


KUALA TERENGGANU
– Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini mendengar penjelasan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said yang menyatakan, rundingan pembayaran royalti minyak masih belum selesai.



http://buletinonline.net/images/stories/Berita12/cekroyaltikonon.jpgDengan itu mengesahkan bahawa pembayaran royalti petroleum kepada negeri Terengganu masih tertangguh.

Dengan pengakuan Ahmad itu juga, sekaligus membuktikan penyerahan cek yang dikatakan pembayaran royalti berjumlah RM400 juta oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib pada tahun lalu adalah tidak benar dan hanyalah lakonan semata-mata.

Ahmad berkata kerajaan negeri menolak tawaran pembayaran royalti yang dibuat Kementerian Kewangan sebanyak RM1.686 bilion dan bertegas menuntut jumlah RM2.792 bilion bagi tempoh 2000 hingga 2009.

Berikutan itu, masih tidak ada kata sepakat dicapai berhubung pembayaran royalti minyak oleh Petronas itu menyebabkan rundingan mengenainya berlanjutan sehingga kini.

"Walaupun kerajaan negeri berhasrat untuk menyelesaikan perjanjian itu secepat mungkin, tetapi terdapat beberapa perkara dalam perjanjian itu yang masih tidak mendapat dipersetujui kedua-dua pihak.

"Saya tidak dapat menjelaskan secara terperinci tentang isu atau perkara baru yang dapat dipersetujui oleh kerana kedua-dua pihak masih lagi mengadakan rundingan dan ini mungkin akan menjejaskan perundingan yang sedang berlangsung,"ujarnya

Menjawab soalan lisan yang dikemukakan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Rhu Rendang) mengenai perkembangan terkini proses pembayaran royalti petroleum kepada kerajaan Terengganu, Ahmad berkata mesyuarat berkenaan wang royalti dimulakan pada 16 Sept 2008 antara tiga pihak iaitu kerajaan pusat, kerajaan negeri Terengganu dan Petronas.

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/Najib%20Razak.jpg"Saya telah jelaskan secara terperinci kepada Perdana Menteri ketika itu bahawa perlunya kerajaan pusat mengembalikan hak rakyat Terengganu mengikut perjanjian asal," katanya.

Katanya mesyuarat itu mengandungi tiga intipati, iaitu royalti dibayar terus oleh Petronas kepada kerajaan negeri; semua pembayaran yang telah dibuat oleh Petronas kepada Kerajaan Persekutuan antara 2000 hingga 2009 adalah dianggap sebagai pembayaran royalti kepada Terengganu dan kerajaan negeri menarik balik saman terhadap Petronas.

Sumber Bernama memetik Ahmad berkata, mesyuarat itu juga bersetuju untuk membincangkan komponen perbelanjaan yang telah dibuat oleh kerajaan persekutuan tetapi perlu dibayar balik oleh Kementerian Kewangan kepada kerajaan negeri.

Mesyuarat terakhir berlangsung di Kuala Terengganu pada 18 Ogos 2009 dan sehingga tarikh itu, Kementerian Kewangan memperincikan iaitu, sepanjang 2000 hingga Mac 2009, kementerian itu telah menerima sebanyak RM15.847 bilion daripada Petronas dan jumlah pengeluarannya sebanyak RM16.576 bilion.

"Perbincangan antara kerajaan negeri dengan Kementerian Kewangan telah berjalan sekian lama dan pihak kementerian masih tidak berganjak dengan keputusan awal untuk membayar balik RM1.686 bilion sahaja.

"Sedangkan tuntutan kerajaan negeri pada ketika ini berjumlah RM2.792 bilion setelah ditolak perbelanjaan yang dibelanjakan di negeri Terengganu. Itulah senarai yang kita putuskan dan kita berharap rundingan dapat diselesaikan," katanya.

Tegasnya, selagi perkara itu tidak diselesaikan, kerajaan negeri tidak akan menandatangani sebarang perjanjian berhubung perkara itu


“Bangunan runtuh Satu Rahmat Untuk Rakyat Terengganu,”kata Yahya Khatib



http://buletinonline.net/images/stories/berita17/yahyaterminalruntuh.jpg

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Terengganu, Yahya Khatib Mohamad (gambar kecil sebelah kanan),

berkata kejadian bangunan atau pembinaan runtuh yang berlaku di negeri ini adalah satu perkara biasa.

Bahkan, katanya, beliau berasa bersyukur kerana katanya ia merupakan satu rahmat kepada rakyat negeri Terengganu


Yahya berkata demikian ketika menggulung perbahasan Bajet 2010 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang berlangsung di Wisma Darul Iman, kira-kira jam 1 tengahari tadi, 23 Disember, 2009.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut.

Wahid yang bangun untuk meminta penjelasan sebab-sebab berlakunya kejadian bumbung runtuh pada Terminal Pengangkutan Awam Kuala Berang kelmarin, 21 September, 2009.

Malangnya soalan Wahid tidak dijawab oleh Yahya yang hanya menjawab sambil lewa dan mengatakan apabila berlakunya bangunan atau pembinaan runtuh, ia merupakan rahmat kepada rakyat Terengganu kerana akan mendapat peluang yang baru dan bangunan yang baru.



PAS Saran Kerajaan Terengganu Tubuh Yayasan Khusus Basmi Kemiskinan


KUALA TERENGGANU
- Kerajaan Terengganu diminta menubuhkan sebuah perbadanan atau yayasan khusus untuk menyelesaikan secara mutlak masalah kemiskinan di negeri itu yang telah berlarutan sejak sekian lama.

http://buletinonline.net/images/stories/berita17/uht.jpgKetua pembangkang Dato’ Ustaz Harun Taib (PAS – Manir) berkata pada masa ini terdapat terlalu banyak agensi kerajaan yang bertanggungjawab membasmi kemiskinan tegar di Terengganu sehingga berlaku kecelaruan tugas sedangkan bilangan rakyat miskin di negeri itu masih lagi ramai.

Ketika membahaskan bajet negeri 2010 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selasa, beliau berkata jumlah penduduk miskin di negeri itu adalah yang paling tinggi di Semenanjung.

Katanya setiap tahun kerajaan negeri memperuntukkan jumlah yang banyak untuk membasmi kemiskinan, namun masalah itu tidak pernah selesai sekaligus.

"Apa kata kita wujudkan satu perbadanan atau yayasan, serah semua sekali kepada mereka untuk selesaikan soal ini, daripada buat bancian di kampung-kampung sehinggalah usaha membantu mereka.

"Ia tidak melibatkan atau menyusahkan banyak pihak seperti yang berlaku hari ini. Mungkin cara ini akan libatkan peruntukan yang banyak sekaligus namun ia lebih fokus dan tidak perlu diulang benda yang sama tiap-tiap tahun," kata Ustaz Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu.

Katanya pendekatan lebih fokus juga perlu diguna pakai untuk isu lain seperti meningkatkan sektor pertanian dan mengurangkan kes jenayah.

"Tiap-tiap tahun kita berhadapan dengan masalah sama, kenapa tidak kita fokus dan selesaikan satu persatu masalah-masalah ini, tahun depan kita sudah boleh tumpu kepada perkara lain pula," katanya yang dipetik Agensi Bernama.



Bajet mengalahkan Selangor, taraf hidup rakyat meleset


KUALA TERENGGANU
– Bajet 2010 berjumlah RM1.881 bilion yang dibentangkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) penggal ke-12 semalam dilihat terlalu tinggi dan tidak seimbang dengan taraf hidup rakyat negeri ini.


http://buletinonline.net/images/stories/berita17/rumahmiskinkgtengahcukai.jpgAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, Bajet 2010 yang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said itu ‘cukup menakjubkan’ dan kemungkinan besar menjadi bajet tertinggi di negara ini mengalahkan Selangor, Johor serta beberapa negeri lain.

Menurutnya, peruntukan bajet itu yang terlalu tinggi tidak seimbang de-ngan taraf kedudukan rak-yat negeri ini selain dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya kebocoran.

“Saya melihat peruntukan hampir RM1.9 bilion ini tidak sesuai dengan taraf hidup rakyat di negeri ini kerana belum lagi termasuk peruntukan tambahan lain dan ia perlu diperjelaskan.

“Peruntukan ini juga tidak seiring dengan tema ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ kerana seperti tahun lalu ia gagal menyelesaikan masalah rakyat,” katanya ketika mengulas Bajet 2010 dibentangkan semalam.: (Gambar - sebuah rumah rakyat miskin di Kampung Tengah, Chukai, Kemaman)

Beliau berkata, sepa-tutnya bajet yang dibentangkan perlu memberi penekanan untuk menyelesaikan masalah rakyat seperti perumahan yang dialami rakayat yang sehingga kini masih belum selesai.

“Kerajaan perlu memberi perhatian terhadap usaha menyelesaikan masalah asas yang dihadapi rakyat seperti perumahan, biasis-wa, kemudahan asas dan sebagainya,” katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu menilai kembali bajet berkenaan dan perlu lebih memberi tumpuan untuk mengembalikan hak rakyat supaya rakyat tidak lagi mengharapkan bantuan daripada kerajaan dalam bentuk subsidi tetapi biarlah rakyat lebih berdikari menikmati hasil kekayaan negeri ini.


Rakyat ‘dihalau’ tetapi projek hotel dibatal !


KUALA TERENGGANU
- Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam diberitahu, kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu telah membatalkan satu projek pembinaan Hotel oleh GHM Chendering.(Gambar bawah)


http://buletinonline.net/images/stories/berita17/hotelcendering.JPGBerikutan itu, PAS melahirkan rasa kebimbangan dengan tindakan seumpama itu yang berkemungkinan boleh berlaku terhadap projek-projek lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata kebimbangan tersebut termasuk dengan status projek-projek sedia ada atau yang telah dirancang oleh MB terdahulu.

“Kebimbangan saya status projek-projek yang sedia atau yang telah dirancang oleh Menteri Besar yang terdahulu seperti Taman Ilmu, Terengganu Medical Central, Program Ulul AlBab dan sebagai.

“Bila bertukar Menteri Besar berlaku seperti mana projek (hotel) yang di Chendering ini.

“Rakyat telah pun menjadi mangsa pemindahan dan sampai sekarang seperti ‘anak ayam hilang ibu’.

“Mereka (rakyat) tidak pasti tempat tinggal dan diletakkan di pelbagai tempat termasuk di Flat Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK),” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam soalan tambahan mengenai status terakhir pembinaan Hotel GHM Chendering yang melibatkan pengambilan tanah dan perpindahan penduduk di Lot 1770 Mukim Chendering.

Menurutnya, rakyat yang pernah mendiami di kawasan tersebut terpaksa dikeluarkan bagi laluan projek hotel berkenaan.

Katanya, penduduk berkenaan masih menunggu penempatan sebenar yang dijanjikan oleh kerajaan negeri di Teluk Binjai, Chendering.

“Apa yang berlaku, akhirnya projek yang dicadangkan itu tidak menjadi kenyataan dan rakyat telah menjadi mangsa perpindahan sejak sekian lama,” jelasnya pada Sidang Dun di Wisma Darul Iman, 21 Disember 2009, lalu. (Gambar kanan - Dr. Syed mengadakan perjumpaan dengan penduduk terbabit tidak berapa lama dulu)

Sementara itu, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata pembatalan projek tersebut setelah kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan prestasi serta notis dikeluarkan kepada syarikat berkenaan.
http://buletinonline.net/images/stories/berita17/hotelcendering1.JPG

“Kerajaan negeri telah membatalkan keputusan cadangan untuk membina hotel oleh GHM Chendering.

“Kita (kerajaan) telah keluarkan notis kepada Syarikat yang hendak usahakan projek ini tetapi tidak ada jawapan yang diberikan.

“Cuma apa yang dia (syarikat) buat, dia ‘tolak’ (bersih) tanah sikit dan letak kabin (kontena) dua buah.

“Kita telah melihat syarikat yang sama pernah diberikan tanah seluas 77 ratus ekar di Bukit Keluang, Besut untuk membina Padang Golf dan Hotel pada tahun 1990-an dan sampai sekarang tidak juga dibuatnya,” jelasnya.

Beliau menjelaskan kerajaan sedang membina 10 blok Flat Tinga Tingkat yang mengandungi 120 unit kediaman dengan kos RM19.6 juta di Teluk Binjai, Bukit Chendering.

“Rakyat patut bersyukur pertama kerana selama ini mereka (penduduk) asalnya menduduki kawasan tersebut secara ‘haram’ dan terdedah kepada bahaya pada musim tengkujuh.

“Kita menempatkan sementara mereka ini ke rumah-rumah Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dengan sewa rendah dan sebagainya,” ujarnya.


Adun BN yang kononnya telah berdamai, ‘Serang’ MB, Dalam Sidang DUN


KUALA TERENGGANU
- Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bagi pembentangan bajet 2010 yang bermula semalam, menunjukkan ‘belang’ sebenar  Ahli-ahli DUN ’10 Budak Hitam’ yang kononnya telah berdamai dengan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said.

http://buletinonline.net/images/stories/berita17/P1020580.JPG(Gambar - '10 budak hitam', Adun Alor Limbat Alias Abdullah (duduk paling kanan) menyerang Ahmad Said dalam Sidang Dun semalam)

Umpama ‘terkejut dari tidur’ mereka telah menamatkan kempen ‘protes senyap’ dan kembali bersuara dengan mengambil bahagian dalam sidang DUN kali ini.

Hampir keseluruhan mereka menyertai perbahasan serta mengemukakan soalan lisan di dewan yang mulia itu.

Namun ia agak mengejutkan dan kontra dengan pengakuan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Hishamudin Hussein yang mengatakan perpaduan dalam Umno Terengganu telah mula terjalin.

Kumpulan Adun ‘10 budak hitam’ menggunakan peluang bersuara  ‘menyerang’ Ahmad Said

Adun Alor Limbat, Alias Abdullah membidas kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said yang lebih mengutamakan kepentingan Zoo Bikit Takal, di Kemaman dari penyediaan Infrastruktur kepada rakyat di negeri ini.

Katanya, masalah rakyat yang memerlukan Projek Monsoon Drain daripada Baruh Muring Tasek ke Padang Leban dan Sungai Bukit Payong masih belum dilaksanakan.

“Masalah infrastruktur yang tidak sempurna dan ditambah pula dengan banjir yang berlaku setiap tahun. Saya selalu bangkitkan dalam dewan (Dun) ini supaya kerajaan mempercepatkan pengambilan-balik tanah.

“Apakah tidak ada langsung keutamaan kerajaan dalam pembangunan untuk melaksanakan projek ini. Yang mana lebih penting Zoo Bukit Takal di Kemaman atau Infrastruktur kepada rakyat,” soalnya ketika mengambil bahagian dalam soalan lisan di dewan tersebut.

Bahkan, beliau turut menyifatkan Ahmad (MB) cuba mengelirukan dewan (Sidang Dun) kononnya projek (Monsoon Drain) tersebut telah diluluskan sebelum ini.

“Semasa saya menjadi Timbalan (Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan neger) beliau (Ahmad) dan beliau memberitahu satu kelulusan telah diberikan untuk melaksanakan projek tersebut.

“Jadi apa yang hendak saya maklumkan kepada dewan (Sidang Dun) supaya dewan ini tidak diberi ‘salah arah’ (maklumat).

“Ianya (Projek Monsun Drain) tidak berlaku sama sekali dan tidak ada sebarang kelulusan sebelum ini untuk melaksanakan projek itu,” jelasnya ketika membidas jawapan dari MB tersebut.

Soalan asalnya, Alias bertanyakan bila Projek Monsoon Drain daripada Baruh Muring Tasek-Padang Leban-Sungai Bukit Payong akan dilaksanakan?

Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said ketika menjawab soalan tersebut menjelaskan pada dewan (Sidang Dun) bahawa satu kelulusan projek telah dibuat dan kerajaan prihatin tentang masalah tersebut.

“Sebab itu, saya sebut sejarahnya (Alias) tadi. Saya telah bina dan itu menggambarkan kerajaan prihatin tentang masalah ini.

“Jangan jadikan dewan (Sidang Dun) ini untuk membuat sesuatu tuduhan yang tidak menentu hanya hendak melepaskan perasaan setelah menyembunyikan diri sekian lama.

“Muncul dengan ledakan-ledakan ‘bom’ yang tidak sepatutnya digugurkan di tempat yang berlainan yang sepatut digugurkan. Ini yang saya katakan. Siapa dendam siapa?,” ujarnya di Wisma Darul Iman, 21 Disember 2009, semalam

Beliau turut menyelar sikap Adun-adun BN yang pentingkan diri agar mengambil sikap muhasabah diri dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Malah, Ahmad turut menyifatkan Adun BN Bukit Besi, Din Adam yang pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri sebagai ‘tidak cerdik’ ketika meminta penjelasannya.

“Saya rasa Adun Bukit Besi ini dia (Din) pun jadi Exco juga dahulu. Jadi janganlah tunjuk ketidak-cerdikan (bodoh) kita (Adun) pada dewan (Sidang Dun) ini,” jelasnya.


Bajet Semakin Naik, Bangunan Semakin Runtuh

RM1.881b anggaran Bajet 2010, Terminal bas berharga RM4.2 juta dalam pembinaan runtuh

KUALA TERENGGANU
- Kerajaan negeri mencadangkan bajet bagi tahun 2010 berjumlah RM1.881 bilion meningkat
http://buletinonline.net/images/stories/berita17/terminalKB.jpgsebanyak RM82 juta, dari bajet 2009 yang berjumlah RM1.799 bilion.
Dalam pada itu, bumbung sebuah terminal bas berharga RM4.2 juta yang masih dalam pembinaan di Kuala Berang telah runtuh

Ia menjadikan pembinaan yang ke 7 dalam tahun ini yang telah rosak, punah dan runtuh.

Trend berbelanja besar kerajaan Terengganu telah bermula pada tahun 2005 selepas Umno dan Barisan Nasional merampas tampuk pemerintahan dari PAS pada pilihanraya umum ke 11, 2004.

Manakala kejadian rosak, punah dan runtuh ini dijangka berterusan.

Seorang bekas pegawai kerajaan negeri yang pernah bertugas di bahagian perbendaharaan memaklumkan, banyak lagi pembinaan yang akan runtuh akibat penyelewengan dan rasuah

Katanya, antara contoh amalan dalam penyelewengan itu ialah, pihak kontraktor terbabit membuat tuntutan keatas kerja-kerja yang belum disiapkan.

”Setelah mendapat wang tuntutan, kerja-kerja tidak dilaksanakan, sehingga menerima amaran, barulah kelam kabut mahu menyiapkan sesuatu projek,”katanya yang meminta identitinya dirahsiakan.

Menurutnya, perlaksanaan pembinaan yang ‘kelam kabut’ kerana mengejar ‘tarikh siap’ projek menyebabkan ia tidak menurut spesifikasi yang ditetapkan.

17 Disember 2009

Perbalahan Umno Terengganu Tidak Akan Selesai

Kembali Kepada Asal (Back To Square One)


- Ahmad Said Tidak Layak Sebagai MB ???

KUALA TERENGGANU - Pada 14 Disember (kelmarin), ketika berucapkan dalam satu majlis bersama para wartawan di Kuala Terengganu Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Hishamudin Hussein
mengulangi kenyataan yang diucapkannya kira-kira dua minggu lalu di Kuala Nerus.

http://buletinonline.net/images/stories/berita16/mb%203a.jpgSemasa ‘menganugerahkan’ 5 ekor lembu untuk korban pada Aidil Adha pada 29 November lalu, Hisham berkata Umno bertambah baik dan penerimaan rakyat semakin baik.

(Gambar - Ahmad Said berjubah dan berkopiah, sekembalinya dari menunaikan haji semalam 15 Dis)

Kenyataan tersebut belum meyakini krisis atau kemelut Umno Terengganu yang bermula selepas pilihanraya umum ke 12 2008 terus menerus berlangsung sehingga ke hari ini.

Yang terbaru, penaikkan kain rentang atau sepanduk yang bertulis ‘bai’ah siasah’ kepada Bekas Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Ahmad Said.

Tindakan tersebut menunjukkan masih ada kumpulan setia kepada Menteri Besar(MB) Terengganu yang dapat mengesan, usaha untuk melucutkan Ahmad sebagai MB terus berjalan.

Ia adalah reaksi kepada kumpulan yang menyokong bekas MB Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh yang masih menyimpan ‘dendam’ terhadap Ahmad Said.

Perkara tersebut dikesan begitu jelas ketika kedatangan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak pada 6hb November lalu, sewaktu menutup kejohanan sukan perahu layar Monsoon Cup.

Sewaktu program menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Mengabang Telipot selepas menutup Monsoon Cup, perbualan diantara ADUN-ADUN penyokong Idris kedengaran berkisar pada tajuk mahu menggantikan MB Terengganu kerana dua perkara;

1. Ahmad Said tidak membawa banyak perubahan dalam pembangunan negeri
2. Ahmad Said memberikan terlalu banyak projek kepada istana.

Percakapan berkenaan mahu menggugurkan Ahmad Said sebagai Menteri Besar turut kedengaran di Pejabat Menteri Kewangan, Putrajaya.


Pertukaran Pengerusi Perhubungan Umno

Bantahan kepada Ahmad Said oleh kumpulan penyokong Idris sampai kepada klimaksnya apabila konspirasi ‘SMS Ugut bunuh’ terjadi pada 14 Mei, 2009.

Ia jelas satu konspirasi melalui jawapan yang diberikan oleh bekas Setiausaha Politik Idris, Dato’ Dr. Ramzi kepada Wakil Rakyat PAS, Ustaz Mohd Noor.

Dr. Ramzi tidak merasa bimbang dan takut tentang peristiwa tersebut, dan hanya menyebut ia adalah satu tindkan ‘politik’.

Ekoran konspirasi ‘SMS Ugut Bunuh’, kumpulan penyokong Idris berharap dapat menjatuhkan Ahmad Said apabila kes tersebut disensasikan sehingga peringkat nasional.

10 Adun terbabit tidak mahu hadir ke dalam Sidang DUN, menyebabkan Putrajaya terpaksa campurtangan dan memanggil mereka.

Mereka telah berjumpa dengan Najib dan menyerahkan memorandum yang menyenaraikan kelemahan-kelemahan MB Terengganu.

Namun demikian, Putrajaya tidak mempunyai kuasa untuk menukar MB tanpa restu istana yang mana akhirnya, Najib hanya boleh mengurangkan kuasa politik Ahmad Said dan dengan menggunakan peristiwa tersebut sebagai alasan, Hishamudin dilantik menggantikan Ahmad.



Hishamudin Gagal Membawa Perubahan Drastik

Hishamudin mengakui dalam banyak kenyataan yang beliau keluarkan, beliau bertindak ssecara beransur-ansur bagi menyelesaikan kemelut Umno Terengganu.

Antara faktor yang menghalang Hisham adalah, tidak ada capaian langsung dengan Umno Terengganu kerana kedudukannya yang lebih ‘junior’ sebagai Naib Presiden Umno.

Kedua-dua pihak yang berbalah, Ahmad Said mahu pun Idris adalah lebih senior dari Hisham dalam Umno yang dilihat banyak pihak, beliau tidak mempunyai kemampuan menyelesaikan kemelut Umno Terengganu.

Hisham cuba mencari jalan tengah dengan memecat orang-orang Ahmad said dalam Perhubungan Umno Terengganu dan menggantikannya dengan tokoh yang dianggap lebih seimbang.

Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Tengku Putera Awang dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan bagi menggantikan Dato’ Rosli Mat Hassan manakala ADUN Teluk Pasu, Dato’ Rahin Said dilantik Bendahari Umno Negeri bagi menggantikan Dato’ Roslan Awang Chik, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Sabery Chek dilantik Ketua Penerangan menggantikan Datuk Zuber Embong.

Namun, perlantikan itu juga tidak dapat mempercepatkan penyelesaian menyebabkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin campurtangan dan menawarkan diri sebagai orang tengah.

Hisham rasa tercabar, namun capaiannya dikalangan pemimpin Umno terbatas lalu mencari seseorang yang boleh melaksanakan usahanya sebagai ‘perantaraan dan penimbangtaraan’ (mediation and arbitration) dalam menyelesaikan konflik Umno Terengganu.

Oleh kerana Dato’ Din Adam merupakan Ketua Pemuda Umno Terengganu semasa zaman Hisham Ketua Pemuda Umno Malaysia, maka Hisham telah merundingkan perkara tersebut dan menugaskan Din Adam untuk melaksanakannya.

Din Adama akhirnya berjaya membawa 7 dari 10 ADUN yang menentang Ahmad Said ke Putrajaya dan bertemu dengan Hisham.

Apakah perbincangan dan perundingan mereka tii Dalam Negeri tidak dijelaskan, namun Din Adam dalam siding media selepas perjumpaan tersebut menyatakan mahu menyelesaikan masalah dan menyatakan setia kepada Ahmad Said.

Din Adam diberikan ganjaran dan dilantik menjadi Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri selepas berjaya membawa 7 ADUN tersebut ke Putrajaya.


Masalah Umno Belum Selesai

Hishamudin berkali-kali membuat kenyataan bahawa Umno dalam “keadaan yang baik, ataupun Umno Terengganu dalam keadaan bertambah baik dan lebih baik”.

Namun beliau belum lagi mengeluarkan kenyataan yang menegaskan krisis Umno sudah selesai walaupun pada perjumpaan Aidil Fitri di Marang 29 September lalu, ia dilihat hampir selesai.

Dalam perjumpaan yang dianggap paling berjaya itu tiga orang ADUN anti Ahmad said yang paling ‘hardcore’ masih tidak hadir iaitu  Dato’ Rosol Wahid (Ajil), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang) dan Zakaria Abdullah (Paka).

Pada 24 November, selepas meninjau keadaan banjir di Hulu Terengganu, Hisham membuat kenyataan lagi dengan berkata, “kedudukan Umno dan Barisan Nasional (BN) di Terengganu semakin baik sejak kebelakangan ini apabila beberapa wakil rakyat yang dulunya dilihat tidak 'sehaluan' di antara satu sama lain, hadir bersama pada program-program yang diadakan dari semasa ke semasa”.

Sebaliknya pada 29 November, hanya beberapa ADUN sahaja yang hadir pada majlis korban Hishamudin di Tok Jembal, malah tidak sampai 200 orang penduduk yang hadir sewaktu Hisham mahu berucap.
  
Akhirnya, beliau tidak berucap sebaliknya hanya mengadakan sidang media.

Dilaporkan, Ketua Bahagian Kuala Nerus, Dato’ Nasir Ibrahim Fikri telah ‘dimarahi’ oleh Hisham dalam mesyuarat yang diadakan di Riyaz Heritage Pulau Duyong selepas itu.

 

‘Bai’ah Siasah’ Menyambut Kepulangan Ahmad Said, Mengapa ?


KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu, Dato’ Ahmad Said pulang ke Terengganu hari ini 15 Disember,  disambut dengan rentangan sehelai ‘banner’ atau sepanduk yang bunyinya agak luar kebiasaan.

http://buletinonline.net/images/stories/berita16/kam1348(a)-Baiah%201.JPGWalaupun sepanduk itu mengucapkan ‘Selamat Pulang’, namun perkataan ‘Bai’ah Siasah’ adalah membawa pengertian ‘janji setia politik’, seolah-olah mahu memperkuatkan suatu ikatan kepercayaan siasah yang telah longgar terhadap Ahmad.

Pada lain perkataan, ada dikalangan orang-orang Umno yang tidak ‘thiqah’ kepada Menteri Besar pilihan istana itu.

Mengapa sepanduk ‘berbaur’ politik itu menyambut kepulangan Ahmad ? Mungkin perkataa-perkataan bahasa Arab tersebut disesuaikan kerana Ahmad telah lebih sebulan berada di tanah Arab, mengerjakan haji?

Atau ia masih ada kaitan dengan ‘kemelut siasah’ yang melanda Umno Terengganu ?

MB Terengganu di Serang Lagi !

 
Cakap-cakap ‘Ahmad akan Dilucutkan Jawatan’ Kedengaran di Putrajaya
KUALA TERENGGANU – Khabar tentang Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato’ Ahmad Said, akan diturunkan dari Tingkat 16 Wisma Darul Iman tidak pernah berhenti.
http://buletinonline.net/images/stories/berita16/madsaidhaji.jpg
Sejak menjawat jawatan politik tertinggi Terengganu melalui pilihan istana pada Mac tahun lalu, Ahmad sentiasa diserang.


(Gambar - Ahmad Said berkupiah putih ketika berucap sebelum berangkat ke Mekah)


Terutamanya oleh kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Mungkin silap beliau sendiri, yang membuat kenyataan awal, bahawa perlantikannya sebagai MB tidak akan bertahan lama.

Justeru, berita baru yang tersebar lebih panas dan sensasi, kerana pada kali ini ia bukan serangan yang datang dari kem Idris.

Bekas Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Rosol Wahid dikatakan sudah berdiam diri, mungkin mengadakan ‘gencatan senjata’.

Ia berikutan persetujuan beliau dilantik semula sebagai penyelaras DUN Ajil sebagaimana dilaporkan akhbar media perdana 13 November, 2009.

Oleh itu, berita Ahmad Said akan diturunkan dari kerusi Menteri Besar bukan sahaja memanaskan musim Monsun di Terengganu, malah sudah menjalar hingga ke Putrajaya.

Ia bermula dengan kedatangan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak bagi menutup kejohanan perahu layar piala monsun pada 6 Disember, minggu lalu.

Percakapan berkenaan ‘agenda besar’ itu dilaporkan menjadi topik perbualan beberapa ADUN ketika Najib menyampaikan sumbangan bantuan bajir di Mengabang Telipot, Kuala Nerus.

Sumber Buletinonline mengesahkan khabar tentang MB Terengganu akan ditukarkan telah kedengaran di Kementerian Kewangan beberapa hari lalu.

Ahmad Said, pada 19 November lalu telah berangkat menunaikan haji, akan pulang pada 9 Disember dan dijangka memulakan tugas pada pertengahan Disember.

Perbalahan Umno Terengganu Jauh Dari Penyelesaian

- Kehadiran Hishammuddin disambut ‘dingin’
KUALA NERUS - Umno Terengganu sebenarnya semakin ‘parah’ menghadapi krisis dalamannya yang melibatkan pimpinan peringkat negeri dalam dua kelompok. 

http://buletinonline.net/images/stories/berita15/hishamkorban2.JPGMeski pun, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said masih berada di Mekah bagi menunaikan ibadat haji tetapi ‘seterunya’ bekas pemimpin nombor satu negeri, Dato’ Seri Idris Jusoh belum mahu ‘mengalah’. 

Bahkan, Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu juga gagal memulihkan krisis ‘dalaman’ tersebut.

Difahamkan, Hishammuddin juga sedikit sebanyak turut terpalit dalam krisis tersebut yang menyebabkan sebahagian pemimpin Umno di peringkat bahagian dan cawangan seolah-olah memboikot majlis yang dihadiri oleh Pengerusi Umno negeri ini.

Tinjauan yang dibuat ke Majlis Qurban Sempena Aidiladha bersama Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein di perkarangan Masjid Kampung Tok Jembal, Seberang Takir pada 28 November 2009, lalu kurang mendapat sambutan rakyat.

Bahkan, pemimpin Umno peringkat negeri, bahagian dan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) juga tidak kelihatan kecuali hanya beberapa orang tertentu sahaja.

http://buletinonline.net/images/stories/berita15/hishamkorban1.JPGAntara wakil rakyat BN Terengganu yang hadir bersama meraikan majlis tersebut iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Ahmad Razif Abd. Rahman, Dato’ Abdul Rahin Said (Teluk Pasu), Din Adam (Bukit Besi), Zakaria @ Ariffin Abdullah (Paka) dan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Mohd Nasir Ibrahim Fikri.

Majlis tersebut merupakan Program Pemimpin Bersama Rakyat yang jumlah kehadirannya hanya sekitar 150 orang sedangkan Umno Bahagian Kuala Nerus sahaja mempunyai 180 buah cawangannya.

Program tersebut bagi menyempurnakan sejumlah 11 ekor sembelihan lembu korban untuk diagihkan kepada orang ramai dan penduduk setempat.

Sumber dalaman memaklumkan selepas majlis tersebut diadakan satu mesyuarat tertutup Umno Bahagian Kuala Nerus di Pulau Duyong.

Menurutnya, Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, Dato’ Mohd Nasir telah dikecam hebat oleh Dato’ Hishammuddin yang kecewa dengan jumlah kehadiran orang ramai.

Banjir Pun Di Politikkan Umno


Banjir - Umno Tidak Beri Bantuan Walaupun Satu Sen ?

Chukai, KEMAMAN – Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat@Ramli mendakwa, Umno tidak memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir baru-baru ini walaupun satu sen.

http://buletinonline.net/images/stories/berita16/IMG_1773.jpgBeliau berkata demikian ketika mengulas tuduhan yang dilemparkan oleh Umno DUN Chukai, PAS tidak memberikan sebarang bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Geliga disini.

(Gambar - Ustaz Yusof Embong menyampaikan sumbangan bantuan kepada mangsa banjir Kampung Geliga)

Menurutnya, setelah banjir yang berlaku di kampung terbabit surut, Umno yang lambat memberikan bantuan sebaliknya menuduh PAS tidak membantu penduduk kampung tersebut.

”Sebenarnya Umno lah yang tidak memberi walau satu sen pun kepada orang-orang kampung, tetapi pejuang-pejuang PAS mengeluarkan wang dari poket-poket masing-masing membantu saudara-saudaranya yang ditimpa kemalangan,

”bantuan yang diberi oleh Umno bukan dari kocek Umno tetapi adalah wang rakyat,”tegas Hanafiah.

Katanya, bantuan yang dihulurkan oleh orang Umno sebenarnya adalah hasil kutipan yang dibuat oleh kerajaan melalui cukai dan perkhidmatan yang dikenakan keatas seluruh rakyat.

Beliau menegaskan bantuan ‘ehsan’ yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak adalah dari wang royalti minyak, bukan dari tabung Umno.
http://buletinonline.net/images/stories/berita16/IMG_1691.JPG
”Umno Cuma tukang 'bbagi' (sampaikan) dan (sebenarnya) rakyat sepatutnya mendapat lebih dari itu,

”Oleh itu, janganlah orang-orang Umno, pemuda Umno, Wanita Umno dan Puteri Umno nak tunjuk sombong,”katanya ketika dihubungi Buletinonline.

Katanya lagi, beliau telah turun menziarahi penduduk kampung Geliga sebaik sahaja menerima berita bajir kilat yang berlaku.

”Saya telah turun sendiri dan menyampaikan sedikit bantuan, pendahuluan kepada mana-mana yang termampu,

”kemudian pada sebelah malamnya, pihak MTD Chukai telah membuat satu majlis menjemput semua mangsa-mangsa banjir Kampung Geliga untuk mendengar tazkirah dan kemudiannya menerima bantuan yang disumbangkan oleh semua ahli-ahli PAS,”jelas Hanafiah.

Buletinonline dimaklumkan, majlis Tazkirah dan sumbangan bantuan tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Yusof Embong, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Pahang yang dipanggil khusus oleh pihak MTD.

Umno Mempolitikkan Kesusahan Rakyat


Alor Limbat, MARANG
- Seorang penduduk Kampung Kubang Durian disini mendakwa terkilan dan seolah-olah teraniya dengan bekas Ahli Parlimen Marang, Dato’ Abdul Rahman Bakar.

http://buletinonline.net/images/stories/berita16/yahyabantu.JPGMenurutnya Abdul Rahman berjanji akan memberikan bantuan memperbaiki rumahnya yang ditimpa pokok.(Gambar - Yahaya, paling kiri, turut membantu memaku atap rumah Puan Syarifah)

Puan Syarifah Sabarian Tuan Muda berkata pada 22 November lalu Dato’ Abdul Rahman Bakar datang dan menawarkan diri untuk menghulurkan bantuan.

Beliau merasa sukacita dengan pelawaan Abdul Rahman yang menyuruh beliau membeli barang-barang keperluan untuk memperbaiki kerosakkan dan kemudian menghantar resit pembelian kepadanya.

Setelah membeli kayu, atap dan papan dengan kos RM 4800, kata Puan Syarifah, beliau telah menyerahkan resit untuk tujuan tututan semula, berdasarkan janji Abdul Rahman.

Namun begitu, malangnya, Puan Syarifah berkata, Abdul Rahman hanya memberikan RM 1000 sahaja.

“Kejadian (pokok tumbang) ini berlaku pada jam 8.00 malam Sabtu, hari Ahad Dato’ Man (Abdul Rahman) Bakar datang dan janji untuk salur bantuan segera.

“Dia (Dato’ Man Bakar) janji baiki segala kerosakkan tetapi apabila jumlah bil. pembelian barangan (kayu, atap dan papan) berjumlah RM4800 bayaran hanya diberikan RM1000 sahaja,” jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.

Selain itu, beliau turut hampa kerana tidak ada tenaga kerja yang datang membantu sebagaimana dijanjikan oleh pihak Umno

”Nasib baik orang PAS datang, buat gotong-royong membersih dan baiki rumah dengan segera,” ujarnya dan menambah, beliau amat menghargai tindakan PAS yang cakna dan meringankan beban kesusahan rakyat.

Antara yang turun membantu Puan Syarifah adalah Yang Dipertuan PAS Marang, Yahaya Ali yang turut sama bergotong royong.

Beliau yang ditemui meluahkan kekesalan dan menyifatkan tindakan Umno mempolitikkan kesusahan yang dihadapi rakyat sebagai sesuatu yang ‘amat tidak wajar’.

“Orang dalam kesusahan pun pemimpin Umno-BN hendak main politik. Ini tidak sesuai dan amat tidak wajar,” ujarnya.

Katanya, MTD PAS Alor Limbat yang baru mengetahui kejadian tersebut segera menghulurkan bantuan RM1,000 serta menyumbangkan tenaga kerja bagi membaik pulih rumah Puan Syarifah.


Banjir Kilat Setiap Tahun Kerana Tiada ‘Longkang Tengkujuh’ (Monsoon Drain)


- Bukti (Kedua) Monsoon Cup Tidak Membawa Banyak Manfaat
KUALA TERENGGANU
– Beratus-ratus juta telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri menganjur ‘Monsoon Cup’,

http://buletinonline.net/images/stories/berita15/banjirdiceronglanjut.JPGsedang  ‘Bandaraya’ Kuala Terengganu ‘monsoon drain’ pun tak ada!

Itulah keluhan penduduk, warga Kuala Terengganu yang terpaksa bercekang mata dan tidak dapat tidur lena apabila musim monsun tiba, kerana bimbang air longkang akan melimpah.

”Tiap-tiap tahun ada (banjir kilat), kalau boleh kita minta buat longkang beri molek (jadi lebih baik), sebab ini bukan ‘banjir’, ini longkang punya air naik,”kata seorang warga emas, Wei Ah, 58, ketika ditemui Buletinonline.

Menurutnya, satu hari kelmarin, 1 Disember, berlaku dua kali air longkang melimpah dan membanjiri, hingga ke dalam rumahnya, sekali pada jam 6 petang dan kali kedua berlaku pada jam 10.30 malam.

http://buletinonline.net/images/stories/berita15/WeAhtimbaair.JPG“Hari ini dah dua kali, (tahun ini) dalam dua tiga bulan ini sudah lima kali, susah kita (jadinya),”keluhnya, yang sedang menimba air keluar, dari ruang tamu rumahnya (Gambar kanan)

Seorang lagi penduduk Taman Perumahan Cerong lanjut, Beow Tin, 60, berkata, penduduk dipersekitaran itu telah menderita selama 35 tahun.

Beliau sendiri pernah menulis surat kepada bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, memohon supaya dibina ‘Longkang Monsun’ (Monsoon Drain) bagi menyelesaikan masalah dilanda banjir kilat setiap kali tiba musim tengkujuh.

”Sudah 35 tahun, mula-mula sekali saya buat (tulis) surat kepada (Tan Sri) Wan Mokhtar

(Menteri Besar) masa tu, sehingga sekarang tak selesai masalah,

”saya minta buat longkang besar sikit, ‘Monsoon Drain’ lah, ini kecil tak padang (cukup), air dari bukit, ni (jadi) slow (perlahan) pasal atas bukit ada projek (yang membawa lumpur),”jelasnya.

Menurutnya, projek pembangunan Puncak Panorama yang sedang dilaksanakan di atas Bukit Pak Apil ‘ada kaitan’ dan menyumbang kepada banjir kilat menjadi lebih teruk.

(Ketiadaan ‘Monsoon Drain’ sebagai satu infrastruktur penting Bandaraya Kuala Terengganu, adalah satu bukti yang jelas, menolak dakwaan bekas Exco Terengganu, Dato; Wan Hisham Wan Salleh, penganjuran ‘Monsoon Cup’ membawa banyak manfaat kepada rakyat)


Dato' Ku Akan Bawa Masalah Banjir Kilat Ke Dalam Sidang DUN


 - Sehingga masalah tersebut diselesaikan

KUALA TERENGGANU – Masalah banjir kilat yang berlaku di Taman Perumahan Cerong Lanjut berulang kali berlaku tanpa tindakan yang ‘konkrit’ oleh pihak kerajaan bagi menyelesaikannya.

http://buletinonline.net/images/stories/berita15/IMG_6639.JPGOleh itu PAS akan terus membawa suara dan penderitaan yang dialami rakyat sehingga masalah tersebut diselesaikan oleh pihak yang bertanggungjawab.

”Masalah ini telah berlaku pada tahun lalu, kerana ada pembangunan di atas Bukit Pak Apil, tanah bukit turun pada musim hujan, longkang yang ada tidak cukup membawa air keluar, apabila hujan lebat datang, ia terus masuk ke tempat (kawasan) rendah ini,

”dan memang ini masalah yang telah kita sebut pada kerajaan tahun lepas supaya diambil tindakan segera, tetapi tindakan masih tidak diambil  kecuali kita nampak ada tanda-tanda nak buat longkang, tapi tak buat juga lagi,”ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar.

Beliau yang ditemui, turun sendiri ke kawasan Perumahan terbabit ketika berlakunya banjir kilat pada malam 1 Disember lalu kesal kerana tindakan yang diambil terlalu lambat.

Akibatnya, kata beliau, apabila musim tengkujuh (monsoon) tiba penduduk di persekitaran tersebut terpaksa menanggung kesusahan apabila banjir kilat berlaku.

“Orang-orang disini terpaksa menanggung kesusasahan walaupun telah membuat benteng (dipintu) rumah, bila air masuk, tak boleh keluar, ini masalah yang selalu timbul,”jelasnya yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu.

Katanya, kerajaan sepatutnya prihatin tentang masalah yang menimpa penduduk di situ, kerana menurutnya, beliau selaku wakil rakyat telah membuat makluman awal, bahkan telah membawa perkara tersebut ke dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (Sidang DUN) yang lalu.

”kita sudah beritahu awal, kita sudah bawa kepada Sidang DUN (berkenaan) masalah penduduk disini, tetapi tindakan masih lambat juga”katanya kesal.

Justeru, beliau menggesa pihak kerajaan supaya menyegerakan pembangunan ‘Puncak Panorama’ diatas bukit Pak Apil kerana menurutnya, selagi ia tidak siap, ia akan terus menjadi masalah.

”Kita menggesa kerajaan supaya menyiapkan segera pembangunan di atas Bukit Pak Apil, kita jua minta supaya dibuat penahan tanah, supaya dapat menahan runtuhan tanah-tanah merah ke bawah,

”Dan kita minta supaya longkang dan sistem perparitan itu diperbaiki dan disegerakan pembinaanya, jangan tunggu tahun depan lagi pula,”tegasnya


Menurutnya, beliau akan bertanya lagi soalan berkenaan pembangunan di atas bukit Pak Apil dalam Sidang DUN pada 21 Disember akan datang.

”memang ada salah satu soalan yang saya kemukakan tentang pembangunan itu,”tambahnya


Tidak Pernah Berlaku Sejak 40 Tahun Lalu


Chukai, KEMAMAN
– Satu kejadian yang ‘agak aneh’, yang tidak pernah berlaku telah dialami oleh sebahagian besar penduduk di kampung Geliga, dekat sini sejak kelmarin.

http://buletinonline.net/images/stories/berita15/GELIGA%20NAIK%20AIR.jpgHujan lebat yang tidak berhenti-henti pada hari Jumaat lepas menyebabkan air bertakung dan meneggelamkan hampir keseluruhan kampung tersebut.

Seorang penduduk warga emas, Mat Min, 72, yang lebih dikenali sebagai Pok Mi berkata sejak beliau tinggal di situ belum pernah dilanda kejadian ‘banjir kilat’ seumpama itu.

”Sudah 40 tahun saya tinggal dikampung ini, tidak pernah air naik, tidak pernah banjir, baru ini lah terjadi begini,”katanya ketika di temui wartawan Buletinonline.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Hj Hanafiah Mat, menyifatkan banjir yang melanda kampung terbabit adalah sesuatu yang ‘serius’ yang perlu diambil perhatian oleh pihak berkuasa.

Menurutnya, sepanjang pengetahuan beliau, kampung Geliga adalah kawasan yang agak tinggi dan tidak mudah dinaiki air.

http://buletinonline.net/images/stories/berita15/Picture1.jpgBeliau yang ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada beberapa penduduk berkata, kejadian itu berlaku mungkin kerana tanah di kawasan tersebut tidak lagi dapat menyerap air hujan.

”Selepas hujan pada gelombang pertama dan kedua musim tengkujuh, hujan sangat lebat baru-baru ini, tanah kawasan tersebut mungkin tidak menyerap air lagi, menyebabkan air bertakung,”jelasnya.

Oleh itu, beliau menggesa pihak-pihak berkenaan termasuk Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat kajian terperinci tentang kejadian itu dan mengambil tindakan perlu supaya ia tidak berulang.

”Saya mencadangkan supaya dibina longkang bawah tanah, yang tertutup namun dapat menyerap air hujan, sekiranya turun berlebihan,

”kita (kerajaan PAS) pernah membuat longkang bawah tanah dihadapan sebuah pusat beli belah ditengah-tengah Bandar Chukai, untuk mengelakkan banjir, hasilnya, banjir kilat tidak berulang,”ujar beliau yang juga bekas Ahli majlis Perbandaran Kemaman.

Beliau berkata, pihaknya sedia bekerjasama bagi menjayakan apa-apa cadangan kerajaan supaya para penduduk dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa.

09 Disember 2009

Merakyatkan Pembangunan Konon !


KT Central ‘Terminal Termoden’ dan Mini Putrajaya; Bakal Dibina Atas Penderitaan Rakyat


- Penduduk Tuntut Janji Menteri Besar

KUALA TERENGGANU – Pembangunan KT Central, sebuah terminal pengangkutan awam

http://buletinonline.net/images/stories/berita15/pembangunanBktBesar1.jpg
yang didakwa ‘termoden’ akan dibina di kawasan Bukit Besar di sini tahun depan.

Pada 10 November lalu, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said menyatakan, terminal berpusat yang akan dibina itu, bakal menempatkan stesen bas dan teksi yang dilengkapi pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjungnya.

Sehubungan itu, seorang penduduk Kampung Pak Bang yang terletak di kawasan terbabit mendakwa, kerajaan tidak mendedahkan sebenarnya KT Central merupakan satu komponen dari keseluruhan projek pembangunan Bukit Besar.
Ia adalah kerana katanya, pembangunan yang di panggil sebagai ‘mini Putrajaya’ tersebut bakal mengorbankan tanah-tanah yang dimiliki penduduk di kawasan berkenaan.

Beliau yang tidak mahu dikenali, melahirkan rasa sedih dan terkilan atas tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

”Kami, penduduk Kampung Pak Bang sangat terkilan kerana kampung kami  terlibat dengan projek miniputrajaya yang akan menggunakan tanah seluruh penduduk,

”hal ini menyebabkan kami terpaksa mencari tanah baru untuk kediaman kami,”katanya ketika menghubungi Buletinonline.

Menurutnya, projek Pembangunan Bukit Besar melibatkan kampungnya serta kampung sekitar yang terletak lebih kurang setengah kilometer dari Pasar Besar Mydin dan Giant, di belakang Bukit Besar.

Beliau yang mewakili penduduk terbabit, turut meluahkan perasaan tidak puas hati dengan cara kerajaan negeri menangani urusan pengambilan tanah.

”Disebabkan pengambilan tersebut, kami tidak berpuas hati kerana tanah kami tidak boleh bertukar syarat daripada tanah pertanian kepada tanah pembangunan bagi tempoh yang lama,


”selain itu, tanah kami  dinilai dengan harga RM6 sekaki iaitu (nilaian tanah pada) 20 tahun yang lalu,” tambahnya yang mempersoalkan, harga tersebut terlalu murah kerana Kuala Terengganu kini ‘berstatus’ sebuah bandaraya.

http://buletinonline.net/images/stories/berita15/pembangunanBktBesar2.jpg
Katanya, dengan harga tanah yang begitu murah, beliau dan para penduduk terbabit tidak mampu untuk membeli tanah-tanah tapak rumah (tanah lot) lain di sekitar bandaraya ini.

Beliau menggesa supaya Ahmad Said selaku Menteri Besar dapat mengotakan janjinya sebagaimana yang telah dipersetujui dalam satu majlis dialog yang diadakan bersama dengan pihak Jabatan Perancang Bandar dan Desa.

”Ahmad Said perlu ‘amanah’ dengan janji untuk menggantikan tanah-tanah kami sewaktu berdailog dengan penduduk kampung tahun lepas,

”pihak Jabatan Perancang Bandar dan Desa menjadi saksi, jangan hanya ‘omong kosong’ sahaja,”jelasnya.

Kini, katanya, penduduk bertambah bimbang kerana ada diantara mereka yang sudah terlibat dengan kerja-kerja pengambilan tanah berkenaan.

Namun begitu, beliau berkata, masih tidak ada ‘tanda-tanda’ yang menunjukkan tindakan pihak berkuasa untuk memberi ganti tanah mereka yang akan di’rampas’.

Justeru, katanya, penduduk kampung sedia keluar ke ‘jalanraya’ untuk meluahkan perasaan dan berdemonstrasi sekiranya tiada sebarang tindakan yang diambil.

”Kami berasa teraniaya, mana kata-kata”RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”, jikalau tiada sebarang tindakan dibuat, kami akan membuat demonstrasi untuk menuntut hak kami!,”tegasnya


Bangunan Cantik Jutaan Ringgit Menjadi Tempat Lepak Kambing!


Pulau Duyong, KUALA TERENGGANU
– Para penduduk di sini terutamanya golongan muda menggesa pihak-pihak yang berkenaan mengambil tindakan perlu terhadap sebuah bangunan ‘indah’ yang kini terbiar.
http://buletinonline.net/images/stories/berita15/akademipelayaran1.jpgBangunan tersebut yang telah siap dibina pada tahun lalu, dianggarkan menelan belanja jutaan ringgit, kini hanya menjadi tempat lepak ‘kambing-kambing’ yang berkeliaran di pulau itu.
Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Muzafiq Affyulzaifuzan berkata Pengarah Piala Monsun, Dato’ Wan Hisham Wan Salleh selaku bekas Exco berkaitan, perlu memberikan penjelasan.

”apakah tujuan pembinaan bangunan tersebut ? dan mengapakah ia dibiarkan begitu sahaja ? Selepas dibina dengan begitu molek dan habis wang jutaan ringgit,

”Wan Hisham perlu jelaskan, selaku bekas Exco Infrastruktur dan Pengarah Piala Monsun,”katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, pada 5 Disember, 2007, Wan Hisham selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi negeri, mengeluarkan satu kenyataan yang berkaitan dengan bangunan terbabit.


http://buletinonline.net/images/stories/berita15/CRIM0023.JPGKatanya, bangunan itu di katakan akan menjadi pusat ‘Akademi Pelayaran’ sebagaimana yang pernah digembar-gemburkan.

Beliau yang juga penduduk tempatan merasa dukacita dan menganggap ia satu pembaziran yang nyata yang dilakukan oleh karajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Rakannya, Saado Mohd Nor, yang juga penduduk kampung tersebut, turut berkongsi pendapat yang sama.

Saado, seorang pekerja swasta berkata, ketika pembinaan tersebut dibuat, para penduduk kampung khususnya golongan nelayan mengalami pelbagai kesusahan.

”Asalnya,tapak bangunan itu, adalah jeti nelayan dan pengkalan kepada bot-bot serta penambang,

”mereka (nelayan) dihambat oleh pemaju, yang tidak membenarkan bot-bot ditambat dikawasan itu,”jelasnya.

http://buletinonline.net/images/stories/berita15/akademipelayaran2.jpgMenurutnya, sehingga kini tidak ada jeti baru yang dibina oleh pihak kerajaan untuk kemudahan nelayan bagi menggantikan kawasan yang telah dibina bangunan tersebut.

Justeru itu, beliau berkata, tindakan pihak berkenaan mendirikan bangunan itu hanyalah untuk menyusahkan penduduk Pulau Duyong, sekiranya tiada penjelasan yang diberikan.

Tinjauan Buletinonline berhubung ‘bangunan terbiar’ itu telah mendapati jawapan yang berbeza-beza diberikan oleh penduduk sekitar.

Ada diantara mereka yang memaklumkan, bangunan tersebut terbiar kerana Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said enggan memberikan kelulusan dan menandatangani tuntutan perbelajaan oleh pihak pemaju.

”Ia ada kaitan dengan perbalahan antara kumpulan Menteri Besar sekarang, dengan bekas Menteri Besar,”kata seorang penduduk



Tidak Pernah Berlaku Sejak 40 Tahun Lalu


Chukai, KEMAMAN
– Satu kejadian yang ‘agak aneh’, yang tidak pernah berlaku telah dialami oleh sebahagian besar penduduk di kampung Geliga, dekat sini sejak kelmarin.

http://buletinonline.net/images/stories/berita15/GELIGA%20NAIK%20AIR.jpgHujan lebat yang tidak berhenti-henti pada hari Jumaat lepas menyebabkan air bertakung dan meneggelamkan hampir keseluruhan kampung tersebut.

Seorang penduduk warga emas, Mat Min, 72, yang lebih dikenali sebagai Pok Mi berkata sejak beliau tinggal di situ belum pernah dilanda kejadian ‘banjir kilat’ seumpama itu.

”Sudah 40 tahun saya tinggal dikampung ini, tidak pernah air naik, tidak pernah banjir, baru ini lah terjadi begini,”katanya ketika di temui wartawan Buletinonline.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Hj Hanafiah Mat, menyifatkan banjir yang melanda kampung terbabit adalah sesuatu yang ‘serius’ yang perlu diambil perhatian oleh pihak berkuasa.

Menurutnya, sepanjang pengetahuan beliau, kampung Geliga adalah kawasan yang agak tinggi dan tidak mudah dinaiki air.

http://buletinonline.net/images/stories/berita15/Picture1.jpgBeliau yang ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada beberapa penduduk berkata, kejadian itu berlaku mungkin kerana tanah di kawasan tersebut tidak lagi dapat menyerap air hujan.

”Selepas hujan pada gelombang pertama dan kedua musim tengkujuh, hujan sangat lebat baru-baru ini, tanah kawasan tersebut mungkin tidak menyerap air lagi, menyebabkan air bertakung,”jelasnya.

Oleh itu, beliau menggesa pihak-pihak berkenaan termasuk Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat kajian terperinci tentang kejadian itu dan mengambil tindakan perlu supaya ia tidak berulang.

”Saya mencadangkan supaya dibina longkang bawah tanah, yang tertutup namun dapat menyerap air hujan, sekiranya turun berlebihan,

”kita (kerajaan PAS) pernah membuat longkang bawah tanah dihadapan sebuah pusat beli belah ditengah-tengah Bandar Chukai, untuk mengelakkan banjir, hasilnya, banjir kilat tidak berulang,”ujar beliau yang juga bekas Ahli majlis Perbandaran Kemaman.

Beliau berkata, pihaknya sedia bekerjasama bagi menjayakan apa-apa cadangan kerajaan supaya para penduduk dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa.

.



04 Disember 2009

Konsert Piala Monsun Dilanda Ribut Monsun

KUALA TERENGGANU – Konsert Piala Monsun yang diadakan di Dataran Shahbandar disini semalam 1 Disember, dihentikan kerana dipukul ‘ribut monsun’ musim tengkujuh.
 Konsert yang tidak mendapat sambutan, anjuran bersama kerajaan negeri dengan majalah URTV cuba diteruskan walaupun hujan ‘gelombang ketiga musim tengkujuh’ turun tanpa henti sejak kelmarin.

Dengan kehadiran tidak lebih 200 orang dan dimulakan agak lewat, konsert yang akan memperkenalkan 12 peserta kejohanan perahu layar itu dihentikan setelah keadaan cuaca tidak dapat dikawal.

Hujan mula turun kira-kira jam 10 malam disertai angin yang bertiup kuat, namun penyanyi yang beraksi ketika itu berkata ‘kita berdoa supaya hujan akan berhenti’ dan kalau hujan ‘kita akan basah bersama’.

Sebaliknya, hujan turun semakin lebat dan angin semakin kuat, menyebabkan penonton  ‘bersegera’ meninggalkan lokasi.

Pada jam 10.35 malam, pengumuman dibuat menyatakan konsert terpaksa dihentikan kerana sebab-sebab keselamatan.

Berikutan hujan lebat turun selama 30 minit, kawasan sekitar Dataran Shahbandar telah bertukar ‘menjadi kolam’


http://buletinonline.net/images/stories/berita15/konsertmcupdilandaribut10.JPG

http://buletinonline.net/images/stories/berita15/konsertmcupdilandaribut9.JPG

http://buletinonline.net/images/stories/berita15/konsertmcupdilandaribut3.JPG
















http://buletinonline.net/images/stories/berita15/konsertmcupdilandaribut7.JPG















http://buletinonline.net/images/stories/berita15/konsertmcupdilandaribut6.JPG

Banjir Kilat Setiap Tahun Kerana Tiada ‘Longkang Tengkujuh’ (Monsoon Drain)


- Bukti (Kedua) Monsoon Cup Tidak Membawa Banyak Manfaat

KUALA TERENGGANU
– Beratus-ratus juta telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri menganjur ‘Monsoon Cup’,

http://buletinonline.net/images/stories/berita15/banjirdiceronglanjut.JPGsedang  ‘Bandaraya’ Kuala Terengganu ‘monsoon drain’ pun tak ada!

Itulah keluhan penduduk, warga Kuala Terengganu yang terpaksa bercekang mata dan tidak dapat tidur lena apabila musim monsun tiba, kerana bimbang air longkang akan melimpah.


”Tiap-tiap tahun ada (banjir kilat), kalau boleh kita minta buat longkang beri molek (jadi lebih baik), sebab ini bukan ‘banjir’, ini longkang punya air naik,”kata seorang warga emas, Wei Ah, 58, ketika ditemui Buletinonline.


Menurutnya, satu hari kelmarin, 1 Disember, berlaku dua kali air longkang melimpah dan membanjiri, hingga ke dalam rumahnya, sekali pada jam 6 petang dan kali kedua berlaku pada jam 10.30 malam.


http://buletinonline.net/images/stories/berita15/WeAhtimbaair.JPG“Hari ini dah dua kali, (tahun ini) dalam dua tiga bulan ini sudah lima kali, susah kita (jadinya),”keluhnya, yang sedang menimba air keluar, dari ruang tamu rumahnya (Gambar kanan)

Seorang lagi penduduk Taman Perumahan Cerong lanjut, Beow Tin, 60, berkata, penduduk dipersekitaran itu telah menderita selama 35 tahun.

Beliau sendiri pernah menulis surat kepada bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, memohon supaya dibina ‘Longkang Monsun’ (Monsoon Drain) bagi menyelesaikan masalah dilanda banjir kilat setiap kali tiba musim tengkujuh.

”Sudah 35 tahun, mula-mula sekali saya buat (tulis) surat kepada (Tan Sri) Wan Mokhtar

(Menteri Besar) masa tu, sehingga sekarang tak selesai masalah,

”saya minta buat longkang besar sikit, ‘Monsoon Drain’ lah, ini kecil tak padang (cukup), air dari bukit, ni (jadi) slow (perlahan) pasal atas bukit ada projek (yang membawa lumpur),”jelasnya.

Menurutnya, projek pembangunan Puncak Panorama yang sedang dilaksanakan di atas Bukit Pak Apil ‘ada kaitan’ dan menyumbang kepada banjir kilat menjadi lebih teruk.

(Ketiadaan ‘Monsoon Drain’ sebagai satu infrastruktur penting Bandaraya Kuala Terengganu, adalah satu bukti yang jelas, menolak dakwaan bekas Exco Terengganu, Dato; Wan Hisham Wan Salleh, penganjuran ‘Monsoon Cup’ membawa banyak manfaat kepada rakyat)

Bukti(1) Monsoon Cup Membazir, Kurang Memberikan Manfaat Kepada Rakyat Terengganu

 
KUALA TERENGGANU – Tidak dinafikan penganjuran Monsoon Cup memang ada manfaat, namun dengan ratusan juta yang dibelanjakan, manfaat yang diperolehi rakyat adalah terlalu sedikit,
malah ada golongan yang langsung tidak mendapat apa-apa manfaat.

Sebagai contohnya, golongan nelayan, langsung tidak mendapat apa-apa manfaat dari sukan perahu layar itu, sedangkan disebut-sebut dan ditulis secara fakta, idea menganjurkannya berkait rapat dengan nelayan.

Bekas Pengerusi T-Best Events, penganjur Monsoon Cup, Dato’ Wan Hisham Wan Salleh cuba mengelirukan rakyat Terengganu dengan apa yang diperolehi dari penganjuran Monsoon Cup.

Beliau menyebut, 'kejayaan' yang dimaksudkan sukar diterjemah dalam bentuk data atau statistik, tidak dinafikan sejak ia dimulakan pada 2004, pelbagai sektor di negeri Terengganu menerima manfaatnya sama ada secara langsung atau tidak.

Rakyat Terengganu tentu faham, sekiranya tidak dapat diukur dan dibuktikan, kejayaan yang dimaksudkan itu ‘hampir-hampir tidak ada’, kerana sekiranya ia ada, pasti dapat dibuktikan.

Sehubungan itu, krew Buletinonline akan membuktikan bahawa Monsoon Cup tidak membawa manfaat yang banyak kepada rakyat, sepanjang penganjuran tahun ini (2009).

Tinjauan ke tapak Karnival Monsoon di Dataran Shahbandar semalam menyimpulkan, tidak ramai dari golongan peniaga Terengganu yang menjalankan perniagaan.

Rata-rata peniaga, adalah datang dari luar, berdasarkan lori dan van serta temubual dengan para peniaga berkenaan.

Lihat gambar-gambar dibawa
h;.

http://buletinonline.net/images/stories/berita15/MCup1%20001.jpg
http://buletinonline.net/images/stories/berita15/MCup1%20002.jpg
http://buletinonline.net/images/stories/berita15/MCup1%20006.jpg
http://buletinonline.net/images/stories/berita15/MCup1%20007.jpg
http://buletinonline.net/images/stories/berita15/MCup1%20008.jpg
http://buletinonline.net/images/stories/berita15/MCup1%20009.jpg
http://buletinonline.net/images/stories/berita15/MCup1%20010.jpg
http://buletinonline.net/images/stories/berita15/MCup1%20011.jpg

 

Negeri Kedua Termiskin Menawarkan Hadiah Paling Lumayan Di Dunia !


KUALA TERENGGANU – Terengganu, negeri yang kedua termiskin di Malaysia, selepas Sabah, menawarkan hadiah yang paling lumayan dalam edisi kelima Kejohanan Lumba Perahu Layar Piala Monsun.

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/mcupmembazir.jpgSukan yang penuh kontroversi dan misteri itu akan berlangsung di Pulau Duyong di sini dari 1-6 Disember, menawarkan hadiah wang tertinggi dalam semua kejohanan dan sukan pelayaran di seluruh dunia dengan jumlah RM1. 57 juta (USD454, 000).

Peningkatan hadiah wang tunai tersebut dilaporkan kerana komitmen penaja utama dan kerajaan negeri Terengganu.

Pemenang kejohanan tersebut akan meraih RM360, 000 (USD104, 000) sementara pasukan yang terditempatkan terkcorot juga (tempat ke 12) masih boleh menerima RM50, 000 (USD14, 400).

Sementara itu, Pengarah Piala Monsun, Datuk Wan Hisham Wan Salleh berkata matlamat tersirat penganjuran piala monsoon tercapai.

Beliau dilaporkan berkata, walaupun 'kejayaan' yang dimaksudkan sukar diterjemah dalam bentuk data atau statistik, sejak ia dimulakan pada 2004, pelbagai sektor di negeri pantai timur itu menerima manfaatnya sama ada secara langsung atau tidak.

01 Disember 2009

Eidul Adha 1430H, Hari Haji Akbar

MARANG – Hari raya Eidul Adha pada tahun ini yang jatuh pada hari Jumaat di panggil sebagai Haji Akbar, kerana hari wukuf di Arafah dan hari ‘nahar’ atau hari ke 10 Zulhijjah jatuh pada hari Jumaat.

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/tokgurukorban.JPGDemikian dinyatakan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dalam mukaddimah khutbah Eidul Adhanya, di masjid Rusila hari ini.

Katanya, hari haji akbar penting kerana pada hari tersebut Allah mengisytiharkan berlepas diri dari orang-orang musyrikin sebagaimana dinyatakan dalam surah atTaubah, ayat ke sembilan.


Beliau turut mengingatkan seluruh umat Islam bahawa perbuatan syirik itu bukan hanya menyembah patung dan berhala, tetapi seseorang Islam menjadi syirik apabila mengadakan undang-undang yang lain daripada undang-undang Allah dan mempercayai kepada undang-undang tersebut.

”Termasuklah syirik itu, mengadakan undang-undang yang lain daripada undang-undang Allah, dan percaya kepada undang-undang itu,

”mengadakan peraturan lain daripada peraturan (yang telah ditetapkan oleh) Allah dan menerima peraturan itu,”jelasnya.

Menurutnya, Allah telah menetapkan undang-undang (syariat) ke atas manusia yang berkait dengan ibadat, makan minum,  pakaian dan pergaulan.

Begitu juga, katanya, Allah menetapkan undang-undang yang berkaitan dengan politik, ekonomi dan pemerintahan negara.

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/drazmankorban.jpgSebaik selesai menunaikan solat sunat Edul Adha, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang telah bertemu dan beramah mesra dengan jamaah yang hadir.

Ustaz Abdul Hadi turut menunaikan ibadah korban dengan menyembelih tiga ekor lembu (gambar atas) di perkarangan Masjid, dan diagih-agihkan dagingnya kepada orang ramai.

Sementara itu, di Masjid Tahfiz Tok Jiring, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Abu Bakar menyampaikan khutbah dan mendirikan solat sunat Eidul Adha dan menyembelih dua ekor binatang korban.

Manakala di DUN Jabi, Setiu, Ketua Penerangan PAS Kawasan, Dr Azman Ibrahim meraikan Eidul Adha bersama-sama masyarakat di Kampung Bukit Tanah.

Beliau turut bersama-sama bergotong-royong melaksanakan ibadah korban bersama PAS Cawangan berkenaan (gambar kanan - berbaju biru).


Korban MTD Chukai; Merapatkan Silaturrahim, Membantu Yang Kurang Bernasib Baik


KEMAMAN – Program korban sempena sambutan Eidul Adha Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai bukan sahaja membantu mereka yang kurang bernasib baik,

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/hanafiah%20bagi%20daging.jpg malah menjadi ‘jambatan’ merapatkan ukhuwah dan silaturrahim di kalangan warganya.

Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata (gambar - paling kiri, sedang memberikan daging korban kepada seorang penduduk), sebanyak 62 ekor lembu telah dikorbankan oleh 19 cawangan, sehingga petang semalam.

Menurutnya, daging korban seberat antara 500 hingga 800 gram telah diagih-agihkan kepada lebih 700 orang penduduk.

”Korban semua sekali adalah 62 ekor lembu, kesemua cawangan kecuali 3 sahaja yang tidak berpeluang untuk melaksanakan korban pada tahun ini,”katanya ketka dihubungi Buletinonline semalam.

Beliau berkata, program yang bermula pada hari raya pertama itu telah dapat merapatkan silaturrahim dikalangan penduduk, tanpa mengira fahaman politik dan latarbelakang ‘kepartian’.

”Sebagai contoh, program di kampong Geliga dan Kuala Kemaman, daging korban di hantar kesetiap rumah, dan AlhamuduliLlah, orang ramai menerimanya dengan baik,”ujarnya.

Menurut maklumbalas yang beliau terima dari para petugas, katanya, walaupun ada kedengaran pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) melaksanakan korban dibeberapa tempat, namun tidak ada agihan daging yang dibuat.

Justeru, beliau berharap, sikap bantu membantu dan silaturrahim yang terjalin dapat diteruskan, agar mereka yang kurang bernasib baik terbela dan tidak ‘terlepas dari pandangan’.


Korban DUN Sura Melebihi Parlimen Dungun


DUNGUN - Cuaca yang baik bermula Khamis lalu, memberi peluang kepada sebahagian besar umat Islam untuk menyempurnakan ibadah qurban sempena Eidil Adha pada tahun ini.

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/korbanwhassan1.jpgSebanyak lebih 60 ekor lembu di DUN Sura telah disembelih dan dikorbankan sempena Eidul adha sepanjang hari raya pertama dan kedua baru-baru ini, melebihi dari jumlah Parlimen Dungun sebagaimana dilaporkan akhbar perdana.

Menurut Laman Blog N27 DUN Sura, Majlis Tindakan DUN Sura telah mengambil inisiatif menyelaras qaedah agihan daging qurban bermula sejak tahun lalu.

Sementara itu sebanyak 365 kampit beras yang disumbangkan melalui YB ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli turut diagihkan kepada faqir miskin di seluruh cawangan dalam DUN Sura.

Setiap mereka juga penerima agihan daging qurban yang diserahkan melalui PAS Cawangan ke setiap rumah yang telah dikenalpasti.

Setiap PAS Cawangan mengenalpasti seramai sekurang-kurangnya 25 hingga 30 orang faqir miskin sebagai penerima sumbangan ini.

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...