26 Mac 2013

Teka-teki Mengapa Polis, Bukan Tentera Berdepan 'Penceroboh Sulu' Terjawab!

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Kerabat Terengganu, Kapt. (B) Zulkifli Muda mendedahkan, dalam taktik peperangan gerila pihak yang bertahan mempunyai kekuatan lebih dari pihak yang menyerang dan mana-mana pihak tidak akan berani mengisytiharkan perang kalau ia tidak mempunyai kelengkapan yang cukup.

"kalau nak serang sesuatu negara takkan (hanya dengan) 200 orang, (untuk menerang) satu kompeni (yang) kekuatan (mengandungi) 360 orang, memerlukan satu brigade (mempunyai kekuatan) 12,000 (tentera)........yang bertahan lebih kuat kerana mereka boleh menggali kubu, mereka boleh memasang perangkap, meyiapkan bekalan makanan dan sebagainya,

"(tidak mungkin) dengan 200 orang mahu menyerang (tentera) satu Malaysia,"ujarnya ketika mengulas serangan yang dilakukan oleh pihak yang menggelar diri mereka sebagai 'Tentera Diraja Sulu' yang didakwa menyerang Sabah.

25 Mac 2013

Perusuh Mengamuk Di tiga Lagi Bandar di Myanmar

MEIKHTILA (Myanmar): Kumpulan perusuh anti-Muslim mengamuk di tiga lagi bandar kawasan tengah negara majoriti penganut agama Buddha ini hujung minggu lalu dan memusnahkan masjid serta membakar berpuluh rumah.

Kejadian itu berlaku walaupun terdapat usaha pemerintah cuba menghentikan keganasan terbaru antara kaum di negara itu.

Presiden Myanmar, Encik Thein Sein, telah mengumumkan perintah darurat di tengah Myanmar Jumaat lalu dan mengerahkan askaraskar ke bandar Meikhtila, yang paling teruk terjejas, dengan 32 orang terbunuh dan 10,000 penduduk Muslim kehilangan tempat tinggal.

Tabung Rakyat Prihatin

1. Alhamdulillah, pagi ini berkesempatan menziarahi keluarga al marhum Koperal Ahmad Hurairah bin Ismail di kediaman mereka Bayu Lalang Rantau Panjang. Al Marhum yang bertugas di Kem Kukusan Tawau Sabah adalah berusia 24 tahun merupakan salah seorang wira yang gugur dalam pertempuran di Lahad Datu.

2.  Jam 12.00 tengahari, rombongan kami yang turut disertai oleh Timbalan Ketua DPPM Ustaz Nik Mohd Abduh ke Kubang Ikan Besut Terengganu menziarahi keluarga al Marhum ASP Zulkifli bin Mamat yang juga gugur di Lahad Datu. [Gambar]

3. Sempena Hari Polis ke 206 ini, DPPM  juga menunaikan amanah orang ramai melalui Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu menyalurkan bantuan kepada keluarga wira negara ini semoga ruh al marhum para wira negara ini dikurniakan pahala syahid di sisi Allah swt.

4. Insyaallah DPM akan terus bertemu dengan keluarga semua wira negara yang gugur di Lahad Datu tempohari untuk menyampaikan sumbangan orang ramai. DPPM mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang sudi menyumbang. Semoga Allah memberkati harta dan hidup anda semua.

Mendermalah ke Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu :

"Tabung Rakyat Prihatin"
5460  2540 0414
Maybank Islamic

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPM

Dedah Identiti Kumpulan Rancang Huru Hara Pilihanraya

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah mengesan usaha yang dirancang pihak tertentu untuk menimbulkan kekecohan di tempat mengundi di dalam pilihanraya umum ke 13. Menurut nota yang diterima oleh Tan Sri Abdul Aziz, kumpulan terbabit merancang supaya petugas mahupun pengundi persoalkan status kertas undi dan mendesak diberi kertas undi lain dan jika tidak dilayan, petugas atau pengundi tersebut akan menjerit di tempat mengundi untuk tarik perhatian ramai dan media. Tambahan pula, kumpulan tersebut turut menghasut pengundi dengan mendakwa dakwat kekal yang akan digunakan sebagai tidak halal.

Nota yang diterima oleh Tan Sri Abdul Aziz agak pelik dan belum pernah diketahui sumbernya. Pastinya ia bukan dari Pakatan Rakyat kerana PR tidak pernah merancang tindakan sedemikian. Bagi PR, mempersoalkan status halal dakwat kekal bukan menjadi isu sekarang ini kerana PR sendiri mahukan dakwat kekal digunakan. PR juga akur dengan pandangan ulama’ bahawa penggunaan dakwat kekal dibenarkan syarak.  Jika bukan PR, dari mana sumbernya dan dari kumpulan mana mereka ini?

Apakah kumpulan tersebut merancang supaya pilihan raya umum ke 13 menjadi kecoh, supaya dengan itu proses pilihan raya umum ke 13 tergendala dan akan mengakibatkan kesan kepada keputusan pilihan raya? Benarkah dakwaan tersebut atau suatu alasan perlu direka supaya rakyat jangan membantah apa sahaja proses pilihanraya yang dijalankan, termasuk jika ada kertas undi yang meragukan ataupun daftar pemilih yang mencurigakan?

Jika begitulah modus operandi kumpulan tersebut, Tan Sri Abdul Aziz perlu mendedahkan siapa pihak tersebut segera supaya mereka tidak berani melakukannya. Ia juga akan mengesahkan identiti mereka supaya diketahui umum sebelum mereka benar-benar bertindak. Ia juga dapat memastikan perancangan kumpulan terbabit dapat dipatahkan lebih awal, agar kekecohan semasa hari pengundian kelak tidak berlaku.

Apa yang diharapkan, SPR dapat menjalankan sistem pilihanraya di negara ini dengan penuh kelancaran tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Proses pilihan raya perlu dijalankan dengan penuh tertib, adab dan semua rakyat perlu menghormatinya. SPR pula menjalankan sistem pilihan raya ini dengan penuh amanah, bersih dan telus tanpa ada sebarang usaha manipulasi atau penipuan. Jika demikian, baharulah sistem pilihan raya negara ini dihormati dan disertai oleh semua pihak dengan hati yang terbuka.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Gelombang Biru 'direka' Mengaburi Mata rakyat

KUALA TERENGGANU: Program 'Gelombang Biru' yang mula diperkenalkan Umno dan Barisan Nasional semasa zaman pemerintahan kerajaan PAS di negeri Terengganu, bukanlah kebangkitan sebenar rakyat.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar), program tersebut sengaja di reka Umno-BN kerana mahu mengaburi mata rakyat daripada 'kerja kotor' memanupulasi daftar pemilih dan mendaftarkan 'pengundi hantu' dari negeri Selangor.

"Dia ambil orang-orang (Umno) Selangor puluh-puluh ribu, dia bawa mari daftar di Terengganu, naik daftar (undi) Terengganu berlipat kali ganda, bila mari pilihan raya tahun 2004.

"Dia mari mengundi di Terengganu, waktu petang balik mengundi di Selangor, SPR khusus untuk Selangor sahaja sambung waktu mengundi sampai pukul tujuh (malam).

"Kerana tu Umno menang di Terengganu, bukan sebab anak Terengganu yang lahir di Terengganu nak tukar kerajaan, (ketika itu) dia start (mula program gelombang biru, konon-kononnya orang (ramai) masuk Umno,"jelas Datuk Husam.

Beliau berkata, program gelombang biru tersebut dibuat supaya kelihatan di seluruh negara bahawa orang-orang Terengganu mahu berubah, pada hal ia tidak berlaku sedemikian.

Datuk Husam berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Hulu Besut baru-baru ini, bagi meraikan seramai 31 orang ahli dan aktivis Umno keluar dari parti itu dan menyerahkan borang permohonan seumur hidup menjad ahli PAS.

Menurutnya, takdir Allah SWT, Idris Jusoh yang menjadi 'dalang' penipuan tersebut telah menerima nasib buruk, dan tidak dilantik Menjadi Menteri Besar walaupun Umno-BN menang pada tahun 2008.
[Gambar - Idris walaupun menafikan, namun kelihatan amat sedih ketika Ahmad said dilantik Menteri Besar selepas PRU-12 tahun 2008]

Cadangan Bajet Malaysia 2018