31 Ogos 2010

Rempit "Merdeka"!

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/Rempitmerdeka%20095a.jpgKUALA TERENGGANU - Beratus-ratus anak-anak muda yang menunggang dan membonceng motosikal menakluki persimpangan Semarak Jalan Sultan Mizan disini, yang  dijadikan gelanggang, wadah mereka mengadakan sambutan 'Rempit Merdeka'

Mereka seolah-olah benar-benar merdeka! Apa tidaknya?

Segala undang-undang lalulintas dan peraturan jalanraya di abaikan,tidak dipedulikan.

Isu Rasis - Pemimpin Umno Cetus Keresahan Kaum

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita32/ng.jpgKUALA TERENGGANU - Kenyataan dan tindak tanduk pemimpin Umno yang menerajui kerajaan Barisan National (BN) negara ini menimbulkan keresahan dan rasa tidak puas hati dikalangan masyarakat Tionghua

Mereka berpandangan, pemimpin Umno-BN sering kali mengutarakan isu-isu 'rasis' yang sensitif berkait dengan keagamaan serta perkauman dari dulu hingga sekarang.

30 Ogos 2010

Teruskan Berdoa Untuk Kemenangan Islam

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/ceramahpalestin%20025.jpgMARANG - Bekas Imam masjid al-Aqsa, Dr. Muhammad Mahmud Siyam berkata Ramadhan adalah bulan yang diturunkan al-Quran, kemudiannya menjadi bulan 'Jihad' bagi menegakkan Islam diseluruh dunia.
Menurutnya, saudara-saudari umat Islam di Palestine, memikul tanggungjawab 'jihad' menentang kekejaman Israel LaknatuLlah yang menakluk Palestine, selain melaksanakan ibadah-ibadah lain di bulan Ramadhan yang mulia.
Beliau berkata demikian dalam ceramahnya di Masjid Rusila, disini, semalam, 29 Ogos.

Apabila ditanya apakah lagi bantuan yang dapat disumbangkan kepada umat Islam Palestin, Syeikh Mahmud berkata, teruskan berdoa untuk kemenangan Islam, kerana doa merupakan senjata orang-orang mukmin.

Percaya Kepada ‘Batu Penyu’; Kerajaan Khurafat

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/batupenyu.gifDUNGUN - PAS menyifatkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu mempercayai 'Batu Penyu' sebagai 'ibu semangat' yang menentukan kedatangan penyu ke Rantau Abang sebagai khurafat sekaligus membazirkan wang rakyat.

Oleh itu, tindakan Majlis Perbandaran Dungun (MPD) membelanjakan wang rakyat sebanyak RM390,000 bagi membaik-pulih bongkah Batu Penyu di Bukit Che Hawa adalah tidak wajar sama sekali.

29 Ogos 2010

Tazkirah Haram....... Judi Halal??

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita32/programRamadhan%205646.jpgKUALA NERUS - Sebahagian umat Islam bukan sahaja tidak memahami syariat Allah yang sempurna, bahkan menakut-nakutkan orang-orang bukan Islam kepada agama Allah SWT.

Sekiranya orang-orang bukan Islam bimbang terhadap hukum Islam, ia adalah kerana mereka tidak memahami perkara tersebut kerana mereka tidak pernah belajar tentang Islam.

Bantuan Anak Yatim Turut diPolitikkan

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/isteriadunwmemplam.JPGKUALA TERENGGANU – Bantuan kepada anak yatim dan fakir miskin mestilah diberikan kerana mereka adalah golongan yang wajib dibantu oleh pihak yang berkemampuan, terutamanya kerajaan yang memerintah.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Wakaf Mempelam, Radzali Abdul Ghani (Gambar bawah, berbaju hijau putih) meningatkan semua pihak, peranan menjaga anak-anak yatim sangat besar ganjaran di sisi Allah SWT.

28 Ogos 2010

Pendedahan Kebobrokan Program E-Book

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/topitfront.jpgdan Kerosakan Kilangnya Di Sembunyikan Media Perdana
KUALA TERENGGANU
- Pendedahan yang dbuat oleh ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi begitu jelas dan nyata beserta dengan bukti berdasarkan laporan Jabatan Audit Cawangan Terengganu.

Selain itu, Dr. Syed  bersama Setiausaha Pemuda Wan Ahmad Faizul serta Pengarah Penerangan PAS Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, telah memanggil pihak media ke lokasi, iaitu ptemis kilang Top IT Industries untuk menyaksikan sendiri kerosakan dan keretakan yang kekal, sebagaimana dilaporkan oleh Buletinonline;

Penyelewengan E-Book; Tiada Pemasangan Komputer

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita31/topitfront.jpg- Top IT hanya memasang program (software) sahaja
KUALA TERENGGANU
- Apa yang didakwa Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said berkenaan pengeluaran komputer bagi program E-Book dan perlaksanaan program tersebut adalah tidak benar dan jauh kenyataan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, sebanyak RM24,980,000 telah diperuntukkan kepada Top IT Industries Sdn Bhd

26 Ogos 2010

Kilang Pengeluar E-Book 'Bakal Runtuh'?

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/P1170741.JPG- Kerajaan Diminta Lindungi Keselamatan Nyawa Pekerja
KUALA TERENGGANU
- Kilang syarikat Top IT Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri Terengganu yang didakwa oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said sebagai pengeluar komputer bimbit untuk pelajar, E-Book,  dibimbwangi akan 'menyembah bumi'.

Kebimbangan tersebut disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dalam satu sidang media khusus yang diadakan dihadapan kilang tersebut, di Gong Badak hari ini 26 Ogos.

Bantuan Atap Biru Hanya Untuk 'Orang Biru'

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/P3180202.JPGKEMAMAN - Dua tahun lalu, ketika mula menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said berikrar akan menyelesaikan masalah bantuan atap rumah di negeri ini.

Ungkapan serta janji-janji ‘manis’ tersebut dibuat pada Majlis Perjumpaan Menteri Besar dengan Kakitangan Awam Negeri Terengganu di Dewan Besar Wisma Darul Iman, 17 April 2008.

25 Ogos 2010

PAS Terus Menghulur Bantuan

E-mail Print PDF
http://buletinonline.net/images/stories/berita31/adunsurayatim.JPGKUALA TERENGGANU - Disamping bergerak sebagai parti politik, Ramadhan yang sedang ditempuhi umat Islam memberikan ruang PAS bergerak sebagai Jamaah Islam atau gerakan Islam dalam memberikan khidmatnya kepada rakyat.

Walaupun tanpa sebarang dana atau bantuan daripada kerajaan negeri Terengganu, wakil-wakil rakyat PAS terus menggalas amanah rakyat dan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai wakil yang telah dipilih oleh rakyat.

Penafian hak keatas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PAS untuk mendapatkan peruntukan kebajikan atau mendapatkan bantuan zakat bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik tidak mengurangkan usaha ADUN Sura memberikan perhatian kepada para pelajar di kalangan anak-anak yatim dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Sura.

Iftar Perdana 'Terbuka' DUN Chukai; Lebih 1,000 hadir

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/iftarperdanachukai.JPGChukai, KEMAMAN - Inovasi program dakwah dan penerangan PAS MTD Chukai berjaya menarik lebih 1,000 orang penduduk, duduk bersama mendengar tazkirah , sebelum Iftar (berbuka puasa) beramai-ramai di kawasan lapang secara terbuka di Kg Geliga disini semalam 24 Ogos.

Pengerusi MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat menyifatkan program Iftar Perdana 'Terbuka' DUN Chukai yang pertama kali dianjurkan menjadi 'pembuka mata' kepada warga Chukai khususnya golongan muda yang selama ini tidak didedahkan kepada program-program anjuran PAS

24 Ogos 2010

Pegawai Agama Terengganu Bernikah di Thailand?

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/pejabatagamabesut.JPGBESUT - Orang ramai di daerah ini meminta pihak berkuasa menjelaskan laporan yang menyebut bahawa Pegawai Agama Daerah ini yang turut terbabit bernikah dengan isteri keduanya di negara jiran, Thailand.

Sumber Buletinonline memberitahu pegawai berkenaan turut aktif dengan politik tempatan dan pernah disebut-sebut menjadi calon dalam pilihanraya umum ke 12, tahun 2008 yang lalu.

23 Ogos 2010

Tanaman Padi Kampung Jelapang; PAS Akan Beri Geran Milik Kekal

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/abcdielapang.jpgLangkap, SETIU - Para Petani yang mengusahakan tanaman padi di Kampung Jelapang, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap dekat sini dijamin akan memiliki geran hak milik kekal sekiranya PAS diberi mandat memerintah negeri Terengganu pada pilihanraya akan datang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata, pembukaan semula dan pemulihan kawasan penanaman padi Kampung Jelapang adalah bermula di zaman pemerintahan kerajaan PAS pada akhir tahun 1999.

22 Ogos 2010

umah Stor Mercun Meletup; Seorang Kanak-kanak Maut

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/gudangmercun.jpg KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua lagi cedera parah apabila sebuah rumah yang dipercayai dijadikan stor simpanan bunga api dan mercun meletup dalam satu kejadian di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga di sini tengah hari tadi.

Mangsa yang maut Khairul Arif Ayob, 6, pelajar Taman didikan Kanak-kanak (Tadika) Kampung Losong Atap Zin di sini, dikatakan tercampak setinggi 15 meter ke atas pokok yang berhampiran dengan rumah itu akibat letupan kuat tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Penanam Padi Kampung Jelapang Tuntut Gantirugi

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/padijelapang.gifSETIU - Lebih 20 orang petani Projek Tanaman Padi Berkelompok Kampung Jelapang Mukin Hulu Nerus disini menuntut kerajaan membayar atas kerugian yang mereka alami.

Tuntutan gantirugi itu dikemukakan berikutan hasil pendapatan dari penanaman padi mereka pada musim 2009 rendah kerana kerosakan yang disebabkan kecuaian pihak-pihak berkuasa terbabit.

21 Ogos 2010

Bekas Pekerja Top IT Dakwa Wujud Penyelewengan Program E-Book

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita31/topitfront.jpgKUALA TERENGGANU - Seorang bekas pekerja syarikat pengeluaran E-Book, Top IT Sdn Bhd, mendakwa terdapat penyelewengan dalam program E-Book atau Buku Elektronik yang dilancarkan kerajaan Terengganu sejak tahun 2009

Beliau yang menghubungi Buletinonline memberitahu, jumlah e-book yang diedarkan kepada pelajar bukanlah 25,000 unit sebagaimana yang diumumkan kerajaan.

(Gambar - Kilang Top IT Sdn Bhd di Gong Badak .... turut didakwa tidak memiliki sijil layak menduduki - CF).

20 Ogos 2010

PAS Gandakan Amalan Kebajikan di Bulan Ramadan

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/hanafiahgroyong1.JPGKUALA TERENGGANU - PAS Meningkatkan usaha dan amalan kebajikannya dalam bulan Ramadhan kerana Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai 'kelebihan' dari seribu bulan yang lain.

Pada bulan Ramadhan Allah SWT akan melipat gandakan segala amalan baik dengan ganjaran pahala-Nya.

Di Chukai, Kemaman, ahli dan penyokong PAS menyingsing lengan bantu membantu dan bergotong-royong membaiki rumah seorang warga emas, Mohamad Abdullah, 60, di Kampung Besut. (Gambar kanan)

19 Ogos 2010

Felda digesa Kembalikan Tanah Milik Rakyat Terengganu

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/ustmnorhamzah0810.jpgKUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu menggesa Kerajaan Pusat mengembalikan semula tanah milik rakyat Terengganu yang diusahakan secara 'haram' sejak puluhan tahun lalu oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Ketuanya, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, pihaknya kesal apabila mendapat tahu seluas 15,200 hektar tanah di negeri ini diterokai dan diusahakan oleh Felda tanpa memberi apa-apa manfaat kepada rakyat Terengganu.

18 Ogos 2010

'Perbuatan Terkutuk' Zina dan Buang Bayi Semakin Membarah!

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/kam1618(d)-baby4.JPG- bayi ditemui di pintu pagar
KUALA TERENGGANU - Perbuatan terkutuk zina dan pembuangan bayi tidak boleh dipandang ringan dan mesti ditangani segera kerana ia semakin 'membarah' di negeri ini.

Terbaru, Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan telah ditemui di hadapan pintu pagar, rumah seorang anggota polis di Kampung Hulu Takir, dekat sini, semalam 17 Ogos.

Ironinya, mereka yang tidak berhati perut itu, seolah-olah mahu bayi hasil hubungan haram itu diselamatkan.

Kerajaan Terengganu 'Mengigau'

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita31/jambatanpsekati.jpg- Batalkan Projek Jambatan Losong-Pulau Sekati-Teluk Pasu
KUALA TERENGGANU
- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal menyifatkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu 'mengigau' kerana membatalkan projek jambatan yang menyambungkan Losong dengan Pulau Sekati dan Teluk Pasu.

Menurutnya, projek jambatan tersebut adalah projek yang telah diluluskan oleh kerajaan pusat sejak lama dahulu.

Kejadian Simbah Asid; PAS Sedia Tarbiyah Rakyat Terengganu

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita31/satiful.jpgDUNGUN - PAS sebagai sebuah parti 'kerajaan menunggu' bersedia untuk memberikan pendidikan dan tarbiyah kepada seluruh rakyat Terengganu tanpa mengira latarbelakang dan fahaman politik.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata PAS sedia memberi bantuan, khidmat nasihat serta mengisi program pendidikan dan tarbiyyah kerana pemimpin yang menerajui negeri Terengganu sekarang sudah tidak berkemampuan.

17 Ogos 2010

Gejala Sosial Berleluasa; Umno Gagal Mendidik Rakyat

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/Ustridhwan.jpgKUALA NERUS - Gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, zina dan pembuangan bayi serta pelbagai jenayah yang semakin berleluasa di negara ini adalah berkait rapat dengan 'tahap berhibur' yang tinggi dikalangan rakyat dalam negara ini.

Masyarakat Melayu terutamanya yang banyak terkesan dengan gejala sosial tersebut telah dididik dengan budaya 'tidak peduli' yang menganggap bahawa 'politik tidak ada kena mngena' dengan agama.

16 Ogos 2010

Bajet Boros Untuk Kroni Hadapi PRU-13

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/DSC00662.JPGKEMAMAN - Bajet kerajaan negeri Terengganu yang melampaui RM2 bilion dianggap sebagai satu bajet 'boros' yang sudah menjadi agenda kerajaan Umno dan Barisan Naional (BN).

Bajet tersebut juga dilihat sebagai bajet persiapan kewangan Umno/BN Terengganu bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Defisit Kerajaan Terengganu Meningkat RM274,046,116.36

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/defisit.gifKUALA TERENGGANU - Defisit (kurangan) Akaun hasil yang disatukan Kerajaan Negeri Terengganu meningkat sebanyak RM274,046,116.36 pada 31 Disember 2009 menjadikan jumlah defisit terkumpul pada akhir tahun tersebut berjumlah RM699,010,087.44.

Pada akhir tahun 2008, Akaun Hasil kerajaan telah mencatatkan defisit sebanyak RM146,548,465.66 menjadikan jumlahnya sebanyak RM424,963,971.08 pada 31 Disember 2008.

15 Ogos 2010

Menasionalkan PAS, Mengukuhkan Dasar Islam dan Menuju Putrajaya


E-mail Print PDF
http://buletinonline.net/images/stories/berita31/DSC00641.JPGKEMAMAN - PAS kini melangkah ke hadapan menjadi satu parti 'inspirasi' nasional untuk semua kaum dan bukan hanya untuk orang-orang Melayu, sebagaimana ia dikenali sebelum ini.

Transformasi PAS tersebut tidak meninggalkan samasekali gagasan Islam sebagai dasar perjuangannya, malah mesti diyakini lebih kukuh, bagi mempersiapkan diri menuju Putrajaya selepas pilihanraya umum yang akan datang.

14 Ogos 2010

Sidang DUN Tolak Soalan Kontraktor Buat Kerja Secara Haram

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/Ahmadlawat16-3-2010.jpgKUALA NERUS - Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak mendakwa, cara gaya kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu melaksanakan pembangunan negeri ini seolah-seolah 'macam orang' mengigau.

Beliau berkata demikian ketika memberikan respon ke atas perjalanan Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu yang telah diadakan pada 8 dan 9 Ogos yang lalu.

13 Ogos 2010

PAS Tidak Dengki Tetapi Melaksanakan Amanah Rakyat

http://buletinonline.net/images/stories/berita30/Dr.SyedDUN.JPG(Kemaskini- Video Klip) KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata tidak timbul soal dengki terhadap mana-mana pihak dalam membangunkan negeri ini.

“Persoalan yang kita (PAS) timbul sekarang ini bukan soal dengki ke...PAS ke…Umno ke... tidak timbul persoalan ini. Kita (kerajaan) perlu rasional di Dewan Undangan Negeri (dun) ini.

12 Ogos 2010

ADUN Sura Tegur Pengurusan Kerajaan

KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli menegur sikap kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang tidak berhemah dalam pengurusannya.

Katanya, jika kerajaan tidak berhemah dalam perbelanjaan negeri dibimbangi golongan sasaran fakir miskin serta anak yatim tersisih.

“Saya minta pihak kerajaan berhati-hati kerana ini (peruntukan tambahan) melibatkan perbelanjaan negeri yang sepatutnya sampai kepada golongan sasar yang disebutkan.

Umno sudah buntu, gagal atasi gejala sosial

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/nikzawi.jpgKUALA TERENGGANU – Pandangan semua pihak termasuk mewakili pemimpin pembangkang perlu diambil kira bagi mengatasi masalah gejala sosial yang semakin serius melanda di negara ini.

Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, langkah itu penting kerana kepakaran setiap pihak berbeza dalam menangani masalah yang berlaku.

Beliau ketika diminta mengulas penubuhan sekolah hamil oleh kerajaan Melaka berkata, pendekatan tersebut menggambarkan bahawa pemimpin UMNO sudah buntu untuk menangani isu yang berlaku.

Pemimpin Umno ‘Baham’ Komisyen Projek

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/P1170553.JPGKUALA TERENGGANU - Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Harun Taib mendakwa ada di kalangan pemimpin Umno memperolehi komesyen dari projek-projek di negeri ini.

Ini kerana, katanya peruntukan tambahan yang dibuat oleh kerajaan Umno-BN Terengganu melebihi bajet asalnya.

“Saya dapati tambahannya lebih banyak dari peruntukan asal. Peruntukan asal (pejabat Menteri Besar & Setiausaha Kerajaan) RM106 juta dan peruntukan tambahan yang dikehendaki RM127 juta.

Misteri ‘atap biru’; Tidak Pernah Memohon, Tiba-tiba Ada di Bawah Rumah

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/P3180202.JPGKUALA TERENGGANU - Pengagihan ‘atap biru’ menjadi propaganda kerajaan Umno/BN Terengganu khususnya diperbesar-besarkan oleh Menteri Besr, Dato’ Seri Ahmad Said sehingga dijadikan iklan dalam papan tanda besar berslogankan ‘Merakyatkan Pentadbiran’ negeri Terengganu.

Isu ‘atap biru’ pernah dibangkitkan oleh wakil rakyat kerajaan pada sidang sebelum ini yang mengaitkan pemerolehan atap biru tersebut dengan skandal dan penyelewengan.

11 Ogos 2010

Kerajaan Umno/BN Terengganu Biaya Program 'Haram' Gertak

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/cermahPaka%20006.jpgKUALA TERENGGANU - Program 'Melayu Bangkit' yang dianjurkan oleh pertubuhan 'haram' Gertak telah dibiayai oleh kerajaan Umno/BN Terengganu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata demikian ketika menyampaikan cermahnya dalam program penerangan isu-isu Sidang dewan undangan Negeri (DUN), di Batu Burok, 9 Ogos.

Beliau turut mengingatkan semua akyat Terengganu supaya berhati-hati terhadap program kerajaan Umno/BN kerana ianya adalah program politik bertujuan memancing undi.

Bersihkan Diri Dari Najis Syirik

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/MesraMedia%20015.jpgSyarat Menghadapi Ramadhan
KUALA NERUS
- Umat Islam diseru membersihkan diri daripada 'najis' Syirik kepada Allah SWT sebagai satu pra-syarat penerimaan ibadah puasa Ramadhan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata, antara syirik terhadap Allah itu adalah takut kepada sesuatu yang lain, selain Allah SWT

Menurutnya Ramadhan adalah bulan 'sekolah atau Universiti' untuk mendidik diri seseorang menjadi insan yang sempurna.

10 Ogos 2010

Guna RM873.4 juta Wang Royalti, Kerajaan Pusat Mengaku Silap

http://buletinonline.net/images/stories/berita30/spnb.gif- Namun Tidak mahu Bayar Sepenuhnya
KUALA TERENGGANU
- Kerajaan dan rakyat Terengganu akan kerugian sebanyak RM173.4 juta wang royalti Petroleum kerana kerajaan Persekutuan hanya bersetuju membayar semula RM700juta daripada RM873.4juta yang telah digunakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Walaupun yang memerintah negeri Terengganu adalah Umno/BN sama seperti yang menguasai kerajaan Pusat, namun Timbalan Pengerusi Umno Terengganu Dato' Seri Ahmad Said tidak mampu menuntut semula wang yang telah diguna pakai oleh kerajaan Pusat itu.

09 Ogos 2010

Sidang Dun Terengganu Paling Ketat DiKawal

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita30/P1170448.JPGKUALA TERENGGANU - Sebanyak 95% seolan-aolan bertulis dan lisan yang dikemukakan oleh wakil-wakil PAS kepada Dewan Undangan Negeri yang bersidang 8 dan 9 Ogos telah dotolak oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) a Terenggsnu.

Menurut Wakil Rakyat PAS Kawasan Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, lapan soalan yang dikemukakannya, 4soalan lisan dan 4 soalan bertulis turut di tolak tnpa sebarang alasan.

Kononya Miskin Berkurangan, Tapi Bantuan Meningkat

KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri Kawsan Bukit Tunggal Dr Alias Razak berkata beliau keliru dengan dakwaan kerajaan Umno/BN Terengganu bahawa kononnya tahap kemiskinan negeri ini semakin berkurang dan jumlah orang-orang miskin juga turut menurun.

Sebaliknya, kata Dr.Alias, bantuan yang diperuntukkan kepada orang-orang miskin semakin meningkat.

Ahmad Nafi Pilih Lokasi Institut Jantung Dekat Kampungnya

http://buletinonline.net/images/stories/berita30/TGsidangdun.JPGKUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said menafikan dakwaan pemilihan lokasi penempatan Institut Jantung Negeri (IJN) Terengganu di kawasan Kijal, Kemaman adalah kerana beliau merupakan anak kampung kawasan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang dalam Sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman disini 9 Ogos.

08 Ogos 2010

Tolak Pemimpin Umno/BN Yang Jahat dan Tidak Amanah.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita30/IMG_5858.jpgSebarang Takir, KUALA NERUS - Seluruh rakyat negeri Terengganu khususnya dan Malaysia amnya diseru menolak kerajaan Umno dan Barisan Nasional yang memimpin negara hari ini kerana mereka tidak lagi layak diberikan amanah tersebut.

Exco kerajaan negeri Kelantan Abdullah Che Nawi berkata, mereka akan menjadikan negara kita yang kaya raya dan banyak hasil, sebuah negara bankrap pada tahun 2019.

Usul Dr. Syed diTolak Dengan Alasan Teknikal

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita30/Dr.SyedDUN.JPGKUALA TERENGGANU - Yang DiPertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri (DUN) Dato' Tengku Putera Tengku Awang menolak usul yang dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dengan alasan 'teknikal' dengan mengatakan perkara yang diusulkan itu sedang dibincangkan.

Dr. Syed Azman bangun sebaik sahaja Speaker memaklumkan pihak kerajaan mahu mengumukan satu Usul dibawah Seksyen kecil (3) kepada 4 akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966.

Sidang DUN; Bajet Luar Biasa, Ada Yang Tak Kena

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita30/sidangdunogos%20012.jpg- Presiden PAS Minta DiBuat Kajian Dan PenyiasatanKUALA TERENGGANU - Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata ada sesuatu yang tidak kena apabila kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu memohon peruntukan tambahan bagi bajet 2010 dengan jumlah yang begitu besar

Beliau berkata, tindakan tersebut akan menyebabkan berlaku keadaan yang tidak seimbang dalam bajet negeri apabila ia dibentang dengan jumlah yang terbesar di seluruh semenanjung Malaysia.

Projek I-Sharp 'Cabul' Keindahan dan Kedamaian Pantai

http://buletinonline.net/images/stories/berita30/pemajuisharp.jpgSETIU - Keindahan kawasan sepanjang Pantai Penarik dan Rhu Sepuluh yang selalunya meriah dengan acara rekreasi dan penggemar ikan segar terutamanya selepas waktu tengah hari, kini menjadi agak sepi.

Kebiasaannya,  para nelayan pantai yang keluar mencari rezeki ke laut sejak awal pagi pulang dengan membawa hasil tangkapan masing-masing akan segera disusuli oleh peraih dan pembeli.

07 Ogos 2010

Peneroka Dakwa Menjadi Mangsa Penyelewengan Felda

http://buletinonline.net/images/stories/berita30/Dunhulubesut%20011.jpgBESUT - Seorang peneroka warga emas, Deraman bin Ngah, 72, mendakwa beliau menjadi mangsa kepada pengurusan Felda yang tidak mengambil peduli nasib yang dialami oleh para peneroka.

Beliau yang ditemui berkata, sejak akhir tahun 2004 sehingga kini, pengurusan Felda terus menerus memotong cukai tanah (CAC), walaupun beliau selaku pemilik tanah tersebut telah pun menjelaskan cukainya di pejabat tanah daerah Besut.

Menurutnya, beliau telah memperolehi hak milik tanah setelah melangsaikan segala hutang piutangnya dengan pihak Felda.

Istiqamah dan Gerakkerja Berlandaskan Ilmu

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita30/karnivalbukitpayung.JPGBukit Payung, MARANG - Ahli serta penyokong PAS di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Payung diseru supaya terus beristiqamah dengan menambah ilmu dan mempertingkatkan gerak kerja parti ini dalam memasuki usia matang setelah 25 tahun penubuhannya

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata demikian dalam Majlis Perasmian Karnival Jubli Perak Dun Bukit Payung di perkarangan Madrasah Darul Iman, Titian Baru Kedai Buloh, Marang, baru-baru ini.

Cadangan Bajet Malaysia 2018