28 Februari 2010

Bersiap Untuk Pilihanraya Umum Lebih Awal


Chukai, KEMAMAN – Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali memberi isyarat supaya ahli dan penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS supaya bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 lebih awal.

Menurutnya, dalam kaedah biasa pilihanraya umum akan berlaku selepas persempadanan semula kawasan pilihanrayua yang berlaku sekali dalam tempoh dua penggal atau sekurang-kurangnya lapan tahun.

“Dulu saya berpegang pilihanraya ini mestilah selepas daripada persempadanan semula kawasan pilihanraya,

Ustaz Wan Hassan Rai Warga Emas Rumah Kebajikan Tian See

Sura, DUNGUN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli meraikan warga emas di Rumah Kebajikan Tian See yang terletak dibelakang Tokong Hong Tian di Kampung Bijangga, dekat sini.

Enam orang yang telah lanjut usia dan kurang bernasib baik itu, diberikan sumbangan ‘angpau’ serta bantuan makanan sempena Tahun Baru Cina.

Bantuan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Wan Hassan yang menziarahi Rumah Kebajikan tersebut, semalam 27 Februari.

27 Februari 2010

Beijing dan Singapura Melihat Potensi Pakatan Rakyat

Chukai, KEMAMAN – Pakatan Rakyat dilihat oleh Beijing dan Singapura mempunyai potensi untuk menang dalam pilihanraya umum yang ke 13 akan datang.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Dana Kebajikan DUN Chukai disini semalam.

(Gambar - Ustaz Nasruddin mengambil peluang berbual dengan Mantan YDP Kemaman, Ustaz Awang Dagang)

26 Februari 2010

Pembuangan Sisa Industri Mungkin Toksik

Air Putih, KEMAMAN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) diminta menyiasat pembuangan sisa industri yang datang dari sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong
disini kerana ia mungkin mempunyai bahan ‘toksik’ yang merbahaya.


Orang ramai juga percaya, sisa tersebut yang dibawa dengan lori dan ditanam ditepi sungai Dadong dekat sini tidak mendapat sebarang kelulusan dari JAS.

Mereka menjadi lebih bimbang kerana ia dilupuskan berhampiran dengan sungai yang masih menjadi sumber penduduk sekitar.

AYam, kawan baik MB Bina Pulau Burung RM6 juta


Tasek Kenyir, HULU TERENGGANU – “Dia mula-mula (harga) RM5.5 juta, lepas tu dia tambah…apa tu….. solar ha…..solar, dia (Pualau Burung) guna tenaga solar-lah,”kata Pak Deris seorang pengusaha bot dan pemandu pelancung, ketika ditemui Buletinonline baru-baru ini .

Menurutnya, ‘tauke’ (kontraktor) yang membina Pulau Burung adalah seorang Tionghua yang berasal dari Kijal, Kemaman, dipanggil dengan nama ‘glamour’ sebagai ‘AYam’ sahaja.

25 Februari 2010

Jenayah Belia Terengganu Membimbangkan; Pemuda PAS Kesal Kenyataan Exco

KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu tidak terkejut atas kenyataan Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Syukri Dahlan pada 23 Februari (Selasa) yang dikeluarkan Bernama, yang menyatakan bahawa 60% jenayah dilakukan oleh golongan be lia.

Ketuanya, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ia adalah kerana, statistik yang sama telah dikeluarkan pihak polis pada tahun lalu.

Namun, katanya, pihaknya merasa kecewa dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu semalam (24 Februari).

24 Februari 2010

To’ Kong Kampung Cina Terbakar

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/to%27kongterbakar2.JPG- Wahid Pimpinan Islam Paling Awal Hadir

KUALA TERENGGANU – Sebahagian To’Kong, Tien Hou Kong, yang terletak di Kampung Cina disini telah terbakar kira-kira jam 8.45 malam, semalam 22 Februari.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, adalah pemimpin Islam yang paling awal hadir setelah mendapat berita mengenai tragedi tersebut.

”Saya dimaklumkan lebih kurang pukul 9, ada satu kebakaran (di To’kong Kampung Cina), saya berkejar (dari satu majlis) kita ada program tadi,

‘Salah Urus’ Menyebabkan Pembaziran di Tasik Kenyir

HULU TERENGGANU – PAS menyifatkan sesetengah pembangunan yang dirancang untuk dibangunkan di Tasek Kenyir adalah baik, namun terdapat banyak ‘salah urus’ yang dilakukan dalam perlaksanaan projek-projek berkenaan, menyebabkan berlaku penyelewengan dan pembaziran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke beberapa pulau yang dikatakan sedang dilaksanakan projek-projek pembangunan, disini, semalam 21 Februari.

Orang Cina Jangan Takut Dengan Islam


Sura, DUNGUN - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata masyarakat Tionghua (Cina) jangan dijangkiti sindrom ‘Islamophobia’ dan menjadi takut kepada ugama Islam.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di perkarangan Pasti Alor Tembesu, Dungun, dekat sini.

“Kepada masyarakat bukan Islam, saya hendak sebut orang rasa takut dengan Islam atau ‘Islamophobia’.

Ketua Pemuda Umno Terengganu ‘Hilang Jantan’

KUALA TERENGGANU - Belum pun sampai tempoh tujuh (07) hari yang diberikan, Ketua Pemuda Umno Terengganu, Saiful Bahari Baharudin telah menolak cabaran debat Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Fariz Musa.

Menurut Fariz, penolakan itu membuktikan, Saiful Bahari dan Pemuda Umno pengecut, takut untuk untuk berbincang secara professional berkaitan Halatuju Dan Siapa Sebenarnya Pengkhianat Melayu Terengganu .

”Beliau takut untuk berdepan dengan realiti malah bersikap “ baling batu sembunyi tangan “ dengan memberikan alasan dangkal dan melucukan, menunjukkan beliau dan Sayap Kanan UMNO Terengganu itu benar-benar lemah,

Kelab Penyokong PAS ‘Kaotim’ Bersama ADUN Sura Membantu Ibu Tunggal, Orang Miskin

Sura Gate, DUNGUN - Kelab Penyokong PAS dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan MTD Sura telah melaksanakan satu tang gungjawab sosialnya.

Usaha memberikan bantuan, terutama terhadap golongan ibu tunggal serta orang miskin di kalangan masyarakat tionghua dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Pengerusinya, Encik Lu Liong King, 64, berkata golongan ibu tunggal, warga emas serta orang miskin selalu terabai.

20 Februari 2010

Hala Tuju Pemuda Umno Semakin Kabur; Pemimpin Kaya Raya Jual Projek

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/fariz.jpgFariz cabar Ketua Pemuda Umno Terengganu Berdebat

KUALA TERENGGANU
– Halatuju Pemuda UMNO negeri Terengganu semakin kabur kerana didakwa semakin hilang sokongan dari anak-anak muda negeri ini.
Manakala pemimpinnya sibuk meraih laba jutaan ringgit dengan melobi tender kerajaan, dan menjual tender tersebut
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu, Fariz Musa berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Terengganu, Saiful Bahari Baharudin.

19 Februari 2010

“Politik Suku Ugama Suku” – Jalan Terbuka Untuk Menjadi Murtad

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/IMG_3408.JPGKUALA TERENGGANU – Timbalan Ketua Dewan ulamak PAS Terengganu berkata, mereka yang mempunyai keyakinan “politik suku ugama suku” adalah membuka jalan untuk menjadi murtad.
Menurutnya, Mufti kerajaan Mesir, As-Sheikh Mustafa Sobri pernah mengeluarkan fatwa demikian terhadap ajaran sekular tersebut.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan DUN seberang Takir semalam.

”Dulu kata ‘politik suku ugama suku’, (sekarang) baru (nak) sedar, sudah berapa puluh tahun, baru nak sedar,

17 Februari 2010

Presiden PAS Menyelamatkan Mangsa Lemas

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/SNC00029.jpg Rusila, MARANG - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarga serta beberapa penduduk kampong, telah menyelamatkan Ahamad Mat Zin, 58, dari di pantai Rusila dari menjadi mangsa lemas.
Ahamad bercadang untuk beriadah dan mandi dibelakang rumahnya di Kampung Rusila, Marang.

(Gambar - Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi (kanan) dan mangsa lemas, Ahamad Mat Zin, keletihan setelah dilambung ombak)

Namun rancangannya untuk bersantai bertukar menjadi tragedi yang hampir meragut nyawanya.

Umno Sekadar Berarak Mengingati Tarikh Lahir Nabi

- Bermuka-muka menyambut MaulidurRasul
KUALA TERENGGANU
– Pemimpin Umno dan pengikutnya sebenarnya tidak faham bagaimana sebenarnya amalan menghayati sambutan Maulidur Rasul SAW.


Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Mohammad Zawawi Nik Salleh berkata apa yang Umno buat setiap kali kedatangan bulan Rabiulawal sekadar ‘bermuka-muka’.
Katanya, Umno gagal mendidik pemimpin dan ahli-ahlinya dengan berkesan melalui penghayatan Maulidur Rasul.

16 Februari 2010

Syaitan Pun Gunakan Kalimah Allah!

DUNGUN – Umno dan Barisan Nasional (BN) berlagak menjadi hero dan menjadi jaguh, mengadakan demonstrasi dan mengangkat sepanduk, kononya merekalah golongan yang mempertahankan kalimah Allah dan kesucian Islam.

Sebaliknya, merekalah sebenarnya golongan yang menghalang perlaksanaan hukum hakam Allah dalam negara ini.

”Bila kita hendak laksanakan hukum hudud, hukum qisas, bermacam-macam alasan yang dibeikan oleh mereka, bila kita nak laksanakan syariat Islam, mereka halang (dan) mereka sekat,”kata Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi.

Tidak Cukup Dengan Sambutan dan Perarakan Maulidur Rasul

- Perjuangan RasuluLlah adalah Untuk Memenangkan IslamTepoh, KUALA NERUS – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tidak cukup dengan sambut MaulidurRasul setahun sekali, berarak dan mengangkat sepanduk serta bersalawat, dalam masa yang sama perintah Allah tidak diamalkan.

Beliau berkata, Allah mengutuskan Nabi Muhammad SAW dengan agama Islam dan petunjuk dari Allah supaya memenangkan agama Islam.

15 Februari 2010

Sketsa Menyedihkan Tahun 2006 Berulang Kembali




- Orang Melayu Menadah Tangan di depan To’ Kong

KUALA TERENGGANU – Setelah dua tahun Kuala Terengganu diisytihar sebagai Bandaraya, tidak banyak perubahan yang dapat mewarnai kehidupan warga ‘Bandaraya Warisan Pesisir Air’ itu.

Ramai yang terus hidup miskin lagi dhaif , sehingga terpaksa ‘melupakan’ perasaan malu dan ‘tidak kesah’ tentang maruah dan harga diri akibat kehidupan yang semakin tersepit.



Satu sketsa ‘kesempitan hidup’ yang menyedihkan khususnya kepada orang Melayu,  pernah hangat diperkatakan berlaku pada tahun 2006, berulang kembali pada malam menjelang Tahun Baru Cina, 13 Februari, 2010.

Malangnya Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang awal ke Kuala Lumpur selepas merasmikan dua proram ‘Umno Juara Rakyat’ di Besut dan Kuala Terenggan.

Sekiranya Tan Sri Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri 1Malaysia bermalam di Kuala Terengganu, nescaya beliau boleh melihat senario kehidupan yang pasti mempersoalkan, apakah Umno benar-benar juara kepada orang-orang Melayu.

Pada 31 Januari, 2006, sebuah akhbar media perdana dipetik, memaparkan kesah sekumpulan ibu tunggal sanggup ‘berselepoh’ dari pagi hingga malam sambil menadah tangan di depan sebuah To’kong di Kampung Cina, Kuala Terengganu sehari sebelum sambutan Tahun Baru Cina pada tahun itu.

Kejadian yang sama berlaku pada malam Tahun Baru Cina dua hari yang lalu, di To’ Kong yang sama dan Kampung Cina yang juga sama.

Kamera wartawan Buletin merakamkan beberapa foto, betapa ketika orang ramai lalu lalang, ‘orang Melayu’ berkenaan duduk atas jalanraya menunggu-nunggu umpama ‘peminta sedekah’.

14 Februari 2010

Iklan ‘Kopitiam’ dalam Laman MPK Mengelirukan Orang Ramai

KUALA TERENGGANU – Tindakan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) mempromosikan sebuah kedai ‘kopitiam’ didaerah tersebut yang diusahakan oleh bukan Islam dalam laman web rasminya, menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Ia adalah kerana sehingga kini hanya satu sahaja kedai seumpama itu yang merujuk dan memohon sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Ismail Dagang berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jakim, berkaitan perkara tersebut.

”Iklan tersebut dalam laman web kerajaan, mengelirukan terutamanya kepada umat Islam, mungkin ada yang faham ia disahkan oleh kerajaan Terengganu, sebab itu dipaparkan dalam laman web rasmi,”katanya ketika dihubungi Buletinonline.

Penduduk Kampung Paya Bunga Dizalimi


- Menteri Besar Dan Kerajaan Negeri Terengganu Wajib Tangani Segera
KUALA TERENGGANU - Angkatan Muda Keadilan (AMK ) Negeri Terengganu menyifatkan tindakan kerajaan negeri ’mengusir’ penduduk Kampung Paya Bunga sebagai satu tindakan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Ketuanya, Fariz Musa berkata Menteri Besar Dato’ Ahmad Said menganiyai mereka dengan memberikan tempoh sehingga 28 Febuari 2010, untuk mereka berpindah



Menurutnya, rata-rata penduduk kampung tersebut yang miskin lagi ’dhaif’, merintih supaya kerajaan negeri memberi pembelaan dan menyelesaikan masalah mereka dengan segera dan bijaksana.

12 Februari 2010

Amalan Sihir, Pemujaan dan Khurafat; Siasat Untuk Pencegahan


Bukit Tunggal, KUALA NERUS Pihak berkuasa terbabit diminta menyiasat kejadian menceroboh kubur dan menanam ‘alat pemujaan atau sihir’ yang berlaku di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tunggal disini, hari ini, 12 Februari.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata demikian, berikutan satu bungkusan kain berwarna putih telah ditemui oleh seorang penduduk ketika mejalankan operasi gotong royong membersihkan kubur tersebut.

(Gambar - orang ramai berkumpul melihat 'barang pemujaa' yang ditemui)

11 Februari 2010

‘Jutawan’ Turut Dapat Wang Dana Khas Tahun Baru Cina

KEMAMAN – Seorang jutawan Tionghua dari daerah ini turut didakwa menerima wang ehsan/ dana khas sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Ketika mendedahkan perkara berkenaan, Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kemaman Haji Zulkifli Md Yakim berkata wang dari hasil royalti itu kini sudah jadi ‘wang politik’.

Menurutnya, wang tersebut yang sepatutnya digunakan oleh kerajaan negeri untuk memajukan dan menjaga kebajikan rakyat, namun diselewengkan oleh parti Umno dan Barisan Nasioonal (BN).

Tragedi Bumbung Stadium Runtuh - Rakyat Sedang Tunggu Laporan


- Dulu Ahmad Said janji tiga bulan
KUALA NERUS – Rakyat negeri ini sedang menunggu-nunggu laporan siasatan
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah runtuh pada Jun lalau sebagaimana dijanjikan Menteri Besarnya.

Dato’ Ahmad Said, pada bulan Julai 2009, ketika bercakap ketika mengumumkan perlantikan pakar siasatan dari United Kingdom, telah berjanji akan memberitahu hasil siasatanya kepada khalayak.

10 Februari 2010

Permata Rosmah Ancam Pengasuh

KUALA TERENGGANU – Dengan peruntukan yang ‘mewah’ Taska PERMATA yang dimulakan dengan program Permata oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, kini menjadi ancaman kepada pengusaha Taska persendirian negeri ini

Pada 11 Januari, 2009, saat-saat hampir menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Rosmah yang kini di gelar sebagai ‘ibu Permata’ mengumumkan program Permata ciptaanya mendapat peruntukan sebanyak RM77 juta.

09 Februari 2010

MPK Diminta Jelaskan Status dan Tahap Keselamatan Pasar Binjai (Binjai Souq)

KEMAMAN - Pihak Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) diminta menjelaskan kepada orang ramai mengapa bangunan Pasar Binjai (Binjai Souq) masih belum digunakan walaupun dikatakan sudah siap sepenuhnya.

”Orang ramai perlu tahu, apa status Binjai Souq, mengapa para peniaga kuih-muih masih berniaga di luar,

”MPK mesti menjelaskan kedudukan sebenar, kebajikan dan keselamatan para peniaga perlu ditentukan,”kata Haji Zulkifli Mohd Yakim

Korbankan 3,000 ekar untuk RM200 juta; Projek Ternakan Udang Di Setiu Wajar Di Hentikan

SETIU – Projek Ternakan udang di Setiu seluas 3000 ekar wajar dikurangkan atau dihentikan sama sekali. Ia adalah kerana tidak membawa keuntungan jangka panjang kepada masa depan penduduk negeri Terengganu.

Ketua Penerangan PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim berkata, pelaburan syarikat Blue Archipelago sebanyak RM200 juta itu bukanlah terlalu banyak jika dibandingkan dengan tanah yang diambil bagi projek tersebut.

Tak Kira Kerajaan PAS ke… kerajaan Gajah ke ….Rimau ke….. Royalti Mesti Di Beri

- Kerajaan yang dipilih rakyat adalah kerajaan yang sah – Ku Duka
KUALA TERENGGANU – Wang Royalti tidak harus ditukar kepada wang Ehsan dan pembayarannya mestilah secara tunai, mengikut perjanjian asal sebagaimana di laksanakan oleh Tun Razak.

Penaung Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) Tengku Seri Paduka Raja (Ku Duka) Tngku Ibrahim Ismail berkata demikian dalam satu sidang media khas berkenaan isu Royalti baru-baru ini.

08 Februari 2010

Pemimpin PAS raikan Kedatangan Gong Xi Fa Cai Bersama Masyarakat Tionghua


KUALA TERENGGANU – Tembok pemisah yang dibina oleh Umno dan Barisan Nasional antara PAS dan masyarakat Cina di Malaysia telah tumbang.

Ia bermula pada detik pilihanraya ke 10 dimana, ketika itu wanita DAP sudah berani mengambil dan mengibarkan bendera PAS dan begitu juga sebaliknya.

Perkara ini dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Triang Pahang daripada DAP dalam ucapannya di Chukai baru-baru ini.

07 Februari 2010

Tak Kira Kerajaan PAS ke… kerajaan Gajah ke ….Rimau ke….. Royalti Mesti Di Beri

- Kerajaan yang dipilih rakyat adalah kerajaan yang sah – Ku Duka
KUALA TERENGGANU – Wang Royalti tidak harus ditukar kepada wang Ehsan dan pembayarannya mestilah secara tunai, mengikut perjanjian asal sebagaimana di laksanakan oleh Tun Razak.

Penaung Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) Tengku Seri Paduka Raja (Ku Duka) Tngku Ibrahim Ismail berkata demikian dalam satu sidang media khas berkenaan isu Royalti baru-baru ini.

06 Februari 2010

Konvensyen Muslimat Menjangkaui Sasaran

- Lebih 3,000 peserta hadirMARANG – Konvensyen Muslimat PAS negeri Terengganu yang diadakan buat kali pertama hari ini 6 Februari, telah dihadiri lebih 3,000 peserta dari seluruh negeri Terengganu. (update video 3.33am)

Menurut Setiausaha Muslimat Negeri, Cikgu Raja Endun Raja Abd Rahman, program susulan kepada Ijtimak PAS negeri tahun lalu itu, dianggarkan akan hanya dihadiri oleh kira-kira 2,000 peserta.

05 Februari 2010

Pembinaan Velodrom – Bukan Penduduk Kampung Yang Bantah Tetapi JKKK Umno

- Bukan Tapak Pasar Malam, hanya sebuah Padang Bola

DUNGUN – Berpuluh Ribu wang rakyat telah hangus kerana ‘percakaran’ dikalangan pemimpin Umno dan orang bawahannya, dalam isu cadangan pembinaan Velodrom di kampong Sura Hujung di sini.

Perbelanjaan besar telah dikeluarkan untuk membersihkan kawasan dan mendirikan kanopi bagi menyambut Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Shabery Cheek.

Ahmad Said Lancar Kenderaan Yang Telah Dilupuskan Sebagai Kaunter Bergerak


Chukai, KEMAMAN - Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said sempena lawatannya ke Majlis Perbandaran kemaman semalam telah melancarkan sebuah kaunter bergerak bagi Majlis Perbandaran Kemaman (MPK).

Tujuan kaunter bergerak itu adalah untuk memudahkan MPK mengutip hasil dari orang ramai secara ‘mobile’ dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

Malangnya, kenderaan yang dilancarkan sebagai kaunter bergerak itu adalah sebuah kenderaan yang ‘sudah tidak layak untuk bergerak’.

Air Mata (Buaya) SUK Bernilai Jutaan Ringgit?

KUALA TERENGGANU - Bekas Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu, Dato’ Mokhtar Nong dilaporkan sedih dan tidak dapat menahan perasaannya, lalu menangis.

Beliau sebak dan tidak dapat meneruskan ucapan
di hadapan para pegawai dan kakitangan kerajaan negeri pada satu majlis meraikan persaraannya di Dewan Besar Wisma Darul Iman.


Kononnya, pada majlis itu,  13 Januari 2010 lalu, ketika berdiri kali terakhir di atas pentas, sebelum meninggalkan Wisma DarulIman, beliau teringatkan pesanan ibunya.

02 Februari 2010

Projek OKU Sakit, Puad diminta batalkan

-Tiga Bulan Berlalu, Projek SK Kompleks Tembesu, Beku!
KUALA NERUS – Pembangunan Projek Pendidikan Bagi Sekolah Kebangsaan Kompleks Tembesu di Kampung Tok Jiring dekat sini sudah mula menunjukkan tanda-tanda bermasalah.

Sudah tiga bulan berlalu, namun kontraktor yang membina sekolah tersebut hanya mampu menyodok tanah dan mendirikan pejabat tapak sahaja.

Dari maklumat yang terdapat pada papan tanda projek tersebut, tarikh mula kerja-kerja bangunan adalah pada 19 Oktober lalu.

Namun, bukan struktur bangunan yang kelihatan, sebatang besi pun tidak ada di tapak pembinaan.

01 Februari 2010

Lelaki Disyakki Cuba Pecah Rumah DiPercayai Mati Ditembak Jurulatih Skuad Menembak Terengganu

Gong Badak, KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki yang belum dikenalpasti identitinya telah mati di tembak di belakang sebuah rumah Encik Zamil B Haji Ahmad Murad (Gambar Atas dua dari kanan) beralamat Lot 13947 Gong Badak, Belakang Depo SATU, Kuala Terengganu.

 Lelaki tersebut disyakki cuba memecah masuk rumah Encil Zamil pada kira-kira jam 5.00 petang.

Menurut isteri Encik Zamil, Juriah bt Abd Manaf, 45, ( Gambar kiri) beliau mendengar bunyi tingkap rumahnya diketuk dan ketika itu beliau menelefon suaminya.

Cadangan Bajet Malaysia 2018