30 April 2013

10 Tindakan Fokus Utama Dr. Azman Ibrahim


Calon PAS bagi N.05 Dun Jabi, Dr. Azman Ibrahim seorang pengamal pergigian swasta dan merupakan tokoh muda yang aktif, diketengahkan untuk menjadi pilihan utama para pengundi di Dun terbabit.

Beliau adalah seorang akrivis media dan alam sekitar yang terlibat dengan penulisan mendedahkan rekod buruk kerajaannegeri Terengganu berhubung polisi alam sekitar.

BN Perguna Jabatan Kesihatan Kempen PRU-13

KUALA TERENGGANU - Pengarah Kesihatan negeri Terengganu telah menggunakan jawatan beliau untuk berkempen dan perkenalkan calon BN kepada kakitangan jabatan jesihatan di majlis rasmi hospital.

Kempen politik itu berselindung di sebalik Majlis dialog bersama ahli lembaga pelawat hospital Jerteh hari ni, Selasa pada jam 10 pagi tadi.

Calon PAS N.10 Teluk Pasu; Ustaz Ridzuan Hashim

Asslamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Saya Ridzuan bin Hashim, berasal dari Kampung Teluk Pasu, Dilahirkan pada tahun 1972 dan saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Teluk Pasu, peringkat menengah di Sekolah Kebangsaan Sheikh Abdul Malik selama lima tahun. Kemudian saya  menyambung pelajaran di peringkat diploma dalam bidang syariat di KUSZA selama tiga tahun, Kemudian saya menyambung ke peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Al-Azhar selama tiga tahun juga dalam bidang syariat

Dato' Razif Ada Dalam Majlis Dan Melihat Sama Tayangan Video Lucah

KUALA NERUS - Calon Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Takir yang juga masih Exco Kerajaan Sementara Terengganu Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman berada dalam majlis dan melihat sama tayangan video lucah.

Menurut pengadu, Khairul Nizam Abdullah, pada 22 April, 2013 lebih kurang jam 11 malam bertempat di perkarangan bangunan Penyelaras Umno Dun Seberang Takir, beliau telah berhenti dan duduk bersama orang untuk mendengar ceramah tersebut.

29 April 2013

PAS Sedia Bersama Rakyat, Senang Atau Pun Susah

KEMAMAN - Fenomena luar biasa berlaku di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai apabila anak-anak muda keluar beramai-ramai, hadir dan memberikan sokongan malah melaksanakan kerja-kerja kempen pilihanraya, sejak hari penamaan calon pada 20 April lalu.

"saya melihat selepas sahaja penamaan calon sehingga hari ini fenomena anak muda daripada kampung-kampung, taman-taman, pinggir-pinggir bandar (pada) tiap-tiap (malam) penuh di pos-pos kita dan kemudian bekerja, sama ada tampal poster, sama ada menyampaikan risalah daripada rumah ke rumah sangat menakjubkan,"kata Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu, Haji Hanafiah Mat.

MCA Sudah Jadi Umpama 'Lembu DiCucuk Hidung'

KEMAMAN - Seorang warga Tionghua, John Gan dari bandar Chukai dekat sini yakin, 90 peratus daripada masyarakat Tionghua bandar tersebut akan membuat perubahan, beralih dari menyokong MCA dan Barisan Nasional (BN) kepada PAS dan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihanraya umum ada kali ini.

"cina (kaum Tionghua) Chukai 90 peratuslah (menyokong PAS dan PR) saya yakin 90 peratus orang cina Chukai akan sokong PR,"tegasnya ketika ditemui dalam majlis Kesyukuran anjuran Majlis Tindakan PAS DUN Chukai, di Chukai pada Jumaat 26 April.

Ustaz Roslan Harap Dapat Menyambung Khidmat Yang Terputus

DUNGUN - Seorang tua penyokong Barisan Nasional (BN) yang dianggap sebagai pokok tempat orang-orang kampung Pasir Raja, terletak kira-kira 68 kilometer dari sini, telah meninggal dunia dan membentuk pola kecenderungan politik baru di kalangan penduduk di situ.

Menurut bekas Adun PAS Kawasan Bukit Besi dari tahun 1999 - 2004, Ustaz Roslan Ismail, ia memberikan peluang yang lebih luas kepada kempen PAS pada pilihanraya umum kali ini.

Sentimen 'Orang Muda' KT Akan Buat Perubahan Bersama Pakatan Rakyat - Raja Bahrin

KUALA TERENGGANU - Setelah beberapa hari kempen 'pusing keliling' Bandaraya Kuala terengganu, calon PAS Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Ahmad Shah yakin sokongan orang muda akan membawa perubahan besar, mengekalkan PAS di kerusi parlimen tersebut.

Menurutnya, daripada ribuan 'orang muda' warga Kuala Terengganu yang ditemui, 'sentimen' dan 'mood' mereka, jelas mahukan perubahan bersama Pakatan rakyat.

Kempen Bermotosikal Dr.Azman Ibrahim di Dun Jabi

SETIU - Majlis Tindakan Dun (MTD) PAS Jabi meneruskan jelajah rumah ke rumah menemui seberapa ramai pengundi dalam dalam kempen pilihanraya umum kali ke-13 yang sedang rancak berlangsung sekarang.

Calon PAS bagi N.05 Dun Jabi, Dr. Azman Ibrahim berkata, beliau memilih kaedah bermotosikal untuk menemui penduduk kampung di kawasan mengundi (Unit Peti Undi - UPU) di seluruh Dun Jabi.

28 April 2013

MB Terengganu Beli Stesyen Radio RM7.5 juta Saja-saja?

KUALA TERENGGANU - Pernah atau tidak kita semua mendengar siaran radio Manis FM, yang dipancarkan dari bangunan Epic di hadapan Wisma Darul Iman di Jalan Pejabat dekat sini

Bekas Pegawau Kewangan Kerajaan negeri Terengganu Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, mempersoalkan tindakan Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad said membeli radio tersebut dengan harga RM7.5 juta.
Menurutnya, ia adalah satu tindakan membelanjakan wang rakyat secara tidak berhemah dan satu tindakan yang sia-sia.

Menyelesaikan Keperluan Masyarakat Menjadi Keutamaan Calon PAS Seberang Takir

KUALA NERUS - Setelah berkempen selama enam hari, lebih 600 buah rumah telah dilawati oleh pasukan perayu undi dan calon PAS bagi N.11 Dun Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang.

Menurutnya, reaksi positif daripada para pengundi adalah suatu perkembangan yang baik bagi Seberang Takir untuk mencipta sejarah baru, setelah tiga belas kali pilihanraya umum diadakan.

Orang Kuat 'Mat Tera' Bersama Hanafiah

KEMAMAN - Perpecahan di kalangan ahli dan penyokong Umno berlaku hampir di semua kawasan, ekoran tindakan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said melantik mereka yang didakwa 'tidak layak' sebagai calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Bahagian Kemaman, dimana Ahmad Said sendiri yang menjadi Ketua Bahagian bertiup dengan kencang slogan 'Asal Bukan Ahmad Said' dan 'Ini Kali lah Perebah Mad Said'.

Ustaz Wan Hassan Janji Perkhidmatan Terbaik

DUNGUN - Calon PAS bagi kerusi parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly yang pertama kali bertanding di peringkat parlimen berharap rakyat membuat perubahan dan memilih PAS bagi mewakili penduduk kawasan tersebut pada pilihanraya umum (PRU) kali ini.

"Alhamdulillah, pertama kali menjejaki Kampung Pasir Raja (setelah menjadi calon parlimen) bersama dengan calon PAS Dun Bukit Besi, Ustaz Roslan Ismail, kita dapat bertemu dengan rakyat dan pegundi walaupun dalam masa yang singkat,

27 April 2013

BN Guna 'Bangla' Edar Risalah Kempen Burukkan Pakatan Rakyat

KUALA TERENGGANU - Seorang warga asing dari Bangladesh telah ditahan oleh sepasukan petugas Pakatan Rakyat ketika beliau sedang mengedarkan risalah kempen politik pilihanraya umum ke-13 berhampiran Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini, Jumaat 26 April.

Risalah yang diedarkan warga asing yang mempunyai visa pekerjaan peruncitan dan perdagangan itu, memburuk-buruk pemimpin Pakatan Rakyat khususnya calon PKR yang bertanding di Dun bandar.

PRU-13 ; Tiga Wakil Universiti Tempatan Dan Antarabangsa Temubual Presiden PAS

MARANG - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bukan sekadar dikunjungi bahkan ditemubual selama lebih satu jam oleh tiga wakil dari tiga buah Universiti dalam dan luar negara.

Mereka itu ialah Profesor Paul D.Hutchcroft dan Profesor Edward Aspinall dari Australian National Universiti, Puan Meredith L.Weiss dari Universiti At-Albany (State Universiti of New York), Edmund Terence Gomez (Faculty of Economics & Administration) dan Surinderpal Kaur (Senior Lecturer) dari Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Masyarakat Alor Limbat Perlu Pembangunan Spiritual, Selain Pembangunan Fizikal

KUALA TERENGGANU - Masyarakat dalam kawasan Dewan Undanan Negeri (Dun) N.17 Alor Limbat, masih memerlukan pendidikan spiritual dan pembangunan fizikal dan masih agak ketinggalan, walaupun terletak di pinggir bandaraya Kuala terengganu.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS negeri Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman berkata, wakil rakyat dan kerajaan sebelum ini tidak mengambil kira sepenuhnya aspek tersebut dan ia maih dilihat jauh ketinggalan, berbanding kawasan-kawasan yang lain.

Umno Jijik dan Kotor; Jadikan Video Seks Sebagai Bahan Kempen

KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu terkejut dengan dakwaan beberapa pihak yang mendakwa video lucah telah ditayangkan di markas Barisan Nasional (BN) di negeri ini sepertimana laporan akhbar Sinar Harian pada 24 April lalu.

Bagi pihak DPPNT, penayangan video lucah yang dikatakan mirip seorang pimpinan PAS itu merupakan satu cara berkempen yang kotor dan tidak beretika.

26 April 2013

Haji Muhyiddin Berazam Mengembalikan Kedaulatan Islam dan Memajukan Kuala Berang

HULU TERENGGANU - Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu yang telah diamanahkan oleh PAS untuk bertanding di Dun Kuala berang berazam untuk mengembalikan kedaulatan Islam dengan melaksanakan undang-undang mengikut hukum syarak yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada tahun 200 lalu.

Selain itu, beliau berjanji akan berusaha untuk memajukan negeri Terengganu, khususnya Dun Kuala Berang sekiranya PAS diberi mandat pada piliharaya umum ke-13 (PRU13) kali ini.

25 April 2013

PAS Lancar 33 Video Klip Tok Guru Menjawab Persoalan Semasa

KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu meningkatkan penerangan kepada para pengundi menjelang pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) dengan melancarkan 33 klip video 'soal dan jawab' terhadap isu-isu semasa.

Menurut Setiausaha Badan Pehubungan PAS Terengganu Haji Yahaya Ali, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri yang menjawab 33 persoalan semasa termasuk yang berkait dengan isu kalimah Allah dan isu Amanat Haji Hadi.

Muafakat PAS-PKR Dun Kota Putera Bertekad Jatuhkan 'Rejim' BN

BESUT - Yang DiPertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad menyifatkan 'pertembungan sedikit' yang berlaku di kerusi N.02 Kota Putera baru-baru ini adalah manifestasi dari harapan besar masyarakat untuk melihat 'rejim' Barisan Nasional (BN) jatuh pada pilhanraya umum kali ini.

"saya kira ia adalah manifestai daripada satu pengharapan besar yang berlaku di kalangan yang digerakkan secara gelombang untuk melihat kejayaan (dan) membentuk satu kekuatan untuk menumbangkan rejim Barisan Nasional (BN),

'Mencorak Harapan'; Hishamuddin Mahu Sempurnakan Aspirasi Anak Muda

KUALA NERUS - Calon PAS N.09 Dun Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim akan memperjuangkan aspirasi anak muda dan harapan untuk seluruh dalam masyarakat yang pelbagai, sekiranya beliau diberi mandat dan mewakili warga Dun Tepoh pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) ini.

Beliau meletakkan 'tag-line' "Mencorak Harapan Rakyat" dalam kempennya sebagai menyambut slogan Pakatan Harapan Rakyat yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat.

PAS Ada 8 Calon Untuk Orang Muda, BN Terengganu Ada Berapa?

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/Alias%20Hamid.jpgKEMAMAN - PAS menegaskan komitmennya untuk memberi perhatian kepada golongan pemuda dan pemudi sekiranya PAS diberi mandat kembali menerajui negeri Terengganu Darul Iman dan negara pada pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Menurut Calon PAS N.29 Dun Kemasik Ustaz Alias Abdul Hamid, fakta dan angka jumlah pengundi menunjukkan golongan muda berumur 40 tahun kebawah merangkumi 42% dari 13 juta lebih pengundi yang akan menentukan hala tuju politik negara.

Oleh itu katanya, PAS amat menghargai orang muda ini dan telah meletakkan seramai 6 orang calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 2 orang calon untuk kerusi parlimen.

24 April 2013

Tuduhan Rasuah Yang Membabitkan Pemimpin Umno Terengganu

http://buletinonline.net/v6/images/berita/mercutandakemaman3.jpgKUALA TERENGGANU - Tuduhan melakukan penyelewengan dan rasuah pembalakan terhadap Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said bukanlah tuduhan rasuah yang pertama terhadap pemimpin Umno Terengganu.

Pada  2 Ogos tahun 2009, ADUN Kemasik ketika itu, yang kini dipilih semula menjadi calon BN Dun Kemasik, Rosli Othman dan pembantunya Ramli Abdullah telah ditahan oleh pihak SPRM kerana dilaporkan terlibat dengan rasuah.

Rosli, Ketua UMNO Bukit Kukuran, yang juga Timbalan Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Terengganu, telah ditahan pada jam 9.30 pagi bersama wang tunai RM5,000 di sebuah hotel di Kemaman oleh pegawai SPRM dan dan kemudian dibawa ke balai polis Kemaman.

Ahmad Said Tertekan Lalu Melafazkan Sumpah Laknat

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/Mad%20Said%20angkat%20sumpah.jpgKUALA TERENGGANU - Calon BN N.30 Dun Kijal Dato' Seri Ahmad Said terpaksa melafazkan sumpah laknat dikhalayak ramai kerana tertekan akibat tuduhan beliau terlibat dengan isu rasuah pembalakan yang telah dilaporkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Bismillahirrahmanirrahim, Wallahi, Watallahi, Wabillahi…Saya tidak terlibat melakukan rasuah dalam pemberian (skandal) balak,” ujarnya pada Majlis Menandatangani Ikrar Intergriti Korporat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, pada Isnin 22 April.

Sumpah tersebut merupakan kali ketiga pernah dibuat oleh beliau selama tempoh menjadi Menteri Besar Terengganu dalam beberapa isu ‘panas’ yang melibatkan kepimpinannya satu penggal.

Calon PAS Hulu Terengganu Turuti Jejak Presiden, Sedia Menjadi 'Khadam' Rakyat

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/albasungi.jpgHULU TERENGGANU - Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata, beliau sedia menjadi 'khadam' rakyat untuk memajukan Islam dan membangunkan kawasan Hulu Terengganu menurut acuan Islam.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan tersebut berkata, beliau telah diamanahkan oleh PAS untuk bertanding di kawasan P.038 Parlimen Hulu Terengganu dan menyeru seluruh warga hulu Terengganu untuk bersama mengubah lanskap politik negara.

"Saya diamanahkan oleh PAS untuk bertanding di P.038 Parlimen Hulu Terengganu merayu kepada seluruh warga Hulu Terengganu untuk bersama arus perubahan ini untuk membawa lanskap politik yang baru kepada negara dan menolak segala bentuk elemen yang merugikan negara,"ujarnya. [Lihat Video]

PRU-13 Penting Untuk Mengembalikan Demokrasi dan Maruah Rakyat

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/Dr%20Syed%20Azman%20Kepen%20PRU13.jpgKUALA TERENGGANU - Pilihanraya Umum Kali Ke-13 (PRU-13) adalah amat penting untuk mengembalikan demokrasi dan menebus maruah serta harga diri seluruh rakyat Malaysia amnya dan rakyat negeri Terengganu khususnya.

Menurut, Calon PAS N.16 Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, rakyat Terengganu telah dihina kerana walaupun ia sebuah negeri kaya, namun rakyatnya masih bergelut dengan kemelut kemiskinan.

"kita nak mengembalikan demokrasi di negara kita, kita nak mengembalikan harga diri rakyat Malaysia dan juga rakyat negeri Terengganu, dalam konteks negeri Terengganu ia cukup penting,

23 April 2013

Umno dan BN Sudah Tidak Mampu - Mantan Timbalan Ketua Pengarah Pertanian

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/Datuk%20Muhamad%20Nazli.jpgKUALA TERENGGANU - Mantan Timbalan Ketua Pengarah Pertanian Malaysia Dato' Muhamad Nazli Abdul Majid berkata, kerajaan Umno dan Barisan Nasional tidak mampu lagi memimpin negara ini kerana telah banyak melakukan salah guna kuasa dan rasuah.

Menurutnya, beliau tinggal di bandar Paka, Dungun Terengganu, yang terdapat kawasan perindustrian gas dan minyak yang besar, namun setelah 35 tahun kegiatan petroleum dijalankan di negeri Terengganu, ia tidak membawa perubahan yang besar kepada badar tersebut.

"Kalau kita lihat kerajaan (Umno dan Barisan Nasiona - BNl) yang ada sekarang ini sudah tidak mampu lagi untuk menjadi pemimpin negara kita oleh kerana projek-projek yang dilaksanakan penuh dengan salah guna kuasa dan rasuah,

Kenderan Calon PAS N.26 Rantau Abang DiConteng Perkataan Lucah

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/kereta%20cikgu%20alias.jpgDUNGUN - Kenderaan Cikgu Alias Harun, calon PAS N.26 Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau Abang [Gambar Kanan] telah diletakkan ditempat 'parkir' di rumahnya, belakang Hospital Dungun di sini, dalam keadaan baik sejak jam 11.30 malam Isnin, 22 April.

Menurut Ketua Pemuda PAS Rantau Abang, Syed Mohd Razali, kenderaan pelbagai guna Toyota Unser itu diletakkan dalam keadaan elok dan dikunci dengan baik.

Katanya, rondaan yang dibuat oleh Unit Keselamatan PAS Dun Rantau Abang yang memeriksa sekitar kediaman calon PAS itu tidak mendapati apa-apa kelainan yang berlaku terhadap kenderaan tersebut.

Calon PAS Dun Kemasik Sedia Berkhidmat, Susah Senang Bersama Rakyat

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/Ustaz%20alias.jpgKEMAMAN - Para pengundi Dun Kemasik dan Parlimen Kemaman diseru mengambil peluang dengan gelombang kebangkitan rakyat dan senario politik semasa bagi membuat perubahan dan mengundi PAS dan Pakatan Rakyat

Menurut Calon PAS bagi N.29 Dun Kemasik Ustaz Che Alias Hamid, peluang PAS untuk menang di Dun terbabit cerah berikutan pertandingan tiga penjuru antara PAS, BN dan calon Bebas dari Umno.

"Saya Che Alias Hamid calon N29 Kemasik bagi PAS Kemasik dengan ini saya merayu pada semua pengundi-pengundi di kawasan DUN Kemasik supaya dapat bersama membuat perubahan dalam PRU yang ke 13 ini,

PKR Tarik Diri; Peluang PAS Seberang Takir Cipta Sejarah

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/Zakaria%20Dagang1.pngKUALA NERUS - Calon PAS bagi Dun Seberang Takir Ustaz Zakaria Dagang mewakili seluruh warga PAS Dun tersebut mengucapkan rasa syukur kepada Allah SWT, kerana isu pertindihan calon dengan rakan Pakatan Rakyat PKR telah selesai dan hasrat PAS untuk berdepan dengan BN satu lawan satu tercapai.

"akhirnya apa yang kita impikan selama ini supaya PAS dapat bertanding satu lawn satu dengan Barian Nasional di Sebarang Takir berjaya (dengan) PKR menarik diri pada hari ini,

22 April 2013

Ariffin Selesai Jelajah 'Pusingan Pertama', Hilmi Sudah Jelajah Tiga Masjid

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/ariffind1.jpgKUALA TERENGGANU - Calon-calon 'segar' PAS yang baru pertama kali bertanding tidak merasa letih walau pun sudah lebih 48 jam berkempen dalam pilihanraya umum kali ke-13 yang sedang berlangsung kini.

Antaranya, calon PAS bagi Dun Alor Limbat, Ariffin Deraman yang juga dikenali sebagai 'Utaz Ripin' dikalangan rakan-rakan, ahli-ahli dan penyokong PAS.

PAS Terus Bertanding di Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/hadi-pas.jpgMesyuarat Harian PAS Pusat hari ini memutuskan agar PAS terus bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bertindih dengan PKR di  Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera pada Pilihan Raya Umum ke 13.

Perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru  Abdul Hadi Awang hari ini, keputusan mesyuarat itu akan disampaikan kepada pemimpin tertinggi PKR petang ini.

Peluang PAS Kembali ke Darul Iman Cerah

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/kempen%20chukai.jpgKUALA TERENGGANU - Senario politik selepas dua hari kempen pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) memberikan isyarat yang jelas bahawa PAS dan Pakatan Rakyat akan diberi mandat oleh rakyat untuk kembali bersama amanah rakyat ke wisma Darul Iman.

Pengundi Tionghua Tolak MCA-BN

Masyarakat tionghua terutama para pengundi di Dun Bandar (N14) dan Dun Chukai (N31) memberikan respon yang amat positif kepada calon-calon PAS dan Pakatan Rakyat.

Pertindihan Berlaku Kerana PAS Mahu Selamatkan Pakatan Rakyat

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/TG%20Hadi%20Awang%2021%20april.pngMARANG - Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata berlaku pertindihan beberapa kerusi di antara PAS dengan Parti Keadilan Rakyat kerana PAS mahu menyelamatkan Pakatan Rakyat.

"Kita tak mau jadi kerajaan kita jatuh seperti negeri Perak, PAS mempunyai jentera yang ramai di seluruh negara.... PAS tidak menentang calon kawan-kawan dalam pilihanraya tapi kalau ada calon yang kita khuatir calon yang tangkap muat,

'Kelab' Bekas Ahli Umno Semakin Membesar

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/kempen%20pertama%20Dr%20Man.jpgSETIU - Keadaan yang 'suram' di kem Umno Bahagian Setiu disifatkan sebagai satu petanda perpecahan parti tersebut ekoran satu demi satu, termasuk para pemimpinnya meninggalkan 'parti purba' itu.
"Kesuraman di pihak kem Umno Setiu semasa proses penamaan calon kelmarin barangkali petanda dari suatu sengketa dalaman ekoran krisis semasa pemilihan calon-calon yang tak dapat disembunyikan lagi,

"Hadirnya bekas MP Setiu sebagai calon bebas dengan misi khusus untuk menjatuhkan ketua bahagiannya sendiri menambahkan lagi garam kepada luka yang berkudis,"ujar Naib Yang DiPertua PAS Setiu, Dr. Azman Ibrahim

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada kempen pertama beliau di Kampung Kerandang, Jabi, di sini [Gambar kiri Atas], selepas disahkan mewakili PAS untuk bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN), Mohd Iskandar Jaafar, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/yusof%20majid.jpgMenurut Dr. Azman yang juga Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Teregganu, ucapan Yusof Majid sendiri membawa makna bahawa 'kelab' bekas-bekas ahli Umno semakin bertambah dan membesar.

".......Permainan baru saja bermula....... itulah ungkapan penuh makna calon bebas Dun Permaisuri saat disapa ketika proses penamaan calon kelmarin,"katanya yang mengulas, bukan sahaja PAS dan Pakatan Rakyat yang tidak suka kepada Umno, bahkan ahli-ahli Umno sendiri.

Bekas Ahli Parlimen Setiu (2004-2008), Mohd Yusop Majid bersedia berdepan tindakan yang bakal diterima dengan perlucutan keahlian Umno secara automatik kerana bertanding atas tiket Bebas bagi Dun Permaisuri.

Menurutnya, beliau sedia maklum berhubung perkara itu (dilucutkan keahlian) sebagaimana termaktub dalam perlembagaan Umno.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/Mat%20Bidi%20paling%20kiri.jpg“Saya faham siapa yang bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) secara automatiknya akan terkeluar daripada Umno. Saya juga faham dan saya telah baca perkara itu (perlembagaan).

“Bagaimanapun saya ambil pendirian ini berdasarkan suara rakyat yang mahukan perubahan, sekaligus menyuburkan semangat demokrasi di negara ini. Apa pun saya harap masyarakat faham tujuan saya supaya  hasrat mereka tercapai,” katanya dilaporkan sebuah akhbar tempatan


Di Besut, malam sebelum hari penamaan calon, bekas ahli Umno dan JKKK Hulu Besut Abang Mat Bidi, merupakan 'audien' paling depan dalam ceramah di Kampung Pasir Akar oleh calon PAS Dun Hulu Besut, Salahhuddin Jaafar.

Abang Mat Bidi, 62 tahun, atau nama sebenarnya Ramli bin Bidi bersama 31 orang rakannya keluar Umno dan menyertai PAS pada 23 Mac lalu. [Gambar kanan paling kiri, sudah berbaju hijau]

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/nuhairi.jpgKetika ditemui, beliau berkata, ramai lagi yang mengikuti jejak langkahnya sejak BN mengumumkan Nawi Mohamad sebagai calon bagi Dun terbabit.

Menurutnya, seluruh ahli-ahli Jawatankuasa Keselamatan Umno Hulu Besut telah pun meletakkan jawatan sebaik menerima khabar bahawa Nawi dipilih semula menjadi calon BN bagi Dun Hulu Besut.


Di Hulu Terengganu, Mohd Nuhairi bin Muhammad, 42,  [Gambar kanan bawah] yang muncul secara mengejut di pusat penamaan calon pada jam 8.30 pagi semalam, disahkan bertanding sebagai calon bebas bagi Dun Ajil.

Beliau seorang 'kapten kapal' merupakan ahli Umno seumur hidup, mengambil keputusan untuk bertanding bagi menyelamatkan 'ahli-ahli Umno' dan rakyat keseluruhannya.

Menurutnya, zaman sudah berubah dan dan berbeza dengan masa lampau, politik masakini adalah politik 'dinamik' kerana pemikiran rakyat kini juga telah berubah.

Lima Agenda Besar Calon PAS Parlimen Kuala Nerus

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/kuala%20nerus2.jpgKUALA NERUS – Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali menegaskan tiga kerja besar yang perlu dilaksanakan oleh semua ahli dan petugas PAS sepanjang 14 hari waktu berkempen pilihanraya umum ke-13 sebagaimana yang ditetapkan pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

“Kita baru selesai penamaan calon dan di hadapan kita kerja-kerja yang sangat banyak menanti kita kerana (hari) ini baru mukaddimah. Kerja kita seperti biasa pertamanya kita nak sampaikan akidah perjuangan kita, itu yang pertama,

“Yang kedua kita nak sampaikan manifesto kita. Yang ketiga untuk membongkar kesilapan dan penyelewengan umno selam mereka memerintah,”jelasnya ketika ditemui selepas selesai proses penamaan calon PRU-13 peringkat parlimen Kuala Nerus di sini. [Lihat Video]

Beliau yang bertanding mewakili PAS dalam PRU-13 berkata, yang paling penting dalam usaha mencapai kemenangan adalah mendekatkan diri memohon bantuan daripada Allah SWT.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/kuala%20nerus4.jpgOleh itu katanya, beliau sendiri akan memimpin usaha munajat pada setiap malam di peringkat Parlimen Kuala Nerus, di lokasi-lokasi yang akan dimaklumkan.

“Ini kerja-kerja besar yang kita berharap dapat digarap bersama ahli-ahli parti kita dankita mesti yakin bahawa kita berjuang untuk agama Allah, orang yang menang adalah orang yang berjuang dan orang yang kalah adalah mereka yang tidak terlibat dengan perjuangan,

“Saya nak mengajak semua ahli-ahli parti untuk mewakafkan masa mereka selam 14 belas hari ini demi untuk member kemenangan kepada islam InsyaAlah,”ujarnya.

Beliau berkata, beliau hanyalah wakil kepada parti dan jamaah PAS, dan sekiranya diberikan Allah satu kemenangan, ia adalah kemenangan untuk Islam.

Menyentuh tentang agenda kempen beliau di Kuala Nerus, Dr. Khairuddin meletakkan lima agenda yang akan diperjuangkannya sekiranya, rakyat memberi mandat kepada beliau.

Agenda Kuala Nerus itu, kata beliau adalah; Agenda Agama; Kuala Nerus Beriman, Bertaqwa dan Bermoral, Agenda Ekonomi; Kuala Nerus Ekonomi Berkat, Sejahtera Rakyat, Agenda Sosial; Kuala Nerus Cakna Umat & Berkebajikan, Agenda Ilmu; Kuala Nerus Berpendidikan & Bermaklumat dan Agenda Pembangunan; Kuala Nerus Pembangunan Lestari Rabbani.

“Untuk peringkat kuala nerus, kita ada lima agenda, lima agenda utama, pertama Kuala Nerus Beriman, Bertaqwa dan Bermoral, Agenda Ekonomi; Kuala Nerus Ekonomi Berkat, Sejahtera Rakyat, Agenda Sosial; Kuala Nerus Cakna Umat & Berkebajikan, Agenda Ilmu; Kuala Nerus Berpendidikan & Bermaklumat dan Agenda Pembangunan; Kuala Nerus Pembangunan Lestari Rabbani,

“Itu yang nak dibawalah…..Itulah fokus 5 perkara yang nak kita (saya) bawa kepada pengundi kita untuk mengajak mereka bersama dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) Insya Allah………,”jelasnya

Muslimat Diseru Bukti Wibawa 'Menggoncang Dunia'

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/Napisah%20Ismaila.jpgBESUT - Pencalonan Ketua Dewan Muslimat PAS Besut pada pilihanraya kali ke-13 tahun ini mengukir sejarah baru perjuangan PAS memertabatkan wanita di persada politik negeri Terengganu.

Semalam pada Sabtu 20 April, pada kira-kira jam 11 pagi di Pejabat Daerah Besut, Kampung Raja, Napisah Ismail, 53, diumumkan secara rasminya oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menjadi calon PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Napisah yang lebih mesra dengan panggilan Kak Pisah merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat negeri Terengganu, adalah anak jati Besut, dilahirkan di Kampung Beris Pak Abu pada tahun 1960.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/muslimat%20goncang%20duniaa.jpgBeliau yang telah bersama-sama saf kepimpinan muslimat PAS sejak 24 tahun yang lalu, pernah menanggotai Jawatankuasa Muslimat Kawasan Kuala Kerai, ketika mengikut usaminya, seorang bekas guru yang bertugas di sana.

Ketika bercakap kepada ahli dan penyokong PAS selepas penamaan calon di sini, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.

"saya ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir kerana muslimin dan muslimat telah menunggu sampai hampir dua jam, tengah-tengah panas, dan ucapan terima kasih juga kepada saf kepimpinan Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu yang datang daripada jauh semata-mata untuk memberi sokongan kepada (saya) calon muslimat,"ujarnya. [Lihat Video]Beliau turut menyeru kepada semua muslimat PAS agar bangkit menunjukkan kewibawaan sebagai pejuang wanita Islam untuk menggoncang dunia.

"Dan...... InsyAllah, buktikanlah (wahai para) muslimat, (sesungguhnya) tangan yang menghayun buaian (itu) bisa, boleh menggoncangkan dunia,"tegasnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/napisah%20&%20rahman.jpgSebelum ini, ketika diumumkan sebagai calon PAS oleh Presiden, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Khamis lalu, Kak Pisah mengucapkan terima kasih dan bersyukur kepada Allah kerana PAS membuktikan bahawa ia adalah sebuah parti yang bergerak mengikut zaman dan menghargai kepimpinan muslimat.

Mewakili seluruh ahli-ahli PAS pula, Datuk Seri Abdul Hadi yakin dengan kemampuan Kak Pisah untuk membawa cabaran parti pada pilihan raya umum ke-13 ini berdasarkan pengalamannya yang telah menyertai parti itu sejak 1983.

Kak Pisah akan 'berentap' menentang calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang kerusi Dun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar.

Pada pilihan raya umum 2008, Dr A Rahman mengalahkan calon PAS, Nik Zawawi Salleh dengan majoriti 2,631 undi, yang pernah mewakili warga Kuala Besut sebagai wakil rakyat pada tahun 1999 hingga 2004.

21 April 2013