04 Mac 2017

Rasuah: Kit Siang Perlu Desak Guan Eng Bercuti

Gejala rasuah kelihatan semakin menjadi barah dalam negara mutakhir ini. Pemimpin politik yang menjadi dalang utama gejala rasuah ini merupakan punca utama barah ini sentiasa merebak di dalam masyarakat khususnya dalam kalangan kakitangan awam. Penyakit ini tidak dapat tidak mesti dihentikan serta merta jika kita ingin melihat ekonomi negara pulih dan rakyat hidup dalam keadaan makmur. . Namun ahli politik adalah kuncinya, bersih ahli politik, negara akan mencapai sifar rasuah.

Perbincangan Ilmu Dan Mahabbah Bersama Dr Asri

Perbincangan antara saya dan Dr Asri semalam di Kangar pada 3 mac 2017 berhubung pindaan Akta 355 merumuskan beberapa perkara:

Cadangan peningkatan hukuman kesalahan Syariah bersifat takzir kepada 30 tahun penjara dan 100 ribu denda tidak dipersetujui oleh beliau dengan alasan dan hujah tersendiri.

Pemuda PAS Cawangan Agih Petrol Percuma

Oleh : Suhaimi Taib

KUALA TERENGGANU - Pemuda PAS Cawangan Tok Ku Tuan Besar mengambil inisiatif mengagihkan 110 Liter minyak  petrol RON97 secara percuma kepada penduduk sekitar kampung berkenaan.

Menurut Ketua Pemuda Kuala Terenggan Mohd Azrin Mohd Aris, ia bertujuan meringankan beban kewangan menghadapi kos sara hidup semakin.

03 Mac 2017

Perumahan Generasi Kedua; PAS Gesa Kerajaan, Felda Tunaikan Janji

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat Naraza Muda menggesa kerajaan dan pihak berkuasa terbabit menunaikan janji dan menyegerakan pembinaan rumah Generasi Kedua Felda.

Beliau berkata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi & Kepenggunaan Negeri Terengganu, Nawi Mohamad menyatakan sebanyak 1,507 unit rumah generasi kedua telah di tender.

Lapan Jenis Rezeki Dari Allah

1.Rezeki Yang Telah Dijamin.

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).

Zakir Naik : Intelek Vs Ekstrem?

Oleh : Nasrudin bin Hassan

Zakir Naik dalam ceramahnya sentiasa mengemukakan hujah yang ilmiah dan rasional, tidak hanya berdasarkan sumber-Islam, beliau turut menghuraikan sesuatu perkara berdasarkan sumber agama lain bagi memahamkan pendengar terhadap keindahan Islam dan meyakinkan mereka bahawa Islam adalah agama yang sebenar. Intelek atau ekstrem?

Kerajaan Patut Kongsi Pendapatan Dengan Rakyat, Bukan Naikkan Harga Gula


Walaupun kenaikan harga gula pasir putih bertapis kasar pada Mac 2017 hanya 11 sen, lebih rendah berbanding kenaikan pada Januari, Julai dan Disember 2010 serta pada 2011, 2012 dan 2013 yang mencatatkan kenaikan antara 20 sen sehingga mencecah 34 sen sekilogram, namun mengambilkira nilai semasa pertukaran Ringgit berbanding US Dollar sekarang ini, ia adalah merupakan kenaikan tertinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Israel Telah Mula Membahagikan Al-Aqsa

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) memberi amaran, Israel telah mula membahagikan kompleks Masjid Al-Aqsa Baitulmuqaddis Timur dengan tujuan untuk mewujudkan ruang sembahan untuk agama Yahudi, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) memberi amaran Rabu.

"Penempatan sebuah bilik kaca di dalam halaman kompleks Masjid Al-Aqsa adalah langkah pertama ke arah pemisahan ruang masjid," kata wakil OIC di Palestin Ahmad al-Ruwaidhi, pada sidang akhbar pada hari Rabu.

02 Mac 2017

PAS Setiu Sambut Baik Lima Tawaran Awal PAS

SETIU - PAS Kawasan Setiu menyambut baik lima manifesto awal PAS Negeri untuk di berikan kepada rakyat sekiranya diberi mandat untuk memerintah negeri pada PRU 14 yang semakin hampir.

Yang Di Pertuanya, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata kesemua lima tawaran manifesto awal itu menunjukkan bahawa PAS bersama merasai kehidupan rakyat yang semakin terdesak.

Bila Guru Kencing Berdiri, Anak Murid Kencing Berlari???

Oleh : Azizah Mahmood
Kenapa di sebut guru dalam perumpamaan ini? Ia adalah kerana keramatnya seorang insan bernama guru, yang disifatkan mempunyai ‘kuasa’ mengubah seseorang individu itu.

PAS Kuala Terengganu Prihatin Kesihatan Penduduk

Oleh Suhaimi Taib

KUALA TERENGGANU - PAS  Terengganu prihatin terhadap kesihatan rakyat negeri itu, sekaligus menawarkan bayaran hospital percuma kelas ketiga jika berjaya memerintah negeri itu selepas Pilihan raya Umum ke 14 (PRU 14) nanti.

Gula oh gula!

Oleh: Dr Azman Ibrahim

Harga gula naik lagi. JKKK duduk sembang dalam kedai kopi, kenaikan harga gula bagus untuk mengurangkan kencing manis. Walaupun dia sendiri minum kopi O lebih gula.

Nak buat macam mana. Perdana Menteri yang bawa hujah ni setiap kali harga gula naik. Yang di bawah ini macam burung kakak tua saja tukang ikut.

Mahkamah Mesir Jatuhkan Hukuman Keatas Anak Al-Qaradawi

Mahkamah Mesir pada Selasa telah menjatuhkan hukuman penjara kepada tiga orang, termasuk anak lelaki ulama Islam yang terkenal Yusuf al-Qaradawi, selama lima tahun kerana didakwa menyebarkan berita palsu, menurut sumber kehakiman tempatan.

Sisi Regime Punishes Jailed Muslim Brotherhood Spokesman Gehad El-Haddad After NYT Article

Dr Mona Imam said her son Gehad El-Haddad, jailed spokesman for the Muslim Brotherhood in Egypt, was thrown into a "disciplinary cell" in harsh junta Aqrab Prison after an article he wrote secretly was published by the New York Times. Dr Mona Imam held the prison administration, the prison service and the Interior Ministry fully responsible for the deterioration of her son's health, demanding her right to visit him in detention.

01 Mac 2017

Pemuda Perlu Kesedaran Politik

Oleh : Zainun Muhamad

KUALA NERUS - Pemuda juga perlu diberi kesedaran tentang politik semasa kerana ia berkait rapat dengan masa depan orang muda dan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr. Alias Razak berkata, kecaknaan yang ditunjukan oleh pimimpin Pemuda PAS Terengganu dan Kawasan  Kuala Nerus dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan anak-anak muda.

Two Felda Former Senior Officers Face Graft Charges Involving RM48m


Two Felda former senior officers were charged in the Sessions Court here today, with criminal breach of trust (CBT) and abetting involving about RM48 million, three years ago.
Felda former deputy director-general (Strategic Resource Management), Muhammad Sufi Mahbub, 53, faces two counts of CBT while Felda former director-general, Datuk Faizoull Ahmad, 57, faces two counts of abetting him.

Terus Berbicara Tentang Pindaan Akta 355

Sebagaimana saya tegaskan dalam banyak tulisan dan ucapan saya, meminda "Akta 355 Bidangkuasa Jenayah Mahkamah Syariah 1965" adalah kewajipan bersama seluruh umat Islam. Hal ini kerana Akta 355 sekarang menghalang beberapa kesalahan Syariah di Mahkamah Syariah di negeri-negeri daripada dihukum berdasarkan kehendak al-Quran dan Sunnah Nabi saw.

Kilang Memproses Ayam Daging TD Poultry Tutup?

Oleh : Suhaimi Taib

KUALA TERENGGANU - Benarkah kilang memproses ayam TD Poultry Sdn. Bhd. (TD Poultry) di kawasan Perindustrian Chendering Kuala Terengganu sudah tutup?

Setiap kali penulis lalu di hadapan kilang tersebut, pintu kilang tertutup rapat, tidak ada kelibat kakitangan berada di situ.

1,500 Kanak-kanak Menjadi Tentera Dalam Perang Yaman

Hampir 1,500 kanak-kanak telah diambil oleh pihak berperang di Yaman, kebanyakannya oleh pemberontak Syiah Huthi, sejak Mac 2015, PBB berkata pada hari Selasa.

"Perangkaan yang mungkin lebih tinggi kerana kebanyakan keluarga tidak bersedia untuk bercakap mengenai pengambilan anak-anak mereka, kerana takut tindakan balas," katanya.

PAS Pulau Pinang Komited Bantu SPRM Cegah Rasuah

Oleh : Afnan Hamimi Taib Azamudden

Bagi merealisasikan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang digagaskan oleh PAS Pusat, Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang dalam lawatan kerjanya ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) P. Pinang pada 28 Februari 2017 menyatakan komitmen untuk bersama-sama SPRM bagi mencegah perbuatan rasuah terutamanya dikalangan ahli politik.

Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera

Manifesto Awal PAS Terengganu 'Gerunkan' Musuh

KUALA TERENGGANU - Komitmen dan persiapan PAS Terengganu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, cukup menyakinkan  apabila mengumumkan lima manifesto awalnya.

Jelas sekali, ia telah menggerunkan 'musuh' apabila  Pesuruhjayanya, Ustaz Satiful Bahri Mamat turut melancarkan janji pilihan raya dengan tema 'Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera',

28 Februari 2017

BN Cuba Sisihkan Melayu Islam Jadi Penghuni Bandar

Oleh : Suhaimi Taib

KUALA TERENGGANU - Projek ‘By-Pass’ Kuala Terengganu menghasilkan resolusi bahawa penduduk dihalang untuk naik taraf status tanah kampung kepada tanah bangunan.

(Gambar - warawan sedang menemubual penduduk yang terlibat dengan pengambilan tanah untuk prohek KT By-Pass)

Kasih Beputik Di HARAP-PGU 3.5

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

Program Himpunan Harapan Semua-PAS ganti Umno (HARAP-PGU) 3.5 yang berlangsung di bumi Besut 23-25 Febuari lalu meninggalkan seribu kenangan buat diriku ....

25 Februari 2017

Tak Sakit Tak Semestinya Sihat

Oleh : Syakira

BESUT - "Tak sakit tak semestinya sihat", itulah ungkapan yang disebut oleh Dr. Farhana Hasbullah semasa slot Jom Sihat dalam program HARAP PGU 3.5 di Kampung Raja, semalam.

Beliau yang juga isteri kepada Timbalan Ketua Pemuda Malaysia, Ustaz Abdul Khalil Abdul Hadi. Tambah beliau lagi, "Kesihatan ini adalah menyeluruh. Kalau hubungan dengan masyarakat bermasalah, itu pun dikira tidak sihat".

Tetap Istiqamah Walaupun Sakit

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

BESUT - Walaupun menghadapi masalah kesihatan yang teruk, namun beliau sentiasa mengambil berat tentang PAS.

Ariffin Abdul Rahman, 63, yang menghidapi penyakit saraf, adalah bekas Ahli Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) semasa PAS memerintah Terengganu tahun 1999.

Ziarah Pemimpin PAS Sentuh Hati Masyarakat

Oleh : Sumaiyyah

BESUT - Program ziarah yang menjadi antara agenda terpenting dan tidak ditinggalkan setiap kali Himpunan Harapan Semua, PAS Ganti Umno Kali Kelima (HARAP-PGU 3.5) berjaya menyentuh hati masyarakat setempat.

Pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, Sebanyak lima buah rumah telah diziarahi yang terdiri daripada mereka yang mengalami masalah kesihatan serta warga emas.

24 Februari 2017

Lunak Dengan Kerajaan Bukan Bermaksud Bersetuju Dengan Umno

Program Sembang Santai kendalian TV HARAP membongkar kenyataan sebenar tentang peranan Majlis Syura Ulama, bagaimana hubungan PAS dengan parti-parti politik yang lain, soal sikap 'lunak' serta persoalan tentang Budaya Politik Matang dan Sejahtera.

Ikuti catatan temubal antara TV HARAP dengan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS Dato' Dr. Mohamad Nik Zawawi Nik Salleh di bawah;

PAS Berubah Atau Kamu Yang Berubah?"

Oleh : Syakira & Hayati (Team KAMI Besut)

Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, tiba di tapak HARAP-PGU 3.5, malam tadi untuk slot syarahan perdana bersama dua lagi pimpinan, iaitu Ustaz Nasharuddin Daud dan Ustaz Dr. Riduan Mohd Nor.

Beliau memulakan syarahan dengan membaca ayat Allah dalam surah al-Ahzab 66-69 yang menjelaskan azab orang yang 'sesat' di akhirat.

23 Februari 2017

HARAP-PGU 3.5 Siap Sepenuhnya Sedia Terima Tetamu

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

BESUT  -  Semua Unit Jawatankuasa Induk Himpunan Harapan Semua PAS Ganti Umno Kali Kelima (HARAP-PGU 3.5) telah bersedia bagi menyambut tetamu yang datang dari seluruh negeri Terengganu.

Setiausahanya Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, hanya dua unit, persiapan dan siaraya yang sedang dalam proses akhir menjelang program pertama Himpunan pada malam ini.

HARAP PGU 3.5 Siap Sepenuhnya Sedia Terima Tetamu

Orang Islam AS Kutip Derma Bantu Perbaiki Kubur Yahudi

Satu projek kutipan dana dilancarkan oleh aktivis Islam telah mengumpulkan lebih daripada $ 55,000 dalam satu hari, untuk membaiki tanah perkuburan Yahudi yang dirosakkan di St Louis.

Linda Sarsour dari Kumpulan Hak-hak Sivil dan Tarek El-Messidi dari NGO Celebrate Mercy telah menggesa orang ramai untuk menderma selepas lebih 100 daripada batu nisan tanah pekuburan Emeth Cemetery Kesed Shel di pinggir St Louis University City, dirosakkan.

PAN Main Politik Persepsi - Dr B.Chandran

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU: Parti Amanah Negara (PAN) dinasihatkan agar lebih menghormati PAS dengan tidak bermain politik persepsi terhadap parti itu.

Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Dr Bala Chandran berkata pemimpin PAN tidak perlu mencampuri urusan PAS dengan hujah persepsi.

Sebab itu, kata beliau tidak terpengaruh dengan politik persepsi dari mana-mana pihak kerana mengetahui tentang dasar perjuangan PAS.

PAS Yang Dicemburui,Usah Kita Peduli, Jom ke HARAP-PGU 3.5

Dalam seminggu dua ini, nama PAS sentiasa meniti di bibir rakyat Malaysia yang celik politik dan keadaan semasa. Sangat menggembirakan kerana ianya seperti satu bentuk pengiklanan percuma yang diberikan oleh kawan mahupun lawan PAS. Dari orang politik, orang agama, non-muslim, cendikiawan, golongan liberal, kakitangan kerajaan malah tidak ketinggalan juga golongan remaja yang sama-sama memerhatikan dengan serius Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang diperkenalkan oleh PAS.

18 Februari 2017

Lintas Langsung H355 (3); Ratusan Ribu Tegaskan

Oleh : Khairul Nizam Abdullah dan Salwana Ghani

KUALA LUMPUR - Ratusan ribu rakyat Malaysia hari ini tanpa mengira latarbelakang politik berhimpun bagi menyatakan sokongan padu terhadap pindaan rang undang-undang 355 yang akan dibentangkan diParlimen pada bulan Mac nanti.

Pindaan itu adalah bagi memperkasakan undang-undang mahkamah syariah yang sejak dulu lagi lebih rendah dari mahkamah sivil .

Lintas Langsung H355 (2) : Air Mata Pok Soh

Oleh: Dr Azman Ibrahim

Pok Soh dari Dungun, Terengganu. Saya perhatikan seimbas lalu di kalangan peserta H355 dari Terengganu, Pok Soh yang paling berusia. Walau saya tak sempat tanya berapa usia beliau, tapi saya yakin usia beliau telah melepasi seven series.

Janggut dan misainya tidak kelihatan lagi seurat pun berwarna hitam membenarkan jangkaan saya. Semangat dia berdiri gagah di bawah panas terik matahari. Entah sudah makan atau belum.

Melaungkan takbir dan slogan dengan penuh semangat. Saat doa dibacakan oleh YB Dato' Dr Khairudin Aman Razali, AJK PAS Pusat sebelum konvoi Terengganu memulakan perarakan ke Padang Merbok, saya melihat beberapa kali beliau mengesat air mata.

Lintas Langsung H355 (1) ; Turun Dengan Semangat Berkobar-kobar


Oleh : Dr Azman Ibrahim

Jarum jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Mengikut jadual, peserta dari Terengganu diarahkan berkumpul di hadapan SOGO jam 3 petang.

Tiga jam lebih awal dari waktu yang sepatutnya, orang ramai terutama peserta Terengganu berpakaian ungu mula memenuhi perkarangan SOGO.

Aktivis Yayasan Amal Rebah Dalam Bas Menuju H355

Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Cawangan Terengganu (YAMCT), Mohamad Fauzi Abu Samah jatuh pengsan di dalam bas yang dinaikinya ketika dalam perjalanan ke Himpunan 355.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Cikgu Fauzi kini ditahan di Wad Kiambang 5C, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut saksi yang satu bas dengan beliau, "Dia (Cikgu Fauzi) mengadu tidak sedap badan dan berasa tangan sebelah kanan kebas juga mata mulai kabur, tidak nampak apa-apa selepas naik bas dari hentian Kijal,". ujar Encik Razali Mat Yunos

H355 ; Lebih 150 Petugas Media Buat Liiputan


KUALA LUMPUR - 19 petugas media 'Lidah Rasmi PAS' dari Harakah akan membuat liputan H355, daripada sejumlah kira-kira150 orang kakitangan pelbagai akhbar dalam dan luar negara yang telah  mengesahkan hadir  di Padang Merbok, esok.

Ketua Pengarangnya Wan Nordin Wan Yaacob berkata, jumlah gerombolan  'orang media' Harakah itu dibantu oleh petugas Kumpulan  Aktivis Media Independen (KAMI)  Ternggganu.

Lebih 10K Peserta H355 Mula Bergerak Ke Ibukota


Tepat jam 10.30 Jumaat malam, kesemua 11 buah bas membawa seramai 450 peserta H355 dari Kawasan Dewan Undangan (DUN) Jabi selamat berlepas.

Pengerusi PAS DUN tersebut, Dr Azman Ibrahim berkata, di samping itu, 10 buah kenderaan persendirian juga turut serta membawa kira-kira 40 orang peserta lagi.

17 Februari 2017

H355: Kecil Padang Merbok KL Kami Dadahkan

Padang Merbok pada saiznya hanya menampung 45 - 50 ribu peserta H355 pada satu masa. Gelombang kebangkitan ummah dan gelora ungu ini meyakinkan saya bahawa peserta akan melebihi jumlah 50 ribu.

2. Justeru itu, kecil Padang Merbok maka Kuala Lumpur kami tadahkan. Insyaallah, kawasan sekitar akan ditutup kepada lalulintas seperti yang diumumkan oleh PDRM untuk memberi kemudahan kepada pengguna jalanraya dan juga peserta H355 menghadirinya dengan selesa.

Jihad Memperkasakan Islam Menerusi Himpunan RUU 355

Dimaklumkan sekurang-kurangnya 1000 buah bas dengan 40,000 penumpang sedang dan bakal bergerak untuk hadir Himpunan RUU355 esok sabtu 18 februari 2017 di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Ini tidak termasuk ribuan lagi kenderaan dengan puluhan ribu lagi manusia. Mereka hadir sebagai menyahut seruan memperkasakan Islam di negara ini. Moga Allah ganjari mereka atas pengorbanan masa, tenaga dan harta benda mereka untuk perjuangan ini. Namun, di sana masih ramai yang tidak bersama hadir dengan jasad mereka tetapi mereka bersama perjuangan ini dengan dokongan doa dan semangat mereka.
Nabi saw menyebut ketika rombongan jihad bergerak bersama Baginda:

Tinggalkan PAS Kalau Tak Mahu Ikut Cara PAS

MARANG –  Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meninggalkan parti itu jika tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat dalam parti daripada terus mengkritik dan menyerang PAS.

“Kalau orang PAS dia kena ikut cara PAS……… Kalau dia tidak mahu ikut cara PAS dia kena keluar. Itu lebih baik,

Panduan Kesihatan Semasa H355

Perhimpunan aman bagi menyatakan sokongan kepada pindaan rang undang-undang 355 bidang kuasa Mahkamah Syariah akan diadakan pada sabtu ini. Sehubungan dengan itu berikut adalah beberapa nasihat kesihatan kepada semua peserta yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.

Untuk makluman semua bahawa perhimpunan dalam jumlah kehadiran yang ramai seperti itu boleh berlaku segala apa kemungkinan. Antaranya adalah cuaca panas yang melampau. Cuaca panas terlampau boleh mengakibatkan seseorang individu itu kena dehidrasi (dehydration) dan strok haba (heat stroke).

Arahan Kepada Peserta Himpunan H355 Dari Terengganu

Semua peserta hendaklah berkumpul di kawasan Sogo pada jam 3:00 petang sabtu, 18 febuari 2017.

Peserta yang mari awal dengan bas boleh turunkan peserta sekitar sogo dan yang guna perkhidmatan LRT  dan naik di Stesyen Putra LRT Terminal Gombak  boleh turun di Stesen Masjid Jamek - Jalan kaki ke Sogo dalam 2 minit.

Rayuan Derma Untuk Adik Muhammad



Oleh : Shahril Aswad

HULU TERENGGANU - Skuad Cakna Masyarakat Hulu Terengganu (SCM) hari ini melancarkan sumbangan derma kilat untuk bagi membantu adik Muhammad bin Abdullah .

Pengerusi SCM Mohd Safari bin Abu berkata, beliau adalah seorang pelajar Kolej Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) Manir terlibat dalam satu kemalangan pada petang Rabu.