31 Januari 2015

Harapan Memerintah Terengganu Kali Ketiga


IMG-20150130-WA0133KUALA NERUS – PAS Terengganu menaruh harapan tinggi kepada rakyat agar bersedia mengulangi sejarah lampau memberi mandat bagi memerintah negeri buat kali ketiga pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata perjuangan PAS bagi menggantikan tampuk pemerintahan negeri dari Umno dan Barisan Nasional (BN) serta mendaulatkan syariat Islam.
Justeru, katanya Himpunan Harapan Semua (HARAP) 3.1 ini merupakan kesinambungan dari program PAS Ganti Umno (PGU), yang telah sinonim dengan rakyat di negeri ini.

Debu ‘CubCross’ Peningkat Semangat dan Ukhuwah Pemuda


Screenshot (633)KUALA TERENGGANU – Ribut Pasir dan debu yang berterbangan semasa pertandingan lumba ‘CubCross’ sempena Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.1) walaupun sedikit menganggu melambangkan kekuatan semangat dan ukhuwah dikalangan para pemuda PAS.
Ketua Pemuda PAS negeri Terengganu Ustaz Kamaruzzaman Abdullah bagaimana pun meminta maaf kepada kepada semua pengunjung HARAP 3.1 dan jiran-jiran sekitar tapak Himpunan tu yang mungkin agak terganggu.

‘Street Dakwah’ Teluk Ketapang Dapat Sambutan Baik

20150130_180609
KUALA NERUS – Pemuda PAS berganding bahu dengan Ameerah mengadakan aktiviti rekreasi sambil berdakwah bersempena Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.1) di sini.
Seramai 150 orang telah bergerak dari taman permainan kanak-kanak di pantai rekreasi bersebelahan lapangan terbang Sultan Mahmud menyusuri jalan menghala ke kampung Teluk Ketapang, sambil mengedarkan risalah dan memberikan penerangan kepada orang ramai.

30 Januari 2015

Lesen Perniagaan Naik 300 – 700%, Membebankan dan Melampau


Kamarul Bahrin bincang peniagaKUALA TERENGGANU – Kenaikan mendadak bayaran lesen perniagaan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) antara 300 hingga 700 peratus, sejak 25 Januari lalu mengejutkan para peniaga terbabit di kawasan ini.
Menurut Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah, beliau dimaklumkan oleh para peniaga tersebut, peningkatan kadar itu akan memberi kesan besar terutama peniaga-peniaga kecil.

29 Januari 2015

Solat Hajat dan Tahlil Buka Program HARAP 3.1

20150129_205640 (2)KUALA NERUS  – Program Himpunan Harapan Semua (HARAP) 3.1 yang julung-julung kalinya diadakan bagi menggantikan program PAS Ganti Umno (PGU) sebentar tadi dimulakan dengan solat isyak berjemaah dan disusuli dengan solat hajat.
Solat tersebut dipimpin oleh Ketua Dewan Ulamak Negeri Terengganu Dato’ Hussein Awang itu kemudiannya diakhiri dengan majlis bacaan tahlil.

HARAP 3.1; Rakyat Terengganu Diseru Hadir Beramai-ramai


IMG-20150128-WA0086KUALA NERUS – Orang ramai khususnya warga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir dan Kuala Nerus serta seluruh rakyat negeri Terengganu diseru agar hadir beramai-ramai ke program Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.1) yang akan bermula pada Khamis 29 Januari dan berakhir pada Sabtu 31 Januari.
Setiausaha Jawatankuasa Panitia Induk HARAP 3.1 Ustaz Zakaria Dagang berkata orang ramai boleh menghayati pelbagai aktiviti yang diadakan bersempena HARAP 3.1 yang akan merealisasikan tema ‘Harapan Untuk Semua’.

28 Januari 2015

Pasca Banjir; Sumbangan Kewangan Dan Bantuan Pakar Amat Diperlukan


IMG-20150128-WA0063KUALA TERENGGANU – Sebulan berlalu banjir besar Pantai Timur terutama Kelantan dengan kesan kemusnahan harta benda dan tempat tinggal yang dianggarkan kerugian sebanyak 1.3 bilion ringgit.
Menurut Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) Dr Suhazeli Abdullah, sebanyak 2667 rumah yang musnah terus dan tidak selamat didiami semula yang memerlukan sokongan semua pihak.

27 Januari 2015

Limau Mandarin Lambang Kasih Sayang


IMG-20150127-WA0043KUALA TERENGGANU – Menjaga hubungan antara kaum dalam negara kita ini amat dititikberatkan dalam kelompok masyarakat majmuk.
Itu kupasan dari pertemuan dengan Ahmad Ahli Parlimen Kuala Terengganu YM Raja Dato’ Kamarulbahrin Raja Ahmad ketika membincangkan tentang sambutan tahun baru cina bersama wakil-wakil DUN di dalam Parlimen Kuala Terengganu.

26 Januari 2015

PAS Tangguhkan Agenda ‘Sepetang Berhibur’ Pada HARAP 3.1


IMG-20150121-WA0022KUALA NERUS – PAS menzahirkan rasa amat dukacita di atas kemangkatan Tengku Intan Zaharah bt Tengku Hitam Omar, bekas Permaisuri Terengganu dan Permaisuri Agung dan merafakkan takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin di atas kemangkatan Paduka Nendanya.



25 Januari 2015

Almarhumah Tengku Intan Zaharah Selamat Disemadikan


IMG-20150125-WA0061 (2)KUALA TERENGGANU – Jenazah Tengkuan Ampuan Tua Terengganu, Tengku Intan Zaharah Almarhum Tengku Seri Setia Raja Tengku Hitam Omar selamat disemadikan bersebelahan makam suami baginda, Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Makam Diraja Terengganu di Masjid Abidin di sini, selepas solat zuhur.
Bernama melaporkan, istiadat pengebumian dan bacaan talkin disempurnakan Mufti Terengganu Dr Zulkifly Muda.

24 Januari 2015

Karnival Terengganu Baharu; Satu Sabotaj, Provokatif dan Kebudak-budakan!


IMG-20150118-WA0039KUALA TERENGGANU – PAS menyifatkan program Karnival Terengganu Baharu yang diadakan pada tarikh dan lokasi yang sama dengan Himpunan Harap Semua (HARAP 3.1) anjuran PAS, sebagai satu tindakan ‘sabotaj’ dan ‘provokatif’ oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu Haji Muhyiddin Abd Rashid berkata, program Karnival yang diadakan di bangunan Penyelaras Umno Seberang Takir itu, hanya kira-kira 500 meter dari tapak HARAP 3.1 adalah tindakan bersifat ‘kebudak-budakan’.

22 Januari 2015

Jalan Raya Keruak ke Gunung Bongsu Hancur!


IMG-20150115-WA0087 (2)BESUT – Penduduk menyifatkan jalan raya yang dibina oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) dari Keruak ke Gunung Bongsu di sini ‘hancur’.
Bukan sahaja ia ‘rosak teruk’ kerana di landa bah besar pada akhir tahun lalu, tetapi hancur kerana ‘ketelusan’ dan unsur-unsur penyelewengan yang berlaku semasa pembinaannya.


21 Januari 2015

‘Anak Berani Tidak Tahu Berbohong……..’


IMG-20150120-WA0043BESUT – Dakwaan sesetengah pihak bahawa Islam tidak meletakkan wanita ditempat yang sewajarnya adalah tidak benar, bahkan, Islam mengangkat martabat seorang wanita dan mengiktiraf peranannya.
Menurut Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Madya Dr Che Noraini Hashim, Allah menjanjikan balasan dan mengangkatmartabat wanita kerana pengorbanan mereka dalam tamadun manusia.

20 Januari 2015

Penduduk Ragu Tentang Pembinaan Rumah Pangsa Mampu Milik


rumah pangsa pulau redang2PULAU REDANG – Janji Kerajaan negeri Terengganu untuk menyiapkan projek pembangunan 160 unit rumah pangsa mampu milik di sini akan siap pada akhir tahun 2014, sudah pun berlalu.
Mantan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said ketika melawat pada 19 Mac tahun lalu berkata, projek yang dibina di atas tapak seluas 1.7 ha sudah hampir 40 peratus siap dan dijangka boleh diduduki seawal tahun hadapan.

18 Januari 2015

Pembaziran Terus Berlaku


psr pakaKUALA TERENGGANU – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sering menuduh pembangkang sengaja mereka cerita tentang penyelewengan dan pembaziran yang terus berlaku dalam pentadbiran negeri ini.
Sebaliknya Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 mendedahkan, pembaziran terus berlaku akibat pengurusan yang lemah oleh pentadbiran kerajaan.

17 Januari 2015

PAS Hulu Besut Perlu Sumbangan Untuk Bina Semula Kehidupan Mangsa Banjir

Screenshot (559)BESUT – PAS telah mengambil inisiatif membantu mangsa banjir dengan mengagihkan keperluan hidup seharian dan membina semula rumah mereka yang musnah oleh musibah itu baru-baru ini.
Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Hulu Besut Sahalahuddin Jaafar berkata, sebuah rumah baru akan dibina di Kampung Sungai Lah dan sekurang-kurangnya dua buah rumah di kampung La perlu kepada pembaikian.


15 Januari 2015

Muslimat Anjur ‘Flash-Mob’ Bantah Kejadian Memalukan Artis Korea dan Wanita Muslim


IMG_20150112_111403KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu akan mengadakan ‘flash mob’ bagi menunjukkan bantahan dan kekesalan terhadap beberapa kejadian yang memalukan melibatkan kerajaan Malaysia dan wanita muslim dengan artis dari Korea.
Ketua Penerangannya, Puan Maznah Muftahuddin berkata, ‘himpunan kilat’ itu akan diadakan di Jalan Sultan Omar Kuala Terengganu bermula jam 3.00 petang, Khamis (hari ini) 15 Januari.

12 Januari 2015

Tiada Kemudahan Rekreasi Punca Anak Muda Pulau Redang Tagih ‘Pil Kuda’

Screenshot (549)KUALA TERENGGANU – Tiada kemudahan rekreasi bagi orang-orang muda di Kampung Baharu Pulau Redang adalah faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah golongan tersebut terbabit dengan aktiviti tidak sihat, termasuk meminum arak dan menagih pil kuda.
Bahkan menurut seorang pekerja rencam yang mahu dikenali sebagai ‘Mamat’ mendakwa, ramai budak-budak sekolah turut terlibat dengan kegiatan tidak bermoral itu.

10 Januari 2015

PAS Turut Agih Bantuan Musim Tengkujuh Kepada Nelayan dan Penoreh Getah

IMG-20150107-WA0038 (2)DUNGUN – Nasib golongan nelayan dan penoreh tidak jauh bezanya dengan mangsa banjir pada musim tengkujuh ini, bahkan mungkin lebih ‘parah’ kerana mereka tidak tidak dapat turun ke laut atau pergi ke bukit untuk mengutip getah.
Sejak hujan mula turun pada bulan Oktober lalu, kebanyakan mereka menjadi ‘penganggur’ bermusim sekurang-kurang dalam tempoh waktu tiga hingga lima bulan.

09 Januari 2015

PAS Terengganu Sumbang 70 Set Pakaian Sekolah Setiap Kawasan Parlimen


IMG-20150108-WA0077KUALA TERENGGANU – PAS Prihatin kepada nasib para pelajar yang kurang bernasib baik, apatah lagi yang berstatus anak yatim.
Oleh itu, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) bermurah hati menghulurkan sumbangan ‘set pakaian’ sekolah kepada mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan sumbangan PAS Terengganu itu.

08 Januari 2015

Beberapa Kawasan Dinaiki Air Berikutan Hujan Lebat Sejak Semalam


IMG-20150108-WA0062 (2)KUALA TERENGGANU – Kawasan Air Putih di Kemaman, Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukur di Hulu Dungun mula dinaiki air sejak jam 3.00 petang hari ini, Khamis 8 Januari, berikutan hujan lebat yang turun sejak semalam.
Jalan Air Putih – Teadas telah mula ditutup kepaa semua kenderaan kerana jambatan Teladas telah dinaiki air sedalam 0.8 meter.


07 Januari 2015

200 Penduduk Kampung Shukur Dijamu Gulai Ayam ‘Dapur Rakyat’

Sulaiman sulong kg shukor
DUNGUN – PAS Kawasan Marang yang menziarahi kawasan terhjejas banjir di kawasan ini telah mengambil tiga inisiatif, member sumbangan, membantu membersihkan rumah dan menyediakan makan tengahari dari dapur rakyat.
Naib Yang DiPertua PAS Marang, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, dua kumpulan dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rndang dan Pengkalan Berangan bersama lebih 50 orang sukarelawan memberikan khidmat kepada warga kampung Shukur yang tenggelam keseluruhannya pada banjir yang melanda baru-baru ini.

06 Januari 2015

Sayap dan Agensi PAS Terengganu Berganding Bahu Bantu Kelantan


IMG-20150104-WA0037 (2)KUALA TERENGGANU – Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff melahirkan rasa terharu dengan kedatangan pelbagai pihak menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada negeri Kelantan.
Beliau berkata, sokongan pelbagai pihak dari PAS seluruh negara, khususnya kepada Parlimen Rantau Panjang, amat besar ertinya.
“saya merasa amat terharu dengan sokongan semua pihak terhadap musibah yang menimpa negeri Kelantan,

05 Januari 2015

Nisa’ Rai Pelajar Sekolah Terjejas Banjir


IMG-20150104-WA0158KEMAMAN – Seramai 50 orang pelajar sekolah yang terjejas kerana banjir dan musibah air pasang besar serta anak-anak yatim dan kurang berkemampuan telah mendapat perhatian sebuah badan bukan kerajaan (NGO).
Nisa’ daerah Kemaman, telah meraikan mereka dalam program ‘Small Kidness – Back To School’, membeli pakaian dan peralatan sekolah yang baru.

04 Januari 2015

Warga KT Hadir Untuk Merasai Kesusahan Rakyat Kelantan


IMG-20150103-WA0025KUALA TERENGGANU – Musibah tidak pernah di minta oleh sesiapa pun tapi apabila ia datang, akan membawa kemusnahan kepada alam dan manusia.
Oleh itu, sebagai insan yang terdidik dengan tarbiyah Islamiah, ahli dan penyokong PAS, sama sekali tidak akan berdiam diri.
Bertindak daripada kesan banjir besar di negeri Kelantan, PAS Kawasan Kuala Terengganu menghantar rombongan bagi membantu mangsa banjir di negri itu.

03 Januari 2015

Rumah Baru Untuk Norliza


IMG-20150101-WA0131DUNGUN – Sebuah rumah baru akan dibina untuk keluarga Norliza Yusof, 49, yang kehilangan tempat tinggal dalam satu kebakaran di Kampung Pinang Merah, di sini, Rabu lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, PAS menerusi Markaz Ehsan akan mengambil tanggungjawab untuk pembinaan rumah berkenaan dengan kerjasama pejabat Adun Pas dan Pas Cawangan.

3550 Bungkus Nasi ‘Dapur Rakyat’ Diagih


IMG-20150102-WA0092DUNGUN – Memikirkan kerumitan mangsa banjir di beberapa kampung, yang hampir kesemua peralatan memasak gagal digunakan sehingga dibaik pulih dan dicuci, PAS Dungun cuba meringankan beban mereka dengan menyediakan nasi siap lauk, untuk mangsa yang kebanyakanya sedang memberi tumpuan kepada kerja membasuh kediaman mereka.


02 Januari 2015

Bencana Mengajar Kita Cekap Mengurus

IMG-20150101-WA0052DUNGUN – Ketua Pemuda Pas Kawasan Dungun memulakan bicara suntikan semangat kepada petugas banjir pemuda dengan membaca Ayat Allah.
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
“(yaitu) orang-orang yang ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘ Inna lillah wa inna ilaihi raji un’ .

01 Januari 2015

Beri Keutamaan Kepada Mangsa Banjir Setempat Dahulu


IMG-20141230-WA0052KUALA TERENGGANU – Pengarah Operasi Banjir PAS Kawasan Kemaman, Haji Zulkili Md Yakim menyeru PAS Kawasan-kawasan di negeri Terengganu untuk memberi keutamaan kepada mangsa-mangsa banjir setempat terlebih dahulu.
Beliau berkata, walaupun banjir di negeri Kelantan adalah lebih teruk dari yang berlaku di negeri Terengganu namun mereka tetap memerlukan bantuan.

Cadangan Bajet Malaysia 2018