13 Disember 2008

Cadangan Calon Pemuda , 'No Comment'

Kuala Terengganu - Cadangan Dewan Pemuda PAS untuk mengetengahkan calon mewakili golongan muda yang juga anak tempatan bagi bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu tidak mendapat sebarang komen dari pimpinan PAS Terengganu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' Mustafa Ali berkata belum ada nama-nama yang disenarai pendek bagi calon PRK Kuala Terengganu.

Ketika ditanya pihak media minggu lalu, beliau berkata PAS Terengganu telah mengarahkan PAS Kawasan Kuala Terengganu untuk mendapatkan maklum balas dari cawangan-cawangan di seluruh kawasan tersebut bagi menentukan cadangan yang akan dibawa kepada pihak PAS Pusat.

"Kriteria calon adalah individu yang boleh membawa kemenangan kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya tersebut,"katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu enggan memberikan sebarang komen terhadap cadangan yang telah dikemukakan oleh Dewan Pemuda PAS Terengganu.

Beliau yang ditemui pada program korban Cawangan Bukit Kubang Jambu hanya berkata cadangan untuk calon-calon bagi PRK Kuala Terengganu 'dalam proses'.

"Saya tak mahu komen apa-apa tentang cadangan Pemuda, kita (PAS Kuala Terengganu) sedang mendapatkan maklumbalas PAS cawangan-cawangan,"katanya kepada Buletinonline.

Bagaimanapun menurutnya PAS Kuala Terengganu telahpun mengadakan mesyuarat bagi menggerakkan jentera pilihanraya diperingkat masing-masing dan semua jentera di peringkat DUN dan Unit Peti Undi telah di gerakkan.

Buletinonline difahamkan, nama yang telah disenarai pendekkan oleh PAS Terengganu akan dibawa kepada PAS Pusat sebelum 21 Disember 2008.

Jangan Harap Menang dari Kelemahan Musuh - Ustaz Nasa

Kuala Terengganu - Para petugas dan ahli PAS diberi peringatan agar tidak mengharapkan kemenangan parti dari kelemahan musuh sebaliknya mendapatkan kemenangan dari kekuatan parti sendiri.


Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasaruddin Mat Isa berkata demikian ketika melancarkan jentera pilihanraya PAS bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, semalam.

“Pilihan raya adalah suatu perlumbaan. Kita (PAS) usah mencari kemenangan dari kelemahan ‘musuh’ tetapi dapatkan kemenangan itu hasil dari kekuatan diri kita (parti) sendiri,” ujarnya.

Beliau berkata PAS perlu menggunakan pendekatan kempen yang cermat bagi memenangi hati rakyat dalam usaha mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil ini.

Beliau yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu mengingatkan jentera parti agar tidak bersikap kasar dan keras terhadap pengundi sepanjang kempen tersebut.

“Kita (PAS) perlu memenangi hati manusia dengan pendekatan yang berhemah dan cermat. Hati-hati manusia tidaklah sekeras ‘batu’ dan boleh menerima perubahan.

“Cara kasar dan ‘keras’ tidak sesuai dan hendaklah dijauhkan dalam kempen-kempen kita (PAS),” ujarnya dihadapan 500 orang para petugas PAS.

Katanya, pendekatan parti kali ini mahukan para pengundi dan rakyat di negeri ini merasa yakin kepada PAS dengan penampilan akhlak yang baik.

Justeru menurutnya, PAS menyertai pilihan raya kecil kali ini dengan tekad mencapai kemenangan kerusi Parlimen tersebut dengan cemerlang.

Katanya, kemenangan PAS adalah amat penting bagi menambahkan lagi satu suara rakyat di Parlimen dan dapat memperkukuhkan kedudukan politik Pakatan Rakyat.

Hadir sama pada majlis tersebut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali serta kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Ketua Bahagian Parti KeADILan Rakyat (PKR) Kuala Terengganu, Dr. Abdul Manaf dan Pengerusi Penaja DAP Kuala Terengganu, Encik Ng Chai Hin

09 Disember 2008

Cawangan Bukit Kubang Jambu Kumpul Dana Korban Ratusan Ribu



Kuala

Terengganu – Program korban yang diadakan pada setiap tahun oleh cawangan PAS Bukit Kubang Jambu dalam DUN Wakaf Mempelam telah berjaya mengumpulkan dana ratusan ribu ringgit.


Ketua Cawangannya, Hj Kadir Mohd, 57, berkata melalui hasil program korban yang telah dilaksanakan oleh cawangan tersebut sejak 16 tahun lalu berjaya mendidirikan sebuah surau dan bangunan Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI).

Beliau yang ditemui ketika melaksanakan ibadat korban di Kampung Bukit Kubang Jambu dekat sini berkata bagi program korban tahun ini cawangannya dapat mengumpulkan sebanyak 29 ekor lembu.

Turut hadir dan sama-sama berkorban adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid End

UMNO/BN Punca Perbalahan Antara Kaum


Kuala Terengganu – PAS Terengganu akan melancarkan secara rasminya penubuhan jentera pilihanraya PAS bagi Pilihanraya Kecil P.036 Parliman Kuala Terengganu pada 11hb Disember ini. (Gambar - pimpinan Pakatan Rakyat, setiap parti gabungan adalah parti pelbagai kaum)

Pengerusi Jawatankuasa PAS Terengganu bagi Jentera Pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Wan Abdul Mautablib Embong berkata jentera pilihanraya PAS Terengganu diseluruh peringkat telah pun siap ditubuh dan digerakkan.

“Di peringkat Kawasan, DUN dan UPU, semuanya telah ditubuhkan dan mereka telah pun bermesyuarat mengikut tugas dan fungsi masing-masing,


Sehingga hari ini semangat ahli-ahli adalah tingi dan belum ada halangan-halangan, InsyaAllah kita akan membuat pelancaran jentera pilihanraya pada 11 hb Disember akan datang,”kata beliau yang turut memberitahu Markaz PAS Kuala Terengganu di Kuala Ibai akan dijadikan sebagai Markaz Besar Pilihanraya Kecil P.036.


Beliau berkata pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu adalah pilihanraya yang agak terbuka kerana ianya adalah pemilihan wakil parlimen bukannya wakil untuk Dewan Undangan Negeri.

“Kita akan terus mendekati pengundi-pengundi bukan melayu daalm pilihanraya kecil ini kerana ia adalah kerusi parlimen berbeza dengan pilihanraya dulu (pilihanraya umum) dimana DUN Bandar itu orang-orang cina merasakan mereka perlu satu wakil dari etnik mereka tapi sekarang ini kita rasa ianya lebih bebas,” ujar beliau.

Kemenangan PAS bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu menurut beliau adalah amat penting bagi membawa suara negeri dan apakah kekurangan-kekurangannya yang dibuat atau dilakukan oleh kerajaan pusat keatas negeri.

Beliau menyebut antara pengkhianatan kerajaan UMNO/BN Pusat kepada kerajaan dan rakyat negeri Terengganu adalah pengkhianatan kepada sistem demokrasi berparlimen, kemiskinan dan infrastruktur yang ketinggalan.

“Bila kita menang pada tahun 1999 dia rampas hasil minyak kita ini satu paling tidak demokratik (very undemocratic) ini kita kena sampaikan lagi di parlimen,

”kemudiannya yang kedua, kemiskinan yang berterusan walaupun kita mendapat hasil banyak tapi rakyat Terengganu masih lagi termiskin kedua di Malaysia, tidak ada sebab (no reason), ini kita kena sampaikan kepada parlimen secara positif


”Yang ketiganya kemudahan-kemudahan infrastruktur di negeri Terengganu sendiri, maknanya penumpuan (hendaklah dibuat) bukannya kepada mega projek yang tidak memberi keuntungan dan manafaat kepada rakyat secara langsung seperti Monsoon Cup dan Taman Tamadun Islam,”katanya selepas mesyuarat Perhubungan Negeri Terengganu di Kuala Ibai, baru-baru ini.

Beliau juga kesal kerana apa yang dapat dilihat sekarang ini ialah infrastruktur dalam bandar dan sekitar pinggir bandar yang masih lagi terlalu jauh kebelakang.

”bila hujan lebat sikit, sudah ada banjir (ditempat ) yang tidak sepatutnya banjir. Ini adalah kegagalan-kegagalan dan kealpaan yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN), dan ini antara isu-isu yang besar yang kita akan kemukakan kepada rakyat (dalam pilihanraya kecil ini),”tambah beliau.

Menjawab persoalan isu negara Islam yang sering di eksploitasi oleh UMNO/BN setiap kali pilihanraya, beliau berkata sebenarnya tidak ada apa salahnya dan yang tidak kena dengan Islam dan Negara Islam.

”Negara Islam sebagai maksud nya adalah baik (as it is per say it is alright), tetapi ia masih dilihat dan telah dimanipulasi (but it is still read and it is still manipulated),

”dikatakan Negara Islam itu akan mencengkam akan merosakkan bukan Islam sedang Islam tidak ada ajaran begitu,


”kalau tidak, takkan semua seluruh Afrika dan sekarang ini Michael Jackson pun masuk Islam, walaupun dia seorang selibriti yang terkenal (even celebrity and that stage) melihat bahawa kebenaran datang dari islam dan kita harap keseluruhan ini akan pergi kepada setiap individu,”

Beliau berkata apa yang nyata di lihat sekarang adalah kegagalan di Malaysia kita sekarang ini adalah kerana ditimpa dengan konflik dan pertelingkahan dan perbalahan antara kelompok bangsa (communal racial clashes) yang berlaku sekarang ini adalah dilakukan oleh UMNO dan BN.

”Tengok kenyataan Chua Soi Lek, apa yang dia katakan, mereka adalah dari kerajaan yang memerintah (they are from the government), dia (Chua) pernah menjadi menteri kabinet ( he was in the government), macamana bila dia tak dapat jawatan dia luahkan perkataan begitu, maknanya bomb jangka (perbalahan kaum) (adalah timbul) dari kalangan BN dan bukannya dari luar BN (time-bomb is within the BN not outside the BN)

08 Disember 2008

Daerah Kemaman dan Dungun Pula Dilanda Banjir

Kuala Terengganu - Keadaan banjir di beberapa daerah di Terengganu tidak banyak berubah dan kini merebak pula ke daerah Kemaman dan Dungun

Seramai 282 orang mangsa di Kemaman dan 431 orang di Dungun telah di pindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri berkata mangsa yang dipindahkan di Kemaman ialah dari Kemas Padang Kubu (43), rumah kakitangan Padang Kubu (29), Masjid Berek Padang Kubu (23), Balairaya Kampung Padang Kubu (16) Dewan Orang Ramai Kampung Teladas (71), Balairaya Kampung Ibok (3) dan Sekolah Kebangsaan Air Putih (97).

Manakala di Dungun katanya setakat 4 petang semalam, seramai 158 mangsa daripada 29 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan di Dungun iaitu di Balai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Seberang Pintasan (102) orang, surau Bukit Pauh (47) dan Sekolah Kebangsaan Pulau Serai (9).

"Ini merupakan kali pertama di Kemaman dan Dungun dilanda banjir tahun ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Kita Masuk Peperangan Untuk Kemenangan – Dato ‘ Wan Mutalib.

Kuala Terengganu – Objektif PAS masuk dan bertanding dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu, dengan penuh persediaan dan dengan penuh harapan untuk kemenangan.


“Kita nak pergi perang ni, kita mestilah bertekad kita akan mencapai kemenangan kalau tidak kita tidak masuk perang,”kata Pengerusi Jawatankuasa Negeri PAS bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dalam sidang media dekat sini semalam.

Menurtnya PAS Terengganu telah menggerakkan seluruh ahli-ahlinya dan telah mempersiapkan semua jentera.

Beliau berkata semua jentera di peringkat negeri, di peringkat Kawasan, DUN dan UPU, telah ditubuhkan dan telah pun bermesyuarat mengikut tugas dan fungsi masing-masing.


Katanya PAS Terengganu akan melancarkan jentera pilihanraya ersebut dengan rasminya pada 11hb Disember yang akan datang.

“Sehingga hari ini semangat ahli-ahli adalah tingi dan belum ada halangan-halangan, InsyaAllah kita akan membuat pelancaran jentera pilihanraya pada 11 hb Disember akan datang dan disini kita akan jadikan markaz besar pilihanraya,”unar beliau.


Sehubungan dengan itu, beliau berkata terdapat sedikit perbezaan kaedah berkempen dalam piliharaya kecil Kuala Terengganu kerana kerana adalah kerana kawasan yang kecil berbanding pilihanraya umum,

Katanya PAS meletakkan PRK Kuala Terengganu sebagai penanda aras (benchmark) samada ianya akan membawa kepada perubahan politik yang berbeza atau sebaliknya berbanding PRU 12.


“Pilihanraya kecil ini akan menjadi ‘benchmark’ (penanda aras) kepada kita, dalam (PRU lalu) lanskap politik (political landscape) berubah,

“dan (tetapi) Terengganu tidak bersama-sama dengan Tsunami politik pantai barat jadi mungkin sekarang ini mungkin berbeza,”katanya

Pemuda PAS – Calon Muda Tempatan Berkelulusan PhD

Kuala Terengganu –Dewan Pemuda Pas Terengganu semalam sepakat dan begitu komited untuk mengetengahkan calon mewakili golongan muda yang juga anak tempatan bagi bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu tidak lama lagi.

Ketuanya, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, pihaknya kini mempunyai calon tersebut yang dilihat mempunyai kredibiliti tersendiri dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal diserahkan.

“Buat masa ini kita tidak boleh mendedahkan maklumat berhubung calon tersebut. Kita tunggu keputusan yang bakal dibuat dalam mesyuarat Pas Pusat nanti. Presiden pun masih berada di Mekah. Kita tunggulah.

“Calon terbabit adalah berkelulusan doktor falsafah (PhD) dan telah dikurniakan Profesor Madya dalam bidang yang diceburi.

“Beliau juga berasal dari negeri ini. Kita berharap Pas Pusat mempertimbangkan calon muda dari negeri ini yang tidak pernah bertanding sebelum ini,” katanya Akhbar Sinar Harian

Beliau berkata demi-kian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang masih ingin melihat Naib Presiden Pas, Mohammad Sabu bertanding mewakili parti tersebut pada pilihan raya kecil yang bakal diadakan itu.

Mengulas lanjut, Azman Shapawi berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz adalah bersifat peribadi, tetapi calon yang dikemukakan Dewan Pemuda Pas negeri adalah melalui keputusan bersama.

Menurut beliau, sekiranya kepimpinan Pas Pusat tidak menerima calon yang dikemukakan itu, Dewan Pemuda bagaimanapun tetap akan mengarahkan seluruh jentera untuk memastikan calon yang bertanding di Parlimen Kuala Terengganu akan mencapai kemenangan.

“Kita tetap menerima calon yang bakal diputuskan oleh pucuk pimpinan parti, tetapi apa yang kita harapkan adalah cadangan kita diterima, iaitu calon daripada golo-ngan muda dari negeri ini. Apa yang penting sokongan itu selaras dengan semangat kerjasama yang kukuh antara Pas bersama pakatan pembangkang.

“Sebelum ini pun kita telah memberi kerjasama yang baik. Pada pilihan raya kecil ini sekali lagi kita akan turun padang

Beliau berkata, Pas akan berusaha merampas kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan tidak akan memberi kemenangan percuma kepada calon BN.
menggerakkan jentera bagi memastikan kerusi Parlimen ini bakal menjadi milik Pas,” katanya.

.


07 Disember 2008

PAS Guna Seluruh Kekuatan

Kuala Terengganu - PAS Terengganu menerima baik tarikh penamaan calon dan pilihanraya kecil Kuala Terengganu sebagaimana yang telah diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) semalam.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Mustafa Ali berkata PAS juga memamng membuat jangkaan bahawa tarikh pilihanraya kecil tersebut adalah pada bulan Januari memandangkan bulan Disember mempunyai halangan seperti perayaan serta kemungkinan berlakunya banjir.

“Kita (PAS) menerima baik tarikh yang didedahkan (oleh SPR) itu sebab kita juga menjangkakan bahawa dalam bulan 12 (Disember) ini agak sukar dengan banjir dan perayaan-perayaan yang banyak,

“kita juga menjangka (pilihanraya kecil pada)bulan Januari, tetapi tak boleh lewat (daripada itu), sebab hanya diperuntukkan 60 hari,”kata beliau dalam satu Sidang Media di Markaz PAS Kuala Terengganu disini, hari ini (6 Disember).

Oleh kerana itu, menurutnya PAS merasakan waktu yang diberikan yang diberikan oleh SPR adalah mencukupi untuk PAS membuat persiapan dalam menghadapi pilihanraya tersebut.

Beliau berkata bagi menghadapi pilihanraya kecil itu, PAS telah pun membuat persiapan dengan menubuhkan jawatankuasa pilihanraya untuk dua peringkat iaitu Jawatan Kuasa Induk Pilihanraya di Bahagian Pusat dan Jawatankuasa Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, di negeri Terengganu.

“Pengarah bagi Jawatankuasa Induk ialah YB Nasaruddin Md Isa, saya menjadi Timbalan, Setiausahanya ialah Setiausaha Agong.

“di peringkat negeri, jentera pilihanraya kecil Kuala Terengganu di pengerusikan oleh Dato’ Wan Mutalib dengan semua pimpinan utama berada di bawahnya. anntaranya Harun Taib dan Dato’ Abu Bakar Chik,”ujar beliau.

Justeru dengan penubuhan dua jawatankuasa tersebut, katanya, PAS akan dapat melaksanakan kerja-kerja menghadapi pilihanraya kecil Kuala Terengganu dengan ‘kekuatan yang sepenuhnya’ (full swing).

Dalam perkembangan yang sama beliau berkata PAS Pusat mengambil tanggungjawab secara terus dalam kerja-kerja menghadapi pillihanraya tersebut kerana ia adalah satu pilihanraya yang amat penting dan melibatkan kerjasama dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat.

Beliau juga berpendapat pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dilihat penting juga oleh UMNO dan Barisan Nasional dimana parti itu akan cuba mempertahankan kerusi tersebut manakala PAS akan merampasnya.

“Saya rasa kedua-dua pihak melihatnya penting, BN melihat penting kerana perlu mempertahankan kerusi, kita (PAS) juga berusaha untuk merampas Kuala Terengganu daripada BN, (pilihanraya kecil) ini akan menjadi sengit dan tidak ada sesiapa boleh menganggap ia (pilihanraya yang) mudah,”katanya

PRK Kuala Terengganu – Masa Untuk SPR Buktikan Piliahnaraya Yang Bebas dan Adil

Kuala Terengganu – Pilihanraya kecil Parlimen (PRK) Kuala Terengganu adalah medan terbaik bagi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) membuktikan ia adalah satu pilihanraya yang benar-benar bebas dan adil (Free and Fair Election)

PAS memperingatkan SPR walaupun parti tersebut menerima dengan tarikh penamaan calun dan hari membuang undi PRK Kuala Terengganu ini, tetapi menuntut supaya SPR membuktikan badan tersebut dapat melaksanakan satu pilihanraya yang adil.

“Saya (PAS) mahu, supaya SPR buktikan. Ini peluang SPR buktikan bahawa pilihanraya ini boleh dijalankan secara bebas dan adil. (’Free and Fair’),

“sebab boleh dikatakan sepanjang masa yang lalu, kita tak dapat melihat pilihanraya yang benar-benar ‘free and fair’,”kata Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali, disini hari ini (6 Disember).

Menurutnya sempena SPR mempunyai pengerusi yang baru beliau berharap pengerusi tersebut dapat memulakan tugas beliau dengan melaksanakan pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang dapat menjadi contoh sebagai satu pilihanraya yang telus dan adil.

Katanya SPR perlu bebas dan adil bukan sekadar pada cakap, tetapi ia mestilah dibuktikan dengan perlaksanaan.

“Biarlah kita lawan sesama parti. Pakatan rakyat khususnya PAS melawan BN khususnya UMNO. Bukan sebuah kerajaan menggunakan jentera yang mereka miliki untuk berlawan dengan kita (PAS) sebagaimana masa-masa yang lalu.”katanya.

Oleh itu sekiranya pilihanraya yang bebas dan adil dapat dilaksanakan, maka, ia akan menjadi permulaan (benchmark) kepada amalan yang bersih dan adil dalam pilihanraya masa-masa akan datang.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut menuntut supaya pemimpin UMNO bertanding dalam PRK Kuala Terengganu secara ‘jantan’ dan tidak menggunakan ‘ugutan’, sama ada melalui agensi kerajaan pa-apa cara sekali pun.

Bagi menghadapi rasuah politik dalam pilihanraya yang sering diamalkan oleh UMNO dan Barisan Nasional, beliau berkata PAS telah menggariskan langkah-langkah tindakan yang akan diambil, supaya semua peraturan pilihanraya dipatuhi.

“Saya tidak boleh nak kata UMNO tidak menggunakan duit. Ini memang kerja dia. Budaya dia. Saya tidak boleh sebut kalau bukan sifatnya.

“dia (UMNO) akan guna duit, tapi, ada peraturan yang dia kena ‘honour’ (patuhi). Maknanya kena had perbelanjaan. Supaya dia tengok, perkara-perkara sebegini,”tambahnya

Justeru, kata beliau PAS mempunyai Jawatankuasa Undang-undang dan peraturan pilihanraya yang akan mengambil tindakan perlu sekiranya pimpinan UMNO melanggar peraturan-peraturan atau undang-undang pilihanraya.

Inspirasi Dua Suri Hati Mantan MB Terengganu

  Oleh : Azizah Mahmood  KUALA TERENGGANU - Menelusuri   pengalaman kehidupan  dua suri hati mantan Menteri Besar Terengganu cukup menginspi...