03 Ogos 2012

Menjelang 31 Ogos; Rakyat Menagih Janji


SETIU – Menjelang sambutan hari kemerdekaan 31 Ogos tahun ini dengan tema ‘Janji DiTepati’, rakyat Terengganu menagih janji daripada Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said dan kerajaan Umno-BN Terengganu.

Penduduk Kampung Jelapang Setiu menuntut Ahmad Said mengotakan janji kerajaan negeri bahkan kerajaan Pusat yang mahu memberikan tanah seluas 10 ekar seorang kepada pesawah padi.

02 Ogos 2012

Hanya PAS Mahukan Dasar Pemerintahan Islam


SETIU -  Hanya PAS yang mahu dasar pentadbiran dan corak pemerintahan Islam diamalkan dan dilaksanakan di negara ini sedangkan parti-parti politik lain dinegara ini termasuk Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak berminat dengan dasar tersebut

Pengerusi Majlis Tindakan Dun (MTD) Batu Rakit, Ustaz Mohammad Ya’akob berkata masyarakat umum di negara ini semakin pincang dengan pelbagai gejala sosial, perzinaan bebas, rogol, bunuh dan banyak lagi.

01 Ogos 2012

Semakin Dekat PRU13, Umno-BN Semakin Pelik!


KUALA TERENGGANU – Pengumuman demi pengumuman pelik, dibuat oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) dan menjadi bertambah ‘ganjil’ apabila waktu dilihat semakin hampir kepada masa pilihanraya umum kali yang ke 13 diadakan.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu, Dr Alias Razak, tiba-tiba Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak mengumumkan satu kajian kemungkinan jalan keretapi Pantai Timur teah siap dilakukan.

31 Julai 2012

Hairie Tak Mahu Jadi Hantu Lagi


KUALA NERUS – Selebriti dan pelakun tersohor Hairie Othman atau dikenali sebagai ‘Leftenan Adnan’ yang telah menjadi ahli PAS sebulan yang lalu, kembali mengadakan jelajah berceramah ke negeri Terengganu

Sehari selepas menyerahkan borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat di Johor  pada 28 Jun lalu, beliau telah menyampaikan ceramah pada program PGU04 dan Himpunan Hijau ke Putrajaya di Marang.

29 Julai 2012

‘Baham’ Tanah; Umno dan Barisan Nasional (BN) Sudah Melampau


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita63/IMG_9312.jpgKUALA TERENGGANU – Dalam keadaan rakyat merintih, seinci demi seinci tanah-tanah milik mereka ‘dirampas’ kerajaan Umno dan Barisan (BN) Terengganu, wakil-wakil rakyat terus menerima habuan masing-masing.

Selepas beberapa minggu lalu didedahkan ADUN Ajil Dato’ Rosol Wahid dan ADUN Kuala Berang Mohd Zawawi Ismail mendapat ‘bahagian’ masing-masing, ADUN Chukai, Dato’ Awang Tera pula dilaporkan menerima habuan seluas 2 hektar, lebih dari 5 ekar.

Wanita Berjiwa Kental Sentiasa Mendepani Cabaran

  Oleh : Aqilah Mohd Jafri / Gambar : Hajar Kamarudin  MARANG - Wanita berjiwa kental dengan semangat perjuangan dalam mendepani cabaran sej...