12 Mac 2011

Menjelang PGU2; Ahmad Said dan Janji-janji Royalti


http://buletinonline.net/images/stories/berita43/janjiroyalti.gif- Rakyat tuntut janji kerajaan pusat lunaskan pembayaran
KUALA TERENGGANU - Rakyat Terengganu kini diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan ‘drama’ bersiri yang dimainkan oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

‘Episod’ pertama pernah dibuat dengan penyerahan baki wang ‘Dana Khas’ yang kini telah ditukar kepada pembayaran royalti oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri yang ‘dirampas’ sejak pemerintahan PAS tahun 2000 di Terengganu.

11 Mac 2011

Menjelang PGU2; Isu-isu besar yang belum terjawab


http://buletinonline.net/images/stories/berita44/mercutandakemaman1.jpg- Menteri Besar dan kerajaan Terengganu perlu telus dan kauntabiliti
KUALA TERENGGANU
- Menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno kali yang kedua yang akan diadakan di Jerteh, Besut Terengganu, rakyat perlu penjelasan yang munasabah berkenaan isu-isu besar yang belum terjawab sehinggan kini

Bagaimana kedudukan tuduhan rasuah ke atas ADUN Kijal

Ketika ADUN Kijal Dato' Seri Ahmad Said disebut-sebut, akan menggantikan ADUN Jerteh, Dato' Seri Idris Jusoh, sebagai Menteri Besar Terengganu, sebuah stesyen TV telah menyiarkan berita rasuah ADUN tersebut.

10 Mac 2011

Menjelang Himpunan PGU2; PAS edar pelekat motosikal dan kereta

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/edarsticker1.jpgKUALA TERENGGANU - Sembilan hari menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat 'PAS Ganti Umno' (PGU) Kali kedua akan diadakan, PAS Terengganu mengedarkan pelekat motosikal dan kereta berlogokan PGU secara percuma.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut (gambar), ia akan diedarkan di tiga kawasan Parlimen iaitu Parlimen Besut, di mana PGU 2 akan diadakan, Parlimen Kuala Nerus dan Parlimen Kemaman.

07 Mac 2011

Ramli Nuh 'rasis', pemimpin Umno buta sejarah!


http://buletinonline.net/images/stories/berita44/rAMLI%20nUH.JPG- Umno sebenarnya talibarut penjajah
KUALA NERUS
- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Muhammad Ramli Nuh adalah seorang 'rasis' dan pemimpin Umno disifatkan sebagai golongan yang 'buta sejarah' kerana menuduh parti DAP  sebagai serpihan komunis.

Pengerusinya, DAP Terengganu Ng Chai Hing mendakwa, ia merupakan satu tuduhan “liar” pemimpin Umno sekaligus mempertahankan DAP sebagai sebuah parti yang memperjuangkan hak semua rakyat tanpa mengira bangsa, kaum dan ideologi politik.

BN gagal lonjakkan Undi, walaupun guna jentera kerajaan secara melampau

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/ariffinderamanfeb2011.jpgKUALA TERENGGANU - Peningkatan sekitar 1000 undi dalam satu-satu pilihanraya kecil (PRK) adalah suatu kebiasaan dan adalah tidak tepat dijadikan sebagai satu kayu pengukur menentukan kembalinya sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional(BN)

Bahkan, menurut Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu, Ariffin Deraman, Umno-BN gagal melonjakkan undi sehingga 2000 walaupun telah menggunakan jentera kerajaan secara 'melampau' dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Pasca PRK Kerdau; Dua Wajah Berbeza

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/muzammilmuaalif1a.jpg- Muzammil Muaalif ketika masuk PAS dan masuk semula Umno
KUALA TERENGGANU - Ketika menyerahkan borang penyertaannya ke dalam PAS, bekas Ketua Cawangan Umno Jengka 25 kelihatan begitu ceria dan yakin, pilihannnya untuk masuk PAS adalah hak asasi peribadi dalam sebuah negara demokrasi

Namun kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) bukanlah sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi, sebaliknya bertndak secara 'kuku besi' yang mencengkam dan memanupulasi.

Wanita Berjiwa Kental Sentiasa Mendepani Cabaran

  Oleh : Aqilah Mohd Jafri / Gambar : Hajar Kamarudin  MARANG - Wanita berjiwa kental dengan semangat perjuangan dalam mendepani cabaran sej...