13 Ogos 2011

Helmet 1Malaysia amat berbahaya?

- Najib atau Ahmad Said yang 'mahu' 32,000 belia mati kemalangan di jalanraya memakai Helmet tanpa kelulusan SIRIM?
 KUALA TERENGGANU - Siapakah yang akan dipertanggungjawabkan keatas belia yang mengalami kemalangan memakai helmet 1Malaysia? Najib, Ahmad Said, Ahmad Shabery atau Rozi Mamat?

Ia adalah kerana ke empat-empat pemimpin Umno tersebut adalah antara pemimpin Umno yang hadir d atas pentas dan membahagi-bahagikan 'Helmet 1Malaysia' kepada 32,000 belia atau remaja Terengganu dalam Himpunan Remaja Terengganu 2010.

Himpunan yang 'kononnya' didakwa oleh Rozi ketika itu Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri relevan bagi membanteras gejala mat rempit dan samseng jalanan, sebenarnya adalah kempen 1Malaysia Najib Razak di Terengganu

Gunakan kemudahan IT dan telekomunikasi untuk berdakwah

- Ustaz Nasruddin gesa anak muda contohi Sham Kamikaze
MARANG
- Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin mengajak seluruh anak muda Islam Terengganu merevolusikan dakwah dengan memperalatkan teknologi maklumat (ICT) dan kemudahan telekomunikasi.

"lagu (macam) mana kita nak berdakwah, tackle (kena pikat) group (kumpulan) ini, dia duduk dalam (alam siber),

"maka, setiap anak muda yang ada di depan saya selepas ini kena ada satu seorang akaun facebook,"ujarnya ketika menyampaikan kuliah di masjid Rusila, Jumaat, 12 Ogos.

12 Ogos 2011

Pulau Warisan; Projek tanpa justifikasi dan kajian teliti

KUALA TERENGGANU - Projek Pulau Warisan yang dimulakan pada zaman bekas Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh adalah antara contoh dari puluhan projek kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dibuat tanpa justifikasi dan kajian yang teliti.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr Alias Razak, antara bukti ia dibuat tanpa kajian adalah kos pembangunannya yang tidak pernah ditetapkan jumlah sebenarnya.

"Idris kata pulau yang dianggarkan seluas enam hektar ini akan dibangunkan dalam tiga fasa dengan perbelanjaan RM20 juta,

"bila tiba zaman Ahmad Said, kosnya tiba-tiba menjadi RM60 juta,"ujarnya ketika ditemui.

11 Ogos 2011

SPR digesa BERSIH kan senarai pemilih negeri Terengganu

- DUN Kijal paling ramai pengundi Myanmar yang diberi kad pengenalan
DUNGUN - Pada 21 Julai lalu, dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Setiu, PAS telah mendedahkan 44 nama pengundi tempatan yang berkemungkinan mengundi lebih dari sekali.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, nama-nama 44 orang tersebut terdapat dalam daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR pada lebih dari saru pusat mengundi.

10 Ogos 2011

Kamera dalam tandas perempuan sekolah; PAS gesa siasatan rapi

KEMAMAN - Polis digesa melakukan siasatan secara telus dan terperinci bagi mengesan dan menangkap suspek yang memasang kamera tersembunyi dalam tandas perempuan di sebuah sekolah menengah terkemuka di bandar Chukai dekat sini.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat berkata ia adalah penting bagi memberi kesedaran kepada mereka yang terlibat sekaligus bagi memastikan kes sedemikian tidak berulang lagi.

44 warga Kemboja didaftarkan sebagai pengundi 'hantu' di daerah Dungun

DUNGUN - Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) diminta mengambil tindakan membersih senarai 264 orang warga Kemboja yang telah didaftarkan sebagai pengundi 'hantu' di negeri Terengganu oleh pihak yang bertujuan untuk menipu pilihanraya.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, daripada jumlah tersebut seramai 44 orang tidak mempunyai rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negera (JPN).

Jalan-jalan Bazar Ramadhan Dungun

09 Ogos 2011

Kepimpinan baru PAS Terengganu, dekat dan mesra dengan rakyat

HULU TERENGGANU - Saf kepimpinan baru PAS Terenggganu menggunakan kesempatan bulan Ramadhan yang sedang dilalui oleh umat Islam, untuk bertemu dengan seluruh rakyat dalam negeri Terengganu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata ia adalah satu usaha 'mesra rakyat' dan lebih 'dekat' dengan rakyat.

"Kita (PAS) nak ambil kesempatan untuk ziarah Bazar-bazar Ramadhan dalam setiap daerah (di) seluruh negeri Terengganu,

Video klip - Jalan-jalan Bazar Ramadhan Kuala Berang

Dewan Harian BPPNT Jelajah Bazar Ramadhan Kuala Berang





08 Ogos 2011

Kampung dan Pengundi Hantu Layak Mengundi Di Terengganu

Daftar pemilih SPR mencipta satu sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi. Kg Baru yang mempunyai no kad pengenalan  830527115422 dan dilahirkan pada 27hb Mei 1983 layak mengundi di Dun Hulu Besut dalam parlimen Besut. Daftar pemilih SPR bukan sahaja mendaftar manusia sebagai pemilih tetapi telah mencipta satu sejarah baru mendaftarkan kampung sebagai pemilih yang sah dalam negara ini. Maklumat pemilih yang mencipta sejarah ini adalah seperti di bawah :


Apabila semakkan di buat dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) mengikut nombor kad pengenalan pemilih maka nama Kg Baru sebenarnya adalah Noraini Binti Abdullah. Persoalannya bagaimana SPR boleh melakukan kesilapan yang begitu memalukan? Bagaimana kecuaian ini boleh berlaku?  Apakah Dato Wan Ahmad bin Wan Omar masih menganggap isu ini hanyak layak di jawab oleh kerani  SPR sahaja ?

Isu Gereja, Menenggelam Pendaftaran Pemilih Warga Asing

Isu Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) dengan Gereja Methodis Damansara Utama telah  menenggelamkan isu yang cukup merbahaya kepada negara iaitu isu My Kad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR. Setakat hari ini jawapan yang diberikan oleh SPR diketawakan oleh orang pekak dan buta.

Manakala media perdana BN cuba  menimbus isu pendaftaran ini.

Parti Islam Semalaysia Pas telah membuat keputusan untuk bertemu secara langsung dengan pihak JAIS dan juga gereja Methodist untuk mendapat gambaran sebenar. Negara kita ada undang-undang, siapa yang bersalah akan dihukum. Media bukan gelanggang untuk menyelesaikan perkara ini.

PRU ke-13; PAS Terengganu mesti menang kerusi Parlimen juga!

KUALA TERENGGANU - Program-program pembangunan dan pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak cukup kuat sehinggalah Pakatan menguasai Putrajaya.

Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, penguasaan kuasa di peringkat nasional berupaya menguasai politik rakyat secara keseluruhan.

Umno-BN tidak adil, ‘pilih-pilih’ beri bantuan

KEMAMAN - Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai, Haji Hanafiah Mat mendakwa kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak adil kerana memberi bantuan secara ‘terpilih’ kepada rakyat.

Katanya, sebuah kerajaan yang adil dan berwibawa akan melayani semua rakyat tanpa memilih ‘bulu’ serta warna kulit.

“Umno-BN hanya beri bantuan ‘terpilih’ kepada yang sokong parti mereka sahaja. Ini (bantuan) tidak adil kepada rakyat.

07 Ogos 2011

Mana Pulau Warisan......Pusat Budaya Negeri???

KUALA TERENGGANU - Setelah kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu menghabiskan RM20 juta pada zaman bekas Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh, ditambah sehingga RM50 juta oleh Menteri Besar semasa Dato' Seri Ahmad Said, dan akhirnya kos mendadak menjadi RM61 juta!

Namun begitu 'kelibat' Pulau Warisan sebagai Pusat Budaya Negeri tidak kelihatan.

Potensi Tamatkan Konflik Yaman

  Perunding Houthi meninggalkan Riyadh selepas pusingan lima hari rundingan dengan pegawai Saudi mengenai perjanjian berpotensi yang boleh m...