14 Julai 2012

Siasat Penyelewengan Dana Ladang Rakyat Mesti Secara Menyeluruh


KUALA TERENGGANU – PAS menggesa pihak berkuasa mengadakan penyiasatan secara menyeluruh ke atas pihak-pihak yang terbabit berhubung kait dengan penyelewe ngan sebanyak RM1 juta Dana Kebajikan Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd (LRTSB), sebuah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly, ia melibatkan dana awam yang sepatutnya digunakan bagi membantu membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat.

13 Julai 2012

Menteri Besar ‘Memperolok-olokkan’ Penduduk Kampung Ladang

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar mendakwa bekas Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Idris Jusoh dan Menteri Besar masa kini, Dato’ Seri Ahmad Said, memperolok-olokkan penduduk Kampung Ladang.

Menurutnya, rakyat tidak lupa dengan kedua-dua pemimpin Umno itu yang berjanji, kadar sewa yang dikenakan kepada penduduk Flet Ladang Gemilang adalah sebanyak RM126 dan sewaan tersebut akan menjadi sebahagian bayaran untuk memiliki flet tersebut.

11 Julai 2012

Berhibur, Berbelanja Sambil Menuntut Ilmu; Pemuda PAS anjur Karnival Usahawan Muslim

KUALA TERENGGANU – Ia adalah satu program yang berbeza dengan mana-mana karnival usahawan yang pernah dianjurkan oleh mana-mana pihak termasuk Umno dan BN kerana Karnival Usahawan Muslim digabungkan bersekali dengan Sambutan DiAmbang Ramadhan.

Menurut Ketu dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu, Ustaz Ahmad Kamal Ali, sebagai parti politik dan gerakan Islam, PAS menggabungkan tiga elemen dalam menganjurkan karnival yang akan berlangsung selama tiga hari itu.

“Para pengunjung boleh berhibur dengan para artis, sambil berbelanja dalam membuat persiapan menghadapi Ramadhan dan dapat menggilap serta meningkatkan ilmu, khususnya perkara-perkara yang berkait Ramadhan,

09 Julai 2012

Kesihatan Ustaz Mahmood Stabil


KUALA TERENGGANU – Pengarah Kolej UniversitiDarul Quran Islamiah (KUDQI) Ustaz Mahmood Sulaiman tidak dapat bersama memeriahkan Konvokesyen kolej tersebut kali ke-10 pada Sabtu 7 Julai lalu kerana keuzuran dan masih dirawat dihospital.

Bagaimana pun, menurut Timbalan Pengarah KUDQI, Ustaz Mohd Soud Said, keadaan Ustaz Mahnood, adalah stabil.

Debat Wahid – Ahmad Said; AMANAH Sedia Jadi Penganjur


KUALA TERENGGANU - Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) menyatakan kesediaan menjadi orang tengah bagi menganjurkan satu debat atau dialog terbuka diantara Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Dato’Seri Ahmad Said.

Guru PASTI As-Salam Dinobatkan Dua Anugerah

MARANG- Guru PASTI As-Salam, Padang Midin, Cikgu Nora Abdul Jalil, 55 telah berjaya mengharumkan PASTI Terengganu apabila dinobatkan sebagai...