05 September 2009

Tindakan Kerajaan Mengambil Alih masjid Rakyat Adalah Tidak Betul

KUALA NERUS - Setiap pihak bertanggungjawab untuk menjaga dan memakmurkan masjid samada ia adalah seorang pemimpin badan (pertubuhan) atau pemimpin kerajaan atau pun seorang rakyat biasa.
”Ada masjid kerajaan dan ada masjid rakyat, apabila berlaku begitu, tanggungjawab menjaga masjid ini adalah tanggungjawab rakyat, kerajaan dan badan-badan, maka menjadi hak setiap pihak untuk menjaga masjid,

”Jangan kerajaan sahaja yang nak jaga masjid atau pun orang ramai dan badan-badan (pertubuhan) sahaja yang nak jaga masjid,”kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik semasa berucap dalam Majlis Iftar Jamaie di Masjid Tahfidz Darul Iman Tok Jiring, disini, kelmarin.

Menurutnya ada isu sedang berkembang, dimana kerajaan negeri Terengganu mahu mengambil alih masjid-masjid rakyat di daerah Besut.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata tindakan tersebut adalah sesuatu yang tidak betul kerana masjid tersebut adalah hak rakyat.

”Masjid adalah rumah Allah, BaituLlah, yang mesti dimakmurkan oleh ahli-ahli qaryah, kalau tidak ada masjid kena buat masjid untuk dimakmurkan,

”atau pun kerajaan tolong buat masjid untuk dimakmurkan oleh ahli-ahli qaryah, kerana tanggungjawab untuk memakmurkan masjid adalah tanggungjawab ahli-ahli qaryah,”jelanya.

Justeru katanya, kerajaan tidak boleh membuat undang-undang dan peraturan sehingga menyebabkan sesuatu masjid itu tidak dapat dimakmurkan.

Turut sama dalam majlis yang dihadiri oleh 500 orang itu adalah Ustaz Abu Bakar Abdullah Timbalan Ketua Dewan Ulama’ PAS Terengganu

Ekoran ADUN Boikot Pertemuan Dengan Timbalan Perdana Menteri

Ahmad Said Dicabar tunjukkan ‘kejantanannya’, Bubarkan DUN Terengganu !
KEMAMAN
– Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said dicabar supaya menunjukkan ‘kejantanannya’ dan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ekoran tindakan beberapa ADUN Umno dan Barisan Nasional (BN) memboikot lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin ke negeri ini, semalam.

”Sudah
terang lagi bersuluh, kebencian dan (mereka) rasa Ahmad Said tidak layak menjadi Menteri Besar, apabila sembilan ADUN tidak rai kehadiran Timbalan Perdana Menteri,”kata Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Ramli.

Menurutnya, dengan tindakan pemboikotan itu, beliau yakin jalan penyelesaian terhadap krisis yang melanda Umno/BN Terengganu sekarang telah tertutup sama sekali,

(Gambar - Hj Hanafiah menyampaikan bantuan di Kampung Tengah, Chukai, semalam)”Yang mereka mahu Menteri Besar letak jawatan, malu besar TPM semalam, tunjuklah kejantanan mu (wahai) Ahmad Said, bubarkan DUN (Terengganu) biar rakyat pilih semula orang yang layak,”ujarnya ketika ditemui selepas majlis penyampaian bantuan Ramadhan kepada penduduk Kampung Tengah, Chukai disini.

Apabila ditanya, mampukah Tan Sri Muhyidin menjadi orang tengah menyelesaikan kemelut Umno/BN Terengganu, Hanafiah berkata, Timbalan Perdana Menteri sebenarnya mempunyai agenda tersendiri.

”Muhyidin mahu meluaskan pengaruhnya sebagai persediaan untuk mencabar Perdana Menteri dato’ Seri Najib razak yang juga Presiden Umno,

”beliau (Muhiyidin) tidak mahu terlambat, kerana faktor usia, Najib lebih muda daripadanya, kalau tunggu sehingga sampai gilirannya, 10 tahun lagi pun tak pasti,”jelasnya.

Justeru, Hanafiah yang juga Ahli jawatankuasa Lajnah Perpaduan Nasional Peringkat Pusat, berkata, Muhyidin perlu mencabar Najib sebelum terlalu lambat.

Katanya, Muhyidin sebelum ini adalah orang yang mendesak dan menyebabkan Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

”Jadi, mengapa tidak? (Muhyidin) kumpulkan sokongan dan pengaruh untuk mencabar Najib tiga tahun lagi, sebab itu dia sungguh-sungguh mahu menjadi orang tengah menyelesaikan krisis Umni Terengganu,”tambahnya.

Semalam, sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar Internet, kumpulan ADUN Umno yang menentang Ahmad Said bertindak memboikot perjumpaan antara mereka dengan barisan exco kerajaan.

Mereka bertindak demikian kerana beranggapan majlis itu tidak menjamin sebarang penyelesaian konflik Umno Terenggannu yang semakin serius.
Seorang daripada 15 wakil rakyat yang tidak hadir berkata, insiden boikot majlis yang disertai Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein "tidak pernah berlaku sebelum ini".

Antara yang tidak hadir dalam perjumpaan tersebut adalah bekas Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh dan Bekas Setiausaha Dato’ Rosol Wahid.

Selain itu, kesemua ’10 budak hitam’ yang menjadi pengikut Rosol juga di laporkan turut memboikot majlis tersebut.


Last Updated ( Saturday, 05 September 2009 13:57 )

Tumbangnya LDP Jepun Isyarat Kepada UMNO dan BN - Dato’ Rosol Wahid

HULU TERENGGANU – Pendapat penganalisis politik yang berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) semakin pulih selepas pilihanraya kecil (PRK) Manek Urai hanyalah satu ’fatamorgana’ kerana angin yang datang dari PRK Permatang Pasir telah ’menyapu’ dakwaan itu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/P1020580.JPGJusteru, banyak tindakan yang perlu diambil untuk mengubati penyakit yang melanda UMNO dan BN.

Bekas Setiuasaha UMNO Terengganu, Dato’ Rosol Wahid, berkata demikian dalam ’posting’ terbaru laman blognya pada 2 September lalu.

”Selepas Manek Urai, penganalisis politik kata UMNO dan BN semakin pulih semangatnya kerana PAS menang tak sampai 100 majoriti,


”Tetapi datang angin Permatang Pasir, nampaknya angin Manek Urai hanyalah Fatamorgana sahaja...nampaknya banyak perkara perlu dibuat untuk mengubati penyakit UMNO dan BN,”tulis Rosol dalam Blognya.

(Gambar kiri - Rosol bersama konco-konconya ketika membantah dan mogok tidak mahu masuk Sidang Dewan Undangan Negeri April lalu)

Menurutnya, ’berita haru dari Jepun’ adalah membimbangkan dimana Parti LDP telah tewas dengan teruknya selepas berkuasa 54 tahun di Jepun.

Katanya, mungkin apa yang terjadi di Jepun sebagai isyarat kepada UMNO dan BN di Malaysia untuk 2 tahun akan datang sebelum menjelang PRU13.

”Jasa dan budi serta bakti LDP kepada rakyat Jepun tidak terhitung...maklumlah 54 tahun, segala kemudahan dan fasiliti yang terdapat di Jepun hari ini adalah hasil buah fikiran dan sumbangan LDP,

”tetapi malangnya selepas 54 tahun, rakyat tidak lagi menghargai jasa dan bakti mereka. Mereka mengundi parti Demokrat,

”Saya bermuhasabah sendiri...mungkin apa yang terjadi di Jepun sebagai isyarat kepada UMNO dan BN di Malaysia untuk 2 tahun akan datang sebelum menjelang PRU13,”jelasnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/rosolbantah1.jpgMengulas kekalahan di Permatang Pasir, Rosol berkata kekalahan BN disemua peti undi termasuk kawasan majoriti bukan Melayu yang menjadi tumpuan MCA, adalah satu petanda yang cukup bahaya untuk masa depan UMNO dan BN.

Tambahan pula, katanya, isu dalaman yang berlaku kepada MCA sekarang akan menjadikan MCA tidak relevan kepada orang cina dan menjadi 'tanggungan/ liablity' kepada BN.

(Gambar kanan - Rosol dan rakan=rakannya ketika membantah pelantikan Ahmad said Mac tahun lalu)

Dalam krisis yang dihadapi oleh UMNO dan BN Terengganu, Rosol sebelum ini dikatakan akan keluar dari UMNO kerana tidak berpuas hati dengan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said.

Pada 26 Ogos lalu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, menafikan beliau mengetuai kumpulan sembilan ADUN negeri ini untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Namun, dalam masa 24 jam selepas itu, rakannya ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad mengakui memang ada rundingan melibatkan cadangan untuk lompat parti.

Nawi berkata cakap-cakap mengenai tindakan untuk meninggalkan UMNO bermula sejak dua bulan lalu.

Last Updated ( Friday, 04 September 2009 04:09 )

Dua Penggal Timbalan Exco Agama Gagal Selesai Masalah Pagar Kubur

KUALA NERUS - Rungutan rakyat yang juga pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh terutama penduduk di Kampung Pondok Lalang dan Kampung Pagar Ubi langsung tidak diambil peduli oleh wakil rakyatnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita9/smn041(a)-Kubur%201.JPGAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Muhammad Ramli Nuh yang juga menjawat Timbalan Exco nAgama negeri sejak dua penggal lalu gagal menyelesaikan masalah mengenai pagar di tanah perkuburan Islam di kedua-dua kampung terbabit.

Tinjauan mendapati menemui penduduk di kedua-dua buah kampung berkenaan yang rata-ratanya bersungut tentang kegagalan wakil rakyat mereka.

Malahan, lebih malang lagi salah satu dari tanah perkuburan tersebut merupakan kampung halaman Adun terbabit.


Encik Hamdam Hashim, 50, dari Kampung Pagar Ubi melahirkan rasa dukacita kerana masalah penduduk berkenaan pagar di tanah perkuburan Islam tidak dipedulikan oleh wakil rakyat.

Menurutnya, setiap tahun ratusan ribu peruntukan diberikan oleh kerajaan negeri bagi membangunkan kampung-kampung melalui peruntukkan wakil rakyat terbabit.

“Saya dengar cerita permohonan untuk dapatkan pagar kubur itu telah dibuat beberapa kali oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Cawangan Umno,” ujarnya.

Menurutnya, pagar di tanah perkuburan tersebut wajar disegerakan kerana menimbulkan pelbagai masalah termasuk batu nisan yang tercabut.

Encik Zaliah Omar, 54, mahukan wakil rakyat lebih peka serta cakna dengan masalah rakyat terutama di kampung sendiri.

Ini kerana, katanya beberapa tanah perkuburan lama kelihatan usang dan tidak terjaga kerana tidak berpagar.

“Jika ada pagar nampaklah elok sikit, lebih terjaga dan tidak merosakkan batu-batu nisan.

“Kita minta wakil rakyat lebih prihatin dalam menjaga masalah rakyat termasuk kawasan tanah perkuburan Islam,” ujarnya.

Menurutnya, rungutan penduduk terhadap Adun yang mewakili Dun Tepoh ini semakin ketara rasa ketidakpuasan hati.

Penduduk setempat memaklumkan Adun terbabit kini semakin tidak dihormati oleh penduduk kerana didakwa telah ‘berubah’ identiti.

Menurut sumber, setelah bergelar ‘Yang Berhormat’ dua penggal lalu wakil rakyat berkenaan kini sedang giat mengumpul ‘harta-hartanya’.

Last Updated ( Friday, 04 September 2009 02:27 )

Isu Royalti; Ada Kecenderungan Kerajaan Pusat Tidak Akan Bayar

- PAS Cadang gerakkan rakyat tuntut bayaran sepenuhnya
KUALA TERENGGANU
Penyerahan kembali wang royalti petroleum kepangkuan negeri Terengganu sebagaimana di hebohkan sebelum ini adalah satu retorik dan merupakan publisiti politik Umno dan Barisan Nasional (BN).

Sehingga kini, kerajaan Terengganu masih belum menerima wang tersebut, sebagaimana didedahkan oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini.

Malah, dalam rundingan dengan kerajaan pusat, ada kecenderungan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Pusat tidak mahu mengembalikan bayaran wang royalti sepenuhnya kepada kerajaan negeri Terengganu

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib berkata bayaran royalti lewat dan masih tidak dibayar kepada kerajaan dan rakyat Terengganu kerana wang tersebut telah digunakan oleh kerajaan Persekutuan.

Setelah dibelanjakan, katanya, kemungkinan wang tersebut sudah tidak ada, dan sukar untuk kerajaan Persekutuan membayarnya semula.

”Sebab itu saya dengar (apa yang dibelanjakan untuk pembangunan) di lapangan terbang (Sultan Mahmud) dan (perbelanjaan yang digunakan) untuk menambak pantai, dia (kerajaan pusat) tidak mahu bayar,

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/uht3.jpg”bagi saya ini usaha Umno Pusat, kerajaan Pusat sendiri (yang) menindas kerajaan negeri Terengganu,”katanya.

Dalam isu yang sama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mendesak kerajaan Pusat supaya menyelesaikan isu royalti tersebut dengan kadar segera.

”Kita (PAS) mahu memberikan penekanan supaya balik (kembalikan) semula royalti (sepenuhnya) pada bulan sembilan (September) ini,

”yang kedua, pastikan jumlah RM8 bilion (yang telah digunakan kerajaan Pusat) dapat balik, pasal sekarang ada kecenderungan (kerajaan Pusat) nak potong itu, nak potong ini, macam-macam nak potong, tidak mahu bayar sepenuhnya,”ujarnya.

Beliau ketika dihubungi semalam, mengulangi pendirian tegas sebagaimana yang diucapkannya ketika ditemui selepas Sidang Dewan Undangn Negeri Terengganu 26 Ogos lalu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/wahid4.jpg”Kita akan mendesak, kerana itu hak negeri, kita ada maruah dan kita ada harga diri dan pengkhianatan itu dilakukan sewaktu kita (PAS) memerintah,”jelasnya.

Menururtnya PAS menuntut isu royalti diselesaikan atas kepentingan seluruh rakyat Terengganu yang telah dizalimi dari dulu hingga sekarang.

Katanya, atas perjanjian (Akta Petroleum 1974) yang sama, Sabah dan sarawak mendapat bayaran royalti sepenuhnya, sedangkan hak rakyat Terengganu dinafikan.

Beliau turut mempertikaikan mengapa wang tersebut digunakan oleh kerajaan Pusat untuk membiayai perbelanjaan negeri lain, dan rakyat Terengganu tidak mendapat faedah secara langsung dari penggunaan wang tersebut.

”Dan orang lain guna duit kita untuk belanja, benda-benda bukan untuk manfaat rakyat negeri,

”tambah pula hok (yang) dia bagi (beri) kat negeri itu pun, buat benda-benda yang rakyat tak dapat faedah secara langsung, sehinggakan sana runtuh, sini bocor.....,”tegas ADUN Wakaf Mempelam itu.

Apabila ditanya, apakah tindakan khusus yang akan diambil oleh PAS bagi menyelesaikan isu tersebut, Wahid selaku Ahli Parlimen Kuala Terengganu, berkata, beliau akan terus menimbulkan isu royalti tersebut di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan Pusat masih berkeras dan tidak mahu menyelesaikan isu berkaitan sepenuhnya, PAS akan menggerakkan rakyat untuk turun ke jalan raya.

”Atas nama (Ahli) Parlimen saya akan teruskan membawa (isu ini) ke parlimen kerana (kalau hendak diharapkan) anggota parlimen Barisan Nasional (dari Terengganu), mereka tidak (pernah) sebut pun hal royalti, pasal mereka tahu ini pengkhianatan mereka daripada awal,

”Kita (PAS) akan tengok sampai bila, kalau tidak bagi lagi mungkin akan gerakkan rakyat Terengganu untuk satu demonstrasi dalam menuntut kerajaan Pusat untuk mempastikan royalti itu diberi balik,”tambahnya

Sehingga kini, Wahid telah mengemukakan tiga usul berkenaan royalti minyak Terengganu ke dalam Sidang Dewan Undangan Negeri.

Mutakhir, pada 25 Ogos lalu, beliau memohon dibawah Fasal 30 supaya Dewan ditangguhkan bagi membincangkan ’Status Terkini Royalti Petroleum Terengganu’ kerana ia adalah perkara yang mustahak bagi orang ramai.

Usul tersebut telah ditolak oleh Yang Dipertua DUN Terengganu, tanpa alasan yang konkrit.

Bacaan sebelumnya;

Kerajaan Pusat Tidak Akan Memulangkan Baki Royalti Kepada Rakyat Terengganu?

Menteri Besar Sahkan Kerajaan Terengganu Belum DiBayar Royalti Petroleum Sepenuhnya


Buletinonline Radio : Pembayaran Royalti Belum Selesai

Jalan Demokrasi; Suatu Kebijaksanaan Pilihan PAS

KEMAMAN - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS tetap memilih jalan demokrasi dan pilihanraya, walaupun ia diasaskan oleh barat dan bersedia untuk berjuang menegakkan Islam walaupun memakan masa yang panjang

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita9/DSC_0054.JPGBeliau berkata, konsep politik yang diamalkan oleh barat itu merupakan ’suatu kebijaksanaan’ yang wajib diterima pakai oleh orang Islam hari ini.

Ustaz Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Sempena Kutipan Dana Kebajikan dan Pendidikan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman, di Restoran Bangkok Geliga, Chukai, pada 30 Ogos lalu.

(Gambar - Tuan Guru Ustaz Hadi membuang undi sewaktu PRU 12 lalu)

Beliau berkata, Islam mendahulukan kebijaksanaan, kesabaran dan perdamaian dalam perjuangan menegakkan syariat Islam.

“Kita memilih jalan demokrasi walau pun demokrasi adalah amalan barat. Konsep politik yang diamalkan oleh orang barat.

“Tetapi ia (demokrasi) adalah satu kebijaksanaan yang wajib diterima oleh orang Islam kerana Islam mendahulukan kebijaksanaan, mendahulukan cara sabar dan mendahulukan perdamaian.

“Maka, kita (PAS) gunakan konsep ini dengan cara sepenuhnya walau pun memakan masa yang panjang,” jelasnya ketika berucap pada Majlis Iftar dan Pelancaran Dana Pemuda PAS Kawasan Kemaman, dekat sini, kelmarin.

Katanya, sikap PAS terbuka dan sedia berdailog dengan semua pihak dalam menyatakan perjuangan Islam sehingga berjaya memecahkan tembok-tembok pemisah dengan masyarakat bukan Islam.

“Kita (PAS) bersikap dengan cara yang terbuka, berdailog dengan semua pihak dan menyatakan apa dia Islam.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita9/Perutusan31Ogos2009%20092.jpg“Hari ini, kita (PAS) telah berjaya memecahkan tembok-tembok pemisahan. Apabila kita (PAS) berjaya menembusi kawasan-kawasan yang sampai maklumat,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan, pertembungan PAS dengan Umno merupakan suatu perkara yang sangat unik dan berbeza dengan gerakan Islam lain didunia.

Katanya, tindakan tersebut adalah kerana PAS terpaksa berhadapan dengan golongan penganut Islam yang jahil yang dihinggapi serangan pemikiran.

“Pertembungan kita (PAS) di dalam tanahair kita (Malaysia) ialah suatu pertembungan yang sangat unit, yang berbeza dengan keadaan yang lain.

“Kita menghadapi bangsa kita yang menganut Islam yang jahil yang tidak tahu yang dilanda oleh serangan pemikiran.

“Sebab itu, kita (PAS) tidak mudah untuk menunding jari dan melakukan tindakan yang tidak bijaksana dalam menghadapi kaum bangsa kita sendiri,” jelasnya.

Menurutnya, PAS perlu bertindak secara bijaksana serta berhemah dalam menghadapi bangsa Melayu bernama Umno.

Last Updated ( Wednesday, 02 September 2009 02:14 )

Pengerusi JKKK Enjin Gergaji DiTangkap Khalwat Pada Malam Kemerdekaan 52 Tahun

KEMAMAN – Sehari selepas Menteri Besar Dato’ Ahmad Said ’berleber’ dan menyuruh Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) meletakkan jawatan kerana ’kurma dan air zam-zam’ tidak sampai ke rumah rakyat,

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita9/chukai.jpgseorang Pengerusi JKKK dalam daerah ini pula ditangkap khalwat.

Abu Bakar atau Pak kar, 60 yang dikenali ramai, Pengerusi bagi JKKK Kampung Tuan/ Enjin Gergaji telah ditahan dalam serbuan ’Operasi malam Merdeka’ disebuah hotel di bandar Chukai, dekat sini.

Menurut sumber Penguatkuasa Syariah Kemaman, beliau telah ditahan ketika berdua-duan dalam bilik hotel tersebut pada jam 2 pagi bersama seorang janda yang dipercayai adalah pekerjanya sendiri.

Janda tersebut dikatakan bekerja sebagai penjaga tandas awam di Padang Astaka, disini, dimana kontrak menjaga tandas tersebut diperolehi oleh Abu Bakar.

Pak Kar di lepaskan pada jam 4 pagi setelah soal siasat dibuat dan akan didakwa di Makhamah Rendah Syariah Kemaman, tidak berapa lama lagi (Gambar kanan - Bandar Chukai, Kemaman)

Anak Muda Terengganu Hilang Arah Dalam Usia Kemerdekaan Negara 52 Tahun

- Himpunan haram ‘menari’ dikhalayak ramai (Video Klip DiDalam)
KUALA TERENGGANU – Rakyat negeri Terengganu ‘seolah-olah’ hilang arah tuju apabila pentadbiran negeri ini hanya menumpukan kepada pembangunan fizikal.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita9/sambutan31ogasterengganu.jpgKerajaan Umno-BN Terengganu sejak dua penggal lalu gagal melihat aspek rohani dalam pembangunan modal insan.

Pada penggal lalu, slogan ‘Impian menjadi Realiti’ menjadi zikir yang sentiasa diucapkan bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Slogan itu tidak sah jika diungkapkan dengan tidak disambung bersama wirid ‘Tidak Pernah Sebelum Ini’ Terengganu jadi begini.

Idris mengulang-ulang ’zikir dan wirid’ tersebut supaya ia disematkan ke dalam pemikiran rakyat Terengganu, kehebatan dirinya dan pentadbirannya bagi membukti janji pilihanraya 2004.


Pada pilihanraya umum ke 11, tahun 2004, Idris yang mendapat dokongan kuat Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berjanji akan membawa ’pembangunan yang tidak pernah’ dilihat sebelum ini.

Kini, janji-janji tersebut menjadi ’badi’ dengan pelbagai peristiwa yang berlaku keatas negeri Terengganu benar-benar ’tidak pernah dilihat oleh mata’ rakyatnya.

Realiti yang benar-benar diimpikan oleh Idris, sebaliknya menjadi ’mimpi ngeri’ dengan kejadian stadium runtuh, pusat akuatik bocor dan siling lapangan terbang yang seing tercabut.

Pentadbiran negeri dibawah pengganti Idris, Dato’ Ahmad Said pula menghadapi pelbagai kesukaran sejak awal pelantikannya.

Ahmad masih tidak dapat ’berpijak dibumi nyata’ apabila kerajaan pimpinanya tidak dapat melangsungkan apa-apa program walaupun pelbagai slogan Idris diganti dengan ’merakyatkan pentadbiran’.

Kerajaan negeri dibawah pimpinan Ahmad yang sentiasa disaluti ’kontroversi’ juga tidak dapat memberi penumpuan kepada pembinaan insan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita9/IMG_2738.JPGImpak negatif kesan kekosongan pengisian jelas melanda golongan muda dan belia di negeri ini.

Kemunculan kumpulan ’punk’ dikalangan belia Terengganu membuktikan kegagalan slogan ’generasi ’Ulul-Albab’ Idris.

Kumpulan yang entah dari mana itu muncul kali pertama pada malam tahun baru 2008.

Selepas pilihanraya ke 12, pada Mac tahun 2008, Ahmad Said yang mengambil alih tampuk pemerintahan negeri tidak mempunyai dasar belia yang jelas.

Ekoran kepincangan tersebut, gejala keruntuhan moral dan akhlak remaja dan belia semakin parah.

Ia jelas dengan pendedahan yang dibuat oleh Exco Exco Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Ahmad Razif Abd Rahman, dalam Sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

Razif dalam menjawab soalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Mohd Nor Hamzah mengatakan seramai 197 orang pelajar Sekolah Menengah dan Institutsi Pengajian Tinggi Terengganu telah ditangkap khalwat dalam tempoh tujuh bulan tahun ini.

Fenomena tersebut jelas bila sebuah akhbar tempatan melaporkan tangkapan khalwat dan zina berlaku secara berleluasa terutamanya di daerah Dungun.

Selain itu, kegiatan tidak bermoral bukan sahaja melanda peringkat menengah dan pengajian Tinggi malah, beberapa pelajar sekolah rendah yang dibekalkan komputer e-book turut terlibat dengan penyimpanan gambar lucah.

Walaupun statistik jenayah negeri dilaporkan menurun, namun gejala keruntuhan akhlak dan moral semakin meningkat.

Kegiatan ’merempit’ sudah menjadi rutin hujung minggu dan menjadi cukup kritikal apabila Mat Rempit dilaporkan bukan sahaj melanggar sekatan jalanraya, malah beberapa kali dilaporkan ’bertempur’ dengan pihak polis.

Sumber polis memaklumkan kegiatan rempit mempunyai kaitan rapat dengan penagihan dadah terutama dadah sintetik.

Kegiatan pengedaran pil kuda sudah turun ke pringkat paling bawah sehingga menjadikan pelajar sekolah rendah sebagai perantaraan rangkaian ’pemasaran’ dadah tersebut.

Sehingga semalam, malam menjelang 31 Ogos, ulang tahun kemerdekaan negara, pelbagai kumpulan ’hybrid’ remaja dan belia muncul, menunjukkan kecelaruan hala tuju rakyat dibawah pentadbiran Umno dan BN.

Walaupun tidak ada apa-apa majlis sambutan dianjurkan oleh kerajaan negeri, perhimpunan ’haram’ menyambut ’count down’ jam 12 malam telah diadakan terutamanya di perkarangan Taman Shahbandar dan stesen bas Tanjung.

’Tidak pernah sebelum ini’ anak muda, remaja dan belia mengadakan majlis tarian secara terbuka, ditempat awam dan disertai khalayak ramai tanpa segan dan silu.

Inspirasi Dua Suri Hati Mantan MB Terengganu

  Oleh : Azizah Mahmood  KUALA TERENGGANU - Menelusuri   pengalaman kehidupan  dua suri hati mantan Menteri Besar Terengganu cukup menginspi...