20 April 2013

Tiga Penjuru di Lapan Kerusi; Dua Parlimen, Enam Dun

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/penamaan%20calon%20pru13.jpgKUALA TERENGGANU - Pilihanraya Umum Kali Ke-13 di peringkat negeri Terengganu mencatat sejarah apabila menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada lapan kerusi, dua di peringkat parlimen dan enam di peringkat kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Setelah tamat tempoh penamaan calon yang bertanding kira-kira jam 11.00 pagi hari ini Sabtu 20 April, pertembungan tiga pihak didapati berlaku pada kerusi , P36 Parlimen Kuala Terengganu dan P39 Dungun serta Dun Kota Putra (N2), N6 Permaisuri, N11 Seberang Takir, N17 Alor Limbat, N24 Ajil dan N25 Bukit Besi.

Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara PAS, BN dan Bebas sebagaimana PRU12 tahun 2008, lalu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/Tok%20Mun.jpgCalon bebas sensasi, Maimun Yusuf, 94 [Gambar kanan dua dari atas] akan berhadapan dengan PAS yang diwakili oleh Kerabat Diraja, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Ahmad dan calon BN, Mohd Zuber Embong.

Sebelum ini, kerusi parlimen tersebut disandang oleh Mohd Abdul Wahid Endut dari PAS yang dimenanginya pada Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu selepas kematian Dato’ Razali Ismail-BN yang meninggal dunia pada 28 Novmber 2008.

Di Dun Kota Putra, perlawanan berlaku antara calon-calon PAS, BN dan PKR yang sebelum ini disandang oleh parti Barisan Nasional.

Calon PAS iaitu Ustaz Adam Mat Said, lawan calon BN Mohd Mahdi Musa dan Drs Mohamed Abdul Ghani Ibrahim dari PKR.

Dun Permaisuri (N6), Dato’ Mohd Jidin Shafie dari BN akan ditentang pencabarnya dari PKR, Wan Mokhtar Wan Ibrahim serta calon bebas, Mohd Yusup Majid [Gambar kanan 3 dari atas].

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/yusof%20majid.jpgMohd Yusop Majid merupakan bekas Ahli Parlimen BN-Setiu tahun 2004 hingga 2008 yang juga seteru kepada Dato’ Mohd Jidin.

Begitu juga dengan Dun Seberang Takir, calon BN iaitu Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman akan ditentang oleh calon PAS, Ustaz Zakaria Dagang dan PKR, Ahmad Nazri Mohd Yusof.

Calon kerusi N17 Alor Limbat turut menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN sebagai penyandangnya dengan PAS dan calon Bebas.

Calon penyandang BN, Alias Abdullah akan berhadapan dengan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS negeri Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman dan calon Bebas, Jaafar Jambol [Gambar Kanan dua dari bawah].

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/Jaafar%20Jambol.jpgCalon Barisan Nasional Razali Taib akan berhadapan dengan tiga penjuru di kerusi N24 Ajil dengan calon PAS, Ustaz Mohd Razki Haji Yah @ Alias dan Mohd nuhairi Muhammad (bebas) [Gambar paling bawah].

Ini kerana, sebaik sahaja BN Terengganu mengumumkan calon-calonnya yang bertanding PRU13, berlaku protes calon di beberapa kawasan termasuk di kalangan penyokong Umno di Dun Ajil.

Di P39 Dungun, bukan sahaja berlaku pertembungan tiga penjuru di peringkat parlimennya tetapi turut melibatkan dua Dun iaitu N25 Bukit Besi dan N26 Rantau Abang.

Dun Bukit Besi akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, Rosli Daud dengan calon PAS, Roslan Ismail dan Mohd Shamsul Mat Amin dari parti PKR.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/nuhairi.jpgSejarah pilihan raya PAS Terengganu pernah membuktikan ‘kubu’ kuat Umno di Dun Bukit Besi pernah ditawan oleh PAS melalui calonnya, Roslan Ismail pada tahun 1999.

Manakala, kerusi N26 Rantau Abang turut ditandingi oleh calon Bebas, Mazlan Harun, calon dari PAS, Alias Harun dan penyandangnya, Dato’ Za’abar Mohd Adib (BN).

Calon PAS DUN Kota Putera Mempunyai Potensi Kemenangan dan Memenuhi Keperluan 'Winnable Candidate'

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/5%20calon%20Besuta.jpgBESUT - PAS Besut melaksanakan keputusan perisytiharan calon yang dibuat oleh Presidennya Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan meneruskan pencalonan Ustaz Adam Md Said sebagai calon bagi DUN Kota Putera.

Yang DiPertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, keputusan mesyuarat peringkat kawasan tersebut pada Rabu malam memutuskan untuk perkara tersebut.

"Keputusan Mesyuarat kita terus (melaksanakan) perisytiharan (calon) yang dibuat oleh Tok Guru Presiden (PAS) dan InsyaAllah, majlis (penamaan calon) akan berjalan seperti yang dirancang,"ujarnya ketika di temui di pejabat PAS Kawasan Besut selepas mesyuarat tersebut.

Beliau berkata, isunya adalah bagaimana PAS dan Pakatan Rakyat menjayakan hasrat untuk mencapai kemenangan samada untuk menawan Putrajaya atau pun mengambil alih pentadbiran di Wisma Darul Iman.

Katanya, semua unsur-unsur kemenangan dan potensi kemenangan yang ada perlu dimanfaatkan dan dilihat serta dijadikan asas untuk gerakan untuk mencapai matlamat tersebut.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/pencalonan%20Besuta.jpgOleh itu, kata beliau, calon PAS yang bertanding di Kota Putera memenuhi keperluan 'winnable candidate' (calon yang boleh menang) berdasarkan data, rekod dan gerak kerja yang dilakukan di DUN tersebut.

"(DUN) Kota Putera........pada (bagi) kita jelas berasaskan kepada data, berdasarkan kepada rekod dan berdasarkan kepada gerak kerja yang berlaku di peringkat Kota Putera, kita yakin 'winnable candidate' itu ada pada kita (calon PAS) dan ini harus dikongsi sebagai tindakan bersama di peringkat Pakatan Rakyat.

"InsyaAllah, dari sudut keyakinan kita dan keyakinan masyarakat, kita (PAS) mempunyai peluang yang terbaik untuk menghantar wakil bagi pihak DUN Kota Putera itu dari kalangan Pakatan Rakyat,"jelasnya. [Lihat Video]
Beliau menegaskan, pertembungan tidaklah berlaku diantara sesama parti dalam Pakatan Rakyat, tetapi pertembungan sebenarnya adalah diantara Pakatan Rakyat dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Justeru menurutnya, rakyat yang menjadi pengundi boleh menilai di mana potensi kemenangan itu wujud, berasaskan kepada gerak kerja dan pengaruh yang ada disatu-satu peringkat itu.

"saya jelaskan sekali lagi bahawa penyertaan kita di situ (DUN Kota Putera) adalah untuk mepastikan Umn dan Barisan Nasional (BN) tidak (lagi) mewakili masayarakat (DUN) Kota Putera pada pilihanraya kali ini,

"InsyaAllah, kita akan terus menjayakan hasrat tersebut, bukan setakat (sekiranya berlaku pertembungan) tiga penjuru.....kalau empat penjuru pun PAS akan terus untuk bersama-sama berkongsi usaha untuk menjatuhkan Barisan Nasional,"tegasnya.

Bekerja Dengan Baik, Bersabar dan Ikut peraturan - Presiden PAS

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/penamaan%20calon%20marang.jpgMARANG - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru kepada seluruh jentera parti agar dapat melaksanakan kerja-kerja kempen pil;ihan raya dengan baik, bersabar serta mengikut peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau turut menjelaskan pernah bertanding dalam beberapa siri pilihan raya sejak tahun 1986 dan tidak ada sebarang masalah.

“Seperti biasa dan ini bukan pertama kali saya bertanding di sini (Marang)…sejak tahun 1986. Saya menyeru kepada seluruh jentera parti supaya bekerja dengan baik, sabar dan mengikut peraturan pilihan raya yang ada, Insya’Allah,” ujarnya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon PRU13, Pejabat Daerah Marang, hari ini.

Sebelum itu, lebih para penyokong dan ahli PAS mula berkumpul di perkarangan Pejabat Majlis Tindakan Dun (MTD) Rhu Rendang yang dijadikan Markas Pilihan Raya Muslimat dan Pemuda PAS Dun Rhu Rendang.

Perarakan calon bermula kira-kira jam 8.40 pagi dari pejabat Majlis Tindakan Dun (MTD) Rhu Rendang sejauh hampir satu kilometer ke pusat penamaan calon selepas calon-calon PAS menunaikan solah hajat di Masjid Kampung Kijing.

Sekitar jam 9.00 pagi, rombongan calon dan pengiringnya mula masuk ke kawasan Pusat Penamaan Calon PRU13 di Pejabat Daerah Marang.

Kesemua calon-calon PAS bertanding menyerahkan borang pencalonan masing-masing pada jam9.15 pagi dan selesai pendaftarannya kira-kira 10 minit kemudian.

Pada jam 10.00 pagi, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) waktu penyerahan borang pencalonan tamat dan diumumkan calon-calon bertanding secara rasminya pada jam 11.00 pagi.

Keputusan pencalonan menyaksikan pertandingan satu lawan satu kecuali di N17 Alor Limbat terdapat calon bebas iaitu Encik Jaafar Jambol bekas rakan sekutu Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ini bermakna, perlawanan tiga penjuru antara calon PAS, Ustaz Ariffin Deraman menentang penyandang BN, Alias Abdullah serta calon bebas, Jaafar Jambol.

P37 Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempertahankan kerusinya yang akan ditentang oleh Pengerusi Umno Bahagian Marang, Dato’ Yahya Khatib Mohamad.

Pencalonan Ustaz Abdul Hadi bertanding di kerusi Parlimen Marang dicadangkan oleh Haji Ibrahim Long dan disokong oleh Embong Ngah.

Kerusi N18 Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah mempertahankan kerusi tersebut yang akan ditentang oleh musuh tradisinya Zaidi Muda yang pernah bertanding tahun 2008 lalu.

Encik Muda Abdullah adalah pencadang dan Mohd Nasir Ismail pula penyokong kepada Ustaz Mohd Nor yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu.

Ustaz Abdul Hadi Awang yang juga penyandang kerusi N19 Rhu Rendang akan mempertahankannya dari pencabar calon BN, Nik Dir Nik Wan Ku.

Haji Hashim @ Ibrahim Mohamad merupakan pencadang dan Mohamad Deraman pula adalah penyokong kepada pencalonan Dato’ Seri Abdul Hadi mempertahankan kerusi tersebut.

Manakala, calon termuda PAS bagi kerusi N20 Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong, 37, pula akan ditentang oleh calon BN, A Latif Awang.

Beliau dicadangkan oleh Hamzah Muda dan disokong oleh Mohd Faizol Ismail untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di Dun Pengkalan Berangan.

Tinjauan Harakah mendapat jumlah penyokong PAS jauh lebih ramai dari penyokong Umno-BN sekaligus menggambarkan sokongan moral cukup kuat kepada PAS dan Pakatan Rakyat di Marang.

Perarakan Penamaan Calon PRU13 lain-lain kawasan













Perarakan Penamaan Calon PRU13 Besut














Wanita Berjiwa Kental Sentiasa Mendepani Cabaran

  Oleh : Aqilah Mohd Jafri / Gambar : Hajar Kamarudin  MARANG - Wanita berjiwa kental dengan semangat perjuangan dalam mendepani cabaran sej...