15 Mei 2010

PAS Kongsi Kesukaran Tugas Anggota Bomba dan Penyelamat

DUNGUN – Kesukaran tugas seramai 100 ahli Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran hutan tanah gambut seluas 45 hektar berhampiran kawasan perindustrian dekat sini, turut dikongsi oleh PAS Terengganu.

Operasi yang telah berlanjutan sejak 10 hari lalu, mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.
Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun, telah mengadakan lawatan ke lokasi bencana tersebut, pada Khamis, 13 Mei lalu.

Kegiatan Judi Sudah Sebati Dengan Umno

- Umno pernah jual ‘Loteri Kebajikan Umno’ pada tahun 1951
Tepoh, KUALA NERUS
– Tindakan Kerajaan Umno/ Barisan Nasional meluluskan judi bolasepak piala dunia baru-baru ini, merupakan satu tindakan yang sudah sebati dengan parti itu.
Umno menganggap judi menjadi satu kebajikan, sebab itulah wujudnya ‘Loteri Kebajikan Masyarakat’ satu masa dahulu.

(Gambar - keratan surat rasmi penyerahan wang loteri dari Setiausaha Agung Umno kepada Bendahari Umno Tahun 1953, Sheikh Ahmad Sheikh Hashim, bapa kepada Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad - Untuk Lihat sepenuhnya Klik sini)
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata Umno pernah mengeluarkan ‘Loteri Umno’ pada tahun 1951.

”Umno mula jual loteri Umno, judi pada tahun 1951, untuk mendapat kewangan membiayai parti itu,”katanya ketika ditemui selepas berucap dalam satu ceramah penerangan yang diadakan di Kampung Padang Air, dekat sini, semalam.

14 Mei 2010

Razali Idris Juga Sebagaimana Rakan Kongsinya

KUALA TERENGGANU – Sebagaimana kayanya Mohd Sabri Alwi (Mat Kerak), begitu jugalah mungkin Razali Idris, kerana Razali merupakan rakan kongsi Mat Kerak dalam syarikat MSA Bina Sdn Bhd.
MSA Bina adalah antara syarikat ‘Orang Kuat Umno’ (OKU) yang mengumpul kekayaan dengan mendapat tender kerajaan bernilai RM62 juta sejak tahun 2000.

Razali dan Mat Kerak adalah seangkatan dalam pemuda Umno, Mat Kerak menjadi Ketua Pemuda Terengganu ketika Razali menjawat jawatan Ketua Pemuda Marang.

13 Mei 2010

Di mana Nafsiah ?



KUALA TERENGGANU – Orang ramai dirayu supaya membantu mencari Nafsiah Binti Abdul Rahman, yang telah hilang dari rumahnya di kampong Durian Burung, sejak 2 Mei lalu.
Nafsiah, seorang gadis yang kurang sihat, berumur 28 tahun, memakai baju-T berwarna biru dan berseluar ‘slack’ hitam pada hari kehilangannya.

12 Mei 2010

Billboard diturunkan, Siapa Berbohong, Soalan Bocor!

KUALA TERENGGANU – ‘Billboard’ Melayu Bangkit yang mengiklankan program ‘rasis dan menghasut’ anjuran NGO-Umno lenyap dari pandangn sejak pagi ini.

Kehilangan billboard pada saat akhir menjelang progtam yang dijadualkan esok menjadi misteri, kerana menurut seorang saksi, billboard tersebut masih ada, semalam.

Ketua Polis negeri Terengganu ketika dihubungi pihak media menafikan mengeluarkan apa-apa arahan kepada mana-mana pihak supaya menurunkan billboard tersebut.

Bagaimana pun Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, sehingga kini, program ‘Melayu Bangkit’ itu tetap diadakan, walaupun Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah membuat satu laporan meminta polis menyiasat program itu yang didakwa melanggar akta hasutan.

“Melayu Bangkit”: Pemuda PAS buat laporan Polis

- Pemuda Akan Anjurkan ceramah Besar-besaran Sekiranya Diteruskan

KUALA TERENGGANU
- Pemuda PAS akan adakan ceramah besar-besaran sekiranya program Rasis lagi menghasut 'Melayu Bangkit' diteruskan bagi mendedahkan sikap 'Talam Dua Muka' Umno terhadap orang Melayu.

Ia adalah kerana Umno menjadi ‘dalang’ yang menganjurkan program rasis lagi menghasut “Melayu Bangkit” yang dijadualkan pada 13 Mei 2010 ini.

(gambar - Ketua penerangan DPPNT Syeikh Mohd Hanafi Syeikh Abdul Aziz mengedarkan kenyataan media selepas membuat laporan polis)

11 Mei 2010

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan ; Masalah PBT Yang Tidak Berkesudahan?

KUALA TERENGGANU – Sudah dua tahun lebih, usia Dato’ Ahmad Said menjadi Menteri Besar Terengganu dengan slogan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’.

Dalam tempoh dua tahun itu juga, rakyat melihat masalah ‘remeh temeh’ birokrasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak berkesudahan dan seolah-olahnya tiada penyelesaian.

Sedang sebelum ini, bertahun-tahun Ahmad menjadi Exco bagi potfolio berkenaan!


Di Besut,
dua projek pihak berkuasa tempatan yang bermasalah ialah projek pembinaan Jerteh Souq yang berharga hampir RM70 juta dan projek pembinaan Medan Selera Majlis Daerah Besut berharga RM1 juta.

Kuala Terengganu Kehabisan Gula?

- Masalah pengangkutan belum selesai?
KUALA TERENGGANU
– Ketiadaan gula sejak seminggu lalu begitu ketara kini apabila ruang jualan gula pada dua hypermarket di bandaraya ini didapati kosong lewat petang ini, 10 Mei.

Seorang pekerja salah sebuah hypermarket tersebut memberitahu, pihak pengurusan mengarahkan beliau menambah stok gula pada ruang jualan sekali dalam tempoh sejam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan Buletinonline, bila waktu gula akan didapati di hypermarket tersebut.

10 Mei 2010

Bot Penambang Pula Berharga RM1 juta!

Seberang Takir, KUALA NERUS – Belum pun sejuk cerita bot (atau Feri) di Tasik Kenyir yang dibina oleh kerajaan negeri Terengganu berharga RM2 juta, timbul pula cerita bot penambang berharga RM1 juta.

Buletinonline dimaklumkan, aktiviti bot penambang ‘jenis baru’ yang telah dijadikan sebagai pengangkutan pelancong dari Taman Shahbandar ke Pulau Duyong dan pulau Wan Man, mendapat bantahan dari pengusaha lama.

Bot penambang baru bukan sahaja dikatakan cantik, berbentuk seperti sebuah ‘kolek’, malah pembinaannya didakwa, mendapat pembiayaan kerajaan.

09 Mei 2010

‘Melayu Bangkit’ Berbaur Hasutan

KUALA TERENGGANU – Pemuda PAS Terengganu menyifatkan program ‘Melayu Bangkit’ yang dianjurkan oleh Institut Integriti Terengganu berbaur hasutan, mengancam keselamatan dan keharmonian hidup rakyat berbilang kaum.

Program tersebut yang akan diadakan pada 13 Mei depan, lebih mencurigakan, kerana tarikh tersebut sinonim dengan peristiwa rusuhan antara kaum pada tahun 1969.


Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, pihak penganjur mesti mengambil tindakan membatalkan program tersebut bagi mengelakkan sebarang provokasi.

Maafkan kami YB, Betulkah Begitu YB??


Jabi, SETIU - Kemewahan dan gaya hidup luar (biasa) dari kemampuan berbanding pendapatan seorang Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN), kini sudah menjadi buah mulut orang kampong dan masyarakat sekitar kawasan ini.

(Gambar - YB, bersama rakan-rakan seangkatan, YB Khazan pun tak kurang hebatnya!)

Baru memasuki penggal kedua sebagai YB, rakyat yang melalui Jalan Kg Tanah Merah, dekat sini, pasti melihat dengan penuh curiga, sebuah rumah mewah yang didirikan dari kayu cengal, sedang dalam pembinaan.

Inspirasi Dua Suri Hati Mantan MB Terengganu

  Oleh : Azizah Mahmood  KUALA TERENGGANU - Menelusuri   pengalaman kehidupan  dua suri hati mantan Menteri Besar Terengganu cukup menginspi...