04 Jun 2010

Program Melayu Bangkit ; Mampat Tidak Pernah DiJemput


http://buletinonline.net/images/stories/berita26/Mampatbakarbendera%20041.jpgGertak Satu Badan ‘Haram’.
KUALA TERENGGANU
- Mampat dukacita sebagai rakyat negeri Terengganu, Gertak yang bukan satu badan berdaftar tetap mahu menganjurkan program ‘Melayu Bangkit’.


Pengerusinya, Mohd Fauzi Abu Samah menyifatkan Gertak juga gagal memahami sentimen dan realiti bahawa rakyat dinegeri ini bukan hanya orang-orang Melayu sahaja.


”Dalam maklumat kita, Gertak bukan satu badan yang berdaftar, ia satu badan yang ‘illegal’ (haram), kita mengharapkan (mereka) ikut peraturan,

03 Jun 2010

Kerja Tambak Pantai ‘Sia-sia’

http://buletinonline.net/images/stories/berita26/yadagangtengok%20bot.jpgSeberang Takir, KUALA NERUS – Tindakan kerajaan negeri menambak sepanjang pantai disini, tanpa mengikut kaedah yang betul adalah satu kerja yang sia-sia.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata sudah tiga kali pantai tersebut ditambak, namun pasir yang ‘dicurahkan’ sebelum ini telah hanyut akibat hakisan.

(Gambar - Zakaria melihat bot-bot nelayan yang tidak dapat ke laut)

”Ia satu kerja yang sia-sia, dengan ia tambak begitu rupa, tapi dalam masa yang sama pengalaman yang lepas-lepas, ia akan terhakis balik,

Kerajaan Perlu Prihatin Rintihan Rakyat



http://buletinonline.net/images/stories/berita26/dato%27KuPasarpayang2.JPGKUALA TERENGGANU – Sekiranya kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu mahu rakyat didahulukan, maka kerajaan harus mendengar suara dan rintihan rakyat serta mengambil tindakan berdasarkan kehendak rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ladang Kuala Terengganu, Dato’ Tengku Hassan Omar berkata demikian selepas mengadakan lawatan bersama dengan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut ke pasar Besar Kedai Payang, disini semalam.

02 Jun 2010

MAMPAT Bakar Bendera Israel, Amerika di Hadapan Stadium Runtuh.


http://buletinonline.net/images/stories/berita26/Mampatbakarbendera%20021.jpgKUALA NERUS – Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) malam ini menganjurkan upacara membakar bendera Israel dan Amerika, dihadapan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang runtuh, tahun lalu.

Pengerusinya, Mohd Fauzi Abu Samah berkata, upacara tersebut diadakan sebagai membantah tindakan Israel yang bertindak menyerang armada ‘Freedom Flotilla’ khusunya kapal Mavi Marmara dan membunuh aktivis yang cuba menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza Palestine dua hari lalu.

Gali Tiga Lubang (bodoh) RM1.5 juta??


http://buletinonline.net/images/stories/berita26/lubangbodoh.jpgSeberang Takir, KUALA NERUS – Ramai penduduk di sekitar Kampung Telaga Daing dekat sini tertanya-tanya, apakah lubang yang dipagar sekelilingnya, begitu cantik ?!

Seseorang yang tidak mahu dikenali memaklumkan Buketinonline, lubang (bodoh) itu bukan calang-calang, ia bernilai RM500,000.00 setiap satu!

Bagi mereka yang tidak prihatin, tidak ambil peduli, apakah tujuan lubang tersebut digali, tentu tidak akan ambil cakna tentang lubang tersebut.

01 Jun 2010

53 Tahun Merdeka, 30 Tahun Tinggal Dalam Pondok Tiga Meter Persegi


http://buletinonline.net/images/stories/berita26/MamatJusoh.jpgSETIU – Walaupun ramai pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) berbangga dengan pencapaian 53 tahun kemerdekaan negara, namun, seorang warga emas yang lahir sebelum merdeka merasakan sebaliknya.

Slogan ‘merakyatkan’ pembangunan pentadbiran kerajaan negeri, tidak sampai kemana kerana Mamat Jusoh, 65, dari Bukit Tok Hat, dekat sini, mendakwa beliau masih tidak menikmati kemudahan asas dalam kehidupannya.

Sejak dahulu, kini dan mungkin selamanya, beliau masih tinggal di sebuah rumah usang seluas tiga meter persegi dengan berdindingkan papan tanpa mempunyai kemudahan bekalan air dan elektrik.

Peniaga ‘Basah’ Bantah Cadangan Kerajaan Pindahkan Pasar Kedai Payang


http://buletinonline.net/images/stories/berita26/_0001_0001.jpgKUALA TERENGGANU – Hampir semua peniaga ‘barang-barang basah’ ikan, daging dan ayam membantah cadangan kerajaan memindahkan mereka dari pasar besar Kedai Payang.
Menurut mereka, ura-ura kerajaan menempatkan mereka di pasar Cabang Tiga adalah satu cadangan yang mengancam ‘mata pencarian’ mereka.

Namun begitu, mereka bersetuju untuk dipindahkan sementara waktu ke tapak Pulau Warisan bagi memberi ruang pasar tersebut dibaikpulih.

Seorang peniaga yang berasal dari Kampung Ladang Kuala Terengganu, Yusuf Husin, 46, bimbang tidak boleh berniaga semula di pasar Kedai Payang selepas ia dibaikpulih.

Isu Dewan Bedah Hospital Setiu; Polemik Dalaman Umno Teregganu.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita26/hospsetiu.jpgSETIU - PAS Kawasan Setiu menyifatkan isu dewan bedah hospital Setiu adalah polemik dalaman antara pimpinan Umno Terengganu dan kerajaan pusat.

Ketua Penerangannya, Dr. Azman Ibrahim berkata PAS Setiu tidak berminat untuk terlibat dengan isu dewan bedah tersebut.

Malah, beliau yakin, tidak ada rakyat yang mahu membuang masa melayan semua kerenah pentadbiran kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)

Menurutnya, beliau diberitahu oleh sumber dalaman, kenyataan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said berhubung perkara terbabit hanya cubaan Ahmad untuk meningkatkan imejnya yang gagal dalam mentadbir negeri Terengganu.

31 Mei 2010

Projek Puncak Panorama Bukit Pak Apil Punca Masalah


http://buletinonline.net/images/stories/berita26/surauceronglanjut.jpgKUALA TERENGGANU - Setiap kali hujan penduduk sekitar Kampung Cherung Lanjut dan Batas Baru di sini, resah kerana persekitaran rumah pasti becak dan berselut kerana limpahan air tanah dari kawasan projek taman rekreasi di Bukit Pak Apil.

Selepas hujan penduduk berhadapan dengan tanah becak tetapi apabila cuaca kering mereka terpaksa pula menghadapi debu tanah yang kering di sekeliling rumah.

Keadaan itu sudah berlanjutan sejak dua tahun lalu dan penduduk semakin bosan dengan masalah itu menyebabkan mereka meminta pihak berkuasa berkaitan mempercepatkan kerja pembinaan Taman Panorama di puncak bukit itu yang mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan.

ADUN PAS Mampu Berikan Khidmat Terbaik Walau Tanpa Peruntukan


http://buletinonline.net/images/stories/berita26/whassan1.jpgSura, DUNGUN – Wakil-wakil rakyat Umno/BN patut malu kerana walaupun tanpa menerima ‘satu sen’ peruntukan untuk wakil rakyat, wakil-wakil rakyat PAS mampu memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana sumbangan dan derma dari orang ramai dapat menampung perbelanjaan beliau melaksanakan tanggungjawab.

Beliau yang dihubungi Buletinonline berkata, selain sumbangan dan derma, beliau mengeluarkan wang dari poketnya sendiri, hasil dari elaun wakil rakyat untuk melaksanakan kerja-kerja kebajikan kepada warga DUN Sura.

Melayu Mudah Lupa Bersama PH

Terdedah kini bahawa Melayu yang menyertai Pakatan Harapan (PH) ialah Melayu yang mudah lupa, khususnya para pemimpinnya juga mudah lupa.