21 Januari 2012

Jangan sewenang-wenangnya melawan undang-undang Islam


DUNGUN – Pesuruhjaya PAS Terenggan Haji Mohd Abdul Wahid Endut memberi amaran, jangan sewenang-wenangnya melawan undang-undang Islam kerna ia telah dilaksanakan di negeri Terengganu sejak 100 tahun yang lalu.

Beliau turut berikrar akan mengembalikan hukum Hudud dan Qisas sebagaimana yang pernah diperjuangankan dan dikuatkuasakan oleh almarhum Sultan Zainal Abidin III.

20 Januari 2012

Yakin menang PRU13; Ada Nilai Tambah Sokongan Kepada PAS Terengganu

DUNGUN - Bersandarkan kepada sambutan orang ramai terhadap program-program PAS sebelum ini, Timbalan Peresiden PAS, Haji Mohamad sabu yakin PAS akan kembali memerintah selepas pilihanraya umum ke-13 akan datang

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ceramah pada majlis ceramah sempena sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu dekt sini, Khamis 19 Januari.

'Buah tangan PAS' raikan kaum Cina DUN Ladang


KUALA TERENGGANU - Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Ladang menyedia lebih 200 bungkusan limau mandarin dan angpau yang diagihkan kepada masyarakat Tionghua di Kampung Tanjung, Kampung Ladang serta sekitarnya.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar ditemani Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing bagi mengagihkan ‘buah’ tangan tersebut.

19 Januari 2012

PAS sedia ‘rampas’ yang belum menang, pertahankan sedia ada


KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu akan mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen yang dimenanginya serta ‘merampas’ kerusi-kerusi yang tewas daripada Barisan Nasional (BN).
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata PAS Terengganu akan bekerja bersungguh-sungguh bagi mengekalkan kerusi-kerusi Dun dan Parlimen yang dimenangi.

18 Januari 2012

Pusat pemindahan banjir tiada bekalan elektrik!


SETIU – Lima puluh orang mangsa banjir di Kampug Hulu Seladang dala, kawasan Dewan Undangan Negeri Permaisuri dekat sini terpaksa menggunakan lilin kerana balairaya yang menjadi pusat pemindahan tiada bekalan elektrik.

Mereka terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir tersebut pada Isnin 16 Januari, apabila rumah mereka dinaiki air.

Menurut Ketua PAS Cawangan, Azizan Abdul Rahman, bekalan elektrik balairaya tersebut telah lama dipotong oleh pihak Tenaga Nasional (TNB).

Munajat Muslimat PAS menjelang PRU13


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita50/DSCN2496.jpgKUALA TERENGGANU - Muslimat PAS kawasan Kuala Terengganu berjaya menganjurkan Munajat Perdana sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Ketuanya, Puan Zaitun Abas berkata program Munajat Perdana ini dibuat sebagai persiapan Muslimat PAS Kuala Terengganu menghadapi PRU ke-13 tidak lama lagi.

17 Januari 2012

500 hadir Jamuan Sempena Tahun Baru Cina MTD Chukai


KEMAMAN – Lebih 500 orang kaum Cina perlbagai lapisan hadir ke Majlis Jamuan Rapat Rakyat sempena Tahun Baru Cina yang dianjurkan PAS DUN Chukai lewat petang Selasa 16 Januari.

Menurut Pengarah Majlis Tindakan DUN(MTD) PAS Chukai, Haji Hanafiah Mat, program tersebut berjaya menjalinkan persahabatan lebih rapat dan hubungan mesra diantara pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat dengan kaum Cina.

16 Januari 2012

Anak-anak muda dipaksa isi borang masuk Umno


KUALA NERUS - Menurut Bekas Ketua Puteri Umno , Rusni Hassan, Umno  memaksa anak-anak muda menandatangani borang keahlian Umno sebagai syarat untuk mendapat ‘Dana Bakti Remaja’.

“Anak-anak muda dipaksa masuk masuk Umno, kalau nak wang Dana Bakti Remaja masuk Umno dulu, saya tahu sebab saya pernah buat program itu,”katanya ketika berucap di Majlis Penerangan Isu Semasa di Kampung Bukit Berangan, dekat sini.

Banjir Gelombang Ke-3; Exco mahu ‘susup kepala’?


SETIU – Air Sungai yang naik akibat hujan lebat pada Sabtu 14 Januari menyebabkan beberapa kawasan di Besut dan Setiu dilanda banjir gelombang ketiga.

Kawasan Setiu, khusus DUN Permaisuri mengalami bah yang lebih teruk berbanding Besut dengan 14 kampung yang terletak dipinggir sungai Setiu dinaiki air.

Guru PASTI As-Salam Dinobatkan Dua Anugerah

MARANG- Guru PASTI As-Salam, Padang Midin, Cikgu Nora Abdul Jalil, 55 telah berjaya mengharumkan PASTI Terengganu apabila dinobatkan sebagai...