15 Mac 2014

Itqanul Hadid Wakili DUN Rhu Rendang

karnival sukan pasti rhu rendang1
MARANG – Pasukan bola sepak PASTI al-Itqanul Hadid dari Kampung Rusila di nobatkan sebagai Johan keseluruhan acara bola sepak di Karnival sukan PASTI peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang.

Kejohanan tersebut telah berlangsung pada pagi hari ini Sabtu, 15 Mac, di Padang Bola Kampung Bukit Gasing dekat sini.

Ambil Langkah Keselamatan Perlu Semasa Cuaca Panas dan Berjerebu

jerebu kuala lumpur
MARANG – PAS Negeri Terengganu memandang serius cuaca panas dan keadaan berjerebu yang melanda seluruh negara ketika ini.

Sehingga minggu lepas, angka terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU) dari Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar mendapati bahawa majoriti negeri-negeri di Malaysia mengalami jerebu tahap kedua (IPU : 51 – 100 habuk halus).

BPPNT Ucap Takziah Kepada PAS Kemaman, Setiu

tmp_IMG-20140313-WA00621247335719KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Negeri Terenggan mengucapkan takziah kepada PAS Kawasan Kemaman yang telah kehilangan seorang aktivis.

Setiausaha PAS Terengganu Haji Muhyiddin Abd Rashid turut merakamkan ucapan takziah kepada aktivis PAS Kawasan Setiu, Ustaz Abdul Rahman @ Zaman Bakri kerana anak lelakinya yang meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.

14 Mac 2014

Kerajaan, JPS Diminta Pantau, Siapkan Projek Tebatan Segera

tebatan taman rakyat3DUNGUN – Projek Tebatan Banjir yang mula dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu sejak tahun 2011, terbengkalai dan masih belum menjadi kenyataan sehingga hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang Cikgu Alias Harun melahirkan rasa kesal kerana kegagalan pihak berkuasa menyiapkan projek tersebut telah menyebabkan kawasan sekitar ditenggelami air setiap kali apabila tiba musim tengkujuh.

12 Mac 2014

Keracunan Makanan Pasar Malam ; Kembalikan Kepercayaan Orang Ramai

Mohd Nor Hamzah Pasar Malam.1jpgMARANG – Kebanyakkan rakyat negeri Terengganu mengambil sikap berhati-hati dan menunggu apakah hasil siasatan pihak berwajib berhubung kes keracunan makanan yang dipercayai dibeli di pasar malam Taman Syahbandar minggu lalu.

Ia adalah langkah penting diambil ekoran seorang kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia, setelah makan ayam goreng yang dibeli dari pasar terbabit.
Sikap orang ramai itu dipuji kerana isu kesihatan tidak boleh diambil mudah, sebaliknya bagi pihak peniaga, mengalami musim suram apabila perniagaan mereka ‘merudum’.

Urutan Apa Sampai Berharga RM250.00??

dppkd hantar memorandum3Oleh Zul Shawal
DUNGUN – Menghayati slogan “Amal Makruf, Nahi Mungkar”, Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun (DPPKD) telah menghantar memorandum bantahan terhadap pemberian lesen premis perniagaan rumah urut kepada Yang Dipertua Majlis Pembandaran Dungun (YDP MPD) pagi semalam.

Kunjungan hormat DPPKD yang diketuai oleh ketuanya, Muhammad Hanafi Abdul Aziz telah menyerahkan memorandum kepada YDP MPD, Encik Ibrahim bin Mohammad di bilik pejabat beliau.

11 Mac 2014

MH370 Hilang; Jangan Jemu Berdoa, Munajat Kepada Allah

Hishamuddin Abd KarimKUALA NERUS – Abang kepada salah seorang penumpang pesawat MAS MH370 yang hilang, Mohd Lokman Abdul Hamid, 31, dan seisi keluarga tiada di rumahnya kerana berada di Kuala Lumpur

Beliau berada di ibu negara kerana menunggu berita tentang pasangan kakak dan abang iparnya, sebaik mengetahuinya melalu laman sosial pada 8 Mac lalu

10 Mac 2014

RM1.5 Juta Dah Habis…….Mana Velodrom?

alias harunDUNGUN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang Cikgu Alias Harun melahirkan rasa hairan kerana, cadangan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mendirikan sebuah Velodrom di Kampung Balai Besar dekat sini masih belum ditepati.

Beliau bekata, sehingga semalam Ahad 9 Mac, masih belum ada tanda-tanda projek dimulakan, walaupun cakap-cakap untuk membinanya telah kedengaran sejak tahun 2009 lagi.

09 Mac 2014

Pasukan Tindak Kecemasan, PAKAT Selamatkan Pemancing

KEMAMAN – Pasukan Tindak Kecemasan (Emergency Response Team) bersama dengan Pasukan Kembara PAS Kemaman (PAS Kemaman Adventure Team -PAKAT) bergegas ke kawasan hutan berhampiran ladang kelapa sawit di Kampung Padang Kubu setelah mendengar isyarat kecemasan.

Guru PASTI As-Salam Dinobatkan Dua Anugerah

MARANG- Guru PASTI As-Salam, Padang Midin, Cikgu Nora Abdul Jalil, 55 telah berjaya mengharumkan PASTI Terengganu apabila dinobatkan sebagai...