20 Mac 2010

Kempen Menuntut Royalti DiKembalikan Bergema Kembali

- setelah genap 10 tahun wang ehsan diagih-agihkan
KUALA TERENGGANU - Kempen Menunut Royalti Dikembalikan ke pangkuan rakyat dan kerajaan
Terengganu bergema kembali setelah genap 10 tahun wang tersebut diagih-agihakn sebagai ehsan.

(
Gambar - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid, menurunkan tandatangan sokongan menuntut royalti dikembali)

19 Mac 2010

Wang Ehsan Punca Rasuah, Salah Guna Kuasa

Batu Burok, KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Gua Musang, YBM Tengku Razaleigh Hamzah berkata pemberian wang ehsan adalah punca amalan rasuah dan salah guna kuasa pemimpin Umno.

Bercakap
dalam Majlis Dailog anjuran Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu disini semalam, bekas pengerusi dan pengasas Petronas ini tidak mengesahkan banyak salah guna kuasa berlaku ekoran penyaluran wang ehsan.

Rakyat Hilang kepercayaan Kepada BN

KUALA TERENGGANU – Rakyat Terengganu kini semakin hilang kepercayaan kepada kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu yang dipimpin oleh Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said
Ia dizahirkan oleh ahli-ahli Umno sendiri yang sudah bosan dengan tingkah laku pemimpin mereka.

Yang terbaru, perjumpaan Ahmad dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKK) daerah Kuala Terengganu tidak mendapat sambutan dan telah menyebabkan Ahmad berang.

Munajat Rakyat Bermula Dengan Solat Hajat di Masjid Tengku Tengah Zaharah


Batu Burok, KUALA TERENGGANU - Solat Hajat memohon keberkatan dari Allah SWT, agar seluruh rakyat negeri Terengganu dicucuri rahmat dan dikembalikan semula wang pembayaran royalti telah didirikan oleh 500 jamaah di Masjid Tengku tengah Zaharah (Masjid Terapung) disini semalam.

”Telah sepuluh tahun (pembayaran royalti) tidak diperolehi oleh rakyat negeri Terengganu, jadi insyaAllah, mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan (dengan solat hajat ini) kepada rakyat Terengganu,”kata Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik membuat pengumuman mewakili 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkannya.

Dailog Royalti Bersama Ku Li ; Lebih Lima Ribu Hadir

Batu Burok, KUALA TERENGGANU – Lebih lima ribu orang hadir ke majlis Dailog Royalti Bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Barisan Nasional bagi kerusi Gua Musang merangkap pengasas Petronas.

Pra-Majlis Dailog dimulakan degan solat hajat (gambar) di Masjid Tengku Tengah Zaharah (masjid Terapung), Kuala Ibai dekat sini, di imamkan oleh Ustaz Zainal Abidin al-Hafiz, bekas Timbalan Mufti kerajaan Terengganu|

(Gambar - melimpah....melebihi pintu masuk Balai kenanga, Terengganu Equestrian Resort, dimana majlis dailog semalam berlangsung)

18 Mac 2010

Dailog Royalti Bersama Ku Li Akan Di Teruskan

- Mampat dukacita dan Terkilan Dengan Laporan Agensi Bernama|

KUALA TERENGGANU – Majlis Pemuafakatan Rakyat negeri Terengganu (MAMPAT) dukacita dan terkilan dengan agensi berita Bernama yang telah menyiarkan berita yang tidak tepat.

Pengerusinya, Mohd Fauzi Abu Samah berkata wartawan Bernama telah membuat pemberitaan songsang (distorted reporting) berkenaan program Dailog Royalti Perdana yang akan diadakan pada hari ini 18 Mac, 2010.

17 Mac 2010

‘Seni Pertahanan’ Untuk Jati Diri Dan Mempertahankan Islam

Jerteh, BESUT - Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut bergerak maju setapak lagi dengan menubuhkan pasukan seni mempertahankan diri dalam usaha meningkatkan jati diri ahli-ahlinya.

Majlis Pelancarannya telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah dekat sini semalam.

(Gambar - seni Tomoi turut mendapat perhatian pemuda untuk dipelajari)

16 Mac 2010

Kita harap jenayah terus turun!


- dengan berkat doa YB Ustaz dan bantuan pemuda-pemuda PAS; kata Ketua Polis Daerah.

DUNGUN
– Ketua Polis Daerah Dungun, Supt. Mohd Dahlan Mohd Nor mengucapkan terima kasih kepada penganjur Panduria 2010 kerana telah menjemputnya untuk memberikan taklimat dalam majlis perasmian program tersebut yang diadakan baru-baru ini.

(Gambar kiri - Ustaz wan Hassan menyampaikan cenderahati kepada Supt. Mohd Dahlan Mohd Nor)

Dalam ucapannya, beliau telah menyentuh soal kejadian jenayah yan telah menurun sebanyak hampir 10% pada tahun lalu.
“Untuk tahun lepas, kejadian ataupun statistik jenayah untuk daerah Dungun pada tahun 2009 menurun sebanyak 9.8%.

15 Mac 2010

PAS Tetap Bersama Pakatan Rakyat

KUALA TERENGGANU – PAS tetap akan bersama-sama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) walau dalam keadaan susah atau pun senang
“Kita akan bersama dengan pakatan rak yat, bersama-sama dengan PKR, bersama-sama dengan DAP, bersama-sama dengan seluruh NGO yang sama-sama menyokong pakatan rakyat,perjuangan untuk mengadakan demokrasi dalam negara kita ini sama ada masa senang atau masa susah,”ujar Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu Haji Yahaya Ali.

Ikrar tersebut dibuat ketika beliau menyampaikan ucapan mewakili PAS Terengganu dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu menghadiri Majlis Makan Malam PKR bersama masyarakat Tionghua Kuala Terengganu baru-baru ini.

14 Mac 2010

Jenayah Berleluasa ; Laksanakan Hukum Islam !

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu meminta agar Kerajaan Negeri melaksanakan hukum Islam sebagai dasar pemerintahannya bagi mengurangkan kadar jenayah yang semakin berleluasa berlaku di negeri ini.
Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, Kerajaan Negeri sepatutnya mencontohi amalan yang dilakukan ketika zaman pentadbiran Pas sehingga memperlihatkan penurunan kadar jenayah dalam kalangan belia.

Dalam masa sama, beliau menganggap pengurangan kes jenayah yang berlaku pada zaman Pas disebabkan keberkatan pemerintahan berlandaskan tuntutan me-lalui al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias.

Masyarakat Tionghua Bersama Pakatan Rakyat bagi menuntut perubahan dan keadilan - Tian Chua

KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Batu, yang juga Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin masyarakat Tionghua Terengganu bergerak seiring dengan arus perubahan politik negara.

Beliau bersama rombongannya yang terdiri daripada Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar, Ketua Penerangan PKR Selangor, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew dan Kordinator Media, Ginnie Lim, telah melawat Tokong Ho Ann Kiong yang terbakar baru-baru ini.

PAS Mendidik Pemuda Menghormati dan Mematuhi Undang-undang di Jalanraya

Sura, DUNGUN – Parti Islam Se Malaysia (PAS) sentiasa mendidik ahli-ahlinya terutama dikalangan Pemuda menghormati dan mematuhi undang-undang dijalanraya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata program Panduria
sebagimana dianjurkan oleh pemuda DUN Sura adalah satu contoh usaha PAS tersebut.

(Gambar - Ustaz Wan Hassan (baju biru muda) melepaskan peserta Panduria 2010, disebelahnya adalah Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Mohd Dahlan Mohd Nor)

Potensi Tamatkan Konflik Yaman

  Perunding Houthi meninggalkan Riyadh selepas pusingan lima hari rundingan dengan pegawai Saudi mengenai perjanjian berpotensi yang boleh m...