KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu bersedia pada bila-bila masa untuk menggerakkan jenteranya bagi membantu Parti Keadilan Rakyat dalam menghadapi piliharaya kecil parlimen Hulu Selangor yang bakal diadakan.
Timbalan Pesuruhjayanya Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata, beliau sedang menunggu arahan dari PAS Pusat bagi menggerakkan jentera tersebut.
“Kita (PAS Terengganu) sedang menunggu apa yang diputus oleh (PAS) Pusat dan sudah tentu (PAS Pusat) memutuskan dasarnya (berkaitan pilihanraya) sebaik sahaja mendapat maklumat tentang kedudukan kerusi (Parlimen Hulu Selangor), daripada itu kita akan mengambil tindakan,”katanya ketika ditemui semalam.
27 Mac 2010
25 Mac 2010
Jerteh Souq - Pojek ‘Haram’ Idris?
- Tidak pernah ada kertas Exco Yang meluluskan ?
Jerteh, BESUT - Yang Dipertua Majlis Daerah Besut (MDB), Wan Mustafa Wan Hasan baru-baru ini menafikan pembinaan pasar Jerteh atau J erteh Souq terbengkalai.
Namun sebaliknya, beliau mengakui ia adalah “satu lagi projek pembinaan ‘kerjaan Barisan Nasional’ yang tidak ikut spesifikasi.
Wan Mustafa berkata projek Jertih Souq Pakej A bernilai RM22 juta dimulakan pembinaan pada 6 Mei 2007 dan sepatutnya siap 27 Disember tahun lalu terpaksa dihentikan atas nasihat Jabatan Kerja Raja (JKR) berikutan kerja pembinaan oleh kontraktor tidak mengikut spesifikasi.

24 Mac 2010
Wahid Tanya Bila Keretapi Akan Ke Terengganu
KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Kuala Terengganu Mohd Abdul Wahi Endut telah membawa hasrat kumpulan para peniaga Terengganu supaya beliau dapat menyampaikan kepada kerajaan Persekutuan, peri pentingnya perkhidmatan keretapi di negeri Terengganu.
Saranan tersebut telah disampaikan kepada Wahid dalam program Dailog Bersama Dewan Perhimpunan Cina beberapa minggu dua minggu lalu.
(Gambar - Keretapi yang mengangkut bijih besi dari Bukit Besi, Dungun ke Bandar Dungun adalah hanya keretapi yang pernah ada di Terengganu. Kini terdapat keretapi yang mengangkut bahan minyak dan gas yang dibangunkan oleh Petronas dari Ketteh ke Kuantan)

PAS Perkukuh Pakatan Rakyat Terengganu, Berazam Mengambil Alih Pemerintahan
KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu berikrar akan memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan berazam untuk mengambil alih pentadbiran negeri Terengganu pada pilihanraya umum akan datang .
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata demikian dalam Majlis Minum Petang anjuran Lajnah Perpaduan Nasional PAS Terengganu di Kampung Tiong disini semalam.
“Saya nak beri jaminan bahawa kita akan mengukuhkan Pakatan Rakyat dan kita juga nak sebutkan kita betul-betul mahu berhadapan pilihanraya akan datang untuk menang,”katanya.

22 Mac 2010
Campurtangan Orang Politik antara Sebab Bumbung Stadium Runtuh
KUALA TERENGGANU – PAS yakin ada campur tangan ‘orang politik’ dalam pembinaan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada runtuhnya bumbung stadium tersebut, Jun tahun lalu.
“Saya percaya berlaku campur tangan politik, ditambah dengan individu berkepentingan kerana insiden runtuhan sedemikian tidak patut berlaku berikutan ia membabitkan wang rakyat,” kata Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.
Menurutnya, campur tangan itu menyebabkan kerja pembinaan tidak lancar dan pihak terbabit berkemungkinan tidak amanah serta tidak jujur.
Beliau berkata demikian kepada akhbar Sinar Harian, keika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said sebelum ini bahawa semua pihak yang terbabit dalam pembinaan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, adalah penyumbang kepada insiden kejadian runtuhan bumbung stadium berkenaan.

LPT2 - Kontraktor OKU Paling Lembab
KUALA TERENGGANU – Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor hari ini mengakui kerja-kerja pembinaan lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dari Jabur ke Gemuroh tertangguh.
Walau bagaimana pun beliau yang bercakap di Parlimen hari ini yakin lebuhraya tersebut dapat digunakan menjelang Januari, 2012.
Namun begitu, tidak dinyatakan apakah faktor yang menyokong keyakinan beliau itu, kerana laporan terbaru Pasukan LPT2 JKR menyatakan hanya 3 daripada 16 pakej pembinaan lebuhraya itu adalah mengikut jadual.
Manakala 13 daripadanya mengalami kelewatan, malah pembinaan bagi Pakej 8 dan 9B tidak melepasi tahap 50% dari jadual sebenar.
Pembukaan Semula Kuari Bukit Berapit, Menyukarkan Kehidupan Penduduk Sekitar.
Tepoh, KUALA NERUS – Kerja-kerja perlombongan batu-batan (kuari) pernah diusahakan oleh sebuah syarikat, di kawasan Bukit Berapit yang terletak berdekatan dengan Kuari Bukit Jong, disini, sekitar 20 tahun lalu.
”Kuari tersebut ditutup kerana ia tidak sesuai dan mendapat bantahan dari penduduk ketika itu,”kata Ahmad (bukan nama sebenar), seorang pekerja industri batik tempatan.
Menurutnya, usaha membuka semula kuari tersebut oleh pihak tertentu sejak tiga bulan lalu, kini menjejaskan kehidupan penduduk di kawasan penempatan berhampiran.

21 Mac 2010
Guan Eng di Kuala Terengganu 23 Mac
KUALA TERENGGANU – Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng, akan mengadakan lawatan sehari ke Kuala Terengganu pada Selasa 23 Mac ini.
Lawatan tersebut yang dianjurkan Pakatan Rakyat negeri Terengganu bertujuan meraikan masyarakat Tionguua Kuala Terengganu serta menerangkan perkembangan terbaru negeri-negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat.
”Kita mahu menjemput Guan Eng lebih awal, sempena Tahun Baru Cina, tapi jadual beliau terlalu ketat dengan program-program di Pulau Pinang,
”oleh itu, walaupun sudah lebih sebulan Tahun Baru Cina berlalu, beliau (Guan Eng) masih mahu meraikan masyarakat Tionghua di sini,”kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik kepada Buletinonline hari ini.

Pelbagai Acara Festival DUN Chukai
Chukai, KEMAMAN - Pelbagai acara akan diadakan sempena Festival Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai bertemakan 'Islam Sebagai Cara Hidup' bakal disambut meriah selama tiga hari bermula 1 April di Dataran Tok Guru, Geliga, Chukai.
Pengarahnya, Haji Hanafiah Mat berkata, festival terbabit julung kali diadakan bagi menarik orang ramai menghayati kesenian Islam selain mendedahkan orang ramai dengan cara hidup Islam yang syumul.
“Pelbagai acara menarik diatur sepanjang tiga hari program berlangsung, antaranya, sudut ekspo, motivasi perjuangan dan pertandingan memancing,” katanya ketika ditemui wartawan Buletin selepas program gotong royong persiapan tempat Festival, semalan

Kekayaan Orang Umno Terengganu
KUALA TERENGANU – Dari manakah sumber yang diperolehi oleh orang-orang Umno terutamanya dikalangan pemimpin mereka yang boleh hidup dengan mewah, walaupun tidak perlu membanting tulang ke kebun atau duduk dipejabat bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
Dibawah ini disenaraikan antara syarikat yang popular, dimiliki oleh pemimpin Umno Terengganu kini dan senarai projek-projek yang mereka perolehi sejak tahun 2000.

Langgan:
Catatan (Atom)
Potensi Tamatkan Konflik Yaman
Perunding Houthi meninggalkan Riyadh selepas pusingan lima hari rundingan dengan pegawai Saudi mengenai perjanjian berpotensi yang boleh m...

-
Oleh : Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU - PAS merasa pelik dengan senarai kabinet Anuar Ibrahim kerana individu dilantik tidak memenuhi la...
-
BESUT - Pihak MTD Hulu Besut merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Terengganu kerana menyampaikan geran kekal kepada 350 o...
-
KUALA TERENGGANU - Calon Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) PAS P039 Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli mengajak seluruh rakyat Dungun untu...