15 Jun 2013

Wakil-wakil Rakyat PAS Hadir Upacara Angkat Sumpah ADUN

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/Angkat%20Sumpah%20ADUN%20PAS.jpgKUALA TERENGGANU - Semua empat belas orang wakil-wakil rakyat PAS hadir ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dalam upacara mengangkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku ADUN Rhu Rendang telah melafazkan sumpah pada kira-kira jam 10.25 pagi, diikuti oleh ADUN Batu Buruk YBM Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Mahasiswa Bersama Revolusi Rakyat Syria

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/mahasiswa%20bersama%20syria.jpgKUALA TERENGGANU – Lebih 100 mahasiswa dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) berkonvoi, menyatakan sokongan terhadap rakyat Syria menentang rejim Bashar.

Pogram yang dianjurkan bersama oleh Gamis terengganu, KAI UMT, Ikram Terengganu, BIOSIS UMT dan MPP UMT itu diadakan pada petang Jumaat 14 Jun.

14 Jun 2013

Peniaga Tentang 'Sekeras-kerasnya' Perobohan Pasar Besar Kedai Payang

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/Ahmad%20Fazli%20Mohd%20Fahmi.pngKUALA TERENGGANU - Para peniaga menentang sekeras-kerasnya tindakan Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said yang berdegil mahu merobohkan Pasar Besar Kedai Payang.

Seorang peniaga suratkhabar dan makanan ringan, Ahmad Fazli  Mohd Fahmi, 44, sebaliknya bersetuju sekiranya 'pasar warisan' tersebut dibaik pulih dan dinaiktaraf, dan bukannya dibangunkan sebuah hotel dan 'apartment'.

13 Jun 2013

Bina Dulu Bangunan Baru Hospital Kemaman

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/Mesy%20Adun%2013%20Jun%202013.jpgKUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai YB Haji Hanafah Mat menggesa kerajaan meneruskan pembinaan bangunan baru hospital Kemaman di bandar Chukai sebagaimana yang telah diluluskan pada tahun 2009.

Beliau berkata, ia akan dapat memenuhi keperluan rawatan kesihatan para penduduk yang semakin meruncing sebelum pembinaan hospital baru bagi daerah tersebut yang dirancang akan dibina di Kijal.

12 Jun 2013

Khidmat Ambulans Laut Pulau Redang Hanya Waktu Pejabat?

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/ambulans%20laut%20P%20redang1.jpgKUALA TERENGGANU - Penduduk Kampung Pulau Redang menggesa kerajaan menyelesaikan masalah perkhidmatan ambulans laut untuk kes-kes kecemasa yang kini hanya terhad pada waktu pejabat sahaja.

Mereka yang ditemui berkata, bagi kes-kes kecemasan diluar waktu pejabat dan pada waktu-waktu hujung minggu, penduduk terpaksa mendapatkan perkhidmatan bot bersendirian bagi mengangkut pesakit ke hospital Kuala Terengganu.

11 Jun 2013

PAS Yakin ‘Menang’ Dua Petisyen PRU13

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/petisyen.jpgKUALA TERENGGANU - Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata PAS Terengganu telah mengemukakan dua petisyen pilihan raya iaitu bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Hulu Besut dan Kuala Berang.

Katanya, pihak Lajnah Guaman PAS Terengganu telah pun memfailkan dua petisyen tersebut berasaskan salah laku rasuah oleh calon bertanding dalam pilihan raya.

Pecutan PRU-14; Manamatkan 'Nyawa-nyawa Ikan' Umno-BN Terengganu

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/Hishamuddin%20Cabang%20Tiga.jpgKUALA TERENGGANU - Pemuda PAS negeri Terengganu perlu bangkit dan membuat pecutan bagi menamatkan 'nyawa-nyawa ikan' Umno-BN Terengganu pada pilihanraya umum kali ke-14 (PRU-14) akan datang.

Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, para pemuda mesti meneruskan cetusan kebangkitan anak-anak muda dan mengatur agar kebersamaan mereka bersama PAS dan Pakatan Rakyat dapat melenyapkan Umno-BN Terengganu.

10 Jun 2013

KAMI Terengganu Saran Kerajaan Negeri Pakatan Jadikan Hari Laut Sebagai 'Yaumul Zikr'

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/Ahmad%20Faizola.jpgKUALA TERENGGANU - Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) telah mengadakan 'Ekspedisi Media' bersama komuniti masyarakat Pulau Redang pada 6, 7 dan 8 Jun 2013 lalu, bersempena sambutan Hari Laut Sedunia.

Pengerusinya, Dr Azman Ibrahim berkata, objektif Ekspedisi tersebut adalah untuk menyelami pahit getir kehidupan 'orang laut' Pulau Redang, masyarakat yang menjadikan laut sebagai medium dan sumber mata pencarian.

09 Jun 2013

Penduduk Kampung Pulau Redang Kesal, Exco dan Adun BN Tidak Singgah

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/P%20redang.jpgSETIU - Penduduk Kampung Baru Pulau Redang dekat sini merasa terkilan kerana dua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) tidak singgah dan melawat kampung walaupun sekejap, setelah hadir pada satu program di Taman Laut Pulau Redang Khamis lalu.

Wakil penduduk, Abdul Rahman Ali, 60, berkata, selaku Exco Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Negeri Terengganu yang baru, Datuk Mohd Jidin Shafie datang menjenguk kehidupan penduduk kampung sebaik selesai menghadiri program di Taman Laut.

Potensi Tamatkan Konflik Yaman

  Perunding Houthi meninggalkan Riyadh selepas pusingan lima hari rundingan dengan pegawai Saudi mengenai perjanjian berpotensi yang boleh m...