27 Oktober 2009

Terengganu Terus DiRundung Malang !


BESUT - Genap setahun pemerintahan Menteri Besar Terengganu yang penuh kontroversi, Dato’ Ahmad Said, menyifatkan projek Taman Ilmu yang bernilai RM410 juta, gagal direalisasikan sebagai sebuah ’pusat ilmu bertaraf dunia’.

Ketika mengadakan sesi soal jawab panjang (selama sejam) bersama media, beliau mendedahkan, belum ada satu pun universiti luar negara yang memohon untuk menawarkan khidmat pendidikan di Taman Ilmu.

Beliau berkata demikian di Wisma DarulIman, Mei lalu, apabila para wartawan mendesaknya dengan soalan bahawa, beliau telah meminggirkan Besut dalam agenda pembangunannya sebagai Menteri Besar.

Disamping itu, dalam sidang media yang sama, Ahmad tidak dapat menyembunyikan realiti bahawa, pembangunan Taman Ilmu dan Kampus Induk UDM yang dibuat ’mudah-mudah’ semasa zaman Idris dan Pak Lah, tidak berjalan dengan licin.

Katanya, projek-projek mega termasuk pembinaan Taman Ilmu sebelum zamannya adalah merupakan projek ’terus’ dari Kuala Terengganu ke Putrajaya.

Sebaliknya, katanya, beliau terpaksa memasukkan perbelanjaan pembinaan tersebut dalam bajet tahunan pada setiap tahun, dan menghantar kepada Putrajaya.

Keadaan tersebut adalah kerana, pada zaman Idris dan Pak lah, wang royalti minyak Terengganu dibelanjakan secara ’agak bebas’, namun pada masa Ahmad, ia dimasukkan dahulu kepada akaun kerajaan negeri.


Realitinya, pembinaan Taman Ilmu dan Kampus UDM benar-benar tergendala !

Senarai projek dalam pembinaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerjaraya

negeri Terengganu (JKRNT) tahun 2008 telah menunjukkan lima ’parcel’ pembinaan komponen Taman Ilmu dan Kampus Induk UDM telah mengalami kelewatan selama sembilan bulan.

JKRNT meletakkan jangkaan, keenam-enam ’parcel’ pembinaan dijangka siap pada Disember tahun 2008. (Lihat Dokumen dibawah)


Kampus UDM Besut


Tinjauan wartawan Buletin ke lokasi tapak pembinaan Taman Ilmu dan Kampus UDM

semalam mendapati, tidak banyak aktiviti pembinaan dijalankan, bahkan sebahagiannya terhenti samasekali.

Beberapa individu yang ditemui berhampiran lokasi tersebut mengesahkan pembinaan berlaku agak perlahan sejak beberapa bulan lalu.

Mohd Sulaiman, 66, (bukan nama sebenar) seorang pesara berkata beliau sedar aktiviti pembinaan Taman Ilmu bergerak agak perlahan namun beliau tidak tahu mengapa berlaku demikian.

Manakala seorang bekas guru, Adnan Ahmad, 70, berasal dari Kampung Air Tawar, Kuala Besut, mendakwa pembangunan Taman Ilmu mungkin tergendala kerana kekurangan wang yang disalurkan oleh pihak yang berkaitan.

Beliau turut menambah, pembinaan kampus UDM disitu, bukan lagi menjadi kampus utama sebagaimana yang di ’impikan’ oleh Idris.

”Ia dah jadi kampus cawangan, UDM cawangan Besut, ’puak-puak tu’ tak mahu jadikan kampus induk,”katanya, tanpa mengulas lanjut, siapakah yang dimaksudkannya sebagai ’puak-puak tu’


Pilihanraya Kecil Paling Kotor dan ganas



KEMAMAN - Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat@Ramly berkata pilihanraya kecil (PRK) Bagan Pinang melakar sejarah hitam demokrasi Negara apabila ia menjadi satu pilihanraya kecil yang paling kotor dan ganas.

Menurutnya, PRK Bagan Pinang menjadi pilihanraya paling kotor kerana Barisan Nasional meletakkan calonnya Tan Sri Isa Samad yang telah tercemar dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

Katanya, walaupun telah diterangkan dan diberitahu kepada seluruh rakyat Bagan Pinang tentang 'kekotoran' Isa Samad, namun Isa tetap menang dalam pilihanraya tersebut.

”Sejarah sekali lagi telah membuktikan bahawa berlaku hari yang sangat malang kepada seluruh rakyat samada yang ada di Malaysia (seluruh negara) di Negeri Sembilan atau di Bagan Pinang,

”apabila rakyat di Bagan Pinang sekali lagi memberi undi kepada manusia yang melakukan rasuah, politik wang, yang merompak, yang mencuri harta rakyat,,”tegasnya.

Beliau yang juga Pengarah DUN Chukai berkata demikian ketika menceritakan pengalamannya memimpin kontinjen pilihanraya negeri Terengganu bertugas di Peti Undi Teluk Kemang, sewaktu menyampaikan ceramah di Kampung Gong Limau, Chukai baru-baru ini.

Pada hari mengundi, katanya, hampir 150 orang polis pencegah rusuhan (FRU) menyebabkan orang kampong menjadi takut untuk keluar mengundi.

”Orang kampung bila keluar mengundi (dengan perasaan) sangat takut kerana dia tengok pilihanraya ini penuh dengan keganasan, tetapi siapa yang memulakan keganasan ?,

”Yang memulakan keganasan ialah Umno dan Barisan Nasional !,”tegasnya.

Walau pun demikian, beliau yakin kemenangan Umno-BN di Bagan Pinang tidak akan ‘menjalar’ kepada mana-mana pilihanraya yang akan datang.

Ia adalah kerana menurutnya, kemenangan di Bagan Pinang adalah kemenangan peribadi kepada Tan Sri Isa Samad bukannya kemenangan kepada Umno-BN.


52 Tahun Umno Perjuangkan Melayu, 99.08% Melayu Penagih Dadah

KEMAMAN – Bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan Datuk Kapten (B) Zahar Hashim berkata Umno bukanlah satu parti yang memperjuangkan orang Melayu.


Beliau yang telah menjadi ahli Umno selama 29 tahun tahun dan menjadi Ketua Bahagian selama 20 tahun berturut-turut berkata, kaum yang paling ramai miskin di Negara ini adalah orang Melayu dan penagih dadah paling ramai adalah orang Melayu.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada satu program penerangan PAS DUN Chukai di Gong Limau, kelmarin.

Dakwaan beliau ternyata benar, Umno yang merosakkan orang-orang Melayu apabila Agensi Anti Dadah Kebangsaan mendedahkan laporan terbarunya.

Dalam laporan tersebut Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Malaysia berjaya mengesan seramai 2,721 penagih terkumpul di seluruh negara sepanjang tempoh Januari hingga Ogos lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan AADK Malaysia, Tanasegran Sinnathambi berkata, berdasarkan rekod Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (Nadi), ia menunjukkan penurunan sebanyak 69.32 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Katanya, tahun lalu jumlah penagih dadah yang dikesan di seluruh negara ialah 8,870 orang.

”Manakala sehingga Ogos lalu, bilangan penagih baru yang dikesan seramai 1,543 dan ia berkurang sebanyak 61.82 peratus berbanding jumlah penagih baru dalam tempoh sama pada tahun lalu yang berjumlah 4,041 orang.

”Sementara itu, seramai 1,178 penagih berulang dikesan sehingga Ogos lalu dan berlaku penurunan sebanyak 75.61 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu seramai 4,829 orang,”kata Tanasegran.

Justeru, Kapten (B) Zahar Hashim menyeru ahli-ahli Umno supaya meninggalkan Umno dan mengikuti jejak langkahnya, menyertai PAS dalam memperjuangkan orang Melayu dan Ugama Islam.


Rumah PPRT jadi Pondok Jaga Kambing




TEPOH - Dua buah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang telah siap dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) inimelalui projek Dana Khas (Wang Ehsan) sekitar 6 tahun lalu (tahun 2002), masih belum diduduki oleh pemiliknya,

Siasatan Buletin mendapati, kedua-dua rumah khusus bagi golongan ‘miskin tegar’ itu dibangunkan berdekatan antara satu sama lain, atas sebidang tanah di Kampung Wakaf Mesira.

Tinjauan dibuat ke lokasi mendapati persekitaran rumah tersebut tidak terurus membuktikan dakwaan beberapa pihak terbabit, ia telah ditinggalkan kosong sejak lebih lima tahun lalu.

Satu sumber dalaman Umno memberitahu, kedua-dua rumah PPRT berkenaan adalah kepunyaan dua anak-beranak, yang telah pun mempunyai rumah kediaman masing-masing.

Bahkan, salah seorang pemiliknya dikatakan pernah bekerja dengan adik ipar kepada seorang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Kampung Pagar Ubi, bersebelahan dengan Kampung Wakaf Mesira.

Kos bagi pembinaan kedua-dua buah rumah tersebut hampir mencecah RM40,000, sepatutnya diberikan kepada dua orang lain yang benar-benar miskin dan memerlukan pembelaan untuk meneruskan kehidupan.

Dengan pemberian dua buah rumah tersebut kepada orang yang ‘bukan berhak’ menyebabkan dua orang yang benar-benar miskin, mungkin terlepas peluang untuk mendapatkan tempat berlindung.

Tindakan ’salahlaku’ pihak-pihak tertentu itu juga mengakibatkan peningkatan dalam perbelanjaan negeri dan negara.


Namun, oleh kerana menjaga ‘hubungan tertentu’ ia diselewengkan dan dilakukan sedemikian, tanpa sedikit pun rasa bersalah dan berdosa.

Sumber tersebut mendakwa, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Mohammad Ramli Nuh telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut tetapi mempertahankan tindakan JKKK memberi kelulusan tersebut.

Katanya, Adun Tepoh itu mempertahankan kelulusan JKKK memberi rumah PPRT tersebut kepada orang ’kuat’ Umno kerana kedua-dua layak dan belum mempunyai rumah.

Tinjauan Buletin juga mendapati, terdapat dua ’kandang kambing’ bersebelahan rumah PPRT itu, seolah-olahnya, dua buah rumah sepatutnya dibina untuk membantu ’dua keluarga miskin’ kini hanya menjadi pondok untuk menjaga kambing, kepada golongan yang melakukan salahlaku dan penyelewengan tersebut.

Mohd Harun Ketua Pemuda PAS Terengganu Baharu

 HULU TERENGGANU - Mohd Harun Esa sebulat suara dipilih sebagai Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) bagi penggal 2021-20...