13 September 2008

PAS Tentang Tindakan Kerajaan Menggunakan ISA

Tindakan kerajaan menahan penulis blog Raja Petra Kamarudin menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibantah oleh pelbagai pihak.

Di Kuala Terengganu, Naib Presiden PAS, Muhammad Sabu menentang tindakan kerajaan menggunakan ISA terhadap mana-mana pihak termasuk keatas Raja Petra atau pun Datuk Ahmad Ismail.


“Prinsip kita ialah menentang penyalahguanaan ISA, saya sendiri tidak baca lagi secara detail artikel yang ditulis oleh Raja Petra, tetapi kalau dia didapati ada unsur-unsur menghina Islam boleh didakwa dimana-mana mahkamah syariah, khasnya mahkamah Wilayah Persekutuan,

“menahan beliau dibawah ISA itu satu perkara yang saya tidak setuju, prinsip PAS tidak setuju seseorang yang ditahan tanpa bicara,” kata beliau selepas majlis berbuka puasa di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu lewat petang semalam (12 Sept).


Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas berkaitan penahan Raja Petra Kamarudin pada jam 1.10 petang semalam.

Beliau turut menentang sekirannya akta yang sama digunakan terhadap Bekas Ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail walaupun Ahmad telah mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum.

”Tidak setuju, Ahmad Ismail boleh didakwa dibawah akta hasutan, kalau kita tidak setuju ISA kepada kita, begitu juga kepada musuh kita,

“saya tidak mahu mengulas panjang, kalau ada bukti dia menghasut, dia boleh didakwa dibawah akta hasutan, akta hasutan terlalu luas untuk digunakan,”tegas Mohamad Sabu yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.


Beliau juga berpendapat tindakan penggantungan ahli yang dikenakan oleh Ahmad itu adalah tindakan UMNO kepada ahlinya, tetapi bagi kesalahan yang dilakukan kepada rakyat Malaysia, Ahmad patut didakwa dibawah akta hasutan.


Menurut Mohamad, telah dua kali peristiwa berdarah berlaku di Malaysia pada tahun 1967 dan tahun 1969 dan kedua-dua peristiwa itu bermula di Pulau Pinang.


Justeru menurut beliau, memang mudah berlaku perkara-perkara yang melibatkan sensitiviti kaum di Pulau Pinang kerana keadaan orang Melayu terutamanya di sebelah pulau berada dalam keadaan minoriti, sebarang api perkauman memang mudah ditiupkan.


Namun beliau curiga kepada isu yang berlaku kebelakangan ini, kerana kebiasaannya UMNO/BN akan menggunakan isu perkauman apabila ia tersepit.


“Kita ada kebimbangan bahawa perkauman ini sengaja ditumbulkan selalunya apabila UMNO dalam keadaan lemah,

“untuk menyelamatkan UMNO kembali tidak ada isu lain melainkan isu perkauman seperti yang berlaku (ketika) penolakan orang terhadap UMNO/Perikatan pada tahun 1969 (dimana) memulihkan kedudukan UMNO itu ialah dengan isu perkauman,”ujarnya.


Beliau bimbang siaran itu akan berulang sekarang dan isu perkauman ini akan ditaja di besar-besarkan untuk dilihat bahawa, mahu tidak mahu (rakyat dipaksa menerima) UMNO dan BN adalah penyelemat di Malaysia.


Dua Penggiat Media Di Tahan Dengan Akta Zalim ISA Dalam Masa Sehari


Kerajaan sekali lagi menggunakan akta zalim, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menahan dua individu penggiat media dalam masa sehari semalam.

Sekitar jam 1.10 tengahari, Penulis blog, Raja Petra Kamarudin ditahan dibawah Seksyen 731 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dirumahnya.

Menteri kerajaan UMNO/BN yang bertanggungjawab, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengesahkan penahanan itu dan berkata, penahanan Raja Petra kerana beliau mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Manakala seorangan wartawan akhbar berbahasa China Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di rumahnya di Taman Permai, Bukit Mertajam di Pulau Pinang pukul 8.40 malam ini.

Menurut ahli keluarganya, beliau kemudian dibawa ke Balai Polis Bandar Perda di Seberang Jaya.

Penahanannya itu dipercayai mempunyai kaitan dengan laporan beliau dalam akhbar berkenaan berhubung kenyataan kontroversi Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini yang mendakwa orang Cina adalah pendatang di Malaysia.


Permainan ‘Politik Korporat’ GP menyebabkan Permint Plywood ditutup?

Rakyat Terengganu patut merasa hairan mengapa operasi premis kilang Permint Plywood Sdn Bhd di sewakan kepada sebuah syarikat swasta Rapid Skill Sdn Bhd sedangkan Permint Plywood adalah anak syarikat kepada sebuah syarikat gergasi kerajaan negeri Terengganu Golden Pharos Berhad (GP).

Lebih meghairankan, GP telah membiarkan beratus-ratus orang rakyat Terengganu menjadi penganggur kerana kehilangan pekerjaan apabila operasi kilang Permint Plywood ditutup dua kali pada tahun 2005 dan 4 September baru-baru ini.

GP adalah satu daripada dua anak syarikat kerajaan negeri Terengganu yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Ia dikuasai oleh kerajaan Terengganu dengan pemilikan saham sebanyak 54% melalui Terengganu Incorporated (TI) dan mempunyai enam buah anak syarikat tempatan dan dua anak syarikat luar negeri.

Antara syarikat tempatan di bawah GP adalah Kumpulan Pengurusan Kayu-kayan Terengganu Sdn Bhd , Pesaka Terengganu Berhad , Pesama Timber Corporation Sdn Bhd , Golden Pharos Doors Sdn Bhd , Golden Pharos Glass Sdn Bhd , dan Permint Plywood Sdn Bhd

Manakala syarikat luar negeri yang menjadi syarikat dagangan GP adalah Golden Pharos Europe Ltd & XL Joinery Ltd yang beroperasi di Eropah serta United Kingdom dan Golden Pharos USA Inc, yang menjalankan operasi di Amerika Syarikat.

Pada 23 Jun lalu, GP mengumumkan akan menggunakan dua konsesi balak yang menjadi aset utama syarikat tersebut seluas 129,000 hektar bagi memantapkan operasinya.

Perkara tersebut didedahkan oleh Ketua Pegawai Operasi (CEO) GP, Datuk Maruan Mohd Said dalam satu termuramah dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan.

Beliau berkata tahun (2008) ini, GP akan mengeluarkan sebanyak 45,000 tan kayu balak dari konsesi tersebut yang diperolehi dari kerajaan negeri pada tahun 1979 dan 1983.

Hitung panjang harga bagi satu tan kayu adalah bergantung kepada jenis dan mutu kayu diantara RM 600.00 hingga RM 6,000.00.

Sekiranya dikira harga terendah sebanyak RM 600 setan, GP akan memperolehi pendapatan sebanyak RM 27 juta, manakala sekiranya dapat dijual dengan harga tertinggi, ia akan berjumlah RM 270 juta.

Maruan juga berkata dua anak syarikat GP iaitu, GP Door dan GP Glass telah menyumbang kepada perolehan syarikat sebanyak RM 30 juta dan RM 25 juta pada tahun 2007.

Perolehan dua syarikat anak GP tersebut telah menyumbang peningkatan perolehan kumpulan GP sebanyak 19.3% kepada RM 118.82 juta dari tahun sebelumnya sebanyak RM 99.63 juta.

Dengan kedudukan kumpulan GP yang begitu besar serta mempunyai aset yang kukuh, adalah tidak munasabah GP tidak mampu untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada 100 orang pekerja yang dibuang baru-baru ini !

Atau memang wujud campurtangan politik sebagaimana yang didakwa oleh pemilik Rapid Skill Sdn Bhd yang sengaja menyebabkan kilang Permint Plywood ditutup

Tapak Kilang Papan Lapis menjadi ‘port’ pencuri besi buruk

Kuala Nerus - Sebuah lagi Kilang papan lapis (plywood) yang ditutup semasa era Bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh adalah terletak di Wakaf Tembesu, dekat sini.


Kilang tersebut yang ditutup pada tahun 2005 telah menyebabkan hampir 400 orang pekerja menganggur apabila majikannya bertindak memberhentikan tanpa notis 24 jam.


Penutupan kilang tersebut menjadi sejarah hitam kepada rakyat negeri Terengganu kerana walaupun kerajaan ketika itu dilihat ‘amat berkuasa’ namun rundingan serta campur tangan Adun Tepoh, Mohd Ramli Nuh dengan pihak kilang tersebut ‘gagal’.


Kini, tapak kilang yang terletak dijalan utama dari Batu Enam ke Gong Badak terbiar dan ditumbuhi oleh semak samun.

Selain ia mencacatkan pemandangan jalan menuju kepada pelbagai destinasi institusi pendidikan dan kompleks sukan Gong Badak, ia juga menjadi ‘syurga’ bagi pencuri besi buruk.


Buletin Online terserempak dengan dua individu yang sedang melakukan kegiatan jenayah itu baru-baru ini ketika membuat tinjauan ke kawasan tersebut.

Kawasan tapak kilang yang amat luas dengan beberapa bangunan yang masih kukuh berdiri, juga disyakki menjadi tumpuan aktiviti negatif yang lain seperti maksiat dan penagihan dadah.

11 September 2008

Analisis Audit - Kedudukan Kewangan Kerajaan Terengganu Tidak Memuaskan


Analisis Audit dari Laporan Ketua Audit Negara berkaitan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2007 telah menunjukkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri adalah TIDAK MEMUASKAN.

Ia adalah kerana baki Akaun Hasil Yang Disatukan pada akhir tahun 2007 adalah berjumlah DEFISIT RM278.42 juta berbanding lebihan berjumlah RM5.97 juta pada tahun 2006 iaitu menurun sejumlah RM284.39 juta.


Laporan Ketua Audit Negara berkenaan juga menyebut, Kerajaan Negeri telah menggunakan sumber daripada Akaun Amanah Disatukan bagi me
nampung defisit tersebut.


Justeru, Ketua Audit Negara, Tan Seri Dato’ Setia Haji Ambrin Buang dalam laporan tersebut menyarankan agar tindakan wajar perlu diambil dengan mengamalkan perbelanjaan berhemat supaya keadaan ini (defisit) tidak berterusan diamalkan kerana tidak semua wang amanah itu merupakan aset Kerajaan Negeri.

Sehubungan dengan itu, adalah amat mengejutkan, walaupun kerajaan negeri menerima terimaan bukan hasil melalui dana khas sebanyak lebih RM 1 bilion setiap tahun sejak 2005, hutang awam kerajaan negeri meningkat dan kini menghampiri angka RM 1 bilion.


Hutang tersebut telah meningkat sebanyak RM 34.82 juta dari RM 903.05 juta pada tahun 2006 kepada 937.87 juta pada tahun 2007.


Oleh yang demikian, jumlah aset yang ditunjukkan di Penyata Akaun Memorandum yang terdiri daripada Pinjaman Boleh Dituntut, Pelaburan dan Tunggakan Hasil berjumlah RM489.16 juta, TIDAK MAMPU MENAMPUNG tanggungan yang merupakan hutang awam yang berjumlah RM937.87 juta.

Kerajaan negeri juga disaran, bagi mengelakkan perkara tersebut berterusan, ia (Kerajaan Negeri) hendaklah merancang segala perbelanjaannya dan dilakukan secara berhemat tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan sumbangan kepada rakyat.

Hutang Kerajaan Negeri


Hutang Kerajaan Negeri merupakan semua pinjaman yang diambil daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek pembangunan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri.

Pada akhir tahun 2007, baki hutang Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM937.87 juta berbanding RM903.05 juta pada tahun 2006 iaitu meningkat sejumlah RM34.82 juta atau 3.9%.

Peningkatan hutang ini adalah disebabkan pinjaman baru yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM49.14 juta pada tahun 2007 bagi membiayai Projek Bekalan Air.

Tunggakan bayaran balik pinjaman termasuk faedah pada tahun 2007 telah meningkat menjadi RM374.74 juta berbanding RM335.29 juta pada tahun 2006 iaitu meningkat sejumlah RM39.45 juta atau 11.8%. Pada tahun 2007, Kerajaan Negeri telah menjelaskan hutang kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM14.32 juta

Sumber dan Rujukan : Laporan Ketua Audit Negara, Negeri Terengganu Tahun 2007

Terkenang al-Aqsa Di Bulan Ramadhan


Palestin Adalah Masalah Utama Umat Islam


Tidak ada tanah yang lebih bergolak selain daripada Palestin. Sejarah Palestin adalah sejarah panjang peperangan. Palestin adalah pusat tiga agama dan peradaban besar: Islam, Kristian, dan Yahudi. Ketiga-tiganya saling mempertahankan kewujudannya di atas tanah suci ini. Inilah tempat bertemunya bangsa-bangsa di satu titik konflik dalam jangka waktu yang sangat panjang. Tapi satu perkara yang pasti, Palestin bukanlah tanah kosong tanpa bangsa (the land without nation), bukan pula milik Zionis Israel, sebuah bangsa yang tidak memiliki tanah (the nation without land).

Bagi umat Islam Palestin, adalah masalah utama kerana Palestin merupakan tanah waqaf umat Islam. Di sana terdapat Al-Masjid Al-Aqsha, tempat para nabi dan rasul, tempat Isra’ Rasulullah saw., dan tempat yang sangat diberkati Allah swt.

Palestin dalam Perspektif Syari’ah


Palestin yang di dalamnya terdapat Al-Quds adalah tanah waqaf umat Islam, yang telah mereka warisi sejak lebih dari 6000 tahun. Hal ini kerana Nabi Ibrahim a.s. bukanlah seorang Yahudi dan bukan pula Nasrani, tetapi seorang yang hanif dan muslim; dan beliau tidak musyrik pada Allah. [Ali Imran (3): 67].

Dari ayat tersebut sangat jelas disebutkan bahawa Palestin adalah warisan ideologis, bukan warisan genetis. Masuknya Musa ke tanah Palestin bukan kerana nenek moyangnya orang Palestin, melainkan perintah keimanan dari Allah swt.

Musa berkata, “Hai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah ditentukan bagimu (selagi mana kamu beriman). Dan janganlah kamu lari ke belakang (kerana takut kepada musuh), maka kamu akan menjadi orang-orang yang merugi.” [Al-Maidah (5): 21].

Dari sudut pandangan ideologis, bangsa mana pun berhak atas Palestin selagi mana mereka memiliki akar ideologi yang sama dengan ideologi yang diimani Musa juga nenek moyangnya Ibrahim.

“Katakanlah, kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma’il, Ishaq, Ya’qub, dan anak cucunya; dan apa yang diberikan kepada Musa dan Isa, serta apa-apa yang diberikan kepada nabi-nabi dan Tuhannya.” [Al-Baqarah (2): 136].

Kerana itu, Zionis Israel Yahudi tidak memiliki hak waris atas tanah Palestin, baik dari Ibrahim, Musa, atau Ya’kub (Israel) yang merupakan nenek moyang mereka. Sebab, Palestin adalah warisan keimanan; dan Zionis Israel Yahudi saat ini berada dalam ruang keimanan yang berbeza, bahkan bertentangan dengan pendahulu mereka.

Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’kub. “Hai anak-anakku, sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk Islam.” [Al-Baqarah (2): 132].

Bahkan, lebih tegas lagi pernyataan putusnya hubungan (bara’ah) dengan orang-orang yang tidak satu jalan keimanan dinyatakan oleh Musa ketika terjadi pembangkangan dari bangsa Israel.

“Berkata Musa, ‘Ya Tuhanku, aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. Sebab itu pisahkanlah antara aku dan orang-orang yang fasik itu’.” [Al-Maidah (5): 25].

Dari sudut pandang keimanan, Palestin adalah warisan Islam. Bukan warisan tiga agama dan peradaban; Islam, Kristen, serta Yahudi yang sering disebutkan mempunyai akar yang sama, yaitu agama Ibrahim. Sebab, Ibrahim hanya memiliki satu agama, agama Islam.
|
“Ataukah kalian, (orang-orang Yahudi dan Nasrani) mengatakan bahawa Ibrahim, Isma’il, Ishaq, Ya’kub dan anak cucunya adalah penganut agama Yahudi atau Nasrani? Katakanlah, apakah kalian yang lebih mengetahui atau Allah?” [Al-Baqarah (2): 140].

“Ibrahim bukanlah seorang Yahudi dan bukan pula Nashrani, tetapi seorang yang hanif dan muslim dan dia tidak musyrik pada Allah.” [Ali Imran (3): 67].

Palestin dalam Perspektif Sejarah

Dilihat dari sudut pandang sejarah, Zionis Israel Yahudi tidak memiliki akar sejarah sebagai penduduk asli Palestin. Kedatangan mereka ke tanah Palestin pada permulaan akhir zaman sebelum lahirnya Isa bin Maryam sampai permulaan masehi bukanlah sebagai pemilik, tetapi sebagai imigran dari Mesir. Begitu juga kedatangan mereka ke tanah Palestin saat ini yang berujung pada kolonialisasi. Sebelum masuknya bangsa Israel, Palestin telah dihuni oleh bangsa Kanaan yang merupakan nenek moyang bangsa Arab Palestin saat ini. Ini disebutkan dalam Kitab Bilangan XIII ayat 17-18, “Maka Musa menyuruh mereka mengintai tanah Kanaan… dan mengamat-amati keadaaan negeri itu; apakah bangsa yang mendiaminya kuat atau lemah, apakah mereka sedikit atau banyak.”

Pernyataan serupa juga diceritakan dalam Al-Qur’an. Bahkan Al-Qur’an menyebutkan bahwa bangsa Israel itu tidak layak atas tanah Palestin kerana perilaku mereka sendiri.

Musa berkata, “Hai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestin) yang telah ditentukan bagimu (selagi mana kamu beriman). Dan janganlah kamu lari ke belakang (kerana takut kepada musuh), maka kamu akan menjadi orang-orang yang merugi”. Mereka berkata, “Hai Musa, sesungguhnya di dalam negeri itu ada orang-orang yang gagah perkasa (bangsa kanaan). Sesungguhnya kami sekali-kali tidak akan memasukinya sebelum mereka keluar. Jika mereka keluar, pasti kami akan memasukinya.”
Berkatalah dua orang di antara orang-orang yang takut kepada Allah yang Allah telah memberi nikmat atas keduanya, “Serbulah mereka melalui pintu gerbang kota ini. Maka bila kamu memasukinya, nescaya kamu akan menang. Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal jika kamu benar-benar beriman.” Mereka berkata, “Hai Musa, sekali-kali kami tidak akan memasukinya selamanya selagi mereka ada di dalamnya. kerana itu, pergilah kamu bersama Tuhanmu dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya akan duduk menanti di sini saja.” Berkata Musa, “Ya Tuhanku, aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. Sebab itu pisahkanlah antara aku dan orang-orang yang fasik itu.” Allah berfirman (jika demikian), maka sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun. Lalu, selama itu mereka berputar-putar kebingungan di bumi (padang Tiih) itu, maka janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang fasik itu. [Al-Maidah (5): 21-26].

Dalam sejarah Palestin, negeri itu pernah jatuh ke tangan Bangsa Israel pada permulaan Masehi. Pertempuran mereka dengan penduduk asli Palestin tercatat dalam kitab Samuel I, bab 13 dan 14 yang mengisahkan strategi Saul dan Yonatan yang menyerbu Michmas. “… Orang Filistin berkemah di Micmash… dan di antara pelintasan bukit-bukit yang dicuba Yonatan menyeberanginya ke arah pasukan pengawal Filistin … dan kekalahan yang ditimbulkan Yonatan dan pembawa senjatanya, besarnya kira-kira dua puluh orang dalam jarak kira-kira setengah alur dari pembajakan ladang.”

Namun, pada tahun 70 Masihi, kekuasan bangsa Israel itu runtuh seiring kematian Herodes dan masuknya kekuatan Romawi menguasai seluruh Palestin. Sejak itu bangsa Israel menjadi bangsa yang tidak memiliki tanah air dan tersebar di berbagai negara sampai mereka melakukan kolonialisasi kembali atas Palestin pada tahun 1967. (Richard Deason. Dinas Rahasia Israel, Jakarta, Yayasan Widya Pustaka: 1986, hal 3-4). Sementara itu, tanah Palestin menjadi tanah wakaf umat Islam pada masa pemerintahan Umar bin Khattab pada abad 7M setelah Romawi ditaklukkan tentera Islam.

Dalam hukum antarabangsa dinyatakan bahawa yang berdaulat atas suatu wilayah adalah mereka yang pertama kali mendiami wilayah tersebut dan menunjukkan bukti kewujudan mereka atas wilayah tersebut berupa aktiviti dan bukti-bukti fizikal yang menunjukkan kedaulatan mereka atas wilayah tersebut. kerana itu, bangsa Kanaan yang merupakan nenek moyang Arab Palestin saat ini adalah pemilik sah tanah Palestin.

Keistimewaan Palestin (Al Quds) di Mata Umat Islam

Umat Islam memandang Palestin sesuai dengan pandangan ajaran Islam dan sejarahnya yang sangat panjang. Palestin adalah bumi para nabi di mana mereka mengajarkan risalah tauhid kepada umatnya. Tidak ada sejengkal tanah di Palestin, kecuali di sana ada nabi yang menyembah pada Allah dan menyampaikan ajarannya kepada umat. Dari mulai Nabi Ibrahim a.s. dan keturunannya Nabi Ishak a.s., Ya’qub a.s., Yusuf a.s. dan saudara-saudaranya. Kemudian Nabi Daud a.s. dan Sulaiman a.s. Seterusnya, Nabi Musa a.s., Harun a.s., Zakariya a.s., Yahya a.s., dan Isa a.s.

Palestin – di mana masjidil Aqsha ada di sana – merupakan kiblat pertama umat Islam. Ini adalah penghormatan Islam pada Palestin yang memiliki sejarah panjang tempat para nabi dan tempat turunnya wahyu. Rasulullah saw. dan sahabatnya pernah shalat menghadap Al-Masjid Al-Aqsha selama kira-kira 16 bulan. Kemudian Allah swt. mengubah kiblat umat Islam ke Masjidil Haram. Dan perubahan itu diabadikan Al-Qur’an. Perpindahan kiblat ini sendiri memiliki banyak hikmah yang dirasakan umat Islam sampai sekarang.

Allah memuliakan Palestin dengan Al-Masjid Al-Aqsha. Masjid ini disamping kiblat pertama umat Islam, juga masjid kedua yang dimuliakan Allah swt. dan tanah suci ketiga setelah Makkah dan Madinah. Rasulullah saw. bersabda, “Kamu tidak boleh mempersiapkan untuk melakukan perjalanan ziarah, kecuali pada tiga masjid; Al-Masjid Al-Haram, Masjid Rasul saw. dan Al-Masjid Al-Aqsa.” (Muttafaqun ‘alaihi)
Di Masjid Al-Aqsha ini pula Rasulullah saw. melakukan isra’ dan di sini baginda memimpin shalat bagi para nabi dan rasul – suatu simbol bahwa Rasulullah saw. adalah pemimpin mereka. Kemudian dari Masjid Al-Aqsha, Rasulullah saw. melanjutkan perjalanannya menuju Sidratil Muntaha untuk menerina kewajiban yang paling agung, yaitu shalat lima waktu.


Struktur al-Aqsa Dalam Bahaya

BAITULMAQDIS - Pihak berkuasa Israel didakwa menjejaskan struktur asas Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dengan membuka satu terowong besar di bawah bangunan berkenaan, lapor sebuah akhbar .

Terowong itu digelar oleh media sebagai lokasi pelancongan sudah pun menyebabkan retakan di struktur kawasan pejalan kaki Haram al-Sharif.

Kawasan Haram al-Sharif itu menempatkan sejumlah lokasi bersejarah seperti kubah emas di pekarangan Masjid Al-Aqsa.

"Tanpa sebarang keraguan di dalam pemikiran saya bahawa kerajaan Israel mempunyai hasrat dan keinginan untuk memusnahkan Masjid Al-Aqsa.

"Mereka (pihak kerajaan Israel) mahu melakukan (memusnahkan Masjid Al-Aqsa) dengan cara untuk menjadikan kemusnahan itu adalah akibat faktor alam semula jadi," kata Ketua Majlis Tertinggi Muslim yang memantau kawasan suci di Baitulmaqdis, Sheikh Muhammad Hussein.

Menurutnya, semua aktiviti yang dilakukan oleh pihak Israel di kawasan sekitar Masjid Al-Aqsa adalah menunjukkan ia mahu memusnahkan kawasan suci umat Islam itu.

"Kini tiba masanya bagi umat Islam, kerajaan Islam dan pertubuhan Muslim di seluruh dunia untuk menghentikannya," katanya.

Beberapa pegawai Palestin dan pertubuhan penganut agama Islam termasuk Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) telah mengeluarkan banyak amaran terhadap kerja-kerja penggalian di pekarangan serta bawah tanah Masjid Al-Aqsa.

Pada bulan lalu, Jordan meminta Israel menghentikan melakukan sabotaj terhadap struktur Masjid Al-Aqsa dengan memberi amaran bahawa isu sensitif itu mampu mencetuskan seluruh rantau tersebut berperang. – Agensi

Bahagian 1




Bahagian 2



Bahagian 3




Bahagian 4

10 September 2008

Cikgu Pa yakin tidak berlaku apa-apa pada 16 September

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali yakin tidak mungkin akan berlaku pertukaran kerajaan pada 16 September ini sebagaimana yang digembar gemburkan.

Walaupun begitu, keadaan tersebut telah menimbulkan keadaan ‘panik yang tak tentu pasal’ kepada Barisan Nasional (BN) dan beliau mendakwa pemergian ahli-ahli parlimen BN ada hubungkaitnya dengan ‘gembar gembur 16 September’.


Beliau yang mengadakan sidang akhbar atas kapasiti peribadinya hari ini kerana beliau merasakan bertanggungjawab berdasarkan senario yang berlaku sekarang ini, memberikan penjelasan kepada orang ramai.

Beliau yang mesra dengan panggilan ‘Cikgu Pa’ berpendapat tidak akan berlaku apa-apa pada tarikh 16 September adalah berdasarkan pengalaman dan analisis yang beliau lakukan dan memberikan dua faktor mengapa 16 September tidak berlaku apa-apa perubahan.

Dari segi teknikal, kata beliau, tidak ada persidangan parlimen pada 16 September dan parlimen bercuti sepanjang bulan Ramadhan, bila parlimen bercuti, tidak boleh dibawa undi tidak percaya, sekali pun cukup bilangan.

"Kalau nak ubah kerajaan sedangkan kerajaan yang ada masih ada, tidak boleh dilakukan melainkan bila ada satu undi tidak percaya kepada kerajaan ataupun kepada Perdana Menteri,

Ada dua cara samada Perdana Menteri sendiri meletakkan jawatan, ini tak mungkin kerana beliau kata tidak mahu meletakkan jawatan,

“mestilah ada undi tidak percaya yang boleh dibawa ke parlimen, jadi macamana nak ganti kerajaan kalau parlimen tidak bersidang,”jelas beliau.


Menurutnya melalui pengalaman politik yang lalu, Terengganu, Kelantan dan Sabah pernah mengalami undi tidak percaya (Dewan Undangan Negeri).

Dari segi politiknya, beliau berkata tidak pernah berlaku, ‘lompatan’ dari kerajaan kepada pembangkang, namun, yang pernah berlaku adalah sebaliknya.


”Kalau undi tidak percaya ini mengharapkan ada ahli yang melompat, dalam sepanjang ingatan saya, tak ada orang yang melompat dari parti yang memerintah kepada pembangkang,

“walaupun diperingkat negeri pernah berlaku di Terengganu, kerajaan pusat masih dibawah Perikatan pada waktu itu,”kata beliau yang menyebutkan bahawa kerajaan Terengganu dibawah pemerintahan PAS ketika itu dijatuhkan dengan undi tidak percaya.


Sebab itulah, bila saya menyebut begini, untuk mendapat 30 orang untuk melompat bukan mudah. Tetapi pembangkang sebanyak 82 ini adalah termasuk Dato’ Ibrahim Ali.

”Kalau Ibrahim Ali tidak memilih untuk bersama pembangkang, jadi 111 – 111 (sokongan kepada kerajaan dan pembangkang sama banyak) maka kerajaan tidak jatuh,”tambah beliau.

Beliau berkata mesti dicari jumlah sokongan lebih dari 30 orang, mungkin 40 orang atau lebih.

Krisis UMNO Terengganu Kronik - Tengku Putera Pecat Setiausaha, dua AJK Hulu Terengganu

Krisis UMNO Terengganu sebenarnya tidak sama dengan apa yang dibayangkan dan diberitahu oleh kepimpinan UMNO Terengganu, yang sentiasa menyatakan UMNO Terengganu tiada masalah dan menafikan parti itu menghadapi krisis yang amat kronik.

Hari ini, dua ahli jawatankuasa Umno Bahagian Hulu Terengganu, Mohd Pauzi Yusof dan Jalaluddin Ismail mendakwa mereka dipecat oleh ketua bahagian itu Dato’ Tengku Putera Tengku Awang tanpa alasan kukuh.

Agensi Bernama melaporkan selain Mohd Fauzi dan Jaluluddin, Setiausaha UMNO bahagian itu, Baharudin Bilaldiah, turut dipercayai dipecat daripada jawatannya.

Mereka yang dipecat itu berkata, mereka menerima surat pemecatan bertarikh 4 September beberapa hari lepas yang ditandatangani oleh Tengku Putera.

Mohd Pauzi, yang memegang jawatan tersebut sejak 2000, berkata walaupun beliau dan Jalaluddin telah dilantik untuk menyandang jawatan tersebut dan ketua bahagian berkuasa untuk mengambil tindakan itu tetapi alasan pemecatan masih perlu diberikan.

Beliau mendakwa pemecatan itu berkemungkinan disebabkan oleh tindakan mereka mencadangkan calon lain untuk bertanding sebagai Ketua Bahagian dalam mesyuarat UMNO cawangan baru-baru ini.

Katanya tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan dalam keadaan politik pada masa kini kerana ia boleh memecah perpaduan ahli parti.

Selain Mohd Fauzi dan Jaluluddin, setiausaha UMNO bahagian itu, Baharudin Bilaldiah, turut dipercayai dipecat daripada jawatannya itu.

Bacaan Berkaitan :

UMNO Terengganu Dihantui Kegilaan Rasuah Politik
Jawatan adalah kuasa dan kekayaan’ – Gaduh, pukul, rasuah budaya dalam mesyuarat UMNO
Kejutan Mesyuarat – ‘Gilanya’ Ahli-ahli UMNO Merebut Kuasa
Pelbagai ‘Berita Pelik’ Dalam Perlumbaan Merebut Kuasa UMNO Terengganu.


“Lebih baik Abu Bakar diam” – SU AMK, Saado

Kuala Terengganu - Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu, Saado Mohd Nor (Gambar) berkata seluruh pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) kesal dan terkilan dengan kenyataan bekas Ketua Penerangan PKR, Abu Bakar Abd Ghani.

Beliau yang ditemui Buletin Online semalam menyifatkan kenyataan Abu Bakar adalah suatu ‘perang peribadi’ yang sengaja digembar-gemburkan bagi menggugat hubungan silaturRahim siyasi antara PKR dan PAS Terengganu yang terus kukuh sehingga hari ini.

“PKR dan PAS Terengganu hingga ke hari ini terus di bawah payung Barisan Alternatif (BA), masih bekerjasama dalam usaha menentang kezaliman kerajaan BN Terengganu,
“kita masih menjalankan aktiviti bersama misalnya diluar dari kempen pilihanraya, kita menjalankan aktiviti ceramah bersama, sebagaimana ceramah ADUN Batu Buruk dan Saifudin Nasution di Batu Buruk baru-baru ini,”jelas Saado

Beliau berkata Abu Bakar sebenarnya terlalu kecewa kerana hasratnya untuk bertanding sebagai calon PKR di Seberang Takir pada Pilihanraya Umum (PRU) lalu tidak mendapat restu pimpinan peringkat pusat.

“Beliau (Abu Bakar) pernah menangis kerana terlalu kecewa dalam satu mesyuarat perisytiharan calon yang telah dipilih, beberapa hari sebelum penamaan calon PRU lalu,”tambah Saado

Justeru kerana kecewa, menurut Saado, Abu Bakar telah keluar dari PKR dan menyertai UMNO pada 6 Mac lalu, lebih kurang jam 5 petang di kediaman Dato’ Ibrahim Fikri, Seberang Takir.

Oleh yang demikian, Saado menasihatkan Abu Bakar supaya tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan hubungan antara PAS dan PKR Terengganu kerana semakin banyak kenyataan yang dibuat oleh Abu Bakar, semakin mendedahkan siapa dirinya yang sebenar.

Permint Plywood - Kilang Tutup Dua Kali, Kerajaan Hanya Beri ‘Khidmat Bibir, Berjanji Dan Berjanji’.


Setelah dua kali kilang Permint Plywood ditutup, kerajaan Terengganu hanya menyatakan perlu mengkaji aspek menyebabkan berlakunya penutupan tanpa mengambil tindakan menyelesaikan masalah pekerja-pekerja yang diberhentikan.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Toh Chin Yaw seolah-olah ‘lepas tangan’ dengan berkata penutupan syarikat kilang papan lapis itu tiada kena mengena dengan kerajaan negeri kerana ia bukan anak syarikat kerajaan negeri Terengganu.

Katanya, menurut akhbar Sinar Harian, setakat ini beliau tidak dimaklumkan apa-apa mengenai penutupan tersebut, tetapi pihaknya berjanji akan berusaha membantu lebih 200 orang kakitangan yang kehilangan pekerjaan akibat penutupan syarikat itu.

“Kita kena tengok banyak aspek, kalau melibatkan pekerja-pekerja dari Terengganu, kita kena cari jalan untuk tolong mereka. Saya rasa tiada masalah beri bantuan menyelesaikan masalah pekerja yang diberhentikan,” kata Toh dengan ‘khidmat bibir’ (lips service) memberikan airliur, bukan bertindak segera memberikan sebarang bantuan.

Rapid Skills Sdn Bhd masih mempunyai kontrak menyewa premis kilang dengan Permint Plywood Sdn Bhd hingga Februari tahun depan, telah mengambil tindakan menutup operasinya lebih awal dengan alasan tidak mampu menampung kos operasi sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM5 juta.

Permint Plywood Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri di bawah Golden Pharos Berhad (GPB) telah menyewakan premis kilang itu apabila ia menghentikan operasi pengeluaran papan lapis pada 31 Januari 2005 lalu.

Rayuan para pekerja yang diberhentikan akibat penutupan kilang samada oleh Rapid Skill pada 4 September lalu, sama seperti rakaman keluhan pekerja yang diberhentikan ketika kilang itu ditutup buat kali pertama oleh Permint Plywood sendiri, tiga tahun yang lalu.

Tiga tahun lalu, Puan Salma Abdullah, Ramli Romainor, Zanuddin Zakaria, Abdul Ghafar Abdullah dan Mohd Helmizan Abd. Rahim pernah merayu kepada kerajaan negeri agar Permint Plywood tidak ditutup, kerana kilang itulah punca pendapatan mereka bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Puan Salma Abdullah, ibu kepada enam orang anak, merasa sedih dan terkilan dengan tindakan kerajaan negeri.

Beliau berkata, penutupan kilang tersebut menyebabkan beliau hilang satu mata pencarian keluarga kerana selama ini boleh membantu suaminya yang berpendapatan rendah.

“Saya ada anak enam orang yang masih bersekolah di peringkat rendah dan menengah. Saya rasa sangat sedih kerana sekarang ini susah hendak cari pekerjaan,” jelasnya dengan nada hiba.

Ramli Romainor berkata tindakan drastik kerajaan negeri menutup kilang Permint Plywood itu menyebabkan ramai penduduk hilang pekerjaan.

Katanya, bukan sahaja pengangguran terus berlaku malah hampir 500 orang hilang mata pencarian bagi menanggung keluarga masing-masing.

“Bila kilang Permint Plywood ini tutup ramai yang hilang kerja dan bukan saja ramai yang mengganggur tetapi dekat (hampir) 500 orang hilang mata pencarian keluarga,

“Saya bersama ibu bekerja di kilang ini untuk menanggung kami sekeluarga kerana ayah telah berpisah dengan ibu saya sejak beberapa tahun lalu,” ujarnya ditemui ketika penutupan kilang Permint Plywood.

Zanuddin Zakaria, melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan drastik pihak terbabit menutup kilang yang menjadi sumber pendapatan keluarganya.

“Saya tidak puas hatilah bila kilang yang menjadi tempat kami cari makan sejak hampir dua tahun lalu ditutup secara mengejut dan ramai yang hilang pekerjaan,

“Hampir 70 peratus penduduk di tanah rancangan ini bekerja di kilang Permint Plywood yang akan menghadapi masalah penggangguran,” ujarnya.

Abdul Ghafar Abdullah, menggesa agar pihak majikan mempercepatkan pembayaran pampasan kepada semua pekerja yang diberhentikan.

“Saya kerja dengan kilang ini hampir 17 tahun dan nok (hendak) minta supaya majikan cepat-cepat bayar pampasan kepada kita semua,” ujarnya.

Menurutnya, kilang Permint Plywood ini ditutup oleh pihak kerajaan negeri agak mengejut dan menjadi masalah kepada semua pekerja terbabit.

Mohd Helmizan Abd. Rahim, merayu agar pihak kerajaan negeri dapat merangka pelan baru membuka semula operasi kilang tersebut.

“Saya minta dan merayu supaya kerajaan buat pelan baru untuk buka semua kilang ini dan kami semua sedia bekerja semula di kilang yang baru itu, InsyaAllah,” ujarnya.

Namun keluhan mereka sebagai ‘rakyat yang teraniya’ tidak didengar oleh kerajaan negeri yang diterajui oleh bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh ketika itu.

Idris sibuk dengan projek-projek mega, melakar sejarah mencipta tamadun, Monsun Cup dan Taman Tamadun yang bernilai ratusan juta ringgit.

Sebaliknya apabila Permint Plywood menutup kilangnya, kerajaan menabur janji dan berkata penutupan tersebut hanya sementara waktu.

Kesudahannya, kilang tersebut disewakan kepada Rapid Skill, dan hanya sekitar 100 pekerja yang diambil kembali untuk bekerja dibawah pengurusan Rapid Skill.

Lebih 300 orang anak watan Terengganu yang sudah belasan tahun menabur bakti memberikan khidmat memajukan Permint Plywood terpaksa mengadu nasib, mencari haluan masing-masing.

08 September 2008

Rakyat Susah, BNBBC Makan Angin.

>

Dungun – Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sura Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli menyifatkan keputusan kerajaan membawa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ‘makan angin’ ke luar negeri sebagai sesuatu tindakan yang tidak kena pada masanya.

Sinar Harian memetik beliau berkata, dalam keadaan rakyat susah menanggung keperitan hidup akibat kenaikan harga barangan keperluan berpunca daripada kenaikan harga bahan api, kerajaan BN sepatutnya menunjukkan teladan yang baik dengan tidak menganjurkan lawatan ke luar negeri yang pastinya menelan belanja yang besar.

“Jika ia bertujuan mempelajari teknologi seperti mana yang dinyatakan oleh pemimpin mereka, mengapa kerajaan tidak menghantar pegawai dari jabatan berkenaan yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan dasar kerajaan? Kenapa pula orang politik yang harus pergi? Kenapa keperluan itu harus dibuat dalam keadaan tergesa-gesa?


“Mungkin ini satu helah atau kebimbangan mereka untuk menghadapi tarikh 16 September, soal kebenaran peristiwa pada tarikh terbabit adalah perkara kedua, tapi di sini sudah nampak secara jelas tindakan mereka seolah-olah takut pada bayang-bayang sendiri,” kata Wan Hassan yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun.

Beliau juga turut mempersoalkan objektif lawatan berkenaan sebab kandungan lawatan itu juga masih kabur.

Cuba bayangkan, saya telah difahamkan lawatan rasmi atas urusan negara itu masih belum mempunyai destinasi dan acara lawatannya, pada hal menurut kenyataan pemimpin BN, lawatan berkenaan sudah lama diatur pihaknya, adakah alasan yang diberikan itu logik diterima akal?,” soal Wan Hassan.


Yang ‘Lompat’ Kerana Wang dan Kuasa Tidak Diterima

Kuala Terengganu - Parti Tindakan Demokratik (DAP) menegaskan tidak akan menerima ‘lompat’ mana-mana Ahli Parlimen BN ke dalam pakatan pembangkang sekiranya kemasukan mereka itu adalah semata-mata disebabkan faktor wang dan kuasa.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, parti itu hanya akan menerima kemasukan wakil-wakil rakyat BN ke dalam Pakatan Rakyat sekiranya mereka berbuat demikian atas prinsip mahu membawa perubahan demi membela nasib rakyat.

Beliau berkata sekiranya wakil rakyat BN keluar daripada parti itu semata-mata disebabkan mahu mendapatkan keuntungan kebendaan, ia merupakan satu tindakan yang tidak beretika.

"Sama ada pembentukan kerajaan baru berlaku atau tidak dalam masa sembilan hari lagi, ia bergantung kepada banyak perkara, perlu tunggu dan lihat.
"Tetapi jika mereka (wakil rakyat BN) mahu keluar parti untuk mendapat keuntungan kebendaan, ia tidak beretika dan bukan prinsip yang baik. Kami tidak akan menerimanya," kata beliau kepada dalam sedang media selepas merasmikan penubuhan dua cawangan DAP disebuah hotel dekat sini semalam.

Dalam majlis tersebut, Lim telah menerima senarai jawatankuasa penaja bagi cawangan Sungai Tong, Setiu dan Kampung Cina, Kuala Terengganu dengan keahlian seramai 60 orang ahli.

Parti itu pernah mempunyai cawangannya di Terengganu dan aktif sekitar tahun 1990-an, namun cawangan tersebut telah berkubur pada tahun 2002 ekoran pemecatan beberapa tenaga penggeraknya yang menentang keputusan DAP Pusat.

Antara yang dipecat adalah Encik Ng Chai Hing, yang berkhidmat sebagai Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu ketika PAS memerintah antara 1999 hingga 2004.

Ng Chai Hing telah memilih Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah dipecat dan menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Terengganu, kini kembali ke pangkuan DAP.

Apabila ditanya mengapakah beliau meninggalkan PKR, Ng berkata beliau lebih senang untuk aktif dalam politik bersama DAP.

07 September 2008

Keluar BN Perbuatan Terpuji


Kuala Nerus – Kerajaan yang ditubuhkan kerana peralihan sokongan ahli-ahli yang berhormat bukan perkara baru kerana sejarah silam telah membuktikan Barisan Nasional (ketika itiu perikatan) menggunakan cara yang sama bagi membentuk kerajaan di Terengganu pada tahun 1959.


Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata kerajaan PAS yang memenangi Pilihan Raya Umum Pertama tahun 1959 pernah ‘dijatuhkan’ akibat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Negara yang ‘melompat’ menyertai parti Perikatan.


Beliau berkata pada waktu itu parti Perikatan adalah ‘minoriti’ hanya mempunyai tujuh kerusi tetapi telah berjaya mengemukakan usul undi tidak percaya dan mendapat sokongan dari ADUN ‘lompat’ yang dipercayai ‘telah dibeli’ oleh pihak tertentu.


“Kita (PAS) ada pengalaman itu. Kerajaan PAS Terengganu tahun 1959 tidak dapat bertahan lama kerana pada 30 Oktober 1961, parti Perikatan telah membawa usul undi tidak percaya dan ‘disokong’ pula oleh tiga wakil parti Negara,” jelasnya ketika dihubungi, semalam.


Katanya, dengan peristiwa ‘lompat parti’ itulah menyebabkan parti Perikatan kemudiannya menjadi Barisan Nasional (BN) berjaya memerintah Terengganu hingga ke hari ini, kecuali pada tahun 1999-2004.


Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kuala Nerus menyelar pihak-pihak yang bercakap soal demokrasi dan kerajaan, namun tidak menoleh sejarah hitam U
MNO dan BN.


“BN dan pihak-pihak yang menyokongnya, jangan bercakap soal demokrasi dan pemerintahan yang suci, kerana merekalah yang telah melanggar demokrasi dan menghalalkan apa saja untuk memperolehi kuasa,”tambah beliau.


Justeru, menurutnya bukan menjadi suatu masalah besar sekiranya Pakatan Rakyat mampu mengambil-alih kerajaan dengan cara yang hampir sama, yang pernah digunakan oleh BN.


Katanya, keluar parti tidak menjadi kesalahan disisi undang-undang Negara, bahkan adalah satu perbuatan yang berani dan terpuji sekiranya individu keluar dari BN kerana ia merupakan kerajaan yang rasuah dan pilih kasih.

Melayu Mudah Lupa Bersama PH

Terdedah kini bahawa Melayu yang menyertai Pakatan Harapan (PH) ialah Melayu yang mudah lupa, khususnya para pemimpinnya juga mudah lupa.