18 Jun 2011

Tiga Doktor dalam kabinet baru PAS Terengganu

KUALA TERENGGANU - Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu membariskan 3 orang berkelulusan 'doktor' dalam kabinet baru yang disifatkan sebagai 'kabinet pilihanraya'.

Haji Mohd Abdul Wahid Endut dalam sidang medianya sebagai Pesuruhjaya yang baru dilantik, mengumukan perkara tersebt. 

Dibawah adalah senarai penuh 'kabinet' baru PAS Terengganu;

Petani kecil terabai; Bajet besar, bantuan 'input' tidak ada

- petani kecil merintih, hidup dalam serba kekurangan
KUALA TERENGGANU
- Beribu-ribu petani kecil di seluruh negeri Terengganu 'merintih' duka dalam keadaan serba kekurangan, terpaksa mengeluarkan kos yang besar untuk meneruskan kehidupan.

Dalam keadaan negeri Terengganu berbelanja besar sebanyak RM2 bilion pada tahun 2010 dan sejumlah RM1.88 bilion dicadangkan untuk tahun 2011, sektor pertanian terus diabaikan.

17 Jun 2011

Gagal mengurus punca anak syarikat rugi

SETIU – Tindakan kerajaan negeri menjual syarikat berasaskan ayam TD Poultry Sdn Bhd disifatkan sebagai kegagalan Umno dan Barisan Nasional (BN) menguruskan anak-anak syarikat.

Menurut seorang pengusaha ternakan ayam, Aminuddin Umat, antara punca kerugian syarikat terbabit adalah kerana tidak cukup pengeluaran sedangkan permintaan ayam sentiasa tinggi di pasaran.

“syarikat berasaskan ayam lain untung, tapi anak syarikat negeri Terengganu rugi, bermakna gagal mengurus, pasaran ayam sentiasa ada, macamana ‘business’ kerajaan rugi, sedangkan swasta berjaya,”ujarnya ketika ditemui.

16 Jun 2011

Himpunan Petani, Penternak & Nelayan

- Bantahan kepada tidak bertanggungjawab kerajaan
KUALA TERENGGANU
- Lujnah Pertanian PAS negeri Terengganu akan menganjurkan Himpunan Petani, Penternak dan Nelayan bagi Zon Utara negeri Terengganu pada 23 Julai depan di Kampung Bari, Setiu.

Pengerusi Lujnah Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata objektif himpunan tersebut akan memberikan tumpuan khusus kepada permasalahan yang dialami oleh kelompok terbabit.

15 Jun 2011

Itu jawapan JKKK bukan jawapan seorang Menteri Besar....

KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak menyifatkan cakap Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said umpama cakap seorang Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).

Beliau berkata demikian ketika memberi komen kenyataan Ahmad yang berkata, pembinaan jalan Jeram - Bukit Guntong adalah dibawah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kerajaan negeri tidak boleh mengambil apa-apa tindakan kerana ia telah selesai.

14 Jun 2011

ADUN Ladang, Pengerusi DHPP ucap takziah kepada keluarga mendiang Vijaya


KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar mengucapkan takziah kepada keluarga Vijaya Varma a/l Krisnhnan yang lemas di Pantai Pandak, Chendering

Beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu berharap ahli keluarga mendiang dapat banyak bersabar.

“Saya ucap takziah kepada isteri, anak-anak dan ahli keluarga mendiang Vijaya Varma yang disahkan mati lemas di laut Pantai Pandak, Chendering.

SPRM diminta siasat salah guna kuasa pembinaan jalan Jeram


KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta untuk melakukan siasatan keatas pembinaan Jalan Jeram ke Bukit Guntong yang disyakki melibatkan salah guna kuasa kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

"Salah guna kuasa yang spesifiknya ialah (tindakan) tidak mematuhi akta pengambilan tanah 1990, (bertolak) dari situ, banyak benda (yang salah contohnya) tanah belum warta lagi, jalan dah buat,

"jauh sekali nak bayar (pampasan), belum warta lagi dah buat,"kata Encik Salleh Embong, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas.

12 Jun 2011

Kini karnival dulu “main pantai” kata Dato’ Nasir selepas disajikan terian gelek

KUALA NERUS - Pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu mengakui program “main pantai”  yang kini dianjurkan atas nama karnival adalah program yang sama yang telah lama tidak diadakan di Terengganu.

Kini, program itu telah dapat dihidupkan kembali apabila Umno mengambil alih perintahan, sejak tiga tahun lalu diadakan di Pantai Kampung Tanjung Gelam, Wakaf Tengah, Kuala Nerus selama lima malam.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri yang berucap selepas disajikan 'tarian gelek' berkata program karnival ini suatu masa dahulu dipanggil “main pantai”.

Wahid Sah Pesuruhjaya PAS Terengganu


"Saya bukan yang terbaik, tetapi akan pimpin kabinet perang pilihanraya PAS Terengganu, InsyaAllah!,"

KUALA TERENGGANU
- Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Wkaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut sah dilantik sebagai Pesuruhjaya (PJ) PAS Terengganu yang baru.

Beliau mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi Buletinonline selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung pada petang ini Ahad 12 Jun, bersetuju melantik Wahid ke jawatan tersebut.

Wahid yang juga Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu menegaskan, beliau bukanlah individu yang terbaik untuk jawatan tersebut, namun akan memikul amanah yang dipersetujui Presiden serta AJK Kerja PAS Pusat.
"Saya bukanlah yang terbaik, masih ramai yang (saya rasa) lebih baik dan mampu serta lebih layak,

Kerajaan Umno/BN zalim kata Ketua Puteri Umno

KUALA TERENGGANU - Kepimpinan Umno Cawangan Banggol Donas termasuk sayap puterinya mendakwa Umno dan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu khianat dan zalim.

Pengkhianatan dan kezaliman yang dilakukan itu tanpa mempedulikan hak serta nasib rakyat yang terlibat dengan pengambilan balik tanah bagi Projek Jalan dari Kampung Jeram ke Banggol Tuan Muda melalui Kampung Banggol Donas.

Ketua Puteri Umno cawangan Banggol Donas, Puan Rosni Hassan, 37, melahirkan rasa dukacita terhadap sikap wakil rakyat Barisan Nasional dan kerajaan negeri.

Wanita Berjiwa Kental Sentiasa Mendepani Cabaran

  Oleh : Aqilah Mohd Jafri / Gambar : Hajar Kamarudin  MARANG - Wanita berjiwa kental dengan semangat perjuangan dalam mendepani cabaran sej...