10 Julai 2010

ADUN Sura Sumbang RM1000 Untuk Pasukan Bola Keranjang Terengganu

DUNGUN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly telah bersetuju untuk memberikan sumbangan sebanyak RM1000 kepada pasukan bolakeranjang bawah 16 tahun negeri Terengganu.

Beliau yang hadir dalam satu majlis makan malam bersama masyarakat Tionghua di Batu Enam dekat sini telah ditemui oleh seorang pegawai pasukan bolakeranjang tersebut.

Peniaga Gesa Kerajaan Selesaikan Bangunan 'Gajah Putih' di Pasar Borong Chukai


Chukai, Kemaman - Para peniaga pasar borong Kemaman menggesa pihak berkuasa kerajaan Terengganu supaya segera menyelesaikan isu bangunan yang telah didirikan, terbiar begitu saja dalam kawasan pasar tersebut.

Mereka bimbang bangunan berupa gerai tempat menjual barangan makanan basah dan kering yang telah pun siap sejak setahun lalu itu, akan menjadi 'gajah putih' dan membazirkan wang rakyat.

09 Julai 2010

Kurang Undi Tidak Sampai 4.0 Peratus

- PAS Yakin Kembali Menerajui Negeri Terengganu
KUALA TERENGGANU
- Dengan tambahan sokongan undi tidak sampai 4.0 peratus, PAS Terengganu yakin akan menang pilihanraya umum ke 13 yang akan datang dan dapat memerintah negeri Terengganu

Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN) PAS Terengganu, Ariffin Deraman (Gambar - baju dan berkupiah putih)   berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berkenaan apakah yang meyakinkan PAS Terengganu untuk kembali memerintah.

ALIM Jana Tenaga Mahir 'Kerajaan Menunggu'


- PAS Terengganu Yakin Memerintah Selepas PRU13
Tepoh, KUALA NERUS
- PAS negeri Terengganu akan memperkasakan ahli dan para petugasnya
dengan latihan melalui sebuah institusi yang dikenali dengan nama Akademi Latihan Kepimpinan dan Petugas Pilihanraya atau singkatannya, ALIM.

Pengarahnya, Haji Hanafiah Mat berkata suatu kursus untuk semua tenaga-tenaga kerja parti, petugas-petugas di semua peringkat, daripada peringkat atasan, pertengahan hinggalah ke peringkat akar umbi akan mula dianjurkan pada 24 Julai depan.

"Kalau kita tengok dalam mana-mana organisasi, tenaga kerja dan sumber manusia yang merupakan suatu benda yang penting, la (adalah) untuk memastikan sesuatu kejayaan itu menjadi suatu kejayaan (realiti).

08 Julai 2010

Kaji Semula Laporan Stadium Runtuh

- Laporan negeri tidak selari dengan PAC
KUALA TERENGGANU
- Kerajaan negeri Terengganu digesa mengkaji semula Laporan yang telah dibuat berkenaan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan laporan tersebut.

Laporan sebelum ini yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Dato' Ahmad Said dianggap satu laporan yang tidak tepat kerana ia tidak selari dengan apa yang dilaporkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)

PAS Terengganu Tolak Kajian Umno

- Nisbah 1 : 40 Pendaftaran Pengundi Tidak Mewakili Pantai Timur
KUALA TERENGGANU
– PAS Terengganu menolak kajian Umno tentang nisbah pendaftaran pengundi Melayu dan Bukan Melayu serta menyifatkan ia adalah satu helah Umno bagi menakut-nakutkan orang Melayu.

“Kita tidak pasti sama ada ia menyeluruh atau tidak dan tidak pasti ia betul atau sebaliknya, tetapi saya percaya ia mungkin kajian di kawasan Lembah Klang, di mana negeri-negeri di sebelah sana jumlah penduduk bukan Melayu adalah tinggi,

07 Julai 2010

PRU-13 Semakin Hampir

- Tabung Buluh Mula Dipecahkan
Sura, DUNGUN
- Teka teki tarikh pilihanraya umum yang ke 13 semakin menjadi perbualan dikalangan rakyat pelbagai lapisan apabila perkara tersebut mula dilontarkan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali pada Mei lalu.

Keresahan Umno/BN pula kian memuncak apabila pada minggu lalu, Naib Presidennya, Dato' Hishammuddin Hussein kelmarin berkata masanya telah tiba bagi Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, membuktikan bahawa kelemahan dan kesilapan mereka yang wujud sebelum ini telah berjaya diatasi.

Oleh itu, BN dan semua parti komponennya kini perlu bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tanpa dolak-dalik lagi, kata beliau.

Bagi petugas PAS, pelbagai cara digunakan untuk mengumpul dana bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

Di antara qaedah yang digunakan ialah melalui pengumpulan wang serta syiling yang disimpan di dalam tabung buluh.

Di DUN Sura, tabung buluh yang mula diagihkan pada Februari lalu, mula dipecahkan penghujung Jun baru-baru ini.

Baca dan Lihat Dari Sumber>>>

06 Julai 2010

Umno-BN ‘gelapkan’ masa depan anak muda Melayu Islam

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita28/umnogelapkan.JPGMARANG - Usaha yang dilakukan oleh PAS meningkatkan tahap pendidikan rakyat dihalang oleh dasar dan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) akan menggelapkan masa depan anak-anak muda dinegara ini.

Penubuhan institusi-institusi pendidikan PAS sering menjadi mangsa tuduhan liar, cemuhan dan kecaman pihak kerajaan Barisan Nasional.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada anggota masyarakat yang memberi kepercayaan kepada kita (PAS), terutama kepada ibubapa dan masyarakat yang memberi kepercayaan kepada kita (PAS) untuk mendidik anak-anak kita (rakyat).

05 Julai 2010

Seberang Takir 'Port' Maksiat

http://buletinonline.net/images/stories/berita28/khalwat1.JPG- Kerajaan Tidak Minat Untuk Kurangkan Kejadian 'Zina' Jalanan?

KUALA TERENGGANU
-  Kerajaan negeri Terengganu tidak berminat untuk mengurangkan kadar 'Zina' jalanan yang menjadi 'trend' remaja dan muda-mudi bermasalah.

Tidak kurang 10 pasangan yang ditahan setiap hari oleh sukarelawan penguatkuasa syariah, namun selepas proses perbicaraan, tidak ada tindakan susulan diambil.

Siasat Sumber Kewangan RM1.6 juta

http://buletinonline.net/images/stories/berita28/IMG_7178.JPGChukai, KEMAMAN – Pihak berkuasa diminta menyiasat sumber kewangan berjumlah RM1.6 juta yang diagih-agihkan kepada wanita Umno negeri ini bagi tujuan kempen politik.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat berkata demikian mengulas laporan akhbar tempatan mengenai pengumuman Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said berkaitan perkara tersebut.

”Saya minta pihak berkuasa samada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar  menyiasat sumber dana kempen politik yang sangat besar itu,”katanya ketika ditemui dalam program bersama ‘Bolasepak Piala Dunia’ dengan anak-anak muda Kuala Kemaman, semalam.

Potensi Tamatkan Konflik Yaman

  Perunding Houthi meninggalkan Riyadh selepas pusingan lima hari rundingan dengan pegawai Saudi mengenai perjanjian berpotensi yang boleh m...