24 November 2009

Monsoon Cup; Sudahlah Tidak Pernah Di Audit !

- Ahmad Said Akan Sambung Perjanjian Penganjuran Selepas Tamat 2012 ?
KUALA TERENGGANU – Bagaimana mungkin perlaksanaan projek-projek kerajaan negeri Terengganu boleh menepati slogan ‘Merakyatkan Pembangunan’ sedangkan pelbagai pendedahan
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita14/mcupmembazir.jpg
menunjukkan penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah ?

(Gambar - kerajaan Terengganu menafikan Monsoon Cup membazir setelah
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Integriti, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh (gambar kecil ) berkata, aduan diterima menyatakan keuntungan penganjuran sukan Monsoon Cupitu hanya diraih oleh individu tertentu sedangkan pada keseluruhannya ia dikatakan tidak memberi pulangan seperti yang diharapkan)

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata penganjuran sukan perahu layar piala monsun (Monsoon Cup) bukan sahaja membazir dan tidak membawa manfaat yang banyak kepada rakyat, ia juga tidak pernah diaudit.
Beliau yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, perkara tersebut mendapat teguran dari Ketua Audit Negara.

”Di negeri Terengganu ini, dia buat projek bukannya ikut peraturan dan prosedur, banyak projek yang dilakukan (dilaksanakan) tidak diaudit,

”termasuk Monsoon Cup, dilaporkan dalam laporan (ketua) audit Negara, perbelanjaan untuk Monsoon Cup tidak diaudit, tidak dikemukakan untuk diaudit,”katanya ketika beucap dalam majlis ceramah bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, di Jalan Kelantan, disini kelmarin.

Menurutnya, berapa banyakkah perbelanjaan yang digunakan untuk menganjurkan piala Monsun tersebut dan ke atas apakah perbelanjaan tersebut dibuat, tidak dilaporkan.

Sehubungan itu, Haji Wahid turut mendedahkan kecenderungan kerajaan negeri Terengganu menyambung perjanjian penganjuran Monsoon Cup yang dijangka tamat pada 2012.

”Ahmad Said (Menteri Besar) berkata demikian dalam satu kenyataan yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris,”katanya yang juga wakil rakyat bagi DUN Wakaf Mempelam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat ‘Pre-Council’ wakil-wakil PAS untuk sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di pejabat Perhubungan PAS, Kuala Terengganu, semalam, 21 November.


Katanya, majoriti rakyat Terengganu menolak penganjuran perlumbaan perahu layar itu kerana ia dianggap membazir.

”Berjuta-juta ringgit hasil royalti minyak dibelanjakan sedang manfaatnya kepada rakyat tempatan tidak dikecapi,

”ia mesti dihentikan selepas tamat perjnajian pada 2012,”tegas Haji Wahid.

Akhbar tersebut memetik Ahmad Said berkata, sekiranya piala monsun memberi keuntungan kepada rakyat dan negeri, beliau pasti mempertimbangkan untuk meneruskannya.

Perjanjian antara kerajaan negara dengan pemilik siri perlumbaan terbabit ‘World Match Racing Tour’ (WMRT) ditandatangani kali pertama pada tahun 2005.

Oleh itu, nasib Piala Monsoon selepas tahun 2012 adalah tidak pasti dengan spekulasi bahawa acara akan dihentikan selepas perjanjian berakhir.

”Namun, dengan pertemuan Ahmad dengan penasihat Piala Monsoon, Datuk Peter Gilmour pada hari Sabtu, (14 November) ada tanda-tanda bahawa acara ini akan kekal di Terengganu,”lapor akhbar itu lagi.

Lantik Sabaruddin Chik Sebagai Pengerusi T-Best Events – Lagi Muslihat Kerajaan Umno/BN ??


KUALA TERENGGANU – Tiba-tiba, pada 14 Ogos lalu, bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sabaruddin Chik muncul memberi kenyataan akhbar selaku Pengerusi Piala Monsun, selepas pelancaran klinik layar Sekolah Pelayaran Monsun (MSS) di Pusat Maritim Putrajaya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita14/Alt_Pix17.jpgBelum pun musim tengkujuh dan ribut monsun bertiup, T-Best Events Sdn Bhd, pengendali acara sukan perahu layar Piala Monsun itu sudah bertukar pengerusinya.

Sebelumnya, bekas Exo Dato’ Wan Hisham Wan Salleh menerajui syarikat yang penuh kontroversi tersebut sejak ia ditubuhkan.

Apakah agenda terbaru Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam mengendalikan Piala Monsun yang telah menghabiskan ratusan juta ringgit wang hasil royalti itu?

Yang lebih menghairankan, pada 7 Ogos tahun lalu, Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said berkata, penganjuran kejohanan kapal layar Piala Monsun diambil alih oleh kerajaan Terengganu daripada syarikat T-Best Events Sdn Bhd.


Namun, dilihat dari kemunculan bekas Menteri Pelancongan itu bersama-sama Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim (gambar dari kiri - Sabaruddin, Razali), seolah-olah piala monsun sudah menjadi hak milik kerajaan pusat.

Perjalanan Piala Monsun yang berbelit-belit, penuh mistri dan kontroversi sejak tahun 2005 ketika ia mula diadakan pada zaman bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Sehingga kini, tidak pernah dibentangkan kepada umum secara rasmi, berapakah perbelanjaan sebenar penganjuran sukan yang dikatakan bertaraf antarabangsa itu.

Piala Monsun dilaksanakan dengan beberapa komponen projek pembangunan yang mungkin sudah ‘membaham’ lebih satu billion ringgit wang rakyat Terengganu.

Ia tidak boleh diadakan dengan hanya membeli 10 buah perahu layar ‘Foundation 36, yang dibeli dengan harga RM1 juta sebuah.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita14/wanhishamsenyum.jpgPembinaan infrastruktur lokasi tempat pertandingan di pulau Duyong sahaja sudah menelan beberapa ratusan juta ringgit.

Yang pertama, pembinaan Heritage Bay Club atau Kelab Teluk Warisan (kini Riyaz Heritage) dengan pembangunan chalet yang dilaporkan berharga RM1 juta setiap unit.

Kedua, pembinaan marina untuk perahu layar berlabuh sahaja dilaporkan sudah menelan perbelanjaan RM200 juta.

Ketiga, perahu-perahu layar yang berlumba dalam ‘kolam’ pulau duyung itu tidak boleh berlumba tanpa didalamkan teluk tersebut. Dan kos mendalamkan ‘kolam’ itu dilaporkan adalah lebih RM500 juta.

Sebab itu, Wan Hisham terus tersenyum walaupun kalah dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu!

Dan kini, dengan pelantikan Sabaruddin Chik, sebagai Pengerusi T-Best Events Sdn Bhd, pasti ada muslihat yang tersembunyi dan rakyat berhak merasa syak wasangka kerana sehingga kini, laporan pengendalian Monsun Cup tidak pernah didedahkan.

Apatah lagi, bila Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu mengumumkan pengambilalihan Kelab Teluk Warisan menjadi Riyaz Heritage membelanjakan RM1 juta untuk menambahkan kelengkapan-kelangkapan yang entah apa-apa.

Kemudian, Ahmad Said hendak pertimbangkan supaya Monsoon Cup dilanjutkan lagi selepas tamat kontrak penganjurannya pada tahun 2012 !!!

Kebebasan Manusia Dengan Ikatan Aqidah

Alhamdulillah hari ini (Jumaat) menamatkan pengajian kitab Mukhtasar Mazhab Aqidah Dan Firqah Umat Islam dengan tajuk terakhir membincangkan...