26 Mac 2011

Projek Tebatan RM6 juta tapi masalah kami belum selesai

- kata penghuni Taman Perumahan Pusu Tiga
KUALA NERUS - Walaupun projek tebatan banjir lebih enam juta ringgit telah di buat di kawasan Perumahan 'di bawah air' Pusu Tiga dekat Gomg Badak disini, namun 28 buah rumah di kawasan tersebut masih digenangi air banjir.

Seorang penduduk terbabit, Nazmi Ghazali, 42 berkata, projek yang doleh dianggap 'mega' itu tidak membawa apa-apa perubahan kepadanya.

Presiden PAS rasmikan bangunan Pasti As-Solihin


KUALA TERENGGANU - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merasmikan pembukaan bangunan Pasti as-Solihin yang berharga RM300,000, di Kampung Tok Nasek disini, semalam, 25 Mac

Bangunan dua tingkat yang mempunyai lapan bilik termasuk sebuah dewan dan sebuah pejabat, dimulakan pembinaan secara beransur-ansur sejak setahun setengah yang lalu.

Projek Tebatan RM6 juta tapi masalah kami belum selesai

- kata penghuni Taman Perumahan Pusu Tiga 
KUALA NERUS - Walaupun projek tebatan banjir lebih enam juta  ringgit telah di buat di kawasan Perumahan 'di bawah air' Pusu Tiga dekat Gomg Badak disini, namun 28 buah rumah di kawasan tersebut masih digenangi air banjir.

Seorang penduduk terbabit, Nazmi Ghazali, 42 berkata, projek yang doleh dianggap 'mega' itu tidak membawa apa-apa perubahan kepadanya.

"Setiap kali hujan lebat lebih empat jam, kami sekeluarga terpaksa bersiap sedia, mengemas rumah dan meletakkan peralatan elektrik ditempat yang  tinggi,

25 Mac 2011

Banjir lagi....lagi banjir! Projek longkang RM500K sia-sia, membazir

KUALA TERENGGANU - Ketika wartawan Buletinonline sampai di kawasan perumahan tersebut, di sini pada jam 1.30 pagi 25 Mac, seorang penduduk berketurunan Sikh memperli dengan berkata, "buat apa ambil gambar........ cerita lama yang sama saja!"

Kawasan perumahan Cerong Lanjut di kaki Bukit Pak Apil, dilanda banjir lagi, sebagaimana yang berlaku bila-bila masa sahaja sebelum ini, apabila hujan turun dengan lebat berterusan, melebihi tempoh 4 jam.

24 Mac 2011

Video Lucah; Pakatan Rakyat Terengganu buat laporan polis

KUALA TERENGGANU - Wakil-wakil parti PAS, PKR dan DAP telah hadir ke balai polis Kuala Terengganu bagi membuat laporan polis terhadap pengakuan Datuk T bahawa mereka adalah individu yang terlibat menayangkan video seks di Carcossa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Mereka adalah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Wan Faizul Wan Abas bersama Exco Pemuda, Fathi Aziz Abu Bakar  bersama Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Terengganu Haji Rosli Abdullah dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.

Llaporan tersebut dibuat kerana ketiga-tiga individu tersebut Tan Sri Rahim Thamby Chik, Dato’ Eskay Shazril Abdullah dan Datuk Shuib Abdullah adalah melanggar Seksyen 292 Kamun Keseksaan, Seksyen 5 Akta Penapisan Filem dan Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia apabila menayangkan video tersebut kepada pemberita dan para wartawan

23 Mac 2011

Rakyat desak polis tangkap segera Tan Sri Rahim


(KEMASKINI) KUALA TERENGGANU - Rakyat negeri Terengganu mendesak supaya pihak polis Diraja Malaysia menangkap segera bekas Ketua Menteri Melaka kerana kesalahan memiliki dan menyebarkan video lucah.

Dewan Pemuda PAS Terengganu menyatakan, tindakan polis mendiamkan diri dengan perkara yang 'sensitif' tersebut menyebabkan rakyat gelisah dan akan menghilangkan kepercayaan umum terhadap penguatkuasa undang-undang itu.

Setiausahanya, Wan Faizul wan Abas ketika dihubungi Buletinonline berkata, Pengerusi Risda itu telah mengakui beliau adalah antara tiga orang yang dikenali sebagai Datuk T yang terlibat mendedahkan video skandal seks yang 'kononnya' melibatkan seorang pemimpin pembangkang.

Kerajaan Terengganu gagal tarik pelancong


KUALA TERENGGANU - Sasaran untuk menarik seramai 4 juta pelancong ke negeri Terengganu pada tahun lalu,  gagal apabila hanya kira-kira 2.5 juta pelancong dari dalam dan luar negara melawat negeri ini sepanjang tahun lalu.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan Negeri, Datuk Abdul Rahim Mohd Said yang dipetik dari blog rasmi kerajaan.

22 Mac 2011

Umno-BN melakukan khianat dan fitnah

BESUT – PAS mengajak seluruh rakyat negeri ini bangkit melakukan perubahan besar pada pilihan raya umum ke-13 nanti dengan merampas pemerintahan negeri dan negara ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Ustaz Abu Bakar Chik berkata, amat salah bagi Umno kerana mahu berlawan dengan PAS kerana namanya PAS.

Sebaliknya kata beliau, PAS melawan Umno bukan kerana namanya Umno tetapi Umno adalah parti assobiyah yang menzalimi rakyat dan menyalahgunakan kuasa serta menghabiskan wang rakyat.

21 Mac 2011

Umno jadi alat MCA tolak Islam


- usaha gantikan Umno dengan PAS adalah wajib syar'ie
BESUT
- Umno tidak melaksanakan Islam sebagai satu cara hidup yang syumul dalam negara ini kerana menjadi alat kepada parti MCA dalam Barisan Nasional (BN).

Menurut Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, Islam yang lengkap diturunkan oleh Allah sebagai agama kepada manusia

"Islam untuk 'Deen' (iaitu) cara hidup (way of life) Umno, kenapa Umno tinggalkan...... kerana menjadi alat kepada Inggeris, menjadi alat kepada MCA, MCA kata kalau kau nak bekawan dengan aku, (kau) tolak Islam,

20 Mac 2011

Semangat PGU semakin marak di Besut


http://www.buletinonline.net/images/stories/PGU2/ceramahprapgu2.JPGBESUT - Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Zon Utara Besut/ Setiu "PAS Ganti Umno" (PGU 2) yang diadakan di Dataran PGU, belakang masjid bandar Jerteh, di sini, semakin bersemarak dengan dihadiri oleh puluhan ribuan rakyat dari pelbagai lapisan.

Program yang bermula dengan ceramah Pra-PGU2 pada malam Jumaat 18 Mac merupakan lanjutan dari Himpunan Kebangkitan Rakyat "PAS Ganti Umno" di Kemaman pada 15 Januari lalu..

Ceramah Pra-PGU2 (Gambar kiri) yang dibarisi oleh pemidato 'barisan hadapan' Pakatan Rakyat menampilkan Ahli Parlimen Macang, yang juga Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, Exco Kanan Keranajaan Kelantan, Dato' Husam Musa dan Ahli Jawatankuasa PAS Mohamad Sabu.

Inspirasi Dua Suri Hati Mantan MB Terengganu

  Oleh : Azizah Mahmood  KUALA TERENGGANU - Menelusuri   pengalaman kehidupan  dua suri hati mantan Menteri Besar Terengganu cukup menginspi...