23 Julai 2011

Ustaz Lah galas amanah 'PAS Ganti Umno' (PGU), temui warga Tionghua Wakaf Tapai

MARANG - Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Pengkalan Berangan, Ustaz Abdullah Suhaimi Zakaria (Ustaz Lah),  bertekad merealisasikan harapan pengundi dalam DUN tersebut yang mahukan PAS menggantikan Umno.

Untuk mencapai matlamat tersebut, beliau telah menggerakkan jentera lebih awal bagi memastikan kekalahan PAS sebanyak 930 undi di tangan Umno pada pilihanraya umum (PRU) ke-12 menjadi sebaliknya.

22 Julai 2011

PAS Terengganu dedahkan 44 pengundi boleh mengundi lebih sekali

SETIU - Terdapat 44 pengundi dalam senarai daftar pemilih yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya di negeri Terengganu dikesan sehingga kini mempunyai dua nama ditempat yang berbeza.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut.

Oleh itu, menurutnya, mereka boleh membuang undi lebih daripada sekali.

"di (negeri) Terengganu (sehingga kini) daftar pemilihnya ada 44 orang yang namanya sama, nombor kad pengenalan lama sama, tapi (nombor) kad pengenalan cuma dua angka digit terakhir itu berbeza,

21 Julai 2011

PAS menjadi teras politik apabila menang 60 kerusi parlimen.

KUALA TERENGGANU - PAS akan menjadi teras politik negara sekiranya dapat memenangi 60 kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata DAP hanya mampu bertanding paling maksima 40 kerusi dari 222 buah kerusi parlimen yang dipertandingkan.

"politik Malaysia masih lagi (dikuasai) oleh Melayu Islam, DAP dalam dailog kelmarin, dia kata dia tak boleh (bertanding) lebih daripada 40 kerusi (parlimen) daripada 222 kerusi,

'Generasi 709' teruskan tekad PAS Ganti Umno (PGU)

KUALA NERUS - Generasi muda PAS yang menyertai Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, adalah generasi yang akan menggantikan Umno dan Barisan Nasional di negeri Terengganu.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu, Dr Alias Razak, generasi yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Generasi 709' sedang membawa tekad 'PAS Ganti Umno' (PGU).

"Mereka serius dalam usaha menjatuhkan kerjaan Umno-BN melalui pilihanraya, mereka mengusahakan sendri majlis-majlis kesyukuran dan mengajak lebih ramai rakan-rakan mereka supaya membuat perubahan dalam pilihanraya akan datang,"jelasnya.

19 Julai 2011

Gambar x-ray dan gambar foto betis dan lutut Abang Mad lebam.

- bukti keganasan polis dan kezaliman Umno/BN
KUALA TERENGGANU - Pihak polis dan kerajaan Umno-BN tidak perlu berpura-pura seolah-olah mereka tidak tahu tentang tindakan polis semasa menghalang Himpunan Aman BERSIH 2.0, 9 Julai lalu.

Terlalu banyak bukti yang nyata seperti gambar, video dan mangsa yang telah dipaparkan dalam media serta laporan yang dibuat kepada pihak berkuasa.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata apa yang berlaku kepada Timbalan Presiden PAS, haji Mohamad Sabu merupakan bukti nyata bahawa polis bertinfak keterlaluan.

Darul Iman wajar turuti Darul Aman

KUALA TERENGGANU  – Terengganu yang bergelar ‘Negeri Beriman – Darul Iman’ wajar mengikuti keputusan Kerajaan Kedah Darul Aman menguatkuasakan larangan premis hiburan kepada orang Islam, sepanjang Ramadhan.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah mencadangkan Kerajaan Negeri mengikuti keputusan Kerajaan Kedah berhubung penutupan operasi pusat hiburan sepanjang Ramadhan.

Menurutnya, penutupan tersebut memberi banyak kelebihan kepada orang Islam terutama menghalang mereka daripada ke tempat-tempat melalaikan.

18 Julai 2011

Yayasan Terengganu jangan jadi alat Umno

KUALA TERENGGANU - Yayasan Terengganu (YT) khususnya Pengarah Yayasan milik kerajaan negeri Terengganu itu, diberi ingatan, jangan menjadi alat politik UMNO dengan bertindak ke atas pelajar Terengganu di Mesir.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata menjadi hak para pelajar tersebut berhimpun dan menyuarakan pendapat mereka secara aman.

"Yayasan Terengganu jangan jadi alat Umno, saya nak beritahu bahawa UMNO telah lama memperalatkan pelajar dengan memaksa mereka menjadi ahli kelab UMNO,"tegasnya.

17 Julai 2011

Kes PRU ke - 11 negeri Terengganu bukti paling besar penipuan Umno dan SPR

KUALA TERENGGANU - Tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh BERSIH adalah benar dan tulin kerana terdapat bukti-bukti yang nyata perjalanan pilihanraya negara ini penuh dengan penipuan.

Menurut Naib Presiden PAS Dato' Husam Musa, keputusan pilihanraya umum ke 11 (PRU ke-11) pada tahun 2004 di negeri Terengganu adalah bukti yang paling besar menunjukkan pilihanraya yang berlaku tidak adil dan tidak bersih.

Beliau berkata, statistik-statistik hasil PRU ke-11 bagi Terengganu adalah tidak masuk akal kerana pengundi bau bertambah sebanyak 62% merupakan yang tertinggi didunia.

PAS Tidak bermusuh dengan polis, tetapi berlawan dengan BN

MARANG - Dalam meneruskan perjuangan, PAS berpegang kepada konsep tidak bermusuh dengan pihak polis kerana musuh politik PAS adalah Umnoi dan Barisan Nasional (BN).

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ada polis yang bersikap kasar dan terdapat juga anggota yang bersikap lembut.

"Ada (anggota polis) yang menunjukkan kekasaran ada yang menunjukkan sikap lembut, kita tahu mereka diarah oleh kerajaan oleh Barisan Nasional, dan arahan itu tidak betul,

Raya Suasana Pandemik, Jauh Dari Yang Disayangi

KUALA TERENGGANU - Tahun ini, umat Islam sekali lagi berhari raya dalam suasana pendemik Covid19, yang menyebabkan "kita terlihat jauh ...