10 September 2011

PAS DUN Tepoh harap sambut Majlis Raya akan datang sebagai 'kerajaan'

KUALA NERUS - Tidak seperti sebelum ini, Sambutan Hari Raya peringkat DUN Tepoh yang diadakan pada Sabtu, 10 September 2011 lebih meriah dengan kehadiran ribuan pengunjung yang sama-sama meraikan majlis walaupun ia diadakan secara sederhana.

Majlis yang dimulakan pada jam 11.00 pagi dihadiri kira-kira 2000 orang dari segenap lapisan masyarakat bertempat di perkarangan Surau Kuning Pok Tuyu.

Ini membuktikan penerimaan masyarakan terhadap PAS semakin meningkat sekaligus memberi semangat kepada perjuang islam dalam melaksanakan gerak kerja bagi memastikan kemenangan Islam di DUN Tepoh.

PAS Seberang Takir sudah bersedia menggantikan Umno

KUALA NERUS - Majlis Hari Raya PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir yang diadakan pada Jumaat 9 September menolak tanggapan sesetangah pihak, DUN tersebut adalah 'kubu kuat' Umno.

Kehadiran ribuan penduduk pelbagai lapisan ke Majlis tersebut menjadi kayu ukur bahawa PAS Seberang Takir mempunyai kekuatan yang seimbang dengan Umno.

Kedudukan Umno dalam DUN terbabit sebenarnya tidak kuat, namun Umno tidak pernah kalah dalam pilihanraya sebelum ini disebabkan ketidaktelusan undi pos, polis dan tentera.

09 September 2011

Sambutan Majlis Hari raya PAS DUN Seberang Takir







Ustaz Mohd Nor ucap tahniah kepada YDP MDM yang baru

MARANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah mengucapkan tahniah atas pelantikan Encik Zulkefli Ali sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Marang (MDM) yang baru.

Menurutnya, sebagaimana dilaporkan akhbar Sinar Harian, Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Bahagian Pengurusan Majlis dan Protokol, Zulkefli Ali menerima tugas sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Marang (MDM) bagi menggantikan Ibrahim Mohamad yang bertukar ke Majlis Daerah Besut (MDB).

08 September 2011

Terengganu Nelang; Belum pun jadi YB, tapi sudah bergelar jutawan??

 KUALA TERENGGANU - Keadaan hidup pemimpin Umno Terengganu yang 'mata duitan' lazimnya menjadikan gelaran 'Yang Berhormat' sebagai tiket untuk mengumpul harta dan kekayaan.

Sebab itu, perlumbaan 'cah keting' yang terus berlaku dikalangan mereka adalah bagi merebut 'peluang' projek-projek pembangunan untuk menambah 'laba' peribadi.

Justeru, keperluan kewangan bagi membeli 'pengaruh' begitu terdesak di sesetengah kawasan politik.

Selain memberi 'makan' kepada kroni dan suku sakat dikalangan pengikut sendiri, begitu banyak wang diperlukan untuk membeli undi.

07 September 2011

Pendaftaran Online; Apa perlu cetak borang dan hantar ke pejabat SPR


KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihanraya Raya Malaysa (SPR) kerana telah memperkenalkan pendaftaran pemilih secara online.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu, Ariffin Deraman berkata ia merupakan langkah yang baik.

"(PAS) ucap terima kasih kepada SPR kerana telah memperkenalkan pendaftaran pemilih secara online. Ini merupakan langkah yang baik,"katanya ketika mengulas kenyataan Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dalam beberapa utama semalam, Selasa, 6 September.

06 September 2011

Rumah Terbuka PAS Besut turut mendapat sambutan Luar biasa


BESUT - PAS Kawasan Besut mengadakan sambutan Rumah Terbuka sempena Eidul Fitri 1432H pada hari raya kelima, Sabtu 3 September, di perkarangan Pejabat Pas Kawasan Besut di Bandar Jerteh.

Menurut Timbalan Yang Dipertuanya, Cikgu Shalahuddin Jaafar (Cikgu Solah), majlis tersebut mendapat sambutan luar biasa pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

"Luar biasa, tahun ini lebih kalau banding (kan) dengan tahun-tahun dulu (sbelumnya), lebih 2500 orang yang terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat hadir,"ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.

Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU) ke-3

- pada 14 & 15 Oktober depan di Tanjung Kuala Terengganu
KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu akan meruskan Program Mega Berprestij 'Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno (PGU) Kali Ke-3' yang ditangguhkan sejak Mei lalu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata demikian pada Majlis Ijtima' Idulfitri Anak-anak Terengganu di Perantau di Kuala Ibai, pada 1 September lalu.

Sehubungan itu, Setiausaha Panitia Induk PGU Kali Ke-3, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah mengesahkan tarikh program tersebut adalah pada 14 dan 15 Oktober depan.

05 September 2011

'Fitnah Ribut': renung kembali Ramadhan yang baru berlalu

Assamualaikum wa rahmatuLlah wa barakatuh
Saya dimaklumkan ada segelintir individu di dalam Facebook telah mempersoalkan dimanakah saya ketika kejadian ribut yang berlaku sekitar DUN Bukit Payong dua hari lalu.Ada yang dengan nada menyindir mengatakan bahawa YB Bukit Payong tak nampak batang hidung pada masa-masa begini.

Alhamdulillah sebagai insan yang kurang pahala saya sangat gembira dengan fitnah itu semoga pahala saya bertambah-tambah lagi kerana kesabaran menghadapi fitnah ini.

Pentas Patriot; Pemuda Umno 'Menepuk Air Di Dulang'

KUALA TERENGGANU - Banyak pihak yang menjangka, tindakan pemuda Umno merancang untuk mengadakan jelajah menyerang Timbalan Presiden PAS dalam isu Mat Indera ini hanya akan berbalik padahnya kepada mereka.

Menurut Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing sejarah perjuangan Mat Indera menentang penjajah British adalah amat jelas dan dengan pendedahan yang dilakukan oleh Mat Sabu menyebabkan 'rakyat celik mata'.

Persoalannya tentang sejarah kemerdekaan, bukan 'iktiraf' komunis

KUALA TERENGGANU - Tindakan Umno memberikan tafsiran bahawa kemerdekaan itu hanya diperjuangkan kepimpinan Umno sahaja dan memadamkan tokoh-tokoh pejuang lain bakal membawa padah.

Erti kemerdekaan sebenarnya sudah hilang apabila nama-nama 'pejuang agung' seperti Dr Burhanuddin al-Helmi dan Ahmad Bostamam tidak diketahui sejarahnya oleh rakyat Malaysia.

Oleh itu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi perlu dilakukan pengolahan semula sejarah dalam negara kita supaya rakyat memahami erti kemerdekaan.

"Dipadamkan (sejarah) kepimpinan yang menentang penjajah British seperti Dr Burhanuddin, Ahmad Bostamam dan ramai lagi pimpinan dan negarawan (yang berjuang),

Guru PASTI As-Salam Dinobatkan Dua Anugerah

MARANG- Guru PASTI As-Salam, Padang Midin, Cikgu Nora Abdul Jalil, 55 telah berjaya mengharumkan PASTI Terengganu apabila dinobatkan sebagai...