12 Januari 2008

Layakkah Najib yang angkuh dan sombong menjadi Perdana Menteri


Hanya kerajaan Barisan Nasional sahaja yang boleh menjamin negara kita aman”
Najib yang angkuh berucap di Bukit Payong.


Pemimpin UMNO/Barisan Nasional tidak serik-serik dengan segala bala dan tragedi yang telah melanda negara. Dua minggu yang lalu, MCA telah dilanda oleh krisis skandal seks dan selapas itu, pemimpin utama MIC Johor telah ditembak mati.

Namun dari kedua-dua tragedi yang telah berlaku kepada komponen utama BN itu tidak langsung diambil pengajaran dan iktibar kepada pemimpin nombor dua UMNO. Dengan sombong dan angkuh Dato’ Seri Najib Razak berkata ‘Hanya kerajaan Barisan Nasional sahaja yang boleh menjamin negara kita aman, negara kita makmur’.

Benarkah begitu? Benarkah Malaysia selamat? Sudah masuk hari ke lima Sharlini hilang, belum dengar khabar berita. Rakyat takut dan tidak sanggup lagi, sebuah beg pula akan dijumpai dengan ‘mayat’ didalamnya. Sebelum Nurin, empat orang kanak-kanak hilang. CHia -10 tahun, Harirawati -10 tahun, Ang May – 9 tahun dan Tin Song – 7 tahun, tidak ditemui sehingga. Ibu bapa kini benar-benar berasa cukup takut. Setiap detik dan saat berfikir, apakah anak-anak selamat ke sekolah? Apakah anak-anak akan selamat pulang selepas membeli belah? Apakah anak-anak akan seamat, walaupun dalam jarak 500 meter dari rumah sendiri!

Benarkah UMNO/BN menjamin keselamatan? Sedang kadar jenayah terus meningkat dan membimbangkan pemimpin UMNO yang lain termasuk Perdana Menteri. Setiap hari ada saja jumpaan baru, mayat yang reput, dibunuh dan dibuang. Kes rogol meningkat, rompak, samun, curi dan pelbagai kes jenayah menunjukkan kita bahawa Malaysia tidak lagi negara yang selamat. Siapakah yang memerintah Malaysia sekarang?

Jelas UMNO/BN sudah bankrap. Membeli jiwa raga rakyat dengan sogokan dan rasuah. Memaksa rakyat tunduk kepada kezaliman mereka dengan undang-undang dan kekuasaan. Menipu dengan pelbagai akta, yang menyekat rakyat bawahan mendapat fakta kebenaran.

Najib juga telah memutarbelitkan fakta. Mengaitkan pembangkang dengan HINDRAF dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat malah terang-terangan membuat ugutan secara terbuka. Mengugut untuk mengambil tindakan dengan menggunakan ‘kuasa’ pemerintahan kepada siapa sahaja yang mengancam kedudukan UMNO/BN.

Sengaja dalam ucapan Najib, mengolah perkataan-perkataannya, menggambarkan kepada kepada rakyat Terengganu bahawa Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, turun berdemonstrasi bersama-sama HINDRAF. Hodohnya perangai Najib !

Najib telah membunyikan loceng pilihanraya untuk kita semua, khususnya di Terengganu. Kempen awal, diluar waktu pembubaran parlimen, yang bermula di Bukit Payong minggu lalu memberikan isyarat kepada semua petugas BA dan pendokong demokrasi, bahawa pilihanraya umum ke 12 adalah terlalu hampir. Isyarat Najib, melalui ucapannya juga, memberi amaran bahawa PRU 12 akan berlangsung adalah lebih teruk dari mana-mana pilihanraya yang lalu.

Justeru itu, setiap jentera pilihanraya mestilah benar-benar kemas dan kita semua perlu bersiap sedia menghadapi apa jua kemungkinan ‘terburuk’ yang mungkin mendatang.



Dengar ucapan Najib yang angkuh dan sombong

Atau klik disini

08 Januari 2008

ADUN dan JKKK berpakat memberikan bantuan kepada mereka yang tidak layak

Foto : Keadaan rumah peneroka Felda Bukit Bading yang tidak mendapat bantuan.
Hulu Terengganu, 7 Jan - Para peneroka Felda Bukit Bading meminta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan negeri, yang juga wakil rakyat Ajil, Dato’ Rosol Wahid campur tangan dan bersikap adil didalam urusan pengagihan bantuan kerajaan kepada mereka yang benar-benar layak.

Ini adalah kerana, sehingga kini, pembahagian bantuan kerajaan, baik ianya berupa barangan keperluan harian, dana khas atau bantuan membaiki rumah hanya dimonopoli oleh mereka yang mempunyai hubungan dengan pemimpin UMNO atau Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) sahaja.

Buletinonline dimaklumkan, bantuan membaiki rumah bernilai RM10,000 hanya diperolehi oleh golongan tertentu sahaja walaupun dikira ‘berada’ menyebabkan mereka yang benar-benar layak menerimanya terpinggir.

Bagi peneroka yang tersisih itu, adalah lebih malang lagi kerana Rosol sendiri terlibat meluluskan bantuan yang dikemukakan oleh pihak JKKK kepada mereka yang tidak layak.

Sehubungan dengan itu, Buletinonline juga menerima banyak keluhan dan aduan serupa dari orang ramai. Seorang Pembantu Am Rendah, yang bekerja di Jabatan Perikanan Negeri Terengganu memberitahu bahawa pengagihan rumah-rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) secara percuma di DUN Seberang Takir hanya kepada mereka yang rapat dengan Dato’ Nasir (ADUN Bukit Tunggal) yang juga Pengerusi UMNO Bahagian Kuala Nerus.

Katanya, selain mereka itu(yang mendapat rumah percuma) rapat dengan pimpinan UMNO dan JKKK, mereka juga nampaknya tidak termasuk didalam golongan ‘rakyat termiskin’ kerana mereka mempunyai ‘aset’ seperti mempunyai kereta atau motosikal, malahan ada diantara mereka yang menerima bantuan rumah PPRT itu yang mempunyai pekerjaan tetap dan gaji yang lumayan.

07 Januari 2008

Penyokong UMNO akui BN gagal sedia tapak rumah


Foto : Sebuah rumah keluarga miskin di Dun Kemasik.
Kemaman, 7 Jan - Walaupun pemimpin Kerajaan UMNO/Barisan Nasional (UMNO/BN) negeri termasuk Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh berbangga dengan pembangunan yang didakwanya amat pesat sekarang, namun rakyat bawahan termasuk penyokong UMNO, mengakui masih ramai yang tersisih.

Lot-lot tanah tapak rumah yang menjadi keperluan utama kehidupan, terutama kepada mereka yang sudah berkeluarga, sepatutnya diutamakan oleh kerajaan negeri yang mendakwa prihatin terhadap masalah rakyat, namun langsung tidak diberikan perhatian.

Situasi itu jelas amat berbeza dengan pemerintahan PAS sebelum ini yang banyak mewujudkan mengagih-agihkan lot-lot tapak rumah sebagai salah satu agenda utama pentadbiran, bagi menyelesaikan masalah rakyat yang sudah berkeluarga dan tidak mempunyai tanah untuk mendirikan rumah kediaman.

Justeru, setelah lebih tiga tahun UMNO/BN memerintah (dikira sampai ke penghujung penggal) menjelang pilihan raya umum ke-12, kegagalan mewujudkan lot tapak rumah kediaman amat dirasai oleh para penyokong UMNO sendiri.

Seawal pemerintahan, bermula pada Mac 2004 lalu, pemimpin UMNO/BN dengan angkuh membatalkan urusan pembayaran untuk menyambung Lesen Menduduki Sementara (LMS) yang dikeluarkan oleh Kerajaan PAS.

Walaupun pemimpin UMNO/BN telah bertindak mengambil balik lot-lot tanah tapak rumah yang telah diberikan oleh kerajaan PAS kepada mereka yang layak, dan mengagih-agihkan semula kepada para penyokong UMNO, namun ia masih gagal memenuhi permintaan rakyat yang tidak bertanah khususnya di kalangan penyokong UMNO.

Ini membuktikan bahawa pemimpin BN begitu ‘khayal’ dengan pembangunan yang mereka canangkan sendiri tanpa menyedari hakikat betapa rakyat lebih memerlukan tanah tapak rumah sebagaimana yang telah dilaksanakan dengan jayanya oleh PAS sebelum ini.

Perkara itu pernah dibangkitkan oleh Ketua UMNO Cawangan Kampung Cabang, Ali Muda pada mesyuarat agung cawangan itu.

Beliau pernah merayu kepada wakil rakyat Kemasik, Dato’ Abu Bakar Ali supaya diwujudkan lot-lot perumahan di kampung itu kerana masih ramai penduduk yang berusia 45 tahun ke bawah, menumpang di atas tanah ibu bapa mereka.

Katanya, tanah kerajaan di kampung itu masih luas yang boleh dijadikan lot tapak rumah untuk penduduk setempat.

Menurutnya, jika kerajaan tidak berbuat demikian, akan ramai lagi golongan terbabit yang terpaksa bersesak-sesak membina rumah di atas tanah ibu bapa mereka.
Abu Bakar hanya menyatakan persetujuan untuk mewujudkan 150 lot kediaman dengan kemudahan asas sambil mengharapkan pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk dijadikan kawasan penempatan.

Namun begitu, sumber UMNO cawangan memberitahu Buletinonline bahawa sehingga kini masih belum wujud penempatan yang dikatakan oleh wakil rakyat berkenaan.

Kawasan penempatan yang ada di DUN Kemasik hanyalah RTB Pekan Air Jernih dan Kampung Jabat yang asalnya anugerah kerajaan PAS kepada rakyat telah `dirampas’ daripada pemilik asalnya.

Tinjauan Buletinonline mendapati, selain penduduk yang terpaksa menumpang tinggal di tanah keluarga untuk membina kediaman, masih banyak rumah yang berkeadaan ‘daif’ dalam kawasan DUN Kemasik walaupun DUN tersebut dianggap sebagai kubu UMNO di Kemaman.

Anggapan itu adalah kerana DUN Kemasik adalah satu-satunya kerusi dalam Parlimen Kemaman yang dimenangi BN dalam pilihan raya umum ke-10 tahun 1999 lalu, yang menyaksikan BN hanya dapat mempertahankan tiga lagi kerusi di DUN Terengganu iaitu Ajil dan Telemong di Hulu Terengganu, dan Seberang Takir bagi Parlimen Kuala Nerus.

Buletinonline kena hack!

Kuala Terengganu, 7 Jan, 11.30pm - Lebih kurang jam 11pm, Lama Buletinonline telah di hack oleh yang menamakan dirinya sebagai http://www.mildnet.org/ di dalam berita palsu yang dimasukkan ke dalam laman Buletinonline.
Pihak kami sedang berusaha untuk memulihkan laman Buletinonline dengan seberapa segera

06 Januari 2008

Bandaraya Kuala Terengganu?

Datuk Bandar Kuala Terengganu memikul ‘biawak hidup’
Ditulis oleh SM Noor
Thursday, 03 January 2008

Kuala Terengganu, 2 Jan – Datuk Bandar Kuala Terengganu yang baru dijangka menghadapi kesukaran didalam menjadikan Kuala Terengganu sebagai sebuah bandaraya yang lebih baik
(Foto: perlantikan Datuk Bandar) Ini adalah kerana Datuk Razali Mat Kassim terpaksa ‘mendukung biawak hidup’ memikul kesilapan pentadbiran yang dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN dibawah pimpinan Dato’ Seri Idris Jusoh.
Perkara pertama yang terpaksa ditanggung oleh bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan itu adalah memasukkan lebihan perbelanjaan yang ditanggung oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu(MBKT) akibat kontroversi logo.

Ramai yang mengetahui, Idris Jusoh mempunyai sikap ‘marvel’ yang sentiasa berasa kagum dengan ideanya sendiri. Oleh kerana terlalu ‘ghairah’ Idris telah memilih logo dengan tergesa-gesa, dan merasakan semua yang dibuatnya adalah betul.

Justeru kesalahan itu, MBKT terpaksa menukar logo pada saat akhir kerana tidak diperkenankan oleh Tuanku al-Sultan (rujuk artikel lalu) . Sehingga petang tadi, logo besar yang ditanggalkan di Menara PERMINT belum dipasang semula. Sewaktu majlis perisytiharan MBKT semalam, semua premis dan kenderaan MBKT masih menggunakan logo yang dilingkari dengan ‘bunga padi’.

Razali mungkin terpaksa bekerja dua kali ganda daripada mana-mana pegawai kerajaan sekiranya beliau berazam untuk menjadikan MBKT sebagai bandaraya yang cemerlang. Oleh kerana mahu dikenang sebagai yang mengkagumkan (marvellous), kerajaan Idris Jusoh memaksa Kuala Terengganu menjadi bandaraya dengan tidak melangkapkan infrastruktur MBKT sebagai sebuah bandaraya sebagaimana selayaknya.

Masalah kebersihan adalah masalah yang paling rumit. Sikap orang ramai mungkin boleh diubah. Namun sebagai sebuah bandar lama yang tidak terancang, Kuala Terengganu mempunyai seribu satu macam masalah. Pelan susunatur Kuala Terengganu, terutamanya kedudukan Kampung Cina dan kampung-kampung tradisi disekitar Kuala Terengganu menyukarkan peentadbiran MBKT akan datang.

Telah tiga kali kempen kebersihan dilaksanakan oleh kerajaan. Namun kesemua kempen tersebut gagal mencapai tahap yang memuaskan. Selain sikap para petugas MPKT hasil dari pengambilan dan perlantikan dibuat atas ‘merit’ parti UMNO. Razali bukan sahaja harus bertindak lebih tegas sebagaimana yang diarahkan oleh Idris (sejurus selapas penyerahan watikah perlantikan), Razali mesti bertindak diatas pendirian yang betul dan lebih bebas membuat sebarang keeputusan. Ini adalah kerana ‘desas desus’ yang mengatakan bahawa, Idris tidak akan melantik seseorang kecuali yang hanya patuh kepada arahannya.

Cabaran menjadikan Kuala Terengganu sebagai sebuah bandaraya yang selamat adalah bergantung kepada sejauh mana pentadbir sesebuah bandaraya dapat mengatasi masalah sosial. Kekurangan pusat aktiviti dan rekreasi yang sehat bagi para belia dan remaja bandaraya mungkin menjadi sebab utama belakunya vandalisma. Kuala Terengganu adalah antara bandaraya yang tidak mempunyai taman awam untuk rakyat berekreasi. Selain kekurangan padang bola untuk digunakan belia dan remaa beriadah.

Mengekalkan Kuala Terengganu sebagai Bandar yang ‘pemurah’ adalah amat penting memandangkan tahap pendapatan dan perbelanjaan warganya. Apabila sesuatu Bandar dinaiktaraf menjadi bandaraya, nilai hartanah akan naik mendadak. Kos ‘faktor tanah’ yang meningkat akan menyebabkan Kuala Terengganu mengikut jejak langkah bandaraya-bandaraya lain.

Kos sara hidup akan meningkat. Ia akan menjadi kejutan kepada warga Kuala Terengganu yang masih hidup didalam keadaan separa tradisi. Kesesakan lalulintas akan menyebabkan Kuala Terengganu menjadi sebuah Bandaraya yang tidak ‘efisien’. Kekurangan lot tempat letak kereta dan sikap ‘separa tradisi’ masyarakat Kuala Terengganu akan menyukarkan pengurusan MBKT. Orang Terengganu tidak suka berjalan terlalu jauh, atau meletakkan kereta jauh dari destinasi yang hendak dituju.

Bandaraya ‘konsep’ Kuala Terengganu, Bandaraya Pesisir Air, adalah satu lagi projek percubaan (trial and error) Barisan Nasional. Rakyat akan menjadi mangsa akibat kepimpinan politik kerajaan pimpinan Idris Jusoh yang lebih mementingkan nama dan slogan daripada perlaksanaan dan faedah kepada rakyat!


Berjuta Ringgit dibazirkan untuk 3 jam Majlis Perisytiharan Bandaraya
Ditulis oleh WartawanBuletinonline
Wednesday, 02 January 2008

Kuala Terengganu, 1 Januari, 2008 – Kerajaan negeri Terengganu yang disenaraikan sebagai negeri kedua termiskin di Malaysia membazirkan berjuta-juta ringgit untuk majlis perisytiharan Kuala Terengganu sebagai bandaraya yang diadakan di Taman Shahbandar.

Majlis perisytiharan Kuala Terengganu sebagai bandaraya adalah kemuncak ‘kegilaan’ pemerintahan UMNO/BN Terengganu yang ‘merampas’ kuasa rakyat, secara teratur dan berorganisasi melalui konspirasi Kerajaan Pusat, Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia(SPR).

Perbelanjaan majlis perisytiharan yang tidak termasuk kos pembangunan infrastruktur dianggarkan menelan tidak kurang RM3 juta. Jumlah yang begitu besar yang dibelanjakan ‘untuk hanya beberapa jam’ adalah bagi mengongkosi kelengkapan pentas, hiasan lampu, system bunyi, peralatan khemah(canopy), makan minum dan pertunjukkan bungapi yang di adakan di empat tempat berasingan.

Paling malang adalah kepada golongan peniaga, kontraktor dan rakyat Terengganu seluruhnya. Rakyat yang pernah dijanjikan akan diberikan peluang-peluang ekonomi untuk terlibat sama didalam membangunkan negeri Terengganu, buat kesekian kalinya di 'gula-gulakan' oleh kerajaan UMNO/BN pimpinan Idris Jusoh. Kesemua (lebih dari enam) kontraktor yang membekalkan peralatan untuk majlis perasmian tersebut adalah syarikat-syarikat yang didatangkan dari luar!!Sebanyak enam buah lori ‘kren’ yang digunakan untuk memancarkan cahaya ‘lampu limpah’ atau ‘lampu sorot’(spotlight) dari atas, adalah di sewa dari syarikat-syarikat yang didatangkan dari negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Lori-lori ‘kren’ tersebut telah mula disewa sejak 29 Disember yang lalu. Buletinonline telah membuat tinjauan ke tapak majlis perasmian dan membuat temubual dengan 'operator kren' dan 'crew' yang bertugas. Struktur pentas utama dan kelengkapan berkaitan dengan pentas dibangunkan daripada besi, dibawa dan dipasang oleh syarikat yang beroperasi di Kapar, Kelang, Selangor. Manakala ‘rekacipta’ dan hiasan pentas serta kesan khas (special effect) adalah dibekalkan oleh sebuah syarikat bukan Bumiputera dari Kuala Lumpur.

Untuk menunjukkan kehebatan dan propaganda sistem bunyi dengan tujuan supaya majlis perisytiharan kelihatan lebih ‘grand’, Kerajaan negeri Terengganu melantik sebuah syarikat antarabangasa (bukan melayu)yang berpejabat di Bandar Manjalara, Kuala Lumpur. Kos bangi sistem bunyi ini sahaja, sebagaimana yang diberitahu oleh pihak berkeanaan kepada Buletinonline, mencecah kepada RM1 juta. Selain dari itu enam buah kanopi sederhana untuk tempat duduk kepimpinan politik UMNO/BN dan kerajaan negeri, bersetentang dengan pentask di bekalkan oelh syarikat dari Bacok, Kelantan. Manakala khemah besar, tempat jamuan makan yang dilengkapi dengan sistem penghawa dingin, disediakan untuk para tetamu sahaja adalah dibekalkan oleh sebuah syarikat dari negeri Selangor.

Semakin malang lagi kepada semua rakyat Terengganu, didalam kerajaan bermewah-mewah ada rakyat yang tidak mampu membayar yuran sekolah anak-anak mereka kerana kenaikan beberapa kadar yuran tambahan yang tinggi. Dan selepas majlis penyerahan watikah, di Istana Maziah, Idris berjanji lagi kepada rakyat bahawa dengan perisytiharan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya(yang penuh dengan kontroversi) akan dapat ditingkatkan peluang ekonomi kepada rakyat, akan dibina jejambat, akan dibina itu dan ini....bla...bla....bla....

Apabila tiba diperingkat perlaksanaan nanti, yang berkuasa menetapkan, siapa yang akan dapat projek adalah orang Kuala Lumpur, bukan kepimpinan UMNO/BN Terengganu, sebagaimana yang berlaku keatas projek-projek ratusan juta ringgi untuk projek Piala Monsun, Pembangunan Pulau Duyong dan pembangunan Pualau Wan Man.


Sehubungan dengan itu, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Tuan Haji Yahaya Ali menyifatkan tindakan kerajaan negeri dibawah pimpinan Dato’ Seri Idris Jusoh adalah mengkhianati dan menzalimi rakyat Terengganu.

Beliau yang dihubungi berkata “Dengan perkembangan terbaru ini, terbukti rakyat Terengganu tidak mendapat faedah dari pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan UMNO/BN Terengganu”.

“Baik projek kecil mahupun besar, semuanya disapu oleh orang luar. Rakyat Terengganu hanya jadi penonton”

“Ini juga menunjukkan bahawa pemimpin UMNO Terengganu tidak mempunyai kuasa menentukan projek-projek yang hampir kesemuanya datang dari kerajaan Pusat”

Selaku Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Terengganu beliau menyeru kepada semua rakyat Terengganu yang layak untuk mengundi supaya menolak UMNO/BN pada pilihanraya akan datang, yang sudah semakin hampir waktunya.


Bakal ‘Bandaraya Warisan Pesisir Air’ Kuala Terengganu tukar logo
Ditulis oleh SM Noor
Saturday, 29 December 2007
Kuala Terengganu, 29 Dis – Buletinonline dimaklumkan bahawa logo bagi bakal bandaraya Kuala Terengganu akan ditukar serta merta esok

Logo yang dicadang untuk digunakan, adalah menggunakan lambing ‘jata’ Terengganu dibahagian tengah dan dikelilingi oleh ‘bunga padi disekeliling’ berbentuk ‘bulat’ . Logo ini akan diubah suai, esok.

Pengubahsuaian logo tersebut adalah satu pengesahan (comfirmation) bahawa ‘Tuanku Sultan kesal (murka)’ kerana bakal bandaraya KT itu menggunakan logo yang hampir serupa dengan ‘personal standard’ atau bendera tubuh DYMM Tuanku al-Sultan (lihat foto).

http://www.istana.terengganu.gov.my/03_01.html


Bendera tubuh ataupun ‘personal standard’ adalah merupakan panji-panji Sultan Terengganu yang menjadi alat adat kebesaran diraja turun temurun. Panji-panji ini mempunyai warna yang berbeza untuk permaisuri dan juga pemangku sultan

Justeru, sekiranya kemana sahaja baginda al-Sultan berangkat, panji-panji ini akan dibawa bersama dan akan dinaikkan dimana-mana baginda berhenti. Ia akan diturunkan semula apabila baginda berangkat pergi.

Pada sekitar 2003, sewaktu perasmian Masjid AsSalam di Batu Rakit, para pengiring baginda telah menaikkan panji-panji Tuanku di tiang bendera masjid, kemudian menurunkannya, apabila baginda berangkat pergi.

Penggunaan logo yang hampir serupa oleh bakal bandaraya Kuala Terengganu dikatakan menjadi kemurkaan Tuanku. Berita yang meluas telah tersebar bahawa Menteri Besar telah dipanggil mengadap keistana.

Berikutan dengan itu, arahan telah dikeluarkan untuk menukar logo tersebut kepada sesuatu yanglain, yang belum diketahui, sehingga esok. Ini bermakna logo besr yang telah dipasang di Wisma Pemint, Pejabat MPKT sekarang akan diturunkan semula dan digantikan dengan yang lain.

Pertukaran disaat akhir ini (dalam masa 72 jam) sebelum perisytiharan Kuala Terengganu sebagai bandaraya dilihat adalah satu kegagalan didalam pengurusan kerajaan UMNO/BN yang akan melibatkan kos tambahan kepada perbelanjaan perisytiharan. Sehingga kini, kos yang diperuntukkan telah dinaikkan daripada RM4 juta kepada RM10 juta.
Rujuk kolum Minda Editor Buletionline

http://buletinonline.net/index.php?option=com_content&task=view&id=277&Itemid=31

Maka ‘Bandaraya Warisan Pesisir Air Kuala Terengganu’ (Bawasir)Namanya
Ditulis oleh SM Noor
Friday, 28 December 2007

Kuala Terengganu, 28 Dis – Perisytiharan Kuala Terengganu sebagai sebuah bandaraya disambut dengan perasaan ‘bercampur-campur’ dikalangan rakyat negeri Terengganu.
Bagi orang UMNO, sebagaimana yang pernah didedahkan oleh Tun Musa Hitam, pastinya akan menurut sahaja apa yang dilakukan oleh pimpinan mereka

Bagi orang awam, kebanyakkan mereka, tidak pasti samada harus menyokong, suka, berbangga ataupun berduka dengan perisytiharan itu. Buletinonline belum meninjau secara nyata apa pendapat orang ramai, khususnya warga Kuala Terengganu dan umumnya rakyat negeri Terengganu.

Namun begitu, melalui ‘bual-bual’ tepi jalan jalan dan ‘sapa tegur’ ketika bertemu, didapati ramai yang ‘sinis’ terhadap perisytiharan Kuala Terengganu sebagai sebuah bandaraya.
Ada juga yang melahirkan kebimbangan, apabila mencapai status bandaraya, maka beberapa implikasi mungkin timbul, seperti berikut;

- Masalah pencemaran air, udara dan bunyi.

- Masalah kekurangan tanah berhampiran kawasan bandar raya, menyebabkan harga tanah di bandar raya jauh lebih mahal daripada di kawasan luar bandar. Ia turut mengakibatkan harga rumah dan premis menjadi mahal.

- Masalah setinggan, berikutan harga rumah yang sangat mahal di kawasan bandar raya.

- Kadar jenayah yang tinggi.

- Kesesakan jalan raya yang teruk.

- Meningkatnya gejala sosial di kalangan remaja.

- Masalah sampah serta sistem pembetungan air najis.

Buletinonline meninjau beberapa pendapat anak Terengganu secara ‘maya’ antara pendapat tersebut adalah dari blog http://erisar.blogspot.com/2007/12/maka-bandaraya-kuala-terengganu-namanya.html

Ezza Erisa, anak Terengganu yang tinggal di Kuala Lumpur menulis;

Tidak pasti samada aku harus berbangga atau aku harus berduka dengan kemasyhuran bandaraya Kuala Terengganu dengan rasminya pada selasa depan bersamaan dengan 1 Januari itu. Ada banyak sebab kenapa aku harus memandang sinis akan penjenamaan Bandaraya Kuala Terengganu itu yang bagi aku hanya helah memancing undi

Tujuh sebab kenapa saya rasa sinis akan bandaraya Kuala Terengganu

1. Demi untuk mengangkat Kuala Terengganu sebagai bandaraya, dan kerana kutipan cukai belumpun mencapai 80juta setahun dengan jumlah penduduk juga kurang dari 500ribu orang, maka Kuala Terengganu diangkat menjadi bandaraya konsep. Bandaraya Persisiran. Bandaraya konsep itu kononnya jalan merintis untuk jadi bandaraya sebenarlah.

2. Kuala Terengganu menjadi bandaraya dengan adanya Mc Donald di stesen bas yang selama ini penuh dengan mek mek selenger yang macam baru masuk bandar, baru ada Giant yang gigih nak bersaing dengan Maidin Mall lalu membangunkan kedai betul betul di tepi Maidin.

3. Adakah penjenamaan bandaraya pada 1 Jan untuk meraih undi? Maksudnya, wah BN memerintah 4tahun terus jadi bandaraya? Terus kuala terengganu maju, padahal tak ada apa yang berubah sangat sejak 10tahun dulu. Kalau adapun cuma aliran trafik yang ermm...bagi aku dah pening sebab dah tak tahu jalan mana boleh lalu, jalan mana tak boleh lalu.

4. Jalanraya sedia ke menjadi bandaraya? Maksudnya, setiap kali musim raya..kesesakan tak habis-habis dibandaraya Kuala Terengganu itu. Oh pengangkutan awam pun sama. Masih digunakan bas-bas yang hendak roboh itu. Maka tak ke mencemar imej bandaraya?

5. Dengan adanya masjid replika kristal tu dah boleh angkat jadi bandaraya ke?

6. Penduduk ramai lagi yang miskin, nak pergi shopping pun berkira duit di poket. Apa ertinya bandaraya apabila penduduk makin di tindas dengan kenaikan semua harga akibat penjenamaan itu?

7. Oh sebab paling akhir ialah kerana budget UNTUK PERASMIAN BANDARAYA KUALA TERENGGANU menjangkau sehingga RM4 juta. Banyak tu. Semata-mata untuk perasmian. Berapa banyak bunga api nak dipancarkan ke udara agaknya?

Apapun, tahniah warga Kuala Terengganu. Akhirnya sudah bergelar bandaraya. Sepertimana aku hairan dengan Shah Alam yang tidak ada hospital itu boleh menjadi Bandaraya, begitu jugalah aku hairan dengan Bandaraya Kuala Terengganu. Semoga Terengganu terus maju

Nota : Untuk lihat slide gambar ‘Bandaraya Warisham Pesisir Air’ : http://www.apakhabarganu.blogspot.com/





Persiapan Kelam-kabut, tiada keghairahan Menjelang Perisytiharan
Ditulis oleh WartawanBuletinonline
Monday, 31 December 2007

Kuala Terengganu, 31 Dis, 7.00pm – Hanya beberapa jam sahaja lagi, Kuala Terengganu(KT ) akan diisytiharkan sebuah bandaraya, yang penuh kontroversi.

Namun persiapan masih kelam kabut dan tiada keghairahan dikalangan warga KT. Buletinonline meninjau sekitar 'bakal' bandaraya dan membuat pemerhatian untuk melihat sejauh mana emosi warga KT dan persiapan fizikal bandar Kuala Terengganu.

Di sebelah kanan jalan menuju ke Kuala Berang, sebuah kereta berhias yang akan menyertai perarakan esok, masih tersadai di kedai pembuat iklan dan papan tanda. Kereta berhias yang bertulis ‘Universiti Malaysia Terengganu’ itu, masih dalam ‘solekan’.

Di simpang empat Jalan Kamarudin, sebuah van tersadai dengan ‘bonet’ terbuka. Di sisi van tersebut tercegat dua orang yang memerhatikan tangga yang disandarkan kepada pintu gerbang. Tiga orang lagi yang duduk di belakang van hanya berdiam diri, sesekali melihat-lihat seolah-olah menunggu sesuatu.

Hanya dua buah ‘banner’ PVC yang baru dipasang disitu. Belum ada perhiasan lampu, yang akan menyinari pintu gerbang di laluan utama menuju ke utara Kuala Terengganu.

Pekerja-pekerja sedang sibuk memasang renda-renda lampu ‘lip-lap’ di bangunan TM di Jalan Sultan Ismail. Di sepanjangT jalan itu juga beberapa pokok yang baru ditanam seminggu lalu berdaun kekuningan atau hanya tinggal ranting.

Itulah senario bakal bandaraya yang dilihat ketika Buletinonline membuat tinjau sekitar Kuala Terengganu pada jam 6.30 petang. Rupa-rupanya, keadaan sebenar lebih teruk dari masalah yang timbul kerana kontroversi logo. Logo bandaraya Kuala Terengganu terpaksa diubahsuai apabila logo yang di pilih oleh kerajaan negeri tidak dirujuk terlebih dahulu kepada Tuanku Sultan.

Lebih jauh tinjauan dibuat, lebih banyak kelihatan pintu-pintu gerbang yang tidak dihias. Antaranya adalah pintu gerbang tajaan 'celcom' yang merentangi jalan dihadapan sekolah Chung Hwa Wei Sin yang merupakan jalan utama menuju ke arah utara dan barat Kuala Terengganu.

Hiasan ‘lanskap’ pada bulatan-bulatan hanya separuh siap. Di bulatan Jalan Sultan Omar, lebihan atau tinggalan peralatan pemasangan lampu-lampu dibiarkan begitu sahaja. Lampu-lampu hiasan antara tiang-tiang lampu jalan dikiri kanan jalan, yang biasanya dipasang pada hari-hari kebesaran lalu, banyak yang belum dipasang lagi.

Buletinonline dimaklumkan oleh seorang peniaga bahawa peruntukan untuk perisytiharan KT sebagai Bandaraya yang dicanangkan oleh Menteri Besar adalah hanya atas kertas. Duit tersebut masih belum sampai ke Terengganu atau mungkin tidak sampai langsung. Ini adalah kerana, kontraktor yang diupah untuk melengkapkan hiasan disekitar Kuala Terengganu melaksanakan hanya separuh dari kerja-kerja mereka. Tuntutan pembayaran yang diajukan kepada MPKT oleh para kontraktor tidak dapat dijelaskan oleh pihak kerajaan negeri. Bahkan mereka diminta menunggu hingga bulan Mac tahun depan. Patut pun keadaan agak kelan kabut!

Sumber Buletinonline dari kakitangan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu juga mengesahkan perkara tersbut apabila dihubungi oleh Buletinonline.

Rayuan Ikat Jamin Azman & Suwandi 06 Jan 2008

Rayuan Ikat Jamin Suwandi, Azman ditunda kepada 14 Jan, 08 – Tujuh dilepaskan dengan jaminan polis
Ditulis oleh WanKay
Monday, 07 January 2008

Kuala Terengganu, 6 Jan- Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menunda permohonan mangsa tembakan peluru hidup dalam Tragedi Berdarah Batu Burok 8 September lalu, Suwandi Ab Ghani dan Muhamad Azman Aziz untuk mendapatkan jaminan kepada 14 Januari ini. Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan demikian setelah pihak pendakwa yang diketuai sendiri Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan pihak pembela, peguam Mohamed Hanipa Maidin serta Dato’ Wan Abdul Muttalib Embong mengemukakan hujah masing-masing.

Permohonan untuk mendapatkan jaminan itu dibuat setelah Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Hassan Abdul Ghani pada 9 Disember lalu tidak membenarkan Suwandi dan Azman ikat jamin.

Hassan juga mengekalkan keputusan itu pada perbicaraan 30 Disember lalu.

Abdul Gani semasa berhujah mengemukakan bantahan awal terhadap afidavit pemohon yang terdapat beberapa kesilapan yang baginya adalah afidavit cacat dan sangat lemah.

Antara perkara yang dibantah dalam afidavit tersebut berkait dengan tandatangan peguam, ikrar, masa, hubungan kekeluargaan dan penghujahan atau pendapat.

Mohamed Hanipa pula berhujah apa yang dihujahkan oleh Abdul Gani itu tiada apa-apa notis bertulis.

Beliau turut mempersoalkan apa yang dikatakan oleh Abdul Gani terhadap afidavit pemohon sebagai afidavit defektif tetapi dalam masa yang sama menjawab afidavit berkenaan.

Beliau juga berhujah beberapa kesilapan yang berlaku dalam afidavit pihak pendakwa.

Selain beliau dan Wan Abdul Muttalib, turut mewakili Suwandi dan Azman ialah Wan Zainuddin Wan Musa, Haji Othman Mohd Noor, Kamaruzaman Abdul Wahab, Aminuddin Zulkifli, Khairuddin Osman dan Fariz Irwan Mustafa.

Wan Muttalib pula mengakui tentang kesilapan kemanusiaan itu yang menggunakan komputer tetapi tiada ada sebab dari segi undang-undang untuk memberi peluang kepada kedua-dua tertuduh untuk mendapatkan keadilan.

Baginya, kesilapan boleh dibuat pembetulan dan memohon untuk memasukkan afidavit pembetulan kerana pihak Peguam Negara tiada apa-apa halangan untuk membuat pembetulan supaya apabila dibawa ke atas berada di atas landasan yang betul.

Abdul Gani tidak membantah terhadap permohonan itu kerana baginya kedua-dua pihak harus menegakkan dari segi keadilan dan diperbetulkan mengikut undang-undang.

Sehubungan itu, beliau tidak mahu ada pihak yang memenangi kes di mahkamah di atas kesilapan yang tertentu.

Turut mewakil pihak pendakwaan ialah Mohd Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof.

Sementara itu, tujuh orang pemuda yang ditahan pada sebelah pagi diperkarangan mahkamah Kuala Terengganu telah dibebaskan pada lewat petang semalam. Salah seorang dari mereka, Ustaz Tarmizi Jaafar, ketika dihubungi oleh Buletinonline malam ini memberitahu bahawa, kesemua meraka dilepaskan dengan jaminan polis.

“ AlhamduliLlah kami semua dilepaskan pada waktu hampir maghrib, setelah diambil keterangan oleh Inspektor Amirudin” jelas Ustaz Tarmizi.

“Namun begitu, kami diberikan satu surat untuk kembali melapor kepada Balai polis pada 20 Januari, 2008”

Mereka tidak dikenakan apa-apa pertuduhan, namun begitu kebimbangan berulangnya peristiwa seperti Insiden Batu Buruk 8 September lalu, dimana pertuduhan dibuat kemudian, setelah mereka melaporkan diri di balai polis.


Solat Hajat Kali Kedua di depan Mahkamah
Ditulis oleh SM Noor
Sunday, 06 January 2008

Kuala Terengganu, 6 Jan – 10.20 pagi – Para penyokong Azman dan Suwandi yang berhimpun secara aman pada pagi ini telah menunaikan solat hajat kali kedua sejak minggu lalu.

Tepat jam 10.00 pagi, setelah mendengar capan dari pemimpin pusat dan negeri, Ustaz Adam Said, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut telah mengimamkan solat hajat. Munajat kepada Allah SWT adalah jalan yang terakhir bagi para penyokong Azman dan Suwandi untuk mengadu tentang kezaliman, serta memohon supaya keadilan keadilan ditegakkan.

Hari ini adalah cubaan para peguam untuk membebaskan Azman dan Suwandi dari terus ditahan di penjara. Rayuan ikat jamin Azman dan Suwandi difailkan kemahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Orang ramai semakin membajiri hadapan mahkamah Kuala Terengganu selepas solat hajat dan hujan berhenti. Bantahan diteruskan lagi, sehingga keputusan ditetapkan oleh mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang dijangka tidak lewat dari jam 1.00 Tengahari.

Kepada semua penyokong dan pendokong keadilan, dimana jua berada, marilah kita semua bermunajat kepada Allah SWT. Sekiranya keadilan tidak tertegak lagi, biarlah Allah SWT menentukan arah cara perjuangan ini.
Sementara itu, 7 orang pemuda yang ditahan ketika mengedarkan rislah pada pagi tadi adalah seperti berikut:
1. Ustaz Tarmizi Jaafar
2. Aisamuddin Muhamed
3. Muhammad Ibnu Kasir Mohd Noor
4. Muhammad Zaki Said
5.Muhammad Hilmi Jusoh
6. Hamzah Mohammad

Mereka dipercayai berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

Himpunan Aman sokong Azman dan Suwandi di teruskan – 7 ditahan edar risalah
Ditulis oleh SM Noor
Sunday, 06 January 2008

Kuala Terengganu, 6 Jan, 9.00 pagi – Bantahan terhadap ketidakadilan terhadap kes Azman dan Suwandi diteruskan, bahkan hari ini ia turut disertai oleh sekumpulan pemuda dari Jerantut Pahang. Sementara itu, sekitar jam 8.30 pagi, seramai 7 orang pemuda telah ditahan di hadapan kompleks mahkamah Kuala Terengganu ketika mengedarkan risalah ‘ Menyokong Himpunan Aman ‘ yang diadakan pada hari ini. Mereka dipercayai ditahan oleh sekumpulan polis berpakaian awam, dipercayai cawangan khas. Kesemua mereka yang ditahan adalah pemuda dari Kampong Gong Kapas, Kuala Terengganu.

Pada jam 8.45 pagi, sebuah trak polis yang sarat membawa penumpang mamakai baju berwarna 'jingga', dilihat membawa Azman dan Suwandi masuk ke perkarangan mahkamah melalui pintu utama. Isteri Suwandi, telah masuk keprkarangan mahkamah seawall jam 8.15 pagi, namun ayah Azman tidak dibenarkan masuk kerana terlewat sampai dimahkamah.

Pada sekitar jam 9.15 pagi, Himpunan Aman Rakyat membantah ketidakadilan terhadap kes Azman dan Suwandi dimulakan. Beberapa pimpinan PAS Negeri turut hadir termasuk Setiausaha Perhubungan PAS Ngeri, Tuan Haji Yahaya Ali dan Timbalan Pesuruhjaya, Dato’ Ustaz Haji Abu Bakar Chik.

Himpunan tersebut diteruskan wakaupun didalam hujan. Antara pemimpin yang berucap adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Syed Azman, Ketua Dewan Pemuda PAS Besut dan Ketua Dewan Pemuda PAS

Potensi Tamatkan Konflik Yaman

  Perunding Houthi meninggalkan Riyadh selepas pusingan lima hari rundingan dengan pegawai Saudi mengenai perjanjian berpotensi yang boleh m...